Followers

Nasihat Buat Si Suami atau Bakal Suami

Tuesday, August 28, 2007

Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita tidak tahu, Tidak tahu bukan bermakna tidak perlu ambil tahu langsung hal. Ini tanggapan salah . Jadi kita perlu belajar. Setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun. Jatuh lagi, bangun lagi & begitulah seterusnya. Jika tidak bangun-bangun, itu alamat tidal lama lagi. Bergerak bererti masih hidup, kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini. Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak2. Selagi hidup, mesti ada matlamat.

Semua orang inginkan kebahagian. Tidak ada orang yang akan menolak kebahagiaan. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada org ramai, saya pasti kebahagiaan itu pasti menjadi rebutan. Kalau, begitu, kita boleh ambil andaian bahawa kebahagiaan itu adalah asas kehidupan manusia. Satu perkara yang sangat diperlukan oleh semua manusia. Percayalah kebahagiaan itu ada pada semua orang, ia tidak dapat dipegang @ dilihat, tetapi dapat dirasa & dinilai.

Bagi kebanyakan orang, nilai kebahagian itu ada pelbagai. Bahkan dipelbagaikan untuk mengecap nikmat kebahagiaan tersebut. Ada yang telah mempunyai seorang isteri, namun masih belum merasa bahagia. Lalu terlintas difikiran untuk menambah ‘spare tyre’. Akhirnya tanpa fakir panjang, maka dipasanglah beberapa orang ‘girlfriend’. Niat awalnya hanyalah sekadar untuk berseronok-seronok, tetapi akhirnya terjerat. ‘Jerat’ makan tuan. Itulah apabila semua ‘girlfriend’ sudah mulai menuntut akan haknya, menyebabkan si suami pening kepala. Bertambah menyesakkan apabila si isteri pula telah mula menyedari akan perubahan sikap suami, telah mulai menyoal itu & ini. Segala pergerakan si suami telah mulai dipersoalkan & ini sungguh merimaskan. Bak kata pepatah ‘Sendiri cari penyakit’.

Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Selalunya kita akan merasa ‘kehilangan’ yang amat sangat sekiranya orang yang dikasihi sudah tiada lagi disisi. Banyak contoh yang telah kita lihat. Kenapa berasa kehilangan? Inilah soal kasih sayang dan rumahtangga, jangan kita ambil ringan. Belajarlah menjadi setia pada pasangan kita.

Pandanglah pasangan kita sebagai seorang sahabat yang akan menemani kita di kala susah & senang untuk sepanjang hayat. Kita selalu terlupa tentang perkara ini. Apabila berlaku sahaja sesuatu musibah, kita akan mencari orang lain untuk berkongsi masalah. Begitu juga di kala kita berasa kesunyian, kita akan mencari orang lain untuk berhibur. Tidak wajar kita meminggiri pasangan kita. Kebiasaannya, keadaan akan menjadi bertambah buruk & masalah biasanya tidak selesai.

Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya, orang yang menjadi rujukan kita merupakan orang yang tidak berpengalaman. Bagaikan ‘Tikus membaiki labu saja’. Tambahan pula sekiranya orang tersebut adalah berlainan jenis dengan kita. Banyak kes yang saya lihat & dengar, mula-mula bertindak sebagai ‘pendengar & penasihat’ tetapi akhirnya, ada keserasian. Bila sudah serasi, bibit kemesraan pula timbul. Penyudahnya, sanggup pula jadi ‘pengganti’. Apa sudah jadi?

“Bahagiakan pasangan kita dahulu, barulah kita dapat merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar”

Kita tidak tahu bila kita akan susah. Biasanya orang lain akan meninggalkan kita di kala kita susah. Saya melihat sendiri seorang suami menitiskan air mata tatkala isterinya disahkan menghidap kanser. Begitu juga seorang isteri yang begitu setia menemani suaminya di hospital yang telah disahkan lumpuh. Maka berulang-alik isterinya ke hospital, sehingga ke akhir hayat suaminya. Begitulah nilainya kesetiaan. Sanggup sehidup semati, walau ditakdikdirkan apa sekalipun. Sekalipun cinta & kesetiaan sedemikian rupa, jarang lagi ditemui hari ini, namun ia tetap ada. Masih ada lagi.

Para pembaca yang saya muliakan. Sesungguhnya kebahagiaan itu ada. Kesetiaan pada pasangan merupakan salah satu resepinya. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga & semoga anda sampai di pelabuhan ‘bahagia’ yang selamanya. Wallahua’lam.

Dipetik dari Mingguan W 5-11/11/04

KUNCI ASMARA: 40 Kunci Rahsia Kebahagiaan Dalam Kehidupan Berumahtangga.
SETIALAH PADA PASANGAN
Oleh: Mohd Huzairi b. Zainudin
(Perunding Motivasi)

I'tiraf

Saturday, August 11, 2007

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu

Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu

p/s: nasyid by Raihan

Tujuan Hidup

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum wahai saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,pada saat ini masing2 dari kita pasti disibukkan dengan tugas2 harian, kuliah,tutorial,mid-term exams, assignment,presentation,tasmik dan sebagainya. Didalam kesibukan ini semacam ada yang dirasakan kurang sahaja. “I wish there were 30 hours in a day!”, itu yg sering terbayang apabila kerja belum selesai,padahal due time dah semakin dekat..Malam menjadi siang n siang pulak menjadi malam kembali.. Mungkin ada diantara yang mengalami stress camni..

Elok sekali dalam keadaan seumpama ini, ana hendak mengingatkan diri ana sendiri dan sahabat-sahabat semua. Apakah yang hendak kita tuju dalam hidup ini? Apa tujuan kita dalam hidup?

-mendapat pendidikan yg tinggi?

-jawatan yg tinggi?

-kerja yg baik?

-pasangan yg cantik atau menarik?

-menjadi kaya atau jutawan?

- ???

Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi, mungkin tujuan2 hidup yg disebutkan ini sudah tersedia dalam fikiran masing2 itu mmg wajar sebagai manusia biasa. Tetapi perlu kita sedari bahawa itu semua hanyalah sementara sahaja.. Ada tujuan yg lebih kekal dan suci, lebih agung dan mendasar..Di sebabkan tujuan yg satu ini mencakupi semua tujuan sementara tadi.

Apakah tujuan itu?.. Wahai saudara-saudaraku.. jawablah, “Allah tujuan kita”.

Jawapan ini sebenarnya mengandungi erti supaya kita sentiasa mengikhlaskan hati semata2 kerana Allah dalam semua keadaan. Sehingga kita diakui sebagai hamba2Nya yang ‘Mukhlisin” (yg ikhlas). Mari kita hayati tafsir dari Surah Al-An’aam ayat 162-163

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang pertama yang menyerahkan diri kepada Allah.”

Wahai saudara-saudara seIslamku.. mari kita renung sejenak kehidupan kita ini dengan menggunakan persoalan-persoalan ini..

-Sudahkah hidup kita ini selari dengan ikrar kita?

-Solat kita hanya untuk Allah?

-Ibadah kita hanya untuk Allah?

-Hidup dan mati kita hanya untuk Allah?

Wahai saudara-saudaraku… marilah sama2 kita sucikan hati kita semata-mata kerana Allah. Kerna dengan itu, akan cantik dan tersusun rapi perjalanan kehidupan seharian kita sebagai individu Muslim. Akhir kalam, semoga amal dan perbuatan kita diterima Allah sebagai tabungan untuk hari Akhirat.

Muhasabah Diri Seharian

Wednesday, August 8, 2007

Adakah anda sembahyang setiap waktu dan di awal waktu?

Adakah anda melakukan dhuha?

Adakah anda tertinggal takbiratul ihram pertama semasa berjemaah?

Adakah anda membaca Al-Quran pada setiap hari?

Adakah anda membaca doa mathurat ( doa amalan nabi ) setiap hari?

Adakah anda berselawat ke atas Rasul hari ini?

Adakah anda menziarahi saudara lain kerana Allah?

Adakah anda membaca buku-buku Islam?

Adakah anda menyeru kearah kebaikan dan melarang kemungkaran?

Adakah anda bergaul dengan orang yang soleh dalam mengingati Allah?

Adakah anda menitiskan air mata dalam mengingati Allah sewaktu sunyi?

Adakah anda memikirkan tetang hari Akhirat? Dimanakah kedudukan anda disyurga atau neraka?

Adakah anda berfikir tentang maut walau sesaat sekalipun?

Adakah anda dapat menahan marah dan sabar dalam menghadapi kesulitan serta merasa penuh berharap kepada Allah?

Adakah anda telah menjaga mata, telinga, kaki, mulut dan anggota2 lain daripada melakukan maksiat?

Adakah anda terlah berniat untuk solat tahajjud pada malam ini?

Adakah anda ingin memperbaiki diri anda untuk hari esok dengan lebih baik lagi?

:: SMS, Siapa Untung?::

Monday, August 6, 2007

11.7 bilion SMS dihantar sepanjang Januari-Mac


Pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih 11.7 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang Januari hingga Mac lalu, meningkat 4.3 bilion berbanding 7.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dalam laporan Fakta dan Angka Terpilih bagi suku pertama 2007 berkata, angka itu hampir separuh daripada keseluruhan 33.2 bilion SMS yang dihantar pemilik telefon bimbit di negara ini tahun lalu.

Berdasarkan angka pemilik telefon bimbit yang kini berjumlah lebih 20.8 juta, purata setiap pengguna menghantar 563 SMS sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, meningkat 201 berbanding purata pada tempoh sama 2006.Purata SMS yang dihantar setiap pengguna pada suku pertama 2007 itu meningkat 50 jika dibandingkan dengan 513 pada suku terakhir 2006, 380 (suku ketiga 2006) dan 353 (suku kedua 2006).

Jumlah SMS yang dihantar pengguna telefon mudah alih di negara ini pada suku pertama tahun lalu ialah 7.4 bilion dan ia meningkat kepada 7.6 bilion (suku kedua), 8.31 bilion (suku ketiga) dan 9.97 bilion (suku keempat).
SKMM berkata, berdasarkan perangkaan 2005, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon mudah alih kedua tertinggi di Asean, iaitu 74.1 bagi setiap 100 penduduk, mengatasi Brunei (56.3), Filipina (39.5), Thailand (26.1), Indonesia (21.1), Laos (10.8), Vietnam (10.7), Kemboja (7.6) dan Myanmar (0.3).Singapura mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di Asean bagi setiap 100 penduduk iaitu 101.4. Ini bermakna hampir semua rakyatnya mempunyai alat telekomunikasi itu dan ada yang memiliki lebih daripada satu.Kadar pemilikan telefon bimbit di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang masing-masing hanya mencatat 74 dan 67.6 bagi setiap 100 penduduk.Hong Kong mencatat jumlah pemilikan telefon bimbit tertinggi bagi setiap 100 penduduk iaitu 122.6, diikuti United Kingdom (102.2), Taiwan (97), Australia (91.4), Korea Selatan (71.4) manakala China (29.9).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Yusof Abdul Rahman, berkata ketika ramai rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup, mereka masih mampu berbelanja besar untuk membeli telefon bimbit dan membayar caj SMS.“Secara purata, seorang pengguna telefon bimbit menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, lebih 80 juta SMS dihantar sehari dan angka itu sangat besar serta menguntungkan syarikat (telekomunikasi).

(Sumber : Berita Harian)

Kata aku : Golongan yang paling banyak hantar SMS adalah remaja dan mereka yang belum kahwin. Kenapa aku cakap macam ni? Senang aje. Remaja le yang banyak duk kapel sana sini. Loving itu ini. So bile dah in love tu, segalanya indah..x tya khabar sehari macam setahun. Syariat sudah tidak ada dalam kotak fikiran mereka..sehinggakan pelajar agama sendiri!!!

Friday, August 3, 2007

Apa yang menyebabkan wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden wanita yang berada dalam kategori umur 25 – 45 tahun yang sudah berumahtangga dan masih bujang)

  • Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.
  • Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
  • Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan anak isteri garang dan tidak mesra.
  • Ada duit digunakan
  • Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan keinginan wanita itu.
  • Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
  • Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.
  • Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
  • Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
  • Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.
  • Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
  • Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.
  • Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
  • Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah.
  • Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.
  • Selalu keluar rumah untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.
  • Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri
  • Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
  • Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.
  • Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri
  • Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.
  • Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.
  • Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.
  • Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.

Mengapa wanita suka merajuk?

(Bagi soalan ini ditujukan kepada responden lelaki yang berada dalam kategori umur 25 – 47 tahun. Responden lelaki ini berada dalam kategori bujang dan yang sudah berumahtangga).

  • Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan.
  • Wanita cerewet mengenai pemilihan gerai makan sehingga suka tarik muka jika gerai itu tidak berkenan di hati sedangkan lelaki anggap soal makan di mana saja boleh.
  • Wanita sensitif tidak tentu pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting yang mereka hendak fikir.
  • Wanita suka sangat diberikan perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji, jika tidak dipuji mereka akan merajuk.
  • Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka sedangkan mereka tidak mahu memahami lelaki.
  • Lelaki tidak suka menunjukkan perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
  • Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki, ini sebabnya lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
  • Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’ jika dilayan kata-kata mereka, ini menyebabkan lelaki suka berdiam diri.
  • Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
  • Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak bermakna mereka tidak prihatin kepada anak dan isteri.
  • Suami tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan wanita.
  • Wanita kurang bijak dalam melahirkan kasih sayang melalui perbuatan menunjukkan kasih sayang pada suami, tetapi hanya mengharapkan suami memberi kasih sayang itu.
  • Jangan terlalu bergantung pada suami dan teman lelaki pada perkara yang mampu wanita lakukan, tetapi wanita suka bergantung harap sangat pada suami dengan tujuan agar suami sentiasa berada di samping mereka. Ini tidak digemari suami/teman lelaki.
  • Wanita mesti memahami diri mereka sendiri dan peranan mereka, dan ubahlah perangai mengikut peringkat umur dan keperluan. Jika masih muda elok juga jika merajuk, tetapi jika sudah mempunyai anak ramai dan berusia, janganlah selalu merajuk – buruk!
  • Wanita jadikan diri mereka contoh yang baik dan merajuk memburukkan persepsi lelaki, jadi janganlah bersikap seperti budak-budak kecil.
  • Wanita suka bertanya itu ini pada suami/teman lelaki tetapi tidak suka pada jawapan yang diberikan oleh suami/teman lelaki. Ini membuatkan suami/teman bosan untuk melayan soalan wanita itu.
  • Wanita banyak maksud dan tujuan dalam perbuatan mereka, jika dilayan, mereka kadangkala mengambil kesempatan daripada keprihatinan yang diberikan kepada mereka.
  • Wanita jangan suka menunjuk-nunjuk kecantikan, kepandaian dan kekayaan mereka dan sebagainya dan inginkan dilayan ala ‘puteri’ kerana kelebihan itu hingga membodohkan lelaki. Lelaki tidak ada minat untuk melayan kerenah wanita seperti itu.

(Sumber: Kajian dijalankan Dr Rusinah Siron pada Januari 2007)

P/S : MASING-MASING KENA ADE TOLERANSI LE..TAKKAN MASA NAK KAHWIN JE SANGGUP SEGALA..

( Salute untuk sahabat aku yang tahan berjauhan dengan wife..nun di Sarawak, juga untuk sahabat yang wife dia nun di Johor..jauh tu nak ulang alik dari Kelantan..huhu)

MAFIA TERANCANG

Thursday, August 2, 2007

Pembongkaran yang dilakukan ketika ini, maslaah disiplin pelajar yang semakin meruncing. Semakin liar dan bertindak bagai mafia. Kes terbaru, sembilan (9) pelajar perempuan (boleh ke di panggil perempuan?) d Muadzam Shah, dekat rompin bertindak ala mafia apabila membelasah seorang pelajar permpuan lain di samping membogelkannya. Paling menyedihkan, mereka turut merakam aksi tersebut beserta gambar bogel dengan telefon bimbit.

Kenapa semua ni??? Hilangnya nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Namun ia tidaklah seteruk hilangnya nilai keagamaan dalam diri. Jatidiri Islam yang telah hilang.

Lantas bagaimana nak menghadirkannya kembali?Apakah hanya dengan kita mengetatkan lagi disiplin sekolah? Atau dengan membenarkan kembali guru merotan pelajar?

Sememangnya kita perlu kepada anjakan paradigma yang lebih dari itu. Ya, lebih dari yang ada sekarang. Islamkan diri anda (maksudku pemimpin), dan keislaman akan tersebar di seluruh
kawasan anda.

Apa kaitannya dengan pelajar? Ya, tentu ada..
Jika pemimpin itu telah nyata keislaman dan jatidiri Islamnya, tentunya dia akan melaksanakan apa yang perlu dilaksanakan, sesuai dengan ajaran Islam. Bukankah dia akan dijadikan role model? Bukankah dia akan berkuasa menghalang segala 'virus luar' dari menerobos masuk ke dlaam jajahan takluknya? Tiada lagi hiburan melampau. Tiada lagi kemasukan budaya syaitan. Tiada lagi kemegahan orang yang melakukan maksiat. Tiada dan tiada.