Followers

Showing posts with label Feqah. Show all posts
Showing posts with label Feqah. Show all posts

Bermazhab Atau Taksub ?

Saturday, January 16, 2010


Tika saya dalam perjalanan bersama teman ke Musallas, ada panggilan telefon dari seorang pelajar.

Pelajar (P) : Assalamualaikum
Saya (S) : Wa'alaikumussalam
P : Ana nak tanya ustaz
S : Ye silakan
P : Apa hukum perempuan yang datang bulan, nak baca Quran sebab nak ulang hafalan
S : Secara ringkasnya boleh
P : oo terima kasih ustaz

Saya bersama dengan ustaz Faisal, Nurul Amin dan Hariz tika itu dalm perjalanan untuk menikmati bakso di Musallas yang dikatakan terkenal.. hehe . Bukan sebab menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 lalu kami ingin menikmati bakso cinta, tapi perancangan dah lama cuma masa belum mengizinkan.

Apatah lagi, Ustaz Faizal mempunyai sepupu orang Indonesia.
Saya rasakan, bakso ini umpama mee celup. Kami di Kelantan, biasa menikmati mee celup sebagai menu waktu petang. Kedai-kedai yang menyediakan mee celup,pastinya menjadi tumpuan belia remaja Kelantan di waktu petang.

Saya sendiri terkadang memacakkan diri bersama remaja di kampung saya, sambil menikmati juadah mee celup . Kebersamaan saya dan mereka, membuatkan saya mengimbau kembali zaman remaja di samping menerobos persoalan remaja . Keadaan kami berbeza. Zaman berubah. Tentunya memerlukan kita cuba memahami zaman mereka.

Pulang dari menikmati bakso, saya dihubungi sekali lagi pelajar terbabit. Dia nampaknya kurang berpuas hati dengan jawapan saya

P : Assalamualaikum
S : Wa'alaikumussalam
P : Ustaz, betul ke boleh baca? Syeikh Nu***** cakap tidak boleh
S : Beginilah, dalam masalah ini, mazhab 4 semua ittifaq (sepakat) mengatakan orang haidh tak boleh sentuh Alquran, cuma mereka berbeza pendapat dalam membolehkan orang haidh membaca Al-Quran . Mazhab Syafie kalau ulama terdahulu memang tetap mengatakan haram, cuma ulama terkini di kalangan Syafieyyah , ada yang mengharuskan sebagai contoh Mufti Ali Jumaah (Mufti Mesir ). Alasan Syeikh Mufti ialah nak dekatkan masyarakat dengan Al-Quran.

Masyarakat Islam terdahulu, mereka dekat dengan Al-Quran, walau tidak mengulangnya, ingatan mereka tetap kuat. Masyarakat kita sekarang ini, dalam keadaan suci pun memang dah jarang nak baca Al-Quran, apatah lagi kalau datang bulan . Jika difatwakan haram, akan menjauhkan lagi mereka dengan al-Quran bahkan akan terdedah kepada lupa yang semestinya merupakan satu dosa (menurut satu pandangan)

P : Ooo. Jadi tidak salah jika mengambil pendapat Syeikh Mufti?
S : Ye , bukan hanya Syeikh Nu***** sahaja ulama Syafie. Cuma kalau masih mahu ambil jalan waspada, atau mahu tunggu waktu suci, silakan. Saya bukan mahu menghalang anda, bukan juga mahu memaksa anda menerima pendapat Syeikh Mufti

p/s : Sila rujuk Fatawa Asriyyah oleh Syeikh Ali Jumaah jilid 1 muka surat 7-8 terbitan Darus Salam cetakan kedua (2006)