Followers

:: Ziarah Sahabat ::

Thursday, June 25, 2009

Semalam berkunjung ke rumah seorang sahabat rapat. Telah lama tidak bersua dengannya sejak kami kembali dari mekah tempoh hari.

Seingat saya, tika di mekah kami mengakrabi kebersamaan kami di sana. Sentiasa bersama, makan, minum bahkan demam pun ..huhu..Tika bekerja di bangunan yang disewa Tabung Haji, pengalaman 'ditangkap' pihak muassasah kerana disalah anggap menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di dalam bangunan. Cengeng sungguh, semua tu angkara mamat-mamat Bangla di situ.Sabar jela.

AlhamduliLLAH..
Walau beliau tidak mahu bergambar di malam ziarah itu, saya jadikan Fatimah Azzahra sebagai model iklan kali ini..haha. Pelik la juga si cilik ini, dulu tika masih kecil susah sangat nak duk atas riba, tapi ni dia merengek nak dukung lak..adehhh..ponat den dukung, pujuk-pujuk baru le nk turun..
Inilah fatimah Azzahra



Fatimah ni suka bergambar, memang patut pun sebab Abuya nya suka bergambar, kira bapa borek anak rintik laa


Moga kami sentiasa dipayungi rahmat Allah dan moga ukhuwwah ini terbina atas nama Allah.

Ya Allah, moga kami disenaraikan di kalangan mereka yang berada di bawah naungan teduhanMU di akhirat sana..Aameen

:: Aku DiTanya ::

Monday, June 22, 2009

Entah kenapa, rasa nak korek balik, satu coretan yang pernah saya 'cipta'.
saya bukanlah sehebat cerpenis sammaituha najwa juga tidak sehebat tarbus merah
namun sekadar coretan biasa, hasil sembang bual bersama teman.


Aku ditanya kenapa aku di dunia ini
aku menjawab kerna DIA menduga daku
Aku ditanya kenapa aku sering diuji
daku menjawab kerna DIA kasihkan daku

Aku ditanya kenapa perlu ada keperitan
daku menjawab kerna kesenangan akan digapai
Aku ditanya kenapa harus tercipta penderitaan
daku menjawab kerna kita sering lalai

Aku ditanya kenapa diri dibekali nafsu

Daku menjawab kerna jiwa terkadang perlu
Aku ditanya kenapa akal kadang tersalah
daku menjawab kerna tidak dipandu iman

Aku ditanya kenapa ada perpisahan
daku menjawab kerna menduga kedalaman cintaNYA

Aku ditanya kenapa ada taqdir Tuhan
Daku menjawab kerna bukti DIA berkuasa


Aku ditanya kenapa perlu ada kematian
daku menjawab kerna DIA cintakan hamba-NYA

Aku ditanya kenapa dibenar adanya neraka
daku menjawab kerna ingin diberiku syurga




Pembuka Bicara

Saturday, June 20, 2009

Assalamualaikum warahmatuLLAh wabarakatuh..

Salam kemaafan dari penulis kepada semua pihak..agak lewat untuk update blog
AlahamduliLLAH, usai imtihan fasal 2 semalam, minda agak tenang untukmenukilkan sesuatu di sini.

Ramai yang minta untuk menjawab persoalan agama di blog ini, namun agaknya kurang elok jika blog peribadi ini berbincang serius ( mungkin kebanyakan pernah membaca tulisan saya, bahwa blog ini lebih kepada santai )

Demi memenuhi permintaan, penulis lahirkan blog khas (sebenarnya kelahiran blog itu sudah lama ) yang menumpukan perbincangan serius.
Sahabat semua boleh melayari di sini http://saifulaz.blogspot.com

dibawah ini pemandangan pada hari ujian syafawi


tengok tu, sedang rancak berbincang


ini la bilik untuk ujian syafawi bagi kumpulan 12 dan 13

sedang menenangkan jiwa


Semasa sesi soal jawab tu..banyak la juga yang ditanya. Maklumlah, saya adalah orang yang last..
Bermula dengan soalan Al Quran (soalan favourite la kiranya), soalan usul feqah nassi ( matan ), AlhamduliLLAH kesemuanya dapat dijawab dengan sempurna, cuma agak terkilan sebab satu je yang tak terjawab sebab dah blur masa tu..

Mumtahin : Apa nama kitab yang awak baca tu?
Saiful : (alamak, blur je ni..nape ek).sambil senyum, betulkan spek mata
Mumtahin : (dalam keadaan senyum) Nihayah....
Saiful : Aiwah ( ye) Nihayatus Sul syrah MinhajUsul ( :p )

Harap-harap ke'blur'an saya tidak mencalarkan natijah nanti...AAAAAMIIIIIN

:: Madihah ; Sentiasa Terpuji dan Memuji ::

Thursday, June 4, 2009


Mata ini seakan terpaku,dipaksa untuk terus menyusuri bersama buku yang berada di tangan. Saya sememangnya antara orang yang agak kurang berminat untuk membaca buku motivasi tulisan orang lain.(mungkin juga sebab inilah saya agak terlewat untuk menatap buku ini ) Saya masih ingat kata-kata seorang teman tika mula berada di 'Ardhu Kinanah' ini. Katanya :

"Semangat itu berada dalam diri kita, dia sukar dibangkitkan oleh orang lain, hanya kita yang mampu membangkitkannya"

Namun, buku " Catatan Hati Nik Nur Madihah", meruntuhkan 'ego' saya. Entah mengapa, terasa jiwa ini diheret untuk membelek sehelai demi sehelai catatan hatinya.

Seusai menghabiskan bacaan, seakan diri mendapat injeksi, kagum dengan seorang manusia yang diberi ketabahan dan keteguhan sebegitu. Saya rasa, beberapa persamaan antara saya dan ukht Nur Madihah. Mungkin itu yang membuatkan hati ini terkesan dengan buku itu

Saya syorkan anda semua membacanya. (ditambah pula ia juga hasil tulisan bersama Ummu Hani Hasan;garapannya memikat)

Moga Allah menjaga ukht sekeluarga, juga memberi kesudahan yang baik dalam setiap usaha.