Followers

UkhuWWAh

Wednesday, April 18, 2007

Sepanjang dua tiga hari aku memperuntukkan masa bagi menziarahi sahabat dan teman² lama aku. Dah lama gak ingin aku lakukan tapi masing² cam sibuk dan menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah dua hari sebelumnya aku bersama seorang sahabat diizinkan Allah untuk menziarahi sahabat².

Perjalanan ke Tanta memakan masa selama 2 jam jika melalui tranco (van). Jam 7:30 pagi aku dan sorang sahabat mulakan langkah turun dari rumah.Aku mulanya pusing² kat Ramsis nak cari mane tranco yg nak pi ke Tanta. Fuhh hampir setengah jam baru jumpa..maklumle van 'tak bertauliah'. Dalam perjalanan tersebut aku beberapa kali tertidur. malam tu aku tidur lewat sikit, bukan nak berkemas ape (sbb aku bukan jenis suka bawa pakaian banyak²).

Memang perjalanan yang jauh, klo kita tdo je, rasa dekat sikit..kan? Tapi rasa rugi le plak sebab tak amik peluang untuk tengook keindahan alam ciptaan Allah ( walau kat Mesr ni, pemandangannya bukanle membanggakan sangat tapi ia juga makhluk).

Sampai kat stesen tranco (mahattah gumlah), aku rehat jap, isis perut.. Masa tu dah kul 11 lebih. Waktu Zohr dah hampir masuk.Tak lama selepas tu kawan datang amik..uish cepatnya.erm..umah sewanya kat belakang tu je..patutle:d
Mulanya tak buat ape pun..hanya borak² jela petang tu. Lepas makan n solat..terus mulakan ekspedisi (faham² jela)

Malam tu cadangnya nak pi tangkap udang kat sungai tapi kerna ade misi yang perlu diselesaikan. Tapi sayangnya malam tu aku kurang sihat. tersilap makan le kot..memang aku ni jenis alahan sikit. Apa yang orang hidang, aku bedal je..walau dulu doc suh aku pantang sikit. Degilnya aku.

Pagi 17 April ribut pasir kat Mesr, aktivit down. so aku dan sahabat hanya duk terjelepok kat umah. tmbahan lak aku kurang sihat.(kalau ummi tau pasti dia sound kt aku..sorry ummi).
Petang tu ok sikit so kami ke rumah seorang yang amat² di cari selama ini, Ust Wan Zamri. Alhamdulillah dapat jumpa, borak² den minta diri untuk pulang.

Selepas solat asar aku dan sorang sahabt bertolak ke damanhur untuk bertemu dengan teman lama. Dia muda dari aku tapi aku jenis yang suka berkawan, tak kisah le. Sejam perjalanan. Kawasan kiri kana amat menarik. Ladang dan sawah terbentang.Hijau dan mendamaikan. Ade himar. Sesekali keretapi merentasi. Dah hampir maghrib baru samapai di damanhur. Solat maghrib den kami bertolak ke iskandariah, untuk pusing². Sebenarnya kami nak raikan hari ulangtahun kelahiran sahabat kami, so bawa ke tempat yang menarik da menikmati hidangan yang disediakan. Wah, bunyi ke'barat'an ke?.

Em setelah jamu selera, kami bertolak pulang. Dua orang sahabat dah terjelepok at belakang tranco, aku masih terkebil². Adehh lambat betul tranco ni. Masa datang tadi, kami naik yang laju..yang ni plak..ermmm. Alhamdlillah perjalanan selamat. Kami tiba pada jam 12 malam. Sampai umah aku siap² nak tido.maklum le subuh jam 4 pagi..karang terlepas jemaah plak.
Alhamdulillah bangun tepat. sahabat dua orag tu tak tdo rupanya.huhu.

Jam 8 setengah pagi aku dah siap untuk pulang semula ke Kaherah. Nak naik keretapi la plak. Jam 9 tiba kat stesen, amik tiket. setengah jam kemudian keretapi sampai. Perjalanan dengan keretapi dari Damanhur ke Kaherah memakan masa 3 jam. Sampai je Kaherah dah masuk Zuhr, solat kat surau di stesen pastu bertolak ke Hayyu Sabi'.

Aku bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dengan beberapa orang sahabat yang dah lama tak jumpa. Aku harap ni bukan pertemuan kali terakhir.
Moga tautan ukhuwwah akan dapat memberi sumbangan untuk Islam. Aaamiiiin

0 comments: