Followers

Pada Siapa Amanah Itu

Wednesday, April 28, 2010


Saban hari, dada-dada akhbar dipampang kes dera yang berlaku. Jika dahulu kes dera orang gaji dengan majikan, sekarang ini kes dera yang banyak dipaparkan ialah antara pengasuh dan bayi atau kanak-kanak.

Terbaru kes kanak-kanak Cina Chua Wee Leong, 2 , yang dijaga pengasuh, tangannya dicelup dalam sup panas, hingga menurut pakar perubatan, akan mengalami cacat kekal sekalipun luka pada jari-jarinya akan sembuh.

Walaupun ibubapa kanak-kanak malang itu ‘menggajikan’ pengasuh sebanyak rm900 sebulan ( cukup tinggi) namun tidak menjamin keselamatan anak mereka.

Terkadang kita bertanya, berbaloikah wang dibelanjakan sebanyak itu ?


Dalam aspek lain, bagaimana pula sang pengasuh? Adakah mereka benar-benar terlatih untuk membuka pusat penjagaan kanak-kanak (nursery)? Memang benar, pengasuh terdiri daripada perempuan dan emosi perempuan amat sukakan bayi/kanak-kanak. Namun itu tidak cukup untuk kita rasa selamat dan tenang tika menghantar anak ke pusat penjagaan.

Bukanlah tujuan saya untuk merendahkan martabat wanita. Juga bukanlah tujuan saya untuk mengatakan bahawa saya tidak punyai niat untuk menghantar anak ke pusat jagaan atau mendabik dada . Bukan juga untuk mempersenda ibubapa .

Mustahil (menurut pandangan saya) pusat penjagaan kanak-kanak akan menggaji seorang pengasuh untuk seorang kanak-kanak. Kebiasaannya seorang pengasuh akan mengawal paling kurang dua hingga 4 orang . Jika yang dijaga itu bayi yang berusia bawah 1 tahun, mungkin tidaklah berat kerana bayi biasanya menghabiskan masa mereka dengan tidur sahaja berbeza dengan kanak-kanak yang berumur lebih setahun, mereka sudah mula aktif, oleh itu tahap keselamatan mereka perlu lebih diberi perhatian.

Kita sepatutnya ada alternative lain. Tidak dinafikan bahawa ‘tekanan’ hidup menyebabkan pasangan perlu bekerja. Saya kira, tidak ada isteri ( atau mungkin segelintir) yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak mereka. Apatah lagi mungkin tidak direstui ibubapa yang mengharapkan anak perempuan mereka terus bekerja . Alasannya, waspada jika apa-apa berlaku kemudian hari, ada juga simpanan.

"Awak senang cakap sebab awak belum kahwin lagi" satu suara membidas gegendang telinga saya.

Saya hanya senyum.

"Saya rasa kalau awak kahwin, awak, sebelum isteri awak bersalin, awak dah booking nursery" sambungnya lagi.

Wah, hebatnya saya .

"Err, encik, jangan cakap gitu, kang saya tak kahwin kang" saya cuba tenangkan keadaan.

" Tau takut, jadi jangan cakap benda yang awak belum alami" syarahnya lagi.

Saya hanya senyum. Senyum dan Senyum lagi.... Pengajaran bermakna buat saya hihi.

Ya mungkin apa yang berlaku hanyalah kes picisan atau satu (1) dalam seribu (1000), namun sampai bilakah baru kita mula sedar? Adakah bila anak kita yang terkena baru kita mula untuk turun naik mahkamah? Budaya saman menyaman akan terus hidup dan membesar lagi

Ibarat kata Karam Singh Walia mati semut kerna gula, mati manusia juga kerna gula… anak kerbau mati tertambat anak manusia mati terbiar..

p/s : Sori mr Karam, jangan saman saya

Kesalahan Dalam Mendidik Anak 1

Sunday, April 25, 2010


Dewasa ini gejala sosial semakin berleluasa. Krisis jatidiri anak muda remaja makin teruk.
Pelbagai cara dirangka dan dilaksana untuk menangani, membentuk remaja.

Dulu pernah diperkenalkan program Rakan Muda dan rakan-rakan yang lainnya. Namun kini sepi. Entah ke mana program tersebut.

Trend sekarang pula, bercambahnya Consultancy yang memberi khidmat rundingan dan nasihat, terencana pula kem-kem motivasi dan sebagainya khusus untuk membentuk semula peribadi remaja.

Pendidikan Anak-anak

Antara keistimewaan orang-orang tua ialah punyai resepi hidup yang real. Dari pengalaman hidup, segala pahit maung, susah senang semua dah dilalui yang akhirnya menerbitkan alunan kata indah bermakna.

Dari situ keluarla kata kata indah, berhikmah dan penuh pengajaran berguna. Bukan sahaja di alam melayu bahkan dikatakan kalangan orang Arab, punyai kata-kata hikmah yang bernilai .
Umpamanya kata -kata Zuhair bin Abi Salma:

Aku telah bosan dengan kehidupan, sesiapa yang hidup 80 tahun pastinya banyak yang dikesali.


Masyarakat melayu juga ada pelbagai pepatah seperti

"melentur buluh biar dari rebungya"
"sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan"


Pendidikan dari rumah perlu diberi perhatian sewajarnya. Masih segar dalam kotak minda saya, sewaktu kecil saya sering dibekalkan dengan buku-buku dan bahan bacaan kanak-kanak.

Ayah bukanlah berduit sangat tapi sikap ayah yang selalu melewati kilang percetakan buku tiap kali pulang dari meniaga. Buku-buku yang rosak dan salah cetak yang dibuang syarikat percetakan akan ayah kutip untuk kami. Kesalahan- kesalahan akan ayah betulkan.

Ma (ibu) pula akan pantau kami sambil membuat kuih untuk dijual keesokan harinya. Jadi tidak mustahil kami dua beradik ( pada masa tu hanya saya dan abang long baru masuk tadika ) sudah pandai membaca jawi. Indahnya hidup walau tidak punyai kemewahan.


Kesalahan-kesalahan Yang Tidak Disengajakan

Tidak ada ibubapa yang inginkan anak-anaknya gagal. Paling tidak anak-anak mendapat lebih baik dari apa yang mereka dapat , namun terkadang wujud kesalahan dalam mendidik , antaranya :
1. Meminta anak melakukan sesuatu perkara tanpa menjelaskan sebab contohnya :

"pergi mandi!" "jangan main air!!!" " pergi tidur!!"


2. Tidak sabar dengan karenah anak

Nabi saw bersabda :

" Sesiapa yang menahan kemarahan di saat dia mampu melampiaskan marahnya, Allah akan memanggilnya di hadapan segala makhluk dan diberi penghormatan untuk memilih syurga mana yang dia kehendaki " (HR Attirmidzi)

3. Terlalu mengikut kehendak Anak

Sememangnya anak-anak akan selalu meminta apa-apa sahaja yang menarik perhatiannya. Tiada akal yang menimbang antara keperluan atau kehendak. Semuanya bagi mereka, perlu dipenuhi.

Ibu bapa yang tidak dapat 'memujuk' anak-anak tentang keperluan mereka atau mengalihkan perhatian anak mereka, pastinya anak tersebut membesar dalam suasana yang tiada batasan. Selalunya remaja yang dibesarkan dengan kemewahan mudah memberontak pabila keinginan mereka dihalang

Budaya Saman Menyaman, Lapor Melapor

Monday, April 19, 2010

Gambar sekadar hiasan


Zaman Jahiliyah terdahulu banyak digambarkan dengan keadaan jelik dan zalim.

Dari institusi diri, keluarga hinggalah masyarakat, semua digambarkan amat buruk.

Individu lelaki Jahiliyah diwar-warkan suka minum arak (pemabuk), kaki perempuan manakala yang wanita dianggap hina, pemuas nafsu. Anak perempuan adalah aib bagi mereka.

Keluarga Jahiliyah dianggap kurang pengetahuan dan tiadanya sistem hidup teratur. Anak lelaki yang meunjukkan ciri-ciri keperwiraan dan banyak berjasa akan diberi keutamaan.

Masyarakat Jahiliyah diberitakan hidup berpuak. Akan tetap memenangkan puaknya sekalipun jelas mereka salah.

Itu yang digariskan oleh sejarah.

Kedatangan Islam telah merubah kejelekan mereka dan membentuk jatidiri manusia bertamadun. Islam telah mengembalikan mereka kepada sifat manusia normal . Islam berjaya memanusiakan manusia.

Sebagaimana kata-kata Umar ra :

" Kita adalah bangsa yang telah dimuliakan dengan Islam, sesiapa yang mencari selain daripada Islam, pasti akan diberi kehinaan.."

Realiti Kita

Sekian lama kita hidup beragama Islam di Malaysia, bibit dan unsur Jahiliyah kembali mencengkam. Fitnah, pembohongan, pengaiban, semuanya sudah menampakkan tunasnya bahkan sudah berakar tunjang.

Saban hari kita melihat semakin banyak tulisan dan artikel berkenaan keaiban individu.
Atas nama "memberi kesedaran" kepada masyarakat, kesemuanya ini dimomokkan.

Benarkah alasan "memberi kesedaran" boleh diterima dalam Islam. Adakah dengan hanya matlamat elok, kesemuanya boleh dilaksana?

Nabi saw bersabda :

" Sesiapa yang menutupi keaiban muslim, Allah akan tutupi keaibannya dunia akhirat.."

Ini adalah pernyataan umum dari Nabi saw . Bukan semua perkara perlu kita war-warkan. Logikkah kalau kita katakan bahawa Nabi saw tidak reti realiti manusia? Atau tuntaskah kita anggap Nabi saw tidak berada pada zaman kita, kalau zaman dulu memanglah perlu disembunyikan keaiban sebab mereka semua baik.

Dalam fekah, seseorang Islam digalakkan untuk menutup keaiban saudaranya disamping menasihatinya namun jika saudaranya masih enggan menghentikan tabiat buruk / dosa bahkan berbangga dengan dosa yang dilakukan, pada masa tersebut dia digalakkan untuk melaporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan.

Apa yang berlaku sekarang, pihak media berhempas pulas untuk war-warkan 'berita sensasi' tanpa menghiraukan garis panduan dan etika seorang Islam terhadap saudarannya . Yang penting bagi mereka ialah akhbar/ majalah/ rancangan tv mereka 'meletup' dan laris.

Bahkan ada dalam golongan ini seakan berbangga pula jika dapat menjadi 'skuad terjah' atau menjadi orang pertama menyiarkan 'berita sensasi' . Bagi mereka, rakyat ( penonton/pembaca) perlu tahu setiap inci pergerakan 'golongan tersohor' .

Akhirnya wujudlah pertembungan dan rasa tidak puas hati 'golongan tersohor' ini . Apa tidaknya, semua yang tampak zahir di mata, semuanya akan dilapor, ditulis tanpa ketahui hakikat yang berlaku, lalu wujudnya tindakan seterusnya ..SAMAN!!!

Kalau dulu kita hanya tahu , pihak polis dan trafik je keluarkan saman dan menyaman orang yang tidak pakai topi keledar (kecuali Sikh, kalau pandai-pandai nak pakai serban, tetap kena saman ) atau tidak pasang lampu motor di siang hari, sekarang semua orang berhak saman hatta polis pun kita boleh saman .

Jom Kita Saman Mereka!!!!!! Eh ada juga yang tak makan saman

Program HIT SU Terengganu

Friday, April 16, 2010

AlhamduliLLAH program High Impact Team (HIT) yang dijalankan di Rumbia Villa Resort, Paka telah berakhir dengan jayanya.


Hari Pertama : Peserta dipecahkan kepada 5 kumpulan


Eh main pistol air ke makcik? Nak tembak siapa tu? - Candle War Game, pasukan pertahanan sedang pertahankan lilin daripada dimatikan pihak musuh


bestnya jadi bos


Samurai datang lagi - menguji displin diri sebagai samurai


Membina menara; ramai yang jadi Engiineer , jadi bos..masing-masing nak bagi pendapat dan arahan

Peserta adalah dari jabatan-jabatan yang bernaung di bawah SUK Terengganu antaranya Jabatan Veterinar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja raya dan sebagainya. Rata-rata yang hadir ialah mereka yang berusia 40 tahun ke atas .

Kursus ini diurus oleh Impact Learning Resources, tempat saya bekerja . Pada awalnya peserta nampak lesu je ( pemandangan yang biasa dilihat dalam kursus ) namun mereka ceria sepanjang kursus, bahkan ingin teruskan lagi kursus.

Bergambar kenangan di akhir program

Hingga jumpa lagi pada program akan datang, bizniLLAH

Niaga dan Dakwah

Saturday, April 10, 2010


Kebanyakan trend yang berlaku dewasa ini ialah penggunaan ungkapan "DAKWAH".


Responden1

'Sebenarnya tujuan produk kita adalah untuk berdakwah , meniaga tu bukan utama'


Responden 2

'Kita buat motivasi dan kursus ni adalah tujuan dakwah, soal bayaran adalah yang kedua'


Responden 3

'Kita buka tusyen ini adalah untuk membantu pelajar dan dakwah, komersil adalah sampingan'


Pelbagai bidang lagi yang sediakan perkhidmatan yang dikaitkan dengan usaha dakwah . Ramai yang menafikan wang dan komersil adalah tujuan utama mereka.

Dalam satu aspek, masyarakat sudah menyedari tugas utama mereka sebagai khalifah . Tugas sebagai hamba .

Mereka sudah memahami konsep ubudiyyah :

" Dan tidaklah aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk tujuan ibadah kepada-KU"

Semua perkara boleh dikaitkan dengan ibadah



Aspek Kerja Sebagai Ibadah

1. Niat dan matlamat

Aisyah ra pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda :

" Sesungguhnya Allah sangat suka kepada hamba-NYA yang bekerja dan berusaha, sesiapa yang mencari nafkah untuk keluarganya maka dia serupa dengan seorang mujahid di jalan Allah SWT".


2. Mengharapkan pahala

Ada satu riwayat yang mafhumnya :

" Sesiapa yang keletihan pada waktu petang akibat bekerja kuat, semua doasanya akan diampunkan pada petang itu "


3. Berdisiplin dan tekun

Setiap apa yang kita lakukan, ketekunan dan disiplin adalah penting. Buku-buku motivasi pasti akan menekankan perkara ini . Malah negara Barat atau Timur yang maju sekalipun , pasti menerapkan nilai disiplin dan ketekukan dalam diri pekerja mereka

Dalam satu hadis, Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah suka kepada hamba yang apabila melakukan sesuatu pekerjaan , dia menekuninya "



4. Yakin akan rezeki dari Allah

Segala usaha yang kita lakukan hanyalah sebahagian dari sebab mendapat rezeki dan wang masuk. Akidah kita ialah kesemuanya datang dari Allah

Nabi SAw bersabda :

"Jika kamu berserah (bertawakkal) kepada Allah sebenar-benarnya pasti kamu seumpama burung yang beterbangan di waktu pagi, mencari rezeki kemudian pulang di waktu petang dalam keadaan kekenyangan "


Ayuh kita meng'ibadah'kan kerja kita!!!!!!

Bila Pope Tidak Berimuniti

Tuesday, April 6, 2010


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa peguam-peguam Britain membayangkan kekebalan pope boleh dicabar .

Dunia semakin melihat kejelekan paderi-paderi yang berlaku di balik tabir gereja. Dunia Kristian pernah digemparkan dengan skandal seks paderi tidak lama dahulu. Namun tiada peruntukan yang membolehkan perbuatan pope dibicarakan mahkamah dunia . Hasilnya, kekejian yang berlaku terpaksa dipekakkan telinga . Paderi tetap bebas melakukan apa yang tidak boleh bagi oreng biasa .

Pada zaman sebelum berlakunya renaissance , pihak gereja dengan sewenangnya menjual surat pengampunan dosa (indulgance - betul ke eja ni ). Paderi dianggap suci hingga tuntas memperguna akidah Umat Kristian untuk kepentingan peribadi .

Kejelekan pihak gereja yang berkepentingan peribadi bukan berlaku sekarang sahaja bahkan ia adalah rentetan sejak berzaman . Pastinya kita pernah susuli sirah Salman Al Farisi yang merantau jauh untuk mencari hakikat hidup beragama .

Satu ketika beliau pernah berdampingan dengan paderi yang memungut derma, sumbangan dan zakat yang kemudiannya disimpan oleh paderi untuk kegunaan peribadi . Sekalian penganut Kristian tempatan beranggapan hasil sumbangan diguna untuk tujuan kebaikan, namun sebaliknya berlaku diluar pengetahuan mereka. Sikap dan perbuatan paderi itu terbongkar setelah kematian paderi dan posisi itu diambil alih oleh seorang paderi yang amat mentaati ajaran Kristian yang benar. Bermula dari situ, segala agihan dapat disalurkan dengan sempurna ( harapnya wang ehsan untuk rakyat Kelantan diagih-agih saksama dan bukannya dipilih-pilih orangnya ).

Itu dahulu, sekarang ini manusia moden sudah boleh berfikir . Syukurnya umat Kristian mula sedar tentang prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Islam tidak pernah membataskan tindakan kepada individu tertentu . Tidak ada konsep kekebalan dari hukuman ( immuniti) dalam Islam. Semua yang bersalah akan tetap dikenakan tindakan . Manakala apabila didapati bersalah, tidak ada konsep pengampunan oleh ketua pimpinan agama.

Lihatlah ketegasan Nabi SAW :

" Demi Zat yang mana diri Muhammad berada di genggaman-NYA, jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya ".

Itulah keadilan Islam . Bukan menjaga kepentingan individu tertentu, bahkan semua mempunyai hak yang sama .

Indahnya Islam ...

Berakhirnya Kursus Pra Perkahwinan

Monday, April 5, 2010

AlhamduliLLAh, segala pujian hanya untuk Yang Haq..

Setelah minda berhempas pulas selama sehari setengah di Masjid Negara, mengikuti kursus Pra Perkahwinan, akhirnya pada jam 7pm 4 April 2010 , kursus tersebut tamat.

Walaupun saya sudah mempunyai ijazah pertama (BA) dalam bidang Syariah Islam, dek kerana undang-undang keluarga Islam bagi negeri luar Kelantan yang mewajibkan semua bakal ( jangan fikir hanya yang nak kahwin sahaja yang ikuti, bahkan juga terbuka kepada yang ingin menyertainya sekalipun tiada keinginan kahwin. Sijil ini laku selama-lamanya ).

Majlis Agama Islam Kelantan ( MAIK) hanya mewajibkan kepada pasangan yang tiada sijil agama sahaja. Bagi yang mempunyai paling minima Sijil Menengah Ugama ( SMU- sijil peperiksaan bagi tingkatan empat sekolah menengah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan ) , boleh membuat permohonan pengecualian kursus . Ini bermakna, di Kelantan, saya sebagai pemegang BA amat boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil pelepasan kursus - dan saya dah dapat!! ( Diulangi lagi, tidak semestinya yang ikuti kursus tu, mereka akan kahwin)

Sejujurnya, saya agak 'bosan' semasa berada di bilik kuliah kursus . Tika itulah terbayang di fikiran, bagaimana boringnya Adi Putra bila berada dalam kelas yang tidak 'setaraf' dengan kebolehan yang ada padanya , dan dia juga pernah suarakan kebosanannya itu . Bukan saya ego tapi itulah yang saya rasa.

Namun, slot terakhir amat menarik perhatian saya . Tajuk yang dibentangkan ialah " Pengurusan Stres " dan " Kesihatan" oleh pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) . Tambahan pula dia orang Kelantan hehe, mudah faham agaknya. Bukan taksub ni .



Teringat kata-kata beliau :

" iklan makin rosak, contohnya Coca-cola, sepatutnya bila lepas minum kita sebut "alhamduliLLAH" tapi apa yang keluar ialah BRRRRR!!!!. Budaya yang akan menghakis jati diri generasi umat Islam ".

Katanya lagi :

Secara teorinya, dengan pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia, harga gula akan melambung naik. Mengapa? Ini kerana kerajaan ingin 'mendidik' rakyat supaya mengurangkan penggunaan gula . Air minuman dalam tin punyai paras gula yang tinggi iaitu antara 7-9 sudu . Badan manusia hanya memerlukan kira-kira 7-8 sudu gula sehari !!

Itu sebahagian dari yang disebut . Saya amat setuju; iklan lain adalah REXONA, yang digambarkan seorang perempuan malu-malu untuk ambil barang yang hendak dibeli kerana takut ketiaknya dilihat . Bukankah itu pendedahan aurat!!? Jika perempuan menutup aurat, adakah dia malu mengangkat tangan untuk capai barang yang berada di atas?

Begitu juga iklan VEET yang digambarkan seorang wanita tersangkut pada pagar yang akhirnya kain itu dikoyak bagi menampakkan kemulusan betisnya!!!!

Sememangnya wanita dipergunakan Umat Islam dilekakan..

First Day on First April

Thursday, April 1, 2010

AlhamduliLLAH selepas menghadiri temuduga di Impact Learning Resources pada 29 Mac 2010, saya diberi tawaran kerja di sana.

Awalnya saya ditanya tentang apakah jawatan yang menjadi fokus saya . Sebetulnya, sesuai dengan bidang pengajian yang saya tekuni selama ini, tenaga pengajar menjadi tumpuan .

Namun dek kerana Impact Learning Resources adalah syarikat konsultan, maka saya teruja untuk bersama team mereka. Saya perlu bermula dari bawah. Kebanyakan syarikat konsultan, dalam modul mereka, menekankan aspek spiritual dengan itu saya punyai persepsi bahawa, perlunya para pendakwah mengkaji dan meneliti manhaj baru dalam konteks penyampaian ilmu .

Sebelum ini saya mengisi borang KPLI secara online dan pernah dipanggil untuk Mtest namun atas kesilapan teknikal saya terlepas untuk duduki ujian tersebut. Mungkin ada hikmah.

Hari pertama pada 1 April, saya diberi penerangan ringkas berkenaan bidang tugas saya di sini. Saya diletakkan di bahagian Pembangunan Pendidikan . Nama pun dahsyat kan? Tapi bagi saya biasa sahaja sebab secara mudahnya saya adalah guru tuisyen ( hehe nama je hebat) . Atas kapasiti ini, saya diminta mnyediakan modul untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 3, 4, 5 juga untuk pelajar sekolah rendah. Fuhh!!

Apa pun saya juga diminta membantu dalam bidang konsultan, sebagai sampingan sahaja , pengisi slot solat dan qiyamullail. AlhamduliLLAH, satu pengalaman .

Rasanya saya perlu PA juga kot untuk merancang bersama-sama modul untuk kursus... Ada yang sudi? Ada seorang kenalan dalam MAP, tak nak bantu saya ke?