Followers

Kegelapan Dalam Kejahatan

Monday, July 30, 2007

MENGAPAKAH al-Quran banyak menyebutkan tentang kisah-kisah pelbagai kaum yang berakhir dengan kehancuran? Ia adalah supaya manusia sentiasa beringat bahawa segala bentuk kejahatan itu adalah warisan kehancuran yang mesti ditinggalkan. Jenayah homoseksual adalah peninggalan kaum Nabi Luth, kesombongan dan kezaliman adalah budaya Firaun, manakala gaya hidup bermegah-megah dan melampau telah dipelopori oleh kaum Nabi Hud. Penolakan terhadap seruan iman pula telah berlaku semenjak diutuskan Nabi Adam AS seterusnya berlanjutan hingga kerasulan Muhammad SAW.

Orang yang berasa dirinya suci kadang-kadang memandang orang lain dengan pandangan hina. Mereka sepatutnya memahami hakikat bahawa tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang terlindung daripada kejahatan dirinya sendiri melainkan Nabi dan Rasul-Nya. Kerana aura kejahatan itu merebak di setiap sudut dan ruang dalam kehidupan sehari-hari. Hanya orang beriman saja yang boleh selamat, iaitu mereka yang memiliki sikap sentiasa berjaga-jaga dan waspada terhadap amal perbuatannya yang mudah dicemari oleh unsur-unsur kejahatan.Sepertimana sikap Umar bin al-Khattab RA yang amat berhati-hati dengan gangguan kejahatan pada dirinya sendiri.
Beliau bertanya kepada seorang sahabat: "Apakah yang dimaksudkan dengan takwa?" Sahabat menjawab: "Pernahkah kamu melewati satu jalan yang dipenuhi duri-duri yang tajam? Pasti kamu akan berhati-hati melaluinya supaya tidak terpijak duri-duri itu.

Begitulah keadaan orang yang bertakwa, dia sentiasa beringat dan menjaga dirinya daripada kejahatan dan maksiat yang boleh membahayakan iman.”Kebaikan dan kejahatan memberi kesan dan pengaruh pada setiap pergerakan manusia.
Abdullah bin Abbas pernah berkata: "Kebaikan memiliki cahaya pada wajah dan hati, melapangkan rezeki, menguatkan badan dan disukai setiap makhluk Allah SWT. Sedangkan kejahatan mengakibatkan kegelapan pada wajah dan hati, lemahnya badan, sempitnya rezeki dan kebencian di hati setiap makhluk."

Kebaikan dan kejahatan ini akan hidup sepanjang hayat manusia dan terkubur bersama jasadnya ketika mati.Begitulah hakikat diri kita dicipta hanya untuk bertarung melawan kejahatan dan bersabar melakukan kebaikan. Segala sesuatu yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari dua kutub yang saling tarik menarik; kejahatan dan kebaikan. Kedua-duanya memberi kesan terhadap perasaan, pemikiran dan pergerakan kita setiap hari. Apakah kesan maksiat yang dapat dirasa dalam hati dan peribadi? Kita memerlukan kejujuran untuk menjawabnya. Benarkah kata-kata Ibnu Abbas di atas?

Kegelapan di dalam hati

Hati yang suram angkara maksiat tidak mampu menangkap cahaya kebaikan. Apabila maksiat itu telah menjadi darah daging, akibatnya tidak terdetik pun rasa takut melakukan maksiat itu. Hatinya hilang rasa, tidak sensitif dan ragu-ragu lagi melakukan maksiat. Yang paling teruk apabila dia menganggap maksiat itu adalah kebaikan. Atau menilainya sebagai perbuatan yang dimaafkan kerana rahmat Allah Taala. Buta hati! Begitulah keadaan orang yang akhirnya menganggap kejahatan sebagai suatu kebaikan sepertimana dalam firman Allah yang bermaksud:

”Katakanlah: Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?" Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan di dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.” – (Surah al-Kahfi: Ayat 103-104)

Tetapi seorang hamba Allah yang beriman amat sensitif hatinya terhadap dosa seakan-akan melihat dosa yang ringan ibarat gunung yang akan menghempapnya. Alangkah dahsyatnya kesan melakukan maksiat, tak kira yang ringan dan kecil sekalipun. Kerana dosa besar itu bermula dari melakukan yang kecil.
Zina bermula dari pandangan mata dan senyuman, kemudian berkenalan yang melahirkan rindu dan mahu sentiasa bersama. Bermula menyentuh kulit tanpa sengaja akhirnya ingin memegang dan bersatu jiwa dan raga.

Begitu pula penipu kelas jerung sememangnya telah terbiasa melakukan penipuan kelas bilis, sedikit demi sedikit hingga tidak terasa bahangnya dosa dan maksiat yang telah sebati dalam jiwanya. Betapa pentingnya kita menjaga perkara-perkara yang kecil kerana ia boleh membesar secara senyap. Dosa besar bermula dari melakukan dosa kecil. Semua ini menyumbang kepada kegelapan di hati. Bagaimana mungkin rahmat Allah SWT jatuh di hati yang gelap, kotor dan busuk!!??. Melainkan dengan ketentuan-Nya siapapun boleh diselamatkan jika Allah Taala berkehendak.

Kegelapan di wajah

Pelaku maksiat sentiasa diikuti bayang-bayang dosa dan rasa bersalah. Hatinya tidak tenang, wajahnya pula menyimpan kesusahan dan kegelisahan. Walaupun di hadapan orang ramai semua itu boleh disembunyikan tetapi dia akan sampai pada tahap tidak boleh menyembunyikan aibnya lagi. Ketika itu Allah Taala telah menyingkap hijab dirinya dan terbukalah segala cacat cela di hadapan manusia. Jika pandangan orang telah menghina dan memburukkan diri kita akibat perbuatan kita sendiri maka kita tidak akan mampu menampakkan keceriaan dan seri pada wajah. Yang tinggal hanya kesedihan, rasa bersalah dan gelisah akibat maksiat yang merendahkah maruah diri sendiri.

Sempitnya rezeki dan kebencian orang lain

Ummul Mukminin Aisyah RA pernah menuliskan surat kepada Khalifah Muawiyah RA yang berisi:
"Ketahuilah orang-orang yang telah melakukan maksiat kepada Allah, maka orang yang memujinya berbalik akan mencelanya."

Seorang pemimpin negara seperti Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan RA sentiasa menjadi tumpuan rakyatnya. Oleh itu Aisyah RA berwasiat agar sentiasa sang khalifah menjaga hubungannya dengan Allah Taala dan jangan sekali-kali bermaksiat kepada-Nya kerana perbuatan maksiat itu akan mempengaruhi setiap keputusan sang khalifah dalam mentadbir negara. Seterusnya memberi kesan kepada rakyat, adakah mereka memuji atau membencinya?

Tiada seorangpun manusia yang suka melihat kejahatan berleluasa. Sekecil apapun kejahatan tetap kejahatan dan membawa bala kepada orang lain. Seperti seorang Muslim yang melihat Muslim lain meletakkan keretanya di tepi jalan yang mengganggu jalan kenderaan lain akan merasa benci dengan perbuatan saudaranya itu.

Kejahatan bermula dari perkara yang kecil, akhirnya membawa kepada kejahatan lain. Pertengkaran dan buli di atas jalan raya boleh terjadi dan akhirnya menumpahkan darah. Bagaimana pula orang yang dibenci itu boleh bermuamalat dengan orang lain, sedangkan peniaga yang berakhlak buruk tentulah akan dijauhi. Begitu pula dengan orang yang suka menahan rezeki saudaranya, apatah lagi mendengki, ibarat mahukan milik orang lain, yang di tangan sendiri pasti akan terlepas. Tiada keberkatan dalam rezekinya dan dia kehilangan kasih sayang daripada saudara-saudaranya seiman.

Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki' (salah seorang guru al-Syafie) dalam untaian syairnya:

”Aku mengadu kepada Waki'mengenai buruknya hafalanku;
beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat;
katanya: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya;
sedang cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat."

(sumber Berita Harian)

Kuasa Dan Dikuasai

Wednesday, July 25, 2007

KENYATAAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI:

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis yang memakai pakaian menjolok mata, sebaliknya menggunakan garis panduan yang dikeluarkan agensi itu sebagai panduan dan rujukan kepada seluruh penggiat seni hiburan tanah air.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin, berkata Jakim selaku agensi pusat yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam berusaha memberikan perkhidmatan dan pengurusan yang berkualiti kepada masyarakat.

“Kita sedang melalui usaha penyelarasan dan peningkatan mutu perkhidmatan dalam pelbagai bidang seperti dakwah, penyelidikan, perundangan, ekonomi dan sosial sebagai panduan umat Islam negara ini.“Setakat ini, Jakim sudah mengeluarkan 40 garis panduan dalam pelbagai bidang dan yang terbaru ialah panduan hiburan dalam Islam,” katanya menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) yang meminta Jakim mengadakan garis panduan mengenai pakaian untuk artis yang hendak disiarkan melalui stesen televisyen pada persidangan di Dewan Rakyat, semalam.

Sebelum itu, Badruddin membangkitkan mengenai pakaian artis yang dikatakan menjolok mata sehingga membantutkan usaha kerajaan mempertingkatkan budi bahasa, budaya sopan santun yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan konsep Hadhari yang diperkenalkan.

Kata aku : Kalau dah jabatan yang ade title dan status pn takde kuasa nak sekat, halang, ambil tindakan terhadap yang langgar batasan agama, apatah lagi orang awam.

Satu lagi, isteri dan para pemimpin Islam hadhari pun hanya pada majlis tertentu je tutup aurat, apatah lagi rakyat jelata. Bukankah manusia itu menurut ( terkesan ) dengan pembawaan pemimpin mereka? JAdi bagaimana gaya kehidupan pemimpin, begitulah gaya rakyat

Perempuan

Wednesday, July 18, 2007


(Istimewa khusus buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)


Bersabda Rasulullah SAW:
"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."


Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri


Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu'minah yang taat pada Ilahi

Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia

Tuesday, July 17, 2007

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah

Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Sel awat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan

Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu

Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’

Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia

p/s: selalu kita dengat kat IKIM

Salah dan Maaf

Assalamualaikum wbt...

Kalau kita buat salah kpd orang lain, ana berkata kalau...

Kalau kita buat salah kepada orang lain, normalnya kita akan rasa bersalah,

dan kita cuba sedaya upaya memohon kemaafan drpd orang tersebut takpun kadang kala, kita akan rasa sangat sangat segan sehinggakan nak memandang orang itu pun kita rasa segan sangat sangat…

Itu situasi di mana kita bersalah kepada orang.

Tetapi kalau dalam kes orang berbuat kesalahan kepada kita, dan dia berkali kali memohon kemaafan drpd kita, tak pun rasa segan sehinggakan tak mau langsung bertembung dengan kita.Lantas apa yang patut kita lakukan?

Perlukah kita berterusan memandang serong kepadanya hanya kerana dia bersalah kepada kita?...

Apabila kesalahan itu dilakukan oleh orang lain, kita cenderung untuk bersikap menyalahkan dan pastinya tidak kurang mengungkit dan mengata.

Sedangkan hakikatnya kita pun tak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan,

tapi kita terlupa buat seketika itu hanya kerana kesalahan itu dilakukan oleh orang lain.

Sukar sgt ke hendak menjadi seorang yang sabar dan penyabar?..

Susah benar ke hendak menjadi seorang yang pemaaf dan memaafkan?..

Firman Allah bermaksud: “Dan orang yang menahan marah serta memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang yang berlaku baik.” -(Surah Ali Imran, ayat 134)

p/s: Tak rugi bersikap penyabar dan pemaaf.. .

Motivasi Untuk Diri...

Wednesday, July 11, 2007

KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta”. – (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu mengakui sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”- (Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” – (Surah Al-Baqarah ayat 286)

RASA FRUST?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu ( menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah ( dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah bersempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya ( mencapai kemenangan ).”- (Surah Al-Imran ayat 200)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”. –( Surah Al-Baqarah ayat 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mukmin,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka….- (Surah At-Taubah ayat 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadanya aku bertawakkal.” –( Surah At-Taubah ayat 129)

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!

“……dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf ayat 12)

p/s:Ujian adalah tarbiyah dari Allah.Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya....Kesenangan yang datang selepas kesusahan...Semuanya adalah nikmat dari tuhan....

Pakej Perjalanan Ke Akhirat

Tuesday, July 10, 2007

Butiran Peribadi

Nama Penuh : Hamba Allah

Nama Manja : Insan

Asal : Tanah

Alamat : Planet Bumi, Bima Sakti

Butiran Perjalanan

Terbuka kepada semua umat manusia. Anda layak menyertai pakej ini secara percuma.

Bentuk Tempahan : Tetap, Pasti, Mesti Dan Tidak Boleh Di Ubah

Balai Berlepas : Kehidupan Dunia

Destinasi Dituju : Alam Akhirat

Waktu Berlepas : Bila-Bila Masa

Tempoh Dan Jarak : Seketika Cuma Dan Hanya Beberapa Meter Ke Dalam Perut Bumi

Perjalanan : Bumi

Pendaftaran : Sebaik Sahaja Nyawa Di Pisahkan Dari Jasad

Muatan Dibenarkan

Kain putih berukuran 5 meter panjang

Kain putih secukupnya.

Muatan Yang Akan Dipertimbangkan

Amal Soleh

Sedekah jariah

Anak soleh yang mendoakan kedua ibu-bapanya

Ilmu yang bermanfaat

Lain-lain muatan yang ditegah adalah tanggungjawab sendiri. Barang siapa yang melanggari peraturan yang ditetapkan akan dibicarakan dan didenda.

Peringatan Perjalanan

“Khas kepada semua penumpang. Sila ambil perhatian kerana anda akan merentasi perjalanan dengan meninggalkan segala kehidupan di dunia dan melangkah ke alam baru iaitu akhirat. Sila perhatikan ketua anda (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi anda yang kurang faham,dapatkan maklumat lanjut daripada Al-Quran dan Hadis Rasullullah s.a.w serta mengikutnya dengan penuh taat dan ikhlas. Sebarang masalah dan kemusykilan, silalah rujuk kepada cendikiawan dan para ulama. Kerjasama daripada anda semua amat dihargai. Sekian, terima kasih.”

p/s : Sekadar peringatan untuk semua dan jua untuk diriku.

Jom Pi Solat Berjemaah..!!

Solat berjemaah sebenarnya sangat dituntut ketas setiap muslim. Kelebihannya sering diperkatakan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w dalam hadis baginda.Antaranya hadis berikut daripada Ibn Umar yang bermaksud:

‘Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian dengan dua puluh tujuh kali darjat”

Hadis tersebut dapat kita lihat,ianya menyokong firman Allah swt ttg disyariatkan solat jemaah ini yang bermaksud :

“Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka(sahabatmu) lalu kamu hendaklah mendirikan solat bersama-sama mereka. (AnNisa’:102)

Jadi,soleh berjemaah ini sewajarnya diambil perhatian oleh setiap makhluk yg bergelar muslim.kerana ia adalah sesuatu yang dititik beratkan oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat.

Cuba renungi perbandingan antara solat jemaah dan solat bersendirian;

Solat bersendirian

=1 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 1,825 darjat

Solat berjemaah

= 27 darjat x 365 hari (setahun) x 5 waktu = 49,275 darjat

Kemudian,mari kita perhatikan, 49,275 dibahagikan dengan 1,825 = 27

Jelas disini, sembahyang bersendirian selama 27 tahun, darjatnya hanyalah bersamaan setahun solat berjemaah.Bayangkan gandaan darjat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya yang mengerjakan solat berjemaah.Sebenarnya,bila difikirkan scr mendalam,ianya memberi gambaran kepada kita betapa hikmah perintah Allah dan RasulNya tersembunyi pelbagai hakikat yang kadangkala tidak disedari oleh kita…

p/s: Dunia hanya sementara, selagi masih diberi peluang untuk hidup,perbanyakkanlah amalan soleh untuk dibuat bekalan ke ‘sana’ yang kekal selama2nya..…..

Fikirkan...

Thursday, July 5, 2007

Bismilllahhirahmaanirrahim...

Nak buat apa pun,kita mesti kena fikir baik buruknya satu pkr tu kan.. so fikir la elok2 yer.. :)

Hari ini sebelum kita nak mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan la dulu tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali...
(sepatutnya bersyukur la dapat berkata2, cakap pkr yg bebaik aja yer...jgn dok ngumpat sana sini pulak..)


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
(makanan tak sedaplaaa..,boring asyik makan lauk yg sama aja..)

Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
(bersyukur la dgn rezki yg tuhan bg)


Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.
(sepatutnya.. kena laa rajin berusaha.. jgn selalu ngeluh aja... kejap tak ada duit laa, itu la ini laa.. tp kerja tak mau pulak.. ikhtiar laa utk hidup.. ulat dlm batu pun leh idup.. inikan kita manusia..tuhan beri akal.. guna laa..)


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,tak cantik, tak ensem laaa..
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
(kena ada sikap optimis pd diri laa yer.. bersyukur. sekurang2nya kita ada rupa juga.. Lawa laa pd lembu n kambing n itik n etc..)

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
(No komen lbh2 x pandai coz belum kawin lg..tp belajar laa menerima si dia seadanya.. terimalah sgl kelebihan n kekurangannya..)

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
(Selagi masih ada peluang bernafas kat muka bumi tuhan ni,, why not kita perbanyakkan bekalan kita untuk akhirat nanti.. kan?..)

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
(Tuhanku..kurniakanlah pd ku anak2 yg yg comel2 n soleh kelak..)

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
(Ikhlas laa dlm membuat sbrg pekerjaan..)

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
(Tak ada manusia yg sempurna kecuali nabi.. tp knapa tidak kita berusaha jd yg sempurna?....)

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !
(Tuhan uji kita sbb tuhan sayangkan kita....)


p/s : Ujian adalah tarbiah dari Allah pd kita selaku hambanya.. trima laa dgn redho..

Plzzz..Fikir laa dulu sebelum nak kata apa2..

Wednesday, July 4, 2007

Assalamualaikum wbt..

Mai laa kita sama2 meningkatkan ketakwaan kita kepada AllahSubhanahuWataala dgn penuh keyakinan dan keikhlasan dgn melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya...InsyaAllah, mudah2an kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat hendaknya..

Allah anugerahkan kpd kita satu anggota yang patut disyukuri yakni lidah.Dengan lidah ni laaa boleh dtgnya kebaikan dan kejahatan... Pkra baik tu spt membaca Al-Quran,berzikir,bercakap benar,saling nasihat menasihati sesama kita n etc (yg lain2 tu fikir2 laa, mana yg antum rasa baik).. Pkra jahat tu pulak contohnya spt memfitnah,mengadu domba,menghina,ejek orang n yg sewaktu dgnnya...

emm.. kadang2 dlm kehidupan kita ni... kita selalu terlepas cakapkan.. yer laa... terlajak perahu boleh diundur.. terlajak kata?... iskk.. nak undur cam mana?...kita kena minta maaf dgn org yg kita terlepas cakap tu laaa jawabnya... sesetengah orang.. cakap main lepas aja.. kutuk sana,kutuk sini..tak fikir orang lain nak terasa ke ,apa ke... ikut sedap mulut dia aja.. iskk.. tolong laa.. hindarkanla diri kita dari punya habit yg camni.. kalo cakap..plzzz la.. fikir perasaan orang lain sama yer.. tak kira laa.. orang tu budak kecik ke.. muda pada kita ke..setiap orang ada hati dan perasaan.. ingat tu!!.. kadang2 disebabkan terlepas kata, silap2 leh putus hubungan silaturahim atr sedara kita,putus kawan.. putus mcm2 laa... jd better berfikir sebelum nak berkata2..lagi satu selain kata2, kelakuan kita pun kena jaga juga yer.. hormatilah orang di sekeliling kita.. tak kira laa siapa pun dia...

"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu telah berkata ia, telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Barangsiapa beriman dengan Allah Subhanahu Wataala dan Hari Kiamat, hendaklah ia berkata-kata dalam perkara yang baik (kebajikan) atau hendaklah ia diam dari berkata-kata." (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)."

drpd hadis ni kita dapati ianya menyeru pd kita supaya berbicara just pd perkara yg baik2 aja.. ini kerana melalui percakapan laa boleh tergambarnya akhlak dan sejauh mana sopan santunnya diri kita.. jd, biasa2kan laaa diri cakap pkr yg baik2 n bermanfaat yer..

Firman Allah SubhanahuWataala dalam Surah Al-Israa' ayat 53 :

"Dan katakanlah wahai Muhammad kepada hamba-hambaku yang beriman, supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik, sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia."



Sekadar Renungan....

Sunday, July 1, 2007

Assalamualaikum...

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya. Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH"(Al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak daripada manusia masuk ke neraka kerana tidak dapat memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan solat, gara-gara bermesyuarat kita meninggalkan solat. Gara-gara chatting kita meninggalkan solat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.


~renungkanlah...

Wallahua'lam..