Followers

:: Ayam Kampung vs Ayam Bandar ::

Thursday, October 29, 2009


Pulang dari menghantar adik lelaki bongsu saya ke SMU(A) Cabang Empat, saya singgah bersarapan pagi di sebuah gerai tepi jalan Kota Kubang Labu. Gerai ini pernah menjadi tempat ‘lepak’ ayah saya dulu. Waktu itu, tiap pagi ayah menghantar kuih pulut panggang.

Saya memesan Nasi Gulai Ayam Kampung juga secawan teh (awas, jika anda tidak suka manis,pastikan anda beritahu supaya susu pekat dikurangkan ). Orang Kelantan kini lebih suka memilih menu ini. Harganya agak mahal sedikit berbanding ayam ‘bandar’ tapi berbaloi dengan keenakannya dan zatnya.

Di kala menjamah hidangan, saya bermonolog sendirian, fikiran melayang dan saya membiarkannya terbang bebas


gambar hiasan


Ayam Kampung bersifat keras, isinya juga keras, perlu dimasak lebih lama untuk empuk sedangkan ayam ‘bandar’ isinya mudah empuk, gebu

Ayam Kampung hidup berkeluarga, sentiasa bersama manakala ayam Bandar hidup tanpa keluarga, dalam satu komuniti yang besar tanpa mengetahui siapa yang disebelahnya

Ayam Kampung ‘berjuang mendapat makanan jika di sana adanya kumpulan ayam kampung lain yang cuba mendekati kawasan mereka berlainan dengan yama Bandar yang hanya dihidang sahaja, tidak perlu adanya sifat juang, makanan tetap akan disua

Ayam Kampung sukar untuk ditangkap, perlu kerah tenaga seluruh ahli keluarga bahkan rakan-rakan turut sama ‘memeriahkan acara menagkap ayam kampung tetapi ayam Bandar tidak perlu gusar untuk menangkapnya; buka pintu ‘reban’ ambil sahaja, rakan mereka yang bergelimpangan di hadapan tidak diendah pun

Ayam Kampung punyai bulu berwarna warni, anak-anaknya juga punyai pelbagai variasi warna dan hidup bersama ( eh macam 1MALAYSIA pulak kan?) namun ayam Bandar hanya punyai bulu yang sama sahaja dalam kelompok mereka

Orang Kampung juga tahu mana satu ayam kampung mereka walau pun ayam kampung bergaul sesama mereka atau keluar ’berhijrah ‘ ke rumah sebelah

Apa pun, saya rasa ‘ayam kampung’ sekarang sudah semakin hilang jati diri. Mereka mula terpesona dengan indah dan nikmatnya hidup ayam bandar‘Ayam Bandar . Mereka mulai cari ‘tapak’, mula memerhati trend ayam Bandar lalu mereka sadur ke dalam minda mereka.

Ayam Bandar pula mula mengintai-intai komuniti ayam kampung . Mereka kini sedikit demi sedikit mulai mencedok sifat ‘ayam kampung’. Ramai yang sudah mulai mendiami kampung-kampung, tanah sawah dijadikan kawasan kediaman. Sifat dan tabiat mereka turun temurun kini mula dibuang

Barangkali Ayam Kampung sudah jemu dengan ‘tradisi mereka, sedangkan Ayam Bandar sudah mula mencari ciri asal mereka.

Tamat sudah monolog saya. Sedar tak sedar saya telah menghabiskan sepinggan Nasi Gulai Ayam Kampung !!!!!

p/s : Ini hanyalah monolog sahaja, tidak ada niat memperlekeh atau menghina sesiapa.Tafsiran juga persepsi anda mungkin berbeza terhadap posting ini. Penulis tidak bertangunggjawab terhadap tafsiran anda :d

:: Kering Gusi ::

Telefon saya berbunyi pada lewat malam semalam.Tiada no terpapar pada skrin. Agakan saya, tentulah panggilan dari Mesir, dan ia benar.

" Ustaz, saya nak tanya ni"

"Ye sila"

Betul ke ustaz ni WAHHABI?"

Saya tersenyum kecil. Masih belum tamat kah lemparan kata yang begitu 'lancang' buat saya?

Sedari saya sampai di bumi Nabi Musa as pada 2007, acap kali saya dengar label yang amat menggerunkan ramai siswa Al Azhar. Apa tidaknya, golongan yang dilabel WAHHHABI ini mungkin sinonim kepada FUNDAMENTALIS atau PENGGANAS yang dilabel oleh Amerika dan sekutunya kepada umat Islam yang tegar mempertahankan kesucian agama. Rekaan dan ciptaan nama ditimbul dan disuakan kepada umat dunia, agar mereka memandang jelek terhadap kumpulan tersebut.

Saya terus bertanya:" Siapa yang bagitahu awak yang saya ni WAHHABI?"


" Ustaz tidak perlu tahu, yang penting sekarang ialah , jawapan dari Ustaz"


Saya ajukan soalan balik :" Em awak tanya lah orang tu, kenapa dia cakap saya WAHHABI, juga awak tanya dia, apa itu WAHHABI"


"Ustaz itu larang saya mendekati ustaz sebab dia cakap, ustaz ni WAHHABI"


Saya makin lebarkan senyuman.Bukan apa,jenama itu dianugerah kepada saya setelah saya tidak (buat masa sekarang) berada di Mesir

Teringat pula saya kepada Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang mana beliau menerima anugerah Seniman Agung setelah beliau meninggal dunia.
Juga teringat kepada anugerah sijil kepada mereka (polis, tentera) yang meninggal ketika operasi.

Saya lanjutkan bicara :" Awak pernah ikuti kelas saya di KPKM?

"Tidak pernah"


"Ustaz tu?"


"Juga tidak pernah, tapi saya pernah bertanyakan beberapa
permasalahan pada ustaz dulu"


"so?"<<<<<(cewah cakap omputih tuuuuu)


"Saya tengok macam biasa je jawapan ustaz, sama dengan jawapan ustaz-ustaz lain"


" Jadi awak buatlah rumusan sendiri dan tidak perlu saya menjawabnya"


"Tak boleh, Ustaz kena jawab dengan mulut ustaz sendiri"


Dalam hati, saya terfikir pula tentang cerita bagaimana Saad bin Abi Waqqas ditanya pendirian beliau tatkala wujud pertentangan antara Aisyah ra dengan Ali bin Abi Talib ra, Saad ra dengan segera menghayunkan pedangnya pada batu lalu pedangnya patah, beliau seraya berkata :" Itulah pendirianku"

Maksudnya, Saad ra tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan, kerana pedangnya tiada.

Tiba-tiba bateri handset saya "kong"( atau kiok kata AB)
Tambahan pula charger ada di sekolah tahfiz kawan saya, terlupa untuk ambil tadi.
Perbualan terhenti. Maaf, apa agaknya orang yang menelfon saya itu fikir ye?

Ah, biarkan, serah pada Allah, agar Allah menjernihkan mindanya dari berprasangka tidak elok. Kesian, sungguh kesian.

TAMAT

-----------------------------------------------------------------------

Sudah lama saya tidak bersembang dengan mama
Saya akui saya anak mama ( n abah laaa), saya lebih rapat dengan mama berbanding adik perempuan.
Arwah adik laki juga orang yang rapat dengan mama, paling akrab saya kira.

Terpacul dari mulut mama: " Apa cerita dari Cameron?"

Saya sengih je ( segan bila mama tanya ): "AlhamduliLLAH, semua perjalanan tiada masalah "

" Jadi dah jumpa la ye?, macamane orangnya?"

" Ada dua mata, kaki pun ada dua juga :p"

Berlakulah soal siasat yang hebat dari mama. Saya rasakan seolah-olah berada di ' balai polis'.
Investigation dari mama amat 'dahsyat'

Apa pun saya tidak mampu untuk ceritakan soal siasat itu. Biarlah ia menjadi 'igauan' buat saya.

Ayat akhir mama :" Best juga ye kalau dapat jalan ke Cameron"

Jawapan selamba saya:"Insya Allah, nanti ada peluang, angah bawa la ;)"


p/s: Perbualan ini dalam dialek Kelantan namun telah diubah agar menjadi formal

::: Akan Hadirkah Jaya Lantaran Tawakkal?::

Tuesday, October 27, 2009

Seusai solat Subuh, saya antara acuh tidak acuh kembali ke ‘bilik’ lama saya di Darul Quran Wal Hadith (DAQWAH) Pasir Pekan. Tika kembali dari Pakistan pada penghujung tahun 2005, saya ditugaskan terus untuk mencurah bakti di pusat pengajian gabungan system turath- moden ini.Saya permah dididik disini suatu ketika dulu. Tugas saya sekembalinya dari Pakistan ialah di bahagian Dakwah dan Penerangan

" Kenapakah tidak ada sekumpulan kecil dari setiap kelompok untuk memahami (mendalami) ilmu agama yang bertujuan untuk memberi peringatan kepada kaum mereka setelah kembalinya (dari mendalami ilmu agama) supaya mereka berwaspada "



Sepulangnya dari Perak, Madrasah inilah yang mula-mula saya singgah,.Selama beberapa hari saya berada di sini. Fail-fail lama, artikel-artikel dan bahan maklumat saya ‘selongkar’

Komputer kesayangan saya masih lagi terpacak di tempat asal. Tiada siapa yang dipertanggungjawab untuk mengubah atau mungkin tiada siapa yang berminat untuk mengubah kedudukannya, tiadalah saya maklum. Namun saya berterima kasih kerana kedudukannya yang asal itu mengembalikan nostalgia saya bersamanya.

Suara bacaan pelajar-pelajar yang masih setia bersama DAQWAH, sesayu suasana kala itu. Tika kepulangan saya dahulu, pelajar menjangkau hampir 40 orang yang dibahagikan kepada pelajar tahfiz dan pelajar kitab. Kini jumlah pelajar hanya lah 5 orang sahaja.

Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku kini. Dahulu saya bersama-sama dengan 6 orang sahabat membangunkan madrasah ini. Mudirnya Ustaz Hafiz, dibantu Ustaz Kamaruzzaman, Ustaz Hamdan, Ustaz Marzuki, Ustaz Ariff Irwantoo dan Ustaz Khairul Anwar.

Ustaz Khairul Anwar adalah yang paling awal menarik diri setelah berkahwin, seterusnya Ustaz Ariff yang terpaksa berpindah mengikut zaujah yang ditukar ke Seremban, seterusnya Ustaz Hafidz yang meletak jawatan sebagai Mudir, begitu juga Ustaz Marzuki yang terpaksa memberi komitmen kepada Ustaz Sa’ari. Semua ini berlaku dengan pantas, tatkala saya dan Ustaz Hamdan menjadi wakil DAQWAH untuk menyambung pelajaran ke Mesir, tiket sudah berada di tangan



Saya teruskan juga hasrat meneruskan pengajian dan Ustaz Hamdan mengambil keputusan untuk pulang membantu DAQWAH, namun tidak berapa lama beliau turut menarik diri kerana ada komitmen lain.

Kini saya pulang bercuti, dan masih berbaki pengajian di Mesir, namun kepiluan dan berat hati untuk teruskan pengajian di Mesir. Adakah DAQWAH akan terus layu?

Saiful!!! Dibahumu ada amanah, di pundakmu ada taklif, usah hanya menagih sedih meraih sayu, teruskan usaha kerana jaya akan hadir setelah dikerah daya, mudah menyusul setelah payah.

" Sesungguhnya beserta kepayahan itu akan ada kesenangan"

Usaha adalah hamparan, tawakkal penuh harapan, doa senjata mampan…ameeen ya Rabb

:: Poligami, Polis dan Jodoh ::

Monday, October 26, 2009


Sejak seminggu dua ini, saya agak “malas” hendak melayan sebarang panggilan telefon, sementelah pula saya rasa agak tidak sedap hati jika tidak menelefon “ bakal mertua” ( sape tah yang cube hendak membalas dendam terhadap saya dengan menyatakan pakcik A bakal mertua saya )

Kunjungan minggu lepas ke rumah AB, walaupun saya rasakan agak singkat, dengan jadual yang agak padat, telah membuahkan natijah yang amat membekas dalam diri. Saya belum pernah menerima layanan sebegitu. Kami ( saya dan ustaz Firdaus ) merasakan bahawa kami berada di hotel 5 bintang, bahkan mungkin 5 setengah bintang. Apa tidaknya, sampaikan berus gigi yang mahal disediakan untuk kami ( masa hendak diberikan berus gigi, saya cepat-cepat sembunyikan berus gigi usang saya:d ).

Sepanjang keberadaan kami di Teratak ‘Damai’ TNB, makan minum umpama sajian istana di zaman silam ( yang paling sedap ialah Nasi Impit. Jika tidak kerana malu, pastinya saya habiskan hidangan ‘supper’ itu sambil berbual dengan tuan rumah. Agak kekok untuk mengatur bicara dek kerana dialek Kelantan yang agak menebal dalam diri. Ape pun semua tu di ‘cover’ oleh celoteh ustaz Firdaus yang tak kering gusi.

Bukan kenangan itu yang hendak saya nyatakan tapi sikap ‘kurang sopan ‘ saya terhadap tuan rumah yang melayan kami dengan baik.

Sepatutnya saya mengucapkan berbillion terima kasih dengan lidah namun saya hanya hantar SMS sahaja untuk menyatakan terima kasih . Agak kurang sopan kan?. Sememangnya saya sedar perkara itu. Dan saya cuba mencari waktu yang agak sesuai untuk telefon tuan rumah.

SELESAI..

-----------------------------------------------------------------------------------------------

POLIGAMI

Sebetulnya isu ini terlalu panjang untuk dibahaskan disini, namun saya bukanlah hendak ‘menceburkan diri’ dalam perbahsan tersebut.

Perkara utama disini ialah kemampuan lelaki untuk berpoligami, mungkin juga nasihat

Jika anda mahu berpoligami:

1. Pastikan anda mengkaji diri anda dari segi kefahaman agama, kefardhuan agama, adakah anda sudah lengkap?

2. Bolehkah anda membimbing kesemua isteri dan anak-anak anda nanti kea rah kehidupan Islam ? Jika tidak, bersediakah anda untuk menanggung segala beban yang akan dipersoal di akhirat nanti?

3. Penahkah anda meminta pandangan isteri anda tentang poligami? Adakah beliau memahami konsep poligami?

Saya rasakan agak serba salah apabila saya diminta menjadi orang tengah untuk berpoligami.

Saya tahu dia adalah seorang lelaki yang baik, saya juga maklum yang isterinya seorang zaujah yang amat mentaati agama, yang sukar dicari di kala ini, biarpun dia seorang professional namun niqab menghiasi diri.

Namun saya agak terkilan pabila dia meminta izin dengan zaujah tatkala zaujah sedang dalam wad bersalin. Walau zahirnya zaijah member keizinan kepadanya, adakah keizinan itu tulus atau lahir dari keresahan yang menyelubunginya di kala itu..WALLAHU A’LAM.

Dengan berat hati, saya cuba untuk mencari respon dari muslimah yang ingin dijadikan isteri kedua.

Dalam hati, saya ‘berdoa’ agar muslimah tersebut tidak tergesa-gesa, ( atau dengan tepat saya sebenarnya kurang setuju :p )

Tiba-tiba handphone saya berbunyi, ada mesej baru dalam kotak mesej

“ Malam ni ***** ada prog ke? Kalau free, insya Allah selepas isyak ada perkara nak ckp dg *****,sulit dan persendirian”

Berdegup jantung.tertanya-tanya seketika, kala itu tengah drive balik rumah.

Perasaan tidak tentu arah menantikan ‘selepas isyak’

Sejam berlalu selepas solat isya, namun tiada tanda perkara yang sulit dan persendirian itu hendak diberitahu

Saya pun sudah agak tidak selesa berada di rumah sebab mama asyik memerhatikan saya memegang handphone sedari lepas solat. Saya tidak pernah mempunyai adat pegang handphone selepas solat isyak sebab saya suka berbual-bual dengan mama.

Lalu saya mencapai kunci kereta, menghala ke sekolah tahfiz yang pernah saya curahkan khidmat suatu ketika dulu, saya pernah menjadi Ketua Lajnah Dakwah dan Penerangan di situ.

Jam 9.30 saya tiba disekolah, tatkala itulah kotak mesej menerima kunjungan mesej baru

Ringkasan kepada mesej yang bertalu-talu masuk :

“ ust ******* terlalu muda dan dah lengkap dengan isteri dan anak2 y comel utk menambah isteri.Pjalanan pn masih panjang….Zaujahnya jauh lebih baik dari ana.Ana minta maaf”

Walaupun sebelum ini agak terkejut dengan muqaddimah mesej, tapi sebenarnya saya agak BERPUAS HATI dengan penjelasan yang diberi

TAMAT

--------------------------------------------------------------------------------------

POLIS

Sebelumnya sudah saya maklumkan bahawa saya agak malas melayan panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Saya ‘dikejar’ Ketua SB Tumpat, yang selalu menefon saya

Saya bukanlah ingin menyalahkan beliau kerana mungkin beliau mendapat arahan dari pihak atasan.Berkali- kali saya dihubungi dan diminta datang untuk bertemu. Sebetulnya saya sedia faham maksud disebalik ‘ingin bertemu mata ‘ itu.Pasti ada laporan yang sampai kepadanya.

Dan petang semalam saya melayan panggilan telefon tersebut :

Ketua SB (KSB ): Asslamualaikum ustaz

Saya (S) : Wa’alaikumussalam

KSB : Ustaz macam penat je, baru bangun ke?

S : ye saya baru sampai dari Perak .Badan penat, kurang lena tidur tadi

KSB : OO maaflah ustaz, boleh kita jumpa selepas Zuhur nanti?

S : Insya Allah, jika saya ada kenderaan saya akan datang , jika tidak maaflah.

KSB : Takpe2 jika ustaz takde kenderaan, kami datang ambil

S : (dalam hati )Alamak, apa maksud kami datang ambil huhuhu?) Ok insya Allah.

Petang itu, selepas Zuhur, telefon berdering lagi.

KSB : Ustaz kat mane?saya dah depan Masjid Alor Pasir ni

S : oo maafla saya kat P**** P****, nanti saya datang, nak jumpa kat mana ni?

KSB : Kita jumpa kat Restoran P***** jela, restoran yang baru tu.

S : Ok saya datang sekarang

Setelah bertemu, saya banyak disoal tentang kegiatan saya, perancangan akan datang dan yang agak saya rasa tersentak ialah apabila soalan sebenar yang beliau ingin Tanya terpacul keluar

“Ustaz, betul ke P*****O hendak diwujudkan di malaysia?

“ Saya tak tahu la, encik perlu Tanya kepada orang yang bagi maklumat tu, dari mana dia dapat maklumat tu, dari saya atau siapa? Lagi pulak saya sekarang di medan lain.”

Pertemuan yang mengambil masa sejam lebih itu, berakhir.

Mungkin beliau telah mendapat apa yang beliau inginkan atau mungkinbeliau tidak berpuas hati, terpulang.

APA YANG PENTING, saya telah memberi KERJASAMA ; )

::: C - Tee Saloon ::

Thursday, October 22, 2009

Program kerohanian bersama pelajar-pelajar C-Tee Salon di Manjung agak menguji ketahanan mental saya. Tidak pernah saya mengendalikan program yang dihadiri oleh wanita kesemuanya.


Agak gugup pada awalnya namun alhamduliLLAH, dapat kawal perasaan.


Program bermula selepas solat maghrib. Slot tazkirah dipertanggjawab kepada saya. Apa yang hendak saya bincangkan adalah " Keistimewaan Wanita Menurut Islam"

Saya meminta pertolongan Anak Babah untuk mendapatkan beberapa pandangan dan maklumat

Antara point penting keistimewaan Wanita yang saya utarakan ialah :


1. Syurga dibawah tapak kaki ibu (wanita)


" Telah datang seorang lelaki bertemu Nabi SAW seraya bertanya, siapakah yang patut aku lakikan kebaikan terhadapnya; Nabi saw menjawab : Ibumu, dia bertanya lagi, kemudian siapa; Nabi saw menjawab : Ibumu, kemudian siapa? ; Ibumu, kemudian siapa?; Ayahmu"



2. Diberi emosi kasih sayang yang tinggi berbanding lelaki


" Di antara tanda-tanda kekuasaan-NYA ialah dia menjadikan dari diri kamu pasangan kamu supaya kamu merasa tenang dengannya (pasangan kamu), dan dia menjadikan perasaan kasih sayang dan rahmat"

(surah Ruum)


3. Keringanan dalam beribadah kerana fitrah kejadian yang lemah


" ...manakala kurangnya ibadah kamu (wanita) ialah kamu akan meninggalkan ibadah solat bila datang bulan.."


" Aisyah ra berkata: Kami tidak disuruh untuk menggantikan solat, sebaliknya disuruh untuk menggantikan puasa "



4. Mudah mendapat pahala

Hanya dengan berada dirumah, beribadah, wanita mendapat pahala.sebagai contoh:


" Solat seorang wanita di kawasan rumahnya lebih baik dari solatnya di masjid, solat seorang wanita di dalam rumahnya lebih baik dari solatnya di kawasan rumahnya, dan solat seorang wanita di biliknya lebih baik dari solatnya di ruang tamu rumahnya"


5. Surah khusus untuk wanita ( Surah Annisa') di dalam Al Quran. Juga beberapa nama wanita disebut di dalam Al Quran. Lelaki, hanya golongan Nabi dan Rasul sahaja yang disebut nama mereka di dalam Al Quran


6. Penyebab seseorang masuk syurga ( juga neraka )


" Seorang lelaki yang mendidik anak perempuannya dengann didikan yang sempurna akan lebih dahulu masuk syurga "


7. Kurang tanggungjawab berbanding lelaki


Seorang lelaki akan ditanya tentang pergaulannya dengan ibu, tanggungjawab diua terhadap adik beradik ( lebih-lebih lagi adik beradik perempuan ),isteri dan anak-anaknya


8. Pelengkap kepada lelaki, lelaki adalah rabun dekat, manakala wanita adalah rabun jauh.

Golongan lelaki hanya memikirkan perkara yang 'besar' manakala wanita lebih memikirkan perkara yang 'halus'


9. Dipilih untuk melahirkan zuriat, jika meninggal dianggap syahid


"Seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anak adalah syahid"



10. ( kurang ingat )ngeee....



Kami akan berada di C-Tee Salon sehingga esok ( Jumaat 23hb Nov '09)

p/s: JazakiLLAH khairan kathiran kepada Anak Babah yang banyak membantu ( kena buli sebenarnya:p )

:: Program Lawatan ::



















:: AlhamduliLLAH::

Tuesday, October 20, 2009

"Sesungguhnya apa sahaja yang kamu kehendaki ,melainkan (akan berlaku ) setelah Allah kehendaki (ia berlaku)"

AlhamduliLLAH, dalam minggu ini, beberapa hasrat hati diperkenan dan dipermudahkan Allah.
Pertama menziarahi keluarga Kak Siti& Abg Wan di Manjung...

Asalnya hanya hendak menziarahi sahaja namun Kak Siti 'amik peluang' untuk minta saya mengisi program Kerohanian untuk pelajar-pelajar C-Tee Saloon. Dengan tiada persiapan, asalanya saya gugup kerana kesemua pelajar seramai 160 adalah wanita. Program yang dirancang pada jam 10 pagi telah tertunda ke jam 11 pagi kerana masalah teknikal, namun dengan kecekapan technician semuaya kembali ok.

Kuliah yaang sepatutnya berakhir jam 12 tengahari telah terlewat.

Setelah itu kami dijemput menghadiri kenduri kahwin, disamping makan tengahri.

Sebetulnya saya harus bergegas ke Tapah untuk menziarahi seseorang di sana. Perjalanan yang dirancang sepatutnya sejurus solat Zuhur, kami ( saya dan Firdaus;sorang teman) telah terlewat 4 jam.

Hujan sepanjang perjalanan kami, menyukarkan us Firdau untk memecut. Kecut perut saya jika us Firdaus bawa kereta. Namun saya kawal perasaan, istighfar tu sudah tentu( mana la tau kan?:d )

Petunjuk yang diberi ialah:

" Terus ukut jalan Cameron, insya Allah 30km( 45minit) akan jumpa kuarters tnb sultan yusoff, ada kedai runcit india sblh kiri, jambatan n trus belok ke kiri (kuarters)"

Nasib baik us Firdaus ni dah mahir jalan Tapah, maklumla orang kuat berjalan:p

Memula kami dah jumpa kedai india tapi bukan kedai runcit, tapi dia jual sayuran (petai je banyak haha). tapi xde plak nampak ada simpang masuk kuarters..emm

Perjalanan dah amik masa sejam dah ni, belum juga jumpa..tapi mulut kami sentiasa ucap "khair insya Allah"...dan akhirnya kami menemui tanda yang diberitahu..ada padag bola, parking kereta jap nk tengok orang main bola

Saya ambil keputusan untuk call (sebelum ni tidak pernah pon call), nak tanya arah...alhamdulillah dah dekat dan dalam kelebatan hujan itu, kami sampai ke destinasi..biarlah gambar-gambar di bawah menceritakannya..sikit jela (eh tak dapat upload pic ..em apa masalah ni)

Semangat Yang Pudar

Tuesday, October 13, 2009

Salam pembuka bicara

Sebetulnya semangat untuk mencoretkan sesuatu agak terbantut setelah kepulangan diri ke Malaysia.Pertama kerana rumah tidak mempunyai internet ( sebenarnya ada cuma tidak mahu online sahaja). Kedua kerana penulisan adalah satu tanggungjawab. Mungkin ramai yang ingin komen terhadap kata-kata ini, namun pendirian saya tetap mengatakan ia satu tanggungjawab atau amanah yang akan dipersoal

"Sesungguhnya Kamilah yang menghidupkan mereka yang mati dan Kami mencatat apa yang mereka telah mereka lakukan serta kesan-kesan yang mereka tinggalkan, dan setiap sesuatu Kami rangkumkan di tempat utama lagi nyata"
( Surah Yasiin ayat 12)

Lantas, tatkala ingin mencoretkan sesuatu, hati sebenarnya sentiasa bersuara, memperingatkan tentang ayat Allah, jari jemari dengan spontan menjauhi keyboard.

Namun terkadang hati sebagai pembakar semangat, di kala melihat "AB/BC" 'galak' menulis walau diri dkelilingi 'nikmat'. Kekuatan hati, himmah yang membara, membuat dirinya mampu melakukan sesuatu yang mungkin jarang dilakukan individu sepertinya. Dari manakah dia mendapat kekuatan?

Teringat tentang kisah yang menjadi sebab umat Muhammad dianugerah Lailatul Qadr

Kisahnya seorang lelaki dari kalangan Bani Israel yang berjuang seratus tahun di medan jihad, hanya bersenjatakan kayu(dalam riwayat lain bersenjatakan tulang), pabila ditanya isteri, sumber kekuatannya, beliau menjawab : Rambutku.

Sang isteri diperdaya musuh untuk menewaskan suami yang tidak pernah kalah di medan perang itu, lantas isterinya mengikat beliau dengan rambutnya(lelaki) di saat beliau tidur, kemudian dia dpotong anggotanya, namun dengan kuasa Allah, anggota tadi tercantum balik dan senjata beliau (kayu/tulang ) dikembalikan kepada beliau lantas kesemua musuh yang menglilingi beliau itu dibunuhnya. Allahu Akbar!!!

Terdengar kisah ini, umat Muhammad cemburu dan bersedih kerana mustahil untuk mereka menyamai lelaki tadi sedangkan umur yang diberi Allah jarang sampai seratus tahun,rentetan itu, Allah menganugerahkan LailatulQadr kepada umat Muhammad SAW.

Bukanlah saya ingin nyatakan kekuatan "AB/BC" adalah pada rambutnya, tapi sekadar menyamakan bahawa tiap manusia ada kekuatan yang hanya dia sahaja ( juga pastinya Allah) yang mengetahuinya.

Cuma jika "AB/BC" ingin berkongsi, berbesarlah harapan kami untuk menerimanya:)

p/s: berdebar dengan tarikh 17 dan 18 hb oktober..jadi ke?