Followers

Thursday, April 24, 2008


مولاي
مولاي صل وسلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم

محمد سيد الكونين والثقلين
والفريقين من عرب ومن عجم

أوذيت في الله لم تهزم ولم تهن
حتى غدت أمة الإسلام في النجم

سريت من حرم ليلا إلى حرم
كما سرى البدر في داج من الظلم

وبت ترقى إلى أن نلت منزلة
من قاب قوسين لم تدرك ولم ترم

In Loving Memory of Beloved Muhammad (pbuh)


In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful...

--------------------------------------------------------------

The voice said to him,

“Read”

“Read in the name of the Lord, who Created.

Created humankind from an embryo……………..”

“Read for your Lord is most Generous, He taught humanity by the pen.

Taught it,

That which it knew not…….”

The voice said,

“Muhammad, I am Jibril and you are the Messenger of God."

Poem Of The Mantle

Oh God,
Send prayers and peace,
For always and forever,
Upon the one you have loved,
The best from all of creation.

Muhammad (pbuh),
Prince of the two worlds,
And the two beings,
And all of the people from amongst the Arabs
And the non-Arabs.

Oh God,
Send prayers and peace,
For always and forever,
Upon the one you have loved,

The best from all of creation.
Nothing deterred you,
No defeat and no loss,
Until this community of Islam,
We set amongst the star.

Oh beloved of God,
Messenger of God,
Imam of the prophets.

Your journeyed from one sanctuary,
By night to another sanctuary,
As the full moon travel
Through intense darkness.

And you kept ascending,
Until you reached a position,
At a distance of two cubits,
As had never been attained,
Nor has been saught.

Oh beloved of God,
Messenger of God,
Imam of the prophets..

“An Arab has no superiority over a non-Arab nor a non-Arab over an Arab and white person has no superiority over a black person, nor a black person over a white person except by piety and good actions”. –Muhammad (pbuh)

SALAM SEMUA SAHABAT...

dah lama menyepi ..nak kata rindu menulis, memang rindu..nk kata x rindu..em..xde kot
Jadual exam untuk fasal thani( II) dah keluar..rasanya ok sikit berbanding denganjadual fasal awal aritu..
harapnya untuk fasal ni, Insya Allah dapat score..
Ma, abah, doakan angah untuk hadapi exam

Ni le jadual aku :

18.5. 2008 (Ahad) : Al Quran Tahriri
21.5. 2008 ( Rabu) : Feqh Syafie
25.5.2008 ( Ahad) : Feqh Muqaran
28.5.2008 (Rabu) : Hadith Ahkam
1.6.2008 (Ahad) : Usul Feqh
4.6.2008 ( Rabu) : Qaah Bahas Usul Feqh wal Qadhaya
8.6.2008 ( Ahad) : Qadhaya Muasiroh
14.6.2008 ( Ahad) : Al Quran Syafawi

p/s: (td ade sahabiah bgtau..aku silap tulis hari..dh edit dah...makasih ye)

Allahumma ij'alna mina annajihiin wal mutafawwiqiin fi ddunya wal akhiirah

Ilmuwan Islam syor guna Saat Makkah ganti GMT

Waktu Tanah Suci paling tepat kerana terletak di pusat bumi

MAKKAH: Saintis dan ulama Islam mendesak waktu Makkah diguna pakai untuk menggantikan waktu antarabangsa 'Greenwich Meridian Time' atau dipanggil GMT kerana bandar raya suci umat Islam berkenaan terletak di lokasi sebenar pusat bumi.

Umat Islam akan menghadap kiblat di Makkah setiap kali menunaikan solat.


Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, desakan itu disuarakan pada persidangan yang diadakan di Qatar dengan tajuk 'Makkah Pusat Bumi: Teori dan Amalan.'

Seorang pakar geologi juga berkata, tidak seperti garis bujur lain, Makkah berada dalam kedudukan jajaran sempurna kepada medan magnet hemisfera utara.

Pakar itu berkata, orang Inggeris melaksanakan penggunaan GMT ke seluruh dunia secara paksa ketika Britain menjadi kuasa penjajahan. Oleh itu, katanya, sudah tiba masa perkara itu diubah.

Greenwich adalah sebuah bandar di Britain dan GMT digunakan sejak 1884. Waktu GMT untuk semua zon masa di dunia diukur berdasarkan Garisan Meridian Greenwich di Pusat Pemerhatian Diraja Greenwich.

Sarjana Islam terkemuka, Dr Sheikh Yusuf al-Qaradawi, yang turut menyertai persidangan berkenaan menekankan, sains moden akhirnya membuktikan Makkah adalah pusat Bumi.

"Bukti Makkah adalah pusat bumi sebenar adalah kiblat � perkataan Arab bermaksud arah umat Islam apabila menunaikan solat," katanya.

Persidangan itu turut menilai semula apa yang digambarkan sebagai jam Makkah � Saat Makkah � ciptaan seorang penduduk Islam Perancis, Yasin a-Shouk.

Jam itu dikatakan berputar arah lawan pusingan jam dan sepatutnya membantu umat Islam menentukan arah Makkah dari mana-mana tempat di bumi.

Persidangan di Qatar adalah sebahagian aliran popular di kalangan masyarakat Islam yang mahu mengumpul bukti bahawa sains moden menggunakan asas bukti daripada al-Quran.

Amalan itu digelar 'Ijaz al-Quran', yang secara kasar diterjemahkan sebagai 'mukjizat al-Quran.'

Kepercayaan yang digariskan ialah kebenaran saintifik juga didedahkan dalam al-Quran, dan sudah menjadi tugas sarjana Islam untuk mendalaminya dan memperkenalkan buktinya.

Isteri Yasin yang menjadi penyelia sidang, berkata: "Negara Barat memaksa kita menggunakan garis Greenwich yang tidak dapat dilihat sebagai rujukan masa dunia."

Beliau berharap, negara Islam dapat menyertai projek menggunakan waktu Makkah bagi memperkuat keyakinan bahawa Tanah Suci itu adalah pusat bumi, bukan secara teori tetapi praktikal.

Seorang cendekiawan Islam, Zaghloul al-Najjar, berkata negara Barat tidak suka melihat bukti saintifik menunjukkan Makkah berada di pusat bumi tetapi beliau dan tokoh Muslim lain akan meneruskan usaha supaya masyarakat antarabangsa menerima kebenaran itu