Followers

:: Imtihan ::

Thursday, December 27, 2007

Assalamualaikum teman2

em ni jadual exam aku (dan juga kengkawan yang sama syukbah ) untuk fasal ni :

6hb Jan : Tafsir Ayat Ahkam
13hb Jan : Ahwal Syakhsiah
16hb Jan : Manhaj Dakwah
20hb Jan : English Langguage
23 Jan : Lughah Arabiyyah


Untuk bahsa Inggeris tu Insya Allah, Tafsir pn Insya Allah cuma Ahwal syakhsiyah dan Bahsa Arab tu, aku malas la nak hafaz syair2 arab..em

Harapnya para sahabat/iah doakan ana dan juga semua warga Azhar ni ek..

" Doa seorang saudara kepada saudaranya, dalam keadaan dia tidak ketahuinya, tidak akan ditolak "

Dua' al akh li akhihi almuslim fi zohri alghaib, la yuroddu "

Ya Allah, tiada perkara yang mudah kecuali sesuatu yang engkau mudahkan, juga tiada perkara duka jika engkau hilangkan kedukaan itu

:: BAGAIMANA JIKA.....:::

Tuesday, December 25, 2007

Suatu petang di kala anda (lelaki perempuan tu, kias sendiri la ek) asyik leka menonton video klip penyanyi pujaan anda di komputer anda, tiba-tiba loceng pintu berbunyi

"Isk..sape la yang datang..time camni jgk le dia datang"

Anda membukanya lantas bertanya,

"Siapa?"
"Muhammad bin Abdullah,Rasulullah"
"Hah?"
Betul?!!!! Ternganga
" Aku datang menziarahi kamu kerana kamu mendakwa adalah umatku"

Anda terlopong, jika benar dia Rasulullah..
Alamak!!! komputer aku masih terpasang video klip

" Er sekejap ye.." Lantas anda berlari untuk off kan pc anda

Ok dah.Senyum. Isk!! Gambar sekeliling bilikku, artis pujaan, penyanyi, pelakon.
Kena tanggalkan ni!!Em dah kemaskan.. LOceng berbunyi sekali lagi
Ingin anda buka..Eh!! Tv ni plak terpasang, alamak ..Tentu Rasulullah tak suka ni..off jgk le

Senyum..Em dah boleh buka pintu..
Rasulullah mahu masuk
Handset anda tiba-tiba berbunyi, ringtone'nya lagu juga..bukan nasyid, tiada zikir.
Geramnya ..sape pulak yg kol ni..
Isk..my kapel laa (sorry sayang..kena matikan hp, takleh agkat ni)
Malunya, tadi bunyi ringtone, muzik lagi (jangan le ditanya Rasul ape/siapa tu)

Rasulullah tenung anda...
Berdebar juga.Adoii, aku segan..Kuku!Alamak aku simpan kuku panjang la pulak. Ala satu jari je ni..Isk harapnya Rasulullah tak terpandang
Rambut?Adehh..panjang melebihi yang Rasullullah punya laa.Ade warna lagi..Mengerbang lak..

Rasulullah tak nak masuk ke?Em..
Tiba2 anda terpandang lak..Hah!! Patung binatang kat dalam rumah.Camane ye?

Ohya..Aku belum solat lagi laa..Aduhai..janganla Rasul tanya tentang tu..

Rasulullah seakan-akan hendak beredar..Legakah hati anda?Riangkah?atau Sedih tika Rasulullah enggan masuk, bahkan beredar terus?

p/s
Mungkin ini satu gambaran yang anda fikir dan rasa tidak logik :-

1. Rasulullah dah meninggal, macamane nak datang..
Memang telah meninggal namun adakah mustahil jika ini terjadi?Jika terlampau jauh untuk diterima, bukankah Malaikat di kanan kirimu ade?Mereka menulis segalanya bukan?Dan lagi, ini hanyalah andaian..jika berlaku bagaimana?

2. Macamana leh tau yang tu betul2 Rasulullah?:
Kalau anda belajar tentang sifat dan rupa Nabi SAW anda takkan bertanya soalan ini. Kalau anda belum mempelajarinya..Silalah belajar

3.Rasulullah takkan datang jumpa mereka yang berdosa, jadi ni takkan berlaku:
Rasulullah akan dapat dilihat dalam mimpi, tidak kira sama ada dia berdosa atau tidak. Takwilannya,terpulang kepada sifat dan amalan individu.

4. Itu kalau mimpi, ya. Kalau secara sedar tak akan ade :
Kalau mimpi pun ade yang boleh lihat, tidak mustahil di sisi Allah, ia boleh berlaku di alam realiti cuma belum berlaku.

::: DIA DATANG LAGI :::

Monday, December 24, 2007


Ku mulakan dengan "BismiLLAH", moga permulaan yang kedua ni akan sentiasa berjalan dan berterusan. AAAMIIIIN

Telah amat lama aku tinggalkan 'harta' aku ni. Terbengkalai.Mujur ade 'teman' yang sudi tengok-tengokkan, kalau tidak, mungkin sudah di'talkin'kan blog ni seperti blog aku yang dulu ( tapi yang dulu tu bukan kerana tidak dihiraukan tapi bosan sebab susah log in).

" Zat yang menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, manakah yang paling elok amalannya "
( Al-Mulk, juzuk 30, ayat ke-2)


Semua kita ( orang Islam yang Mukmin) baca ayat ni, faham lagi..namun adakah di sana rentetan dari pembacaan dan intrepretasi (btol ke eja ni) serta persediaan ke arahnya juga sama dengan yang dibaca?

Tak perlu diulas di sini..masing dah 'jemu' dengar syarahan dari sang ustaz bahkan dari yang 'jahil' pn dah pandai berbicara tentang Islam..(em benar sungguh kata Nabi saw :" Suatu masa nanti Islam takkan tinggal melainkan namanya sahaja ).

Sekarnag kat egypt, exam dah hampir sangat (dah ramai yang bercakap tentang ni). Yang nak diungkapkan di sini juga sama. Semua dah tau tentang itu,cuma persediaannya? Orang Arab cakap 'isti'dad',Orang Inggeris cakap 'prepare' (guna root jela, komen la sebab saya tak pandai :d), Orang Hindi (India-Pakistan) cakap 'tayyari ',

Bagaimana? sudah sedia? Belum lagi la ustaz!!! Em aku pun belum :d

Dah lama aku tinggalkan dunia peperiksaan dunia ni, ingatkan nak tumpu untuk exam sana, tapi yang ni pun dikira sebahagian kecil exam sana, itu pun kalau pandai guna. Ye kan? Setuju jela...tak payah cakap banyak