Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang kita tidak tahu, Tidak tahu bukan bermakna tidak perlu ambil tahu langsung hal. Ini tanggapan salah . Jadi kita perlu belajar. Setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun. Jatuh lagi, bangun lagi & begitulah seterusnya. Jika tidak bangun-bangun, itu alamat tidal lama lagi. Bergerak bererti masih hidup, kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini. Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak2. Selagi hidup, mesti ada matlamat.
Semua orang inginkan kebahagian. Tidak ada orang yang akan menolak kebahagiaan. Kalaulah kebahagiaan itu boleh dibahagi-bahagikan dan diedarkan kepada org ramai, saya pasti kebahagiaan itu pasti menjadi rebutan. Kalau, begitu, kita boleh ambil andaian bahawa kebahagiaan itu adalah asas kehidupan manusia. Satu perkara yang sangat diperlukan oleh semua manusia. Percayalah kebahagiaan itu ada pada semua orang, ia tidak dapat dipegang @ dilihat, tetapi dapat dirasa & dinilai.
Bagi kebanyakan orang, nilai kebahagian itu ada pelbagai. Bahkan dipelbagaikan untuk mengecap nikmat kebahagiaan tersebut. Ada yang telah mempunyai seorang isteri, namun masih belum merasa bahagia. Lalu terlintas difikiran untuk menambah ‘spare tyre’. Akhirnya tanpa fakir panjang, maka dipasanglah beberapa orang ‘girlfriend’. Niat awalnya hanyalah sekadar untuk berseronok-seronok, tetapi akhirnya terjerat. ‘Jerat’ makan tuan. Itulah apabila semua ‘girlfriend’ sudah mulai menuntut akan haknya, menyebabkan si suami pening kepala. Bertambah menyesakkan apabila si isteri pula telah mula menyedari akan perubahan sikap suami, telah mulai menyoal itu & ini. Segala pergerakan si suami telah mulai dipersoalkan & ini sungguh merimaskan. Bak kata pepatah ‘Sendiri cari penyakit’.
Manusia sememangnya tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Selalunya kita akan merasa ‘kehilangan’ yang amat sangat sekiranya orang yang dikasihi sudah tiada lagi disisi. Banyak contoh yang telah kita lihat. Kenapa berasa kehilangan? Inilah soal kasih sayang dan rumahtangga, jangan kita ambil ringan. Belajarlah menjadi setia pada pasangan kita.
Pandanglah pasangan kita sebagai seorang sahabat yang akan menemani kita di kala susah & senang untuk sepanjang hayat. Kita selalu terlupa tentang perkara ini. Apabila berlaku sahaja sesuatu musibah, kita akan mencari orang lain untuk berkongsi masalah. Begitu juga di kala kita berasa kesunyian, kita akan mencari orang lain untuk berhibur. Tidak wajar kita meminggiri pasangan kita. Kebiasaannya, keadaan akan menjadi bertambah buruk & masalah biasanya tidak selesai.
Keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya, orang yang menjadi rujukan kita merupakan orang yang tidak berpengalaman. Bagaikan ‘Tikus membaiki labu saja’. Tambahan pula sekiranya orang tersebut adalah berlainan jenis dengan kita. Banyak kes yang saya lihat & dengar, mula-mula bertindak sebagai ‘pendengar & penasihat’ tetapi akhirnya, ada keserasian. Bila sudah serasi, bibit kemesraan pula timbul. Penyudahnya, sanggup pula jadi ‘pengganti’. Apa sudah jadi?
“Bahagiakan pasangan kita dahulu, barulah kita dapat merasa nikmat kebahagiaan yang sebenar”
Kita tidak tahu bila kita akan susah. Biasanya orang lain akan meninggalkan kita di kala kita susah. Saya melihat sendiri seorang suami menitiskan air mata tatkala isterinya disahkan menghidap kanser. Begitu juga seorang isteri yang begitu setia menemani suaminya di hospital yang telah disahkan lumpuh. Maka berulang-alik isterinya ke hospital, sehingga ke akhir hayat suaminya. Begitulah nilainya kesetiaan. Sanggup sehidup semati, walau ditakdikdirkan apa sekalipun. Sekalipun cinta & kesetiaan sedemikian rupa, jarang lagi ditemui hari ini, namun ia tetap ada. Masih ada lagi.
Para pembaca yang saya muliakan. Sesungguhnya kebahagiaan itu ada. Kesetiaan pada pasangan merupakan salah satu resepinya. Selamat melayari bahtera kasih dalam rumahtangga & semoga anda sampai di pelabuhan ‘bahagia’ yang selamanya. Wallahua’lam.
Dipetik dari Mingguan W 5-11/11/04
KUNCI ASMARA: 40 Kunci Rahsia Kebahagiaan Dalam Kehidupan Berumahtangga.
SETIALAH PADA PASANGAN
Oleh: Mohd Huzairi b. Zainudin
(Perunding Motivasi)
Followers
Nasihat Buat Si Suami atau Bakal Suami
Tuesday, August 28, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
11:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment