Followers

:: IndahNya Beraya Bersama :::

Tuesday, November 24, 2009

Tiap kali tibanya hari Raya, tidak kira di mana, pasti imbauan beraya bersama keluarga menjadi kenangan yang paling bermakna

Jika orang dewasa , mereka gembira kerana dapat beraya bersama keluarga
Jika remaja, mereka gembira kerana dapat bersua dengan rakan sebaya
Jika kanak-kanak mereka juga gembira kerana ada 'ang pau raya'

Hari Raya adalah peluang untuk kita bergembira
Hari Raya adalah peluang untuk kita berkumpul ceria
Hari Raya adalah peluang untuk kita bersua muka
Hari Raya adalah peluang untuk 'kita' kumpul 'harta' :d

Pendeknya, Hari Raya membuahkan senyum riang, gelak tawa

Tidak kurang juga, Hari Raya, ada yang duka, ada yang hiba

Duka kerana tidak bersama orang tersayang
Hiba kerana tidak berkemampuan seperti orang lain


Apa pun yang pasti, Hari Raya tetap akan disambut kerana ia anugerah yang Esa

Hari Raya juga akan bermakna jika ada hidangan istimewa..




Saya ditanya berkenaan hukum solat jumaat sekiranya Hari Raya jatuh pada hari Jumaat. Lebih mudah, di sini saya sertakan link terhadap jawapan persoalan tersebut di halaman sahabat saya
Klik Di Sini

Mimpi : Antara Kebenaran dan Igauan

Thursday, November 19, 2009


Bertalu-talu YM saya dihujani dengan persoalan yang saya kira agak 'lawak'

Kebanyakan ingin bertanya tentang mimpi yang mereka alami. Memang saya tidak nafikan, sejak posting tentang istikharah tempoh hari, pelbagai reaksi diterima yang tidak dimasukkan dalam ruangan komen.

Saya bukanlah ahli untuk mentafsir mimpi anda.Ya, saya akui saya pernah belajar ilmu tafsir mimpi juga saya tidak nafikan bahawa guru mursyid saya , Maulana Kamaluddin Al-Mustarsyid yang mengajar saya kitab Misykat Masobih dan juga Sunan atTirmizi ( saya juga mengambil sanad tafsir al-Quran dari beliau ) adalah orang yang mahir tafsir mimpi. Tapi itu adalah guru saya, dan bukan saya. Memang banyak mimpi yang saya alami ditafsir beliau dan kesemuanya adalah mimpi yang baik. AlhamduliLLAH.


TAMAT



Apa pun di sini saya ingin kongsikan beberapa permasalahan tentang mimpi, sesuai dengan tajuk posting dengan tidak membincangkan secara terperinci dalam setiap sudut permasalahan tentang mimpi



Pembahagian Mimpi



أنه عليه الصلاة والسلام قال: )) إن الرؤيا ثلاث: منها أهاويل من الشيطان ليحزن بها ابن آدم، ومنها ما يهم به الرجل في يقظته فيراه في منامه، ومنها جزء من ستة وأربعين جزءًا من النبوة ((.


Maksudnya : Nabi SAW bersabda : Mimpi itu ada tiga jenis; antaranya perasaan yang menggerunkan daripada syaitan bertujuan untuk mencampakkan kesedihan kepada anak Adam, sebahagiannya hasil dari apa yang yang diimpikan seseorang di kala jaganya lalu dia melihatnya ( impiannya berlaku ) dalam mimpi, dan antaranya sebahagian daripada 46 bahagian kenabian

( Riwayat Ibnu Majah )



Di sini ada tiga pembahagian mimpi :


  1. mainan (igauan ) dari syaitan
  2. perasaan sebelum tidur
  3. kebenaran dan berita gembira




  1. Mainan (Igauan) Syaitan


Ia adalah mimpi buruk yang dimainkan oleh syaitan yang bertujuan mecampakkan kesedihan kepada orang Islam.


Oleh itu jika seseorang itu mendapat mimpi buruk, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan :-

    1. membiarkan sahaja mimpi itu tanpa memikirkannya
    2. tatkala tersedar dari tidur, tiupkan 3 kali ke kiri sambil membaca ta'awwudz, berubah kedudukan tidur


أن أبا سلمة قال: كنتُ أرى الرؤيا فأمرض منها، حتى لقيت أبا قتادة فذكرت ذلك له فقال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((الرؤيا من الله، والحلم من الشيطان، فإذا حلم أحدكم حلمًا يكرهه فلينفث عن يساره ثلاثًا ويتعوذ بالله من شرها، فإنها لن تضره ))، قال أبو سلمة: إن كنت لأرى الرؤيا أثقل عليَّ من الجبل، فما هو إلا أن سمعت بهذا الحديث فما أباليها.


Maksudnya : Bahawa Abu Salamah berkata : Aku bermimpi yang menyebabkan aku sakit sehinggalah aku bertemu dengan Abu Qatadah lalu aku beritahu kepadanya tentang mimpiku, dia berkata : Aku mendengar RasuluLLAH SAW bersabda : Mimpi itu dari Allah manakala igauan adalah darisyaitan, sekiranya seseorang mendapat igauan yang dia tidak suka maka hendaklah dia hembuskan ke kiri tiga kali dan memohon perlindungan dari Allah agar dilindungi dari kejahatan kerana ia tidak akan dapat memudaratkannya. Abu Salamah berkata : Selepas itu aku bermimpi sesuatu yang lebih berat daripada bukit, namun aku tidak pernah menghiraukannya setelah mendengar hadis ini.

(riwayat Muslim)




c. tidak menceritakan kepada sesiapa




جاء أعرابي إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، رأيت في المنام كأن رأسي ضُرب فتدحرج فاشتددت على أثره!! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للأعرابي: ((لا تحدّث الناس بتلعُّب الشيطان بك في منامك((.


Maksudnya: Seorang Badwi telah datang bertemu Nabi SAW seraya berkata: Wahai RasuluLLAH Aku bermimpi seolah-olah kepalaku dihentak dan terburai, menyebabkan aku terkesan dengan mimpi tersebut. Nabi SAW bersabda : Jangan engkau ceritakan kepada orang ramai tentang mainan syaitan dalam tidurmu

( Riwayat Muslim)




  1. Perasaan Sebelum Tidur



Biasanya seseorang yang sebelum tidurnya banyak memikirkan tentang sesuatu perkara, kemungkinan perkara yang difikirkan itu akan hadir dalam mimpi. Dalam keadaan begini, mimpi itu juga termasuk dalam perkara yang tidak perlu ditafsirkan.


  1. Mimpi Yang Benar


Ia merupakan kegembiraan kepada orang mukmin


قال صلى الله عليه وسلم : ((إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله، فليحمد الله عليها وليحدث بها((


Maksudnya : Nabi SAW bersabda : Apabila seseorang dari kamu bermimpi sesuatu yang dia suka, sesungguhnya itu adalah dari Allah maka pujilah Allah terhadap kurniaan mimpi itu dan khabarkan tentangnya

( Riwayat alBukhari )


Nabi SAW juga bersabda:

(( ولا يخبر بها إلا من يحب))

Maksudnya : Janganlah dia khabarkan kecuali kepada orang yang dia suka (sayang)

( riwayat Muslim )


Ciri-Ciri Mimpi Yang Boleh Ditafsir


  1. mimpi tersebut tidak bercampur aduk, tidak bertentangan, tidak terputus-putus malah mempunyai hubungkait dari awal hingga akhir. Secara mudah, ia mempunyai permulaan dan akhiran. Hanya satu episode sahaja
  2. perkara yang dilihat dalam mimpiadalah perkara yang bukan mustahil
  3. tidak melibatkan perkara yang bermain di fikiran tika hendak tidur
  4. yang paling penting, seseorang itu tidak berbohong dalam percakapannya, kerana orang yang sentiasa bercakap benar akan selalu mendapat mimpi yang baik
  5. mengandungi dorongan melakukan kebaikan atau ingatan dari melakukan maksiat



Beberapa Teguran Sekitar Mimpi



  1. ramai yang leka berbicara tentang mimpi, persoalan tafsiran dan menganjurkan ruangan khas atau majlis hanya bertujuan untuk mentafsir mimpi sedangkan banyak lagi perkara dan tanggungjawab yang lebih penting untuk dilakukan
  2. manusia akan terdedah kepada kesalahan tafsiran mimpi atau mungkin juga manusia akan berbohong tentang mimpi dengan mendakwa bermimpi itu dan ini sedangkan ia hanyalah rekaan dari orang tersebut. Ini adalah dosa besar
  3. ramai yang terlalu ingin tahu tafsiran mimpi sehinggakan sesiapa sahaja yang dia jumpa, pasti akan ditanya tentang tafsiran mimpi yang dialami. Sedangkan ini tidak sepatutnya berlaku dan telah dijelaskan pada awal posting ini, bahawa mimpi hanya boleh diceritakan pada orang tertentu sahaja
  4. kebanyakan kita mencari-cari dan memiliki buku tafsiran mimpi bahkan dijadikan rujukan utama sedangkan mimpi yang sama jika dialami oleh orang yang berbeza, berkemungkinan akan berbeza tafsirannya


Saya sendiri mempunyai banyak mimpi yang saya biarkan sahaja dan saya hanya mengetahui kebenaran mimpi setelah ia berlaku di alam realiti .


Masih ada mimpi yang bagi saya adalah baik ( sentiasa bersikap positif ) yang saya rasa akan berlaku dalam tempoh terdekat . Ia tentang jodoh saya mungkin :p

Keagungan 10 Awal Zulhijjah

Wednesday, November 18, 2009


  1. Zulhijjah merupakan antara bulan haram. Sebagaimana Firman Allah :



﴿إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ ..﴾ (التوبة 136


Maksudnya : Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan yang termaktub dalam kitab Allah, sejak penciptaan langit dan bumi, antara (dua belas bulan) itu ada empat bulan haram, itulah agama yang lurus , janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan tersebut



  1. Zulhijjah adanya ibadah haji :


وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ


Maksudnya : dan supaya mereka mengingati nama Allah pada hari-hari yang tertentu ( iaitu hari-hari pelaksanaan ibadah haji ).


Dalam ayat lain Allah menyatakan :


واذكروا الله فى أيام معدودات


Maksudnya : Dan ingatlah Allah pada beberapa hari tertentu ( iaitu hari Tasyriq, 11,12,13 Zulhijjah )



  1. Zulhijjah mempunyai 10 hari yang istimewa:

وَالْفَجْرِ * وَلَيَالٍ عَشْرٍ



Maksudnya : Demi waktu fajar. Dan malam-malam yang sepuluh



Sepuluh malam yang dimaksudkan ialah 10 malam awal zulhijjah



Sabda Nabi SAW:


ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله عز وجل من هذه الأيام، قالوا: ولا الجهاد في سبيل الله يا رسول الله؟ قال: ولا الجهاد في سبيل الله، إلا أن يخاطر أحدكم بنفسه وماله ولم يرجع من ذلك بشيء


Maksudnya : Tidak ada hari yang mana amal soleh terlebih disukai Allah berbanding dengan hari-hari ini. Sahabat bertanya: walaupun jihad wahai Rasulullah,jawab Baginda SAW : Ye walau jihad sekalipun (tidak dapat menyamai amalan di hari ini ) melainkan seorang itu keluar bersama jiwa raga dan hartanya, lalu dia tidak pulang membawa sedikitpun benda tadi .

(Riwayat alBukhari )

p/s : Riwayat alBukhari berbeza dengan riwayat lain dengan lafaz يخاطر sedang riwayat-riwayat lain يخرج




Amalan-amalan Yang digalakkan Sepanjang 10 Awal


1. Berpuasa terutama pada 9 Zulhijjah


عن بعض أزواج النبي صلى الله عليه وسلم قالت : كان النبي صلى الله عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة ويوم عاشوراء وثلاثة أيام من كل شهر . أول اثنين من الشهر وخميسين


Maksudnya: Daripada beberapa orang isteri nabi SAW, katanya : Adalah Nabi SAW berpuasa pada 9 Zulhijjah, 10 Muharam, tiga hari setiap bulan, hari Isnin pertama tiap bulan dan juga hari Khamis .

( Riwayat AnNisai )



2. Memperbanyakkan takbir, tahmid, tahlil, tasbih. Mengangkat suara di mana-mana sahaja ( dengan tidak menganggu orang lain). Wanita tidak perlu mengangkat suara



وعن عبد الله بن عمر رضي الله عنهما ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ( ما من أيام أعظم عند الله ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد



Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar ra katanya, dari Nabi SAW bersabda : Tidak ada hari yang lebih agung di sisi Allah, juga amalan yang paling disukai-NYA , berbanding hari yang sepuluh ini, maka perbanyakkanlah padanya tahlil, takbir dan tahmid
( Riwayat Ahmad )


  1. Menunaikan ibadah Haji dan Umrah


5. Melakukan ibadah korban pada hari ke Raya dan atau pada hari Tasyriq

( 11, 12, 13 Zulhijjah )



  1. Memperbanyakkan apa sahaja amalan baik


7. Bertaubat kerana beberapa sebab:

    1. kita tidak tahu bila malaikat maut akan menjemput kita
    2. setiap dosa atau maksiat yang dilakukan pasti akan diekori oleh maksiat yang lain, menyebabkan semakin banyak dsa yang kita lakukan

.


Nikmatnya Ujian

Tuesday, November 17, 2009

Alhamdulillah, tentative harian saya sedari sampai di bumi Mesir sedikit celaru.

Saya sepatutnya mendaftar untuk pengajian peringkat master al Azhar agak terbantut dek kelewatan saya menguruskan sijil sementara. Tarikh tutup bagi permohonan bagi bidang syariah adalah semalam( 15Nov ), namun saya masih belum mendapat Syahadah Muaqqatah ( Sijil Sementara ).



Dalam flight, kosong aje tapi masa check in barang, syadid banget sang kerani tu nak lepas barang


Begitu juga dengan pengajian Darul Ifta, juga sudah tutup permohonannya. Agak kecewa juga sebab niat asal hendak mohon kedua-duanya atau paling tidak salah satu.

Namun saya masih lagi punyai peluang mendaftar di American Open Univercity. Walau belum diiktiraf oleh JPA, namun yang penting , luangkan masa untuk belajar.


Segala urusan sijil saya serahkan kepada wakil, sementelah alami kekejangan betis sejak

beberapa hari. Solat pun bertemankan kerusi. Belum sempat rasa naik "kereta kebal"..Biarkan orang tertentu sahaja yang menaikinya.( mungkin AB boleh sebab dia punyai lessen :p)


Apa pun ujian melanda, saya fikir ia adalah nikmat yang tidak terhingga. Masakan tidak, ia adalah tanda kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya


وإن الله إذا أحب قوماً ابتلاهم، فمن رضي فله الرضا، ومن سخط فله السخط


Maksudnya : Sesungguhnya Allah, pabila DIA kasihkan sesuatu kaum, pasti Dia akan menngujinya, sesiapa yang berpuas hati (redha) maka dia akan mendapat keredhaan, sesiapa yang berang, maka Allah juga berang terhadapnya


Bukan hendak menyatakan bahawa diri ini dikasihi-NYA tapi berharap agar mendapat paling tidak secangkir kasih sayang-NYA



Ujian juga merupakan KPI darjat manusia. Jika berat ujian melanda, tuntasnya darjat hamba di mata Allah amat tinggi jika dia lulus ujian itu.



عن عبد الله قال دخلت على رسول الله صلى.....

ما من مسلم يصيبه أذى شوكة فما فوقها إلا كفر الله بها سيئاته كما تحط الشجرة ورقها



Maksudnya : dari Abdullah bin Mas'ud ra katanya : Aku masuk menemui Rasulullah SAW (di kala gering )..baginda bersabda : Mana-mana muslim yang ditimpa sakit ( tercucuk ) duri atau lebih lagi,melainkan Allah akan menghapuskan kesalahannya umpama pepohon menggugurkan dedaunnya

( Hadis Riwayat alBukhari)



Sabda Baginda SAW lagi :

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء


Maksudnya : Sesungguhnya pahala yang besar berdasarkan ujian yang besar

(Hadis Riwayat Tirmizi )




أشدّ الناس بلاء ألأنبياء ثم الأمثل فالأمثل



Maksudnya : Sesungguhnya orang yang paling hebat ujian adalah para Nabi kemudian yang seumpama dengan mereka ( mengikut turutan darjat )

(Hadis Riwayat atTirmizi )



Allaah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung hamba-Nya. Mesti yakin, segala ujian yang diberi pada kita, adalah dalam kemampuan yang diberi kepada kita.



لا يكلف الله نفسا إلا وسعها ( البقرة :286)



Sememangnya kita mampu memikul ujian,Cuma mungkin cara penyelesaian sahaja yang perlu dicari. Tiap kesulitan akan ada kesenangan, akan adanya Insyirah.. namun janganlah meminta agar kita diuji



Seiringan dengan itu, saya cuba mendamaikan diri dengan menziarahi sahabat yang agak lama tidak bertemu, sedari dia 'membina masjid'. Kalau dulu dialah housemate yang banyak memberi nasihat,banyak memberi teguran tapi kini dia telah bergelar "Abu Aisyah"


Abu Aisyah (berserban) bersama Abu Haziqah. Kedua² adalah ex-housemate dah berumahtangga



Inilah Aisyah..bermata bulat