Followers

:: Nikmat yang tidak Ternilai ::

Monday, September 14, 2009

Sejak kemalangan haritu, ubat menjadi teman karib. Dalam diri kadang terbayang bagaimanalah "si BC" boleh bertahan dengan ubat sepanjang masa.

saya perlu menghabisi beberapa jenis pil

Minggu lepas saya dibawa ke polikinik untuk xray bahu....dan hasilnya kata Dr Jamil, sendi bahu awak terkeluar dari sarungnya. AstaghfiruLLAh. Terbayang pula "anak Babah" yang menceritakan bagaimana tulang ditarik, rentap untuk membetulkannya.Ngeri
Tapi demi mencapai sihat, semua kesakitan itu tiada nilai.


Nikmat Allah sentiasa berada dengan kita tapi amat susah untuk mengembalikannya jika telah hilang

Saya mengharapkan sahabat dan semua teman mendoakan kesihatan saya.

:: Bersama Wakil Palestin ::



Sebagaimana yang diiklankan, Surau As Siddiqiin akan menganjurkan Majlis bersama wakil Palestin. Di sini saya kisahkan serba sedikit

Wakil Palestin:

1. Syeikh Husin 'Awawidhah (Penasihat Kanan Rabitah Ulama Palestin)
2.Syeikh Ziad AQishawi (Koordinator Bantuan Kemanusiaan Rabitah Ulama Palestin)
3.Syeikh Ahmed Abu Shousha Abu Wael (Koordinator Sosial Rabitah Ulama Palestin)

Manakala wakil HALUAN PALESTIN ialah Tuan Haji Noor Azman Shamsuddin, Ketua Sekreteriat HALUAN MALAYSIA

Kesemua wakil tiba di surau agak lewat dari yang dijadualkan. Mereka sepatut memberi ceramah pada jam 5.30pm tetapi kerana jalan yang jam, mereka tiba jam 6.45pm. Oleh itu majlis di tunda selepas terawih.Kami berbuka puasa bersama-sama 3 wakil tersebut. 2 Wakil terpaksa meninggalkan kami sesudah selesai solat Maghrib disebabkan program lain selepas itu.


Ceramah selepas terawih disampaikan oleh Syeikh Abu Wael selaku ketua koordinator Sosial Rabitah Ulama Palestin. Antara isi kandungan ceramah:

1. Israel menjatuhkan kesemua bom seberat 1kg untuk setiap penduduk Palestin yang berjumlah 150,000 orang di Gaza namun kuasa Allah hanya mengenai 200 orang penduduk sahaja
2. Kem pelarian di Khan Danun menempatkan semua pelarian Islam.Tempat yang tiada haiwan dapat hidup,namun dengan bantuan derma Umat Islam yang sedar dari seluruh dunia, kawasan itu kini ada saluran air tetapi masih memerlukan sumbangan.
3. Seorang kanak-kanak Turki mendermakan USD750 hasil simpanannya beberapa tahun
4. Ismail Haniyyah( Perdana Menteri dari pihak HAMAS) hidup seperti rakyat yang lain, bergelap, tanpa makanan dan sebagainya.



5. Briged AlQassam masih wujud dan sentiasa mengawal sempadan Gaza dari diceroboh ( ditunjukkan klip video, gerakan tentera dan sniper HAMAS )
6. Askar Israel yang ditemu bual bila ada yang lari jika ada pertempuran dengan HAMAS mengatakan mereka sentiasa nampak 'makhluk gergasi berbaju putih' di hadapan tentera HAMAS . Siapakah mereka???

bersama Syeikh Abu Wael


Apa sumbangan kita!!!!?????

::Berlalukah Lailatul Qadr?::

Pagi Ahad lepas (24 Ramadhan/13September), kotak sms saya dihujani soalan yang sama.Orang yang mula-mula bertanya ialah "anak Babah" Pada malam itu juga(malam ke24), ketika ingin memulakan solat qiyam, para jemaah surau AsSiddiqiin juga mengajukan soalan yang sama

"Ustaz, ustaz rasa, malam tadi (malam 23Ramadhan), lailatulQadr ke?"

Saya pada mulanya hanya tersenyum. Dalam masa yang sama turut bergelodak dalam jiwa betapa saya secara tidak sengaja telah 'mengabaikan' malam tersebut.

Saya sememangnya sudah sedar sejak jam 2pagi.Kepala saya agak pusing malam itu, badan seram sejuk, tidak dapat bangun, walau mata terkebil-kebil, saya seolah-olah kaku,hanya mulut sahaja mampu menutur zikir. Tika jam menunjukkan jam 5 pagi barulah saya menggagahi badan bangun berwudhu kemudian bersandar di satu sudut. Malam itu surau mengadakan program Qiyam yang dipimpin Ustaz Zaidi, 2 malam sebelumnya saya memimpin qiyam.

Tika saya bersandar itulah datang seorang jemaah,

" Ustaz, jom kita sahur"

Saya tersenyum. Dia berlalu, beberapa ketika kedengaran suaranya berteriak dari luar, berhampiran tempat wudhu'

" Ustaz!! gerimis turun"

Tiba-tiba saya mempunyai kekuatan, lantas bangun untuk berbicara dengan Allah

"Ya Allah, betapa aku mensia-siakan rahmat dan kasih-MU".


Diberitakan kepada saya bahawa Imam Ghazali menyatakan, jika Ramadhan bermula pada hari Sabtu maka LailatulQadr pada malam 23.

Apa pun, pencarian dan pendakian harus diteruskan kerana LailatulQadr adalah rahsia Allah yang tidak pernah diberitahu kepada sesiapa

:: Iktikaf dan Tata cara ::

Wednesday, September 9, 2009




Entry kali ini insya Allah berkenaan dengan Iktikaf

Saya menghadapi masalah dalam menulis hadis RasuluLLAH berkenaan dengan fadhilat iktikaf kerana keyboard dan pc tiada software Bahasa Arab. Jadi saya postkan permasalahan iktikaf dengan menggunakan bahasa melayu sahaja

Maksud Iktikaf

Iktikaf bermaksud Melazimi dan bertafakur dalam masjid mencari keredaan Allah S.W.T.


Fadhilat Iktikaf

Ia merupakan amalan Nabi SAW apabila tibanya Ramadhan. Juga amalan ini diteruskan o;eh para Isteri baginda, sahabat dan para salaf soleh serta ulama-ulama sehingga ke hari ini. Iktikaf pada bulan Ramadhan lebih memberi ruang kepada kita untuk beribadah di samping mencari malam AlQadr

Waktu iktikaf

Iktikaf wajib tergantung pada berapa lama waktu yang dinazarkan, sedangkan iktikaf sunat tidak ada batasan waktu tertentu, bila-bila saja pada malam atau siang hari, waktunya boleh lama atau singkat.

Ya'la bin Umayyah berkata:

" Sesungguhnya aku berdiam satu jam di masjid tak lain hanya untuk beriktikaf."


Syarat-syarat iktikaf

Orang yang iktikaf harus memenuhi kriteria-kriteria sebagai berikut:

  1. Muslim
  2. Berakal
  3. Suci dari janabah (junub), haid dan nifas.

Oleh kerana itu, iktikaf tidak sah bagi orang kafir, anak yang belum mumaiyiz (mampu membezakan), orang junub, wanita haid dan nifas.

Rukun-rukun iktikaf

  1. Niat (QS. Al Bayyinah : 5), (HR: Bukhari & Muslim tentang niat)
  2. Berdiam di masjid (QS. Al Baqarah : 187)

Di sini ada dua pendapat ulama tentang masjid tempat iktikaf. Sebahagian ulama membolehkan iktikaf di setiap masjid yang diguna untuk solat berjemaah lima waktu.

Hal itu dalam rangka menghindari seringnya keluar masjid dan untuk menjaga pelaksanaan solat jemaah setiap waktu.

Ulama lain mensyaratkan agar iktikaf itu dilaksanakan di masjid yang diguna untuk membuat solat Jumaat, sehingga orang yang beriktikaf tidak perlu meninggalkan tempat iktikafnya menuju masjid lain untuk solat Jumaat.

Pendapat ini dikuatkan oleh para ulama Syafiiyah bahawa yang afdal iaitu iktikaf di masjid jami', kerana Rasulullah s.a.w iktikaf di masjid jami'. Lebih afdal di tiga masjid; Masjid al-Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.

Hal-hal yang diperbolehkan bagi mutakif (orang yang beriktikaf)

  1. Keluar dari tempat iktikaf untuk menghantar isteri, sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w terhadap isterinya Sofiyah ra. (HR. Riwayat Bukhari dan Muslim)
  2. Menyisir atau mencukur rambut, memotong kuku, membersihkan tubuh dari kotoran dan bau badan.
  3. Keluar dari tempat keperluan yang harus dipenuhi, seperti membuang air besar dan kecil, makan, minum (jika tidak ada yang menghantarkannya), dan segala sesuatu yang tidak mungkin dilakukan di masjid, tetapi ia harus segera kembali setelah menyelesaikan keperluannya .
  4. Makan, minum, dan tidur di masjid dengan sentiasa menjaga kesucian dan kebersihan masjid.

Hal-hal yang membatalkan iktikaf

  1. Meninggalkan masjid dengan sengaja tanpa keperluan walaupun sebentar, kerana meninggalkan salah satu rukun iktikaf iaitu berdiam di masjid.
  2. Murtad ( keluar dari agama Islam )
  3. Hilangnya akal, kerana gila atau mabuk
  4. Haid atau Nifas
  5. Berjimak (bersetubuh dengan isteri) (QS. 2: 187), akan tetapi memegang tanpa syahwat, tidak apa-apa sebagaimana yang dilakukan Nabi dengan isteri- isterinya.
  6. Pergi solat Jumaat (bagi mereka yang membolehkan iktikaf di surau yang tidak digunapakai untuk solat Jumaat).

Ini mungkin merupakan entry terakhir saya untuk ramadhan kali ini..bermula malam ini, ibadah iktikaf akan dilaksanakan..marilah kita meriahkan ibadah ramadhan kita dengan iktikaf, mencari malam Al Qadr. Walaupun hati ini merasakan bahawa Al Qadr mungkin malam tadi namun pencarian masih perlu diteruskan

:: Bersamamu Palestin ::

Tuesday, September 8, 2009

kedatangan Ramadhan amat kali ini, membawa pengertian bermakna buat seorang sahabat paling akrab saya



beliau menyambut kelahiran bayi pertama minggu lepas. Alhamdulillah




Dalam pada itu, surau (masjid) As Siddiqiin akan mengadakan majlis bersama wakil HAMAS pada 12 hb September depan. Majlis anjuran bersama Surau AsSiddiqin dan HALUAN PALESTIN, sebuah NGO


::Bersama Ustaz Zamri :::

Friday, September 4, 2009

Malam tadi, surau AsSodiqqin menjemput Ustaz Zamri "Mantop" bagi mengisi slot tazkirah selepas terawih

Saya mengkedepankan beliau sedari solat Isya, walaupun beliau ingin saya imamkan solat fardhu. Apapun saya lengahkan diri dari maju,maka terpaksa la beliau naik ke depan ( ala sekali sekala minta Ustaz sempurnakan pakej undangan..huhu)

Terawih yang Ustaz imami, diserikan dengan alunan bacaan ala Misyari Rashid Efasi, Syeikh Ali Huzaifi, Saad Ghamidi dan Abdul Rahman Assudaisi...SubhaNALLAH..menitis airmata mendengar alunan yang menusuk.Alangkah agungnya ayat Allah jika difahami dan diamali..


bersama dengan AJK Surau, berbaju hijau di kiri Ustaz Zamri adalh Pakcik Harun (pengerusi Surau)


Seusai solat, Ustaz memberikan tazkirah, ( rujukan ayat Quran surah Al Baqarah ayat 183 ) antara isi tazkirah beliau:

a. komponen utama dalam pembentukan modul insan ialah
1. input- Iman
2. proses /upgrade- amal
3. out put- taqwa

Ramai yang menerima kefardhuan puasa tapi mengingkari kefardhuan sistem undang2 (rujuk ayat sebelumnya 178) Sedangkan penggunaan perkataan yang sama iaitu " kutiba- difardhukan"

Jangan sempitkan pemahaman Islam,

Ustaz juga mengulas bahawa, jika ada yang pertikaikan perkara politik tidak boleh dibicarakan di masjid, Ustaz mengutarakan pendapat Dr Yusuf Al Qardhawi ketika ditanya perkara yang sama, jawab beliau:

" Apa beza bercakap berkenaan nasihat agama, kuliah feqah, tafsir, hadis dengan ekonomi, sosial, politik.Bukankah Islam itu syumul dan menyeluruh?merangkumi semua aspek kehidupan. Bukankah Ahli Kitab ditegur kerana hanya mengambil ajaran Allah mengikut kemahuan dan nafsu, sedangkan mereka meninggalkan ajaran yang tidak sesuai dengan nafsu mereka?"

Ulasan Ustaz yang terakhir ialah berkenaan penyakit yang melanda umat manusia dewasa ini ( H1N1) adalah kerana berleluasa zina, sebagaiman yang disebutkan oleh Nabi SAW ( saya tidak sempat menyalin tetapi secara umum, maksudnya:
" Tidaklah mana-mana kaum yang tersebar zina, maka akan ditipa penyakit yang tidak pernah menimpa ummat terdahulu"

Ustaz menyatakan kadar zina di kalangan remaja amat serius, bahkan menggunakan istilah Islam iaitu "Aqiqah" bagi merujuk kepada pesta zina. Kadar H1N1 pada awal Ramadhan tidak berganjak tetapi selepas malam merdeka, kadar kematian H1N1 kembali meningkat, menunjukkan benarnya Hadith Nabi SAW.
menikmati sedikit juadah




Semoga kita semakin mendekatkan diri kepada Allah, dan mencapai taraf yang dinyatakan Allah iaitu "muttaqiin"

:: PUASA DAN MERDEKA ::

Thursday, September 3, 2009

Sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dalam erti kita melaksanakan segala titah perintah-NYA serta menjauhi segala larangan-NYA

Juga Marilah kita sama2 meningkatkan tahap ketaqwaan dan kesyukuran kita kepada allah s.w.t.Kerana setiap hari kita berada dalam nikmat2 yang berlainandaripada yang semalamnya.Lebih2 lagi nikmat berada dalam Bulan Ramadan yang dijanjikan pelbagai gandaan pahala oleh yang Maha Esa.

Ramadan adalah bulan untuk kita merdekakan jiwa rohani kita dari segala nafsu antaranya:


· Merdekakan daripada nafsu makan yang berlebihan
· Merdekakan daripada nafsu percakapan yang tidak berfaedah
· Medeka dari nafsu bakhil (kedekut) cintakan harta dengan tidak menunaikan tanggungjawab harta seperti sedekah wajib,sumbangan atau bersikap boros tidak pada tempatnya.
· Merdeka dari sifat malas beribadah dan perbuatan yang sia2.


Jika kita meneliti sejarah Nabi Muhammad s.a.w peperangan besar yang disertai oleh baginda ialah perang badar yang berlaku pada Ramadan tahun kedua hijrah ia juga disebut sebagai (yawmulfurqon) iaitu hari pembeza antara kebenaran dan kebatilan .


Perang Badar,boleh dianggap sebagai perang kemerdekaan akidah yang pertama dalam sejarah umat Muhammad s.a.w .

Sebagai mananya berlaku perang badar pada bulan Ramadan (Fathu Mekkah) iaitu pembebasan kota Mekkah dari kekotoran syirik jahilliah.Ia berlaku padan tahun ke-8 hijrah.Gerakan memerdekakan Mekkah dari segala unsure syirik telah mendapat kejayaan yang gemilang dengan bantuan allat s.w.t.

Kedua2 peristiwa yang bersejarah ini, serta sentiasa diulang-ulang setiap kali datangnya Ramadan Al-Mubarak.

Mengikut kalendar Gregorian bulan ogos ini juga umat Malaysia akan meraikan tarihk besar dalam sejarah Malaysia iaitu Hari Kemerdekaan .Kita menghargai segala jasa penat lelah,pahit maung generasi datuk nenek kita yang berjuang menetang penjajah yang bukan sahaja penjajahan dalam pemerintahan bahkan jua penjajahan akidah dan pemikiran. Semoga Allah membalas segala usaha mereka yang terdahulu.

Apa yang hendak kita nyatakan disini ,bagaimana kita menghargai dan mengisi kemerdekaan yang kita perolehi sesuai dengan bulan Ramadan bulan kemerdekaan islam sedunia.

Rentetan dari bulan kemerdekaan umat islam ini apa salahnya jika kita terjemahkan dalam diari sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini.Iaitu :

· Merdekakan Negara daripada sistem yang tidak islamik kepada system islam sama ada dalam bidang politik ,ekonomi mahupun undang2 yang dilakukan secara berperingkat.Setiap individu mulakan pada diri keluarga ,masyarakat dan seterusnya kepada pemerintahan.

· Merdekakan Negara ini dari segala unsur pembaziran harta sama ada harta milikan sendiri dan lebih2 lagi harta rakyat dan negara.

· Merdekakan Negara dari unsur2 yang boleh mengganggugugat dan merosakkan akidah serta kesucian islam terutamanya islam liberal , gerakan gerakkan sufi yang menyeleweng, rasul palsu dan sebagainya.Pihak berwajib hendaklah bekerjasama menggunakan kuasa yang ada mengikut bidang masing2 begitu juga dengan kita.

· Merdekakan Negara daripada unsur2 yang melalaikan umat islam serta menghancurkan akhlak mereka sama ada dalam bentuk hiburan melampau budaya yang tidak islamik dan lain2nya.


Tidak ada gunanya kita melaung laungkan kalimah keramat ‘MERDEKA’ sedangkan merdekaan yang hakiki menurut pandangan Allah masih jauh untuk kita capai hinggalah pada hari qiamat nanti segala apa yang kita banggakan menjadi debu2 yang beterbangan.



p/s: antara isi Khutbah JUmaat saya di surau (masjid) AsSiddiqiin pada 28.8.09, lambat dimasukkan d blog

:: Ujian::

Tuesday, September 1, 2009

Salam Ramadhan buat semua sahabat...

Sepanjang ramadhan pada tahun ini, banyak pengalaman dan peristiwa luaran (keduaniaan) yang datang menguji..

Saya sebolehnya ingin mengosongkan jiwa dari terlibat dengan urusan yang tiada sangkutan dengan ibadah Ramadhan. Seboleh mungkin ingin menumpukan sepenuh perhatian pada Ramadhan kali ini

Namun, Allah sentiasa menduga hamba-NYA bukan kerana benci mahu pun tidak sayang kepada hamba, bahkan ingin menaik taraf martabat ( bukanlah saya mendabik dada mengatakan saya wajar dinaiktaraf, nauzubiLLAH )

Dalam satu hadith, Nabi SAW bersabda:

" Apabila Allah sayangkan seseorang hamba-NYA maka DIA akan mengujinya "

Sms dari Anak Babah saya terima, dia tidak sihat, saya juga kurang sihat, bercampur baur antara rindukan kuarga dan 'kejutan-kejutan' yang tidak disangka.

( moga Anak Babah segera sembuh, Allah sedang meng'upgrade' keimanan Anak Babah....Soalan Anak Babah akan dijawab kemudian ye)

Saya diberitakan (sila rujuk shoutbox) yang sahabat saya tidak memulangkan wang visa sebagaimana yang dia janjikan sewaktu berbicara dengan saya tika hendak berlepas ke Mesir.
Kotak sms hp saya sentiasa berbunyi.Pelbagai hamburan kata, ketidakpuasan hati

Ya, saya akui saya yang mempromosikan pakej mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan tahun ini 1430H, namun saya hanyalah perantara/pemudahcara urusan dengan sahabat saya itu,segala duit ada pada sahabat saya..

Apa pun saya memohon maaf, kerana sedikit sebanyak saya turut diheret ke dalam kemelut ini.

Saya juga bersyukur kerana saya pernah menghalang sahabat saya menguruskan umrah untuk pelajar muslimah di Mesir. Dia mahu saya menjadi ejen. Saya berkeras enggan ( saya abaikan dahulu perbicaraan masalah feqah di sini)

Buat sahabat yang terlibat, semoga lebih berhati-hati dengan masalah duit, jangan biarkan apa yang berlaku sepanjang tahun lepas berulang kembali. Ingatlah doa orang yang zalim tidak akan tertolak