Followers

Agama dan Bandar

Tuesday, December 11, 2012


Perkembangan Islam di Malaysia makin hari makin mengujakan. Bukan sahaja penerimaan masyarakat terhadap kepentingan hidup beragama, bahkan sambutan terhadapa majlis ilmu yang diadakan di mana-mana tempat amat menggalakkan.

Tika saya remaja dahulu, kebanyakan yang saya dengar, kehidupan di bandar amat teruk dan jelek. Kalau nak jaga agama, hendaknya berada di desa. Orang yang nak keluar ke bandar dan mencari rezeki di bandar, diingat berkali-kali supaya jangan dtinggalkan solat. Tidak kurang juga yang memandang serong pada yang nak berhijrah ke bandar.

Jika anak dara nak ke bandar, ada dialog sinis

"Eh anak kau ke bandar? Em kang nanti balik kampung bawa perut" 

Kalau anak teruna ke bandar, dialognya pun tidak kurang hebatnya

"Anak kau yang nak ke bandar tu, kang nanti jadi penagih"

Namun hari ini segalanya berubah. Saya rasakan kehidupan di bandar yang penuh cabaran inilah yang membentuk benteng ampuh. Kenapa di salahkan kehidupan dibandar?

Satu ketika dahulu, tahun 2002 saya pernah mengajar di sekolah agama swasta di Bukit Indah, Ampang. Ramai artis tinggal di situ. Saya masih ingat, aktor Redzuan Hashim berpagi-pagi menghantar anaknya ke sekolah agama tempat saya mengajar. Bekas penyanyi, Dr Sam juga biasa minum di restoran sekitar tempat saya mengajar. Amy Search (seingat saya) juga tinggal di situ. Alhamdulillah, artis di sekitar itu masih mahu menghantar anaknya ke sekolah agama.

Saya pernah menaiki LRT (kalau tak silap) dari ampang ke ibu kota. Dalam perjalanan, saya sempat bertegur sapa dengan seorang abang (atau pakcik sebab anak dia pun dah besar). Katanya

" Orang biasanya tak suka duk bandar, jam, bising,sosial. Saya pula beza, Saya tak boleh hidup selain di bandar. Saya akan sunyi jika duk di luar. Tak boleh hidup jika tak ada jam"

Wah. Hebat pakcik tu.

Sekarang saya ada sisi pandang yang berbeza. Bandar adalah pusat pertumbuhan dalam segala aspek. Aspek agama makin berkembang.

Jika di kampung sekarang ini ; menurut pemerhatian saya, suasana penerimaan dan sambutan masyarakat terhadap majlis ilmu lebih meriah. Banyak surau dan masjid terimarah. Jika di kampung, saya dapati makin suram. Mungkin sesuatu perlu dilakukan. Kebanyakan di kampung, masih belum mesra kanak-kanak. Jika ada ibubapa yang bawa kanak-kanak, pandangan sinis, mata menjeling ke arah sang ibu bapa. Saya pernah singgah di satu masjid bandar, dalam perjalanan balik ke Kelantan. 

"KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN TIDAK DIBENARKAN MASUK KE MASJID"

Namun saya tidak menghiraukan 'iklan' tersebut. Anak saya berumur 1 tahun 4 bulan saya bawa masuk. Hasilnya, beberapa mata menjeling 'ganas'. Dalam hati saya berkata 

"Lantakla, aku tau apa aku buat".

Reaksi spontan saya. Ini dalam keadaan saya yang berpakaian 'sopan'. Siap berkopiah. Kalau orang yang berpakaian T-Shirt, berseluar jeans, apa agaknya keadaan mata mereka? Juling terus kot.

Bisikan itu bukan riya mahu pun ujub atau sombong tapi dari cara mereka memandang itu, menunjukkan mereka kurang mendalami sirah Nabi saw. Moga mereka mendapat hidayah dan terbaca sirah Rasulullah berkenaan Masjid Nabawi yang mesra kanak-kanak.

Hasil dari masjid/surau mesra kanak-kanak, maka kita lihat, anak-anak muda sudah mula mendekati masjid/surau. Perkara agama bukan boleh difikir dengan otak semata-mata. Ia perlu kepada penelitian menyeluruh kaedah-kaedah agama. Kemudian barulah minda/akal memainkan peranan.

Saya amat menghargai Us Syed Norhisyam yang gigih memperkatakan tentang peranan institusi masjid dan surau. Aktif memberi saranan dan cadangan untuk mengimarahkan rumah Allah. Memberi komentar dan kritikan membina.Tahniah ustaz..mewarisi ilmu dari ayahnya sang ulama ; Tuan Padang.

Moga rumah Allah akan terimarah di mana-mana. Mesra Alam......



MASANYA AKAN TIBA

Wednesday, November 21, 2012

ASSALAMUALAIKUM WRH WBT....

Sabda Nabi saw, mafhumnya:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)


Berita yang disampaikan oleh Rasulullah SAW lebih 1400 tahun lampau membayangkan peperangan akhir zaman antara Islam dan Yahudi. Melihat senario mutakhir ini, kemungkinan ia sudah hampir berlaku. Saban hari kita mendengar berita kekejaman Yahudi terhadap umat Islam.

Saban hari ramai semakin cakna terhadap isu Yahudi. Non Muslim tidak terkecuali. Bintang bola sepak sensasi Cristiano Ronaldo melelong kasut emas untuk mengisi tabung bantuan masyarakat Gaza. Lelongan berjaya. Tahniah Ronaldo, walau dibaluti cemuhan dan kontroversi sepanjang karier namun beliau bertindak bijak atas dasar kemanusiaan. Moga Allah memberinya hidayah..Aamiiin
Bagaimana dengan pemimpin dan konglomerat dunia Islam? Tak nak jual ke CINCIN BERLIAN untuk tabung kemanusiaan? Walau menabung dari kecil, untuk memiliki apa yang dimiliki hari ini, alangkah untungnya di akhirat jika duit itu mengisi tabung bantuan kemanusiaan, khas untuk umat Islam.

Teringat sejarah ketika zaman kerajaan Islam Mesir suatu ketika dahulu yang pernah ingin menggunakan tabung wang zakat negara, untuk membiayai gerakan tentera; JIHAD. Majoriti ulama bersetuju dengan cadangan sultan, kecuali seorang sahaja. Manakan tidak, misi suci itu butuhkan wang dan biaya. Namun seorang ahli agama menyatakan ketidaksetujuannya terhadap cadangan Sultan. Hujahnya, Sultan mempunyai hasil kekayaan melebihi tabung zakat, bahkan jika digunakan hasil kekayaan Sultan,  sudah memadai untuk misi JIHAD itu.

Dewasa ini ramai umat Islam yang peka dengan isu saudara seagama khasnya isu Palestin.Rohingya, Chechnya, Selatan Thai (Patani) dan lain-lain. Lantas beberapa misi kemanusiaan diwujudkan untuk membantu saudara kita. Misi Korban, Aqiqah, dan pelbagai lagi acara. Itu bagus dan elok, namun jangan kita terlepas pandang umat Islam setempat yang tidak kurang perlu kepada bantuan. yakinkah kita bahawa umat Islam setempat sudah tidak perlu dibantu? atau sudah memadai kehidupan mereka?

Begitu juga misi kemanusiaan. Mana yang aula/utama. Manakah yang lebih utama sama ada kita membelanjakan wang ringgit untuk sertai misi ke sana atau kita mengirim sejumlah wang ke sana? Jika perbelanjaan untuk ke sana memakan jumlah ribuan bahkan puluhan ribu, hanya untuk biaya seorang. Namun jika puluhan ribu itu disalurkan/diberikan, betapa ramai saudara kita di sana dapat memanfaatkan jumlah tersebut.

Jika kita ke sana kerana ingin melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku, saya rasakan ia kurang sesuai/berbaloi  dengan belanja yang kita keluarkan. Apatah lagi telah banyak pihak yang tubuhkan NGO yang katanya untuk misi kemanusiaan. Adakah misi kemanusiaan kita hanya dengan kita ke sana, beri sumbangan, kemudian balik dan menceritakan pengalaman sedih di sana? Ya, mungkin juga sekurang-kurangnya kita kongsikan pengalaman dan peristiwa saudara kita. Namun, ada sebahagiannya yang benar-benar ingin membantu saudara kita, mereka punyai 'jalan khas', yang tidak ada jalan pulang. Ya hanya pulang ke SYURGA. Oleh itu JANGAN TERSALAH PILIH SALURAN!!




KHAIBAR KHAIBAR YA YAHUD, JAISYU MUHAMMAD SAYA'UUD!!!!!!!!

P/S : bertahun dahulu, saya selalu mimpi berperang dengan Yahudi, bilakah masanya?

Baby Sulong Al-Hijrah

Tuesday, November 20, 2012



ASSALAMUALAIKUM...SALAM HIJRATU ARRASUL 1434

Sekian lama laman sesawang dibiarkan sepi tanpa sebarang bicara. Umpama pusara yang ditinggalkan. Tiada ziarah jasad mahu pun jiwa.

Tahun baru hijrah. Terdetik dihati untuk menjenguk 'rakan' yang seakan hidup segan mati tak mahu. Bukan tidak sayang, bahkan terasa diri tidak mahu berbicara.





Tahun baru hijrah. Kekuatan untuk mencoret sesuatu untuk ekspresi dan ingatan bagi diri. Akal sudah agak 'berkarat', tangan sudah kurang betah untuk menekan butang papan kekunci.

Tahun baru hijrah. Terlalu banyak perkara berlaku setiap kali tahun baru hijrah.

Namun, apa yang boleh saya mulakan untuk membuka lembaran baru di kanvas maya ini? Bimbang jika salah menaip, mencemar agama, salah tanggap, bahkan dosa terpikul.

Okey. setakat ini dulu entri sulung Tahun Baru Hijrah. 'Baby' sulung 1434H.


Amir Is One

Sunday, July 1, 2012

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, semalam bertarikh 10 Syaaban genaplah anakanda kami berusia satu tahun (mengikut perkiraan tahun hijrah). Majlis kesyukuran di teratak ayah bonda juga berjalan lancar, syukran jiddan pada semua yang sudi hadir. Jazakumullah khairan.

6 biji kek coklat selamat dihabiskan. Alhamdulillah :)

Jazakillah juga buat sahabat yang memberikan puding triffles, sangat sedap! Cepat sangat habis, Abi Amir tak sempat nak rasa. Insha Allah, nanti kita order lain kali ya Abi Amir :)
Tak sangka ramai yang bawa hadiah buat mujahid kecil kami, tapi kami belum bawa pulang ke rumah lagi. Semuanya kami tinggalkan di teratak ayah bonda, nak bagi Tok dan Wan Amir main dulu. Hihihi... Insha Allah, lain kali Amir bawa pulang hadiah-hadiah tu ya!


Golden Family, three of us :)

Abi dan Amir di pasar tani sebentar tadi.

Allahumma faqihhu fiddin wa alimhu hikmatal wa takwil. Aamin...

Ummu Amir

* Wakil Abi Amir yang dah lama tak update blog :)

Ujian Adalah Sunnah Kehidupan

Thursday, May 24, 2012

155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali."

157. mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

(Surah Al-Baqarah)

KETERANGAN

Kehidupan manusia adalah ujian. Ujian bukanlah bertujuan untuk merendahkan martabat seseorang bahkan sebagai pemangkin untuk meninggikan tahap keimananan seseorang. Manusia yang berakal akan sentiasa positif dalam menghadapi ujian.

1. Jenis-jenis ujian daripada Allah 

a. Ketakutan

Takut adalah satu sifat yang ada pada manusia. Sekuat mana pun manusia, pasti akan ada perasaan takut. Takut kepada mati, takut kepada makhluk lain dan sebagainya. Manusia memang dibekali dengan sifat takut namun ketakutan itu tidak harus melebihi daripada ketakutan kepada Allah. Firman Allah swt dalam Surah Annuur ayat 55:

dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu Dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku.

b. Kelaparan

   Makhluk di muka bumi semuanya memerlukan makanan. Makanan yang baik akan menghasilkan sifat dan naluri yang baik. Oleh sebab itu Allah menyuruh manusia untuk memakan benda-benda yang baik. Kelaparan akan menyebabkan manusia tidak stabil sama ada dari segi zahir atau batin. Justeru Nabi berpesan supaya makan sebelum lapar. 

    c. Kekurangan harta

Harta adalah salah satu daripada keperluan hidup. Oleh itu manusia berlumba-lumba untuk mencari dan mengumpul seberapa banyak harta. Pengurangan harta benda sesudah bersusah payah mendapatkannya akan menyebabkan jiwa manusia yang tidak beriman akan  meracau seterusnya akan menjadikan tindakannya tidak menentu. 

d. Kekurangan jiwa

Secara amnya, makhluk diberi fitrah menyayangi dan berkasih sayang. Jika mereka disentap dengan kematian orang yang disayangi, kadang-kadang dia tidak dapat menerima takdir bahkan tidak redha.

    e. Kekurangan bekalan/hasil

Semua kejadian alam adalah tadbir urus dari Allah. Kemarau panjang, hujan berterusan adalah penentuan dari-Nya, justeru manusia perlu memohon anugerah dan limpah kurniaan-Nya.



2. Cara menangani ujian 

a. Kawalan emosi

Minda yang jernih akan meneliti dan membuat koreksi terhadap perkara yang menimpanya 

   b. Kawalan hati

Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya di dalam jasad ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh jasad, itulah hati

Jangan biarkan syaitan menusuk jarumnya: Firman Allah dalam surah AlHijr ayat 42:

 "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang Kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa Yang menurutmu dari orang-orang Yang sesat (dengan pilihannya sendiri).


   c.  Kawalan tindakan:

i. Lidah mengungkapkan perkataan yang baik
ii. Tangan tidak melakukan tindakan melampau
iii. Kaki tidak melangkah ke tempat yang tidak elok
iv. Badan melakukan solat


3.      Hasil menangani ujian dengan baik

a. Keampunan dari Allah
b. Mendapat keprihatinan Allah
c. Mendapat hidayah dari Allah

Hikmah Perubahan Hukum Dan Syariat

Wednesday, April 25, 2012

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 
(Surah Al-Baqarah ayat 106)


KETERANGAN AYAT 

Nasakh ialah perubahan, pertukaran atau penggantian kepada sesuatu hukum awal kepada hukum yang baru mengikut kesesuaian yang hanya diketahui Allah. 

Golongan Yahudi mengkritik syariat Nabi Muhammad kerana berlaku nasakh pada hukum. Mereka menganggap perubahan dari hukum pertama kepada hukum kedua merupakan satu tindakan orang bodoh sahaja kerana tidak tetap pendirian. 

Allah telah membuat perbezaan antara golongan Nabi dan Rasul dengan golongan manusia pintar. Manusia yang pintar mendpaat ilmu melalui perantaraan guru atau pengajian di samping membuat eksperimen dan percubaan ilmiah terlebih dahulu, sedangkan para Nabi dan Rasul mendapat ilmu melalui perantaraan alam rohani (malaikat). 

Oleh itu al-Quran bukanlah karangan daripada Nabi Muhammad kerana jika ia merupakan karangan manusia, sudah tentu memerlukan penelitian dan pemikiran serta pengajian dengan guru. 

Mukjizat Nabi Musa antaranya ialah tongkat yang boleh berubah menjadi ular, membelah lautan menjadi jalan dan banyak lagi. Manakala mukjizat Nabi Isa ialah menyembuhkan penyakit sopak, kusta serta boleh menghidupkan orang mati. 

Mukjizat Nabi Muhammad yang paling agung ialah Al-Quran. Perbezaan mukjizat bagi setiap Rasul bersesuaian dengan keadaan dan suasana umat. Pada zaman Nabi Musa, orang berbangga dengan sihir lantas mukjizat Nabi Musa seakan sihir, manakala pada zaman Nabi Isa, kemajuan ilmu perubatan. 

Begitu juga dalam masalah syariat, tentunya kehidupan dan suasana manusia setiap zaman berbeza yang memerlukan pensyariatan hukum sesuai dengan manusia pada masa tersebut. 

Sebagai contoh, dalam syariat Nabi Musa as jika pakaian terkena najis, bahagian pakaian tersebut perlu digunting sedangkan syariat Nabi Muhammad hanyalah perlu dibasuh bahagian yang terkena najis itu. 

Antara contoh lain, syariat Nabi Isa dan Musa, solat perlu dilakukan di tempat khas sahaja iaitu di gereja dan biara sedangkan dalam syariat Nabi Muhammad, solat boleh dilakukan di mana-mana sahaja asalkan suci. 


PENGAJARAN AYAT 

1. Nasakh berlaku kerana mengikut kesesuaian tempat, masa serta suasana kehidupan umat manusia.

2. Perubahan yang berlaku bukanlah hasil daripada tindakan orang yang bodoh tetapi menunjukkan kebijaksanaan Allah.

3. Manusia yang beriman akan sentiasa menurut perintah dan larangan Allah dan Rasul tanpa memerlukan hikmah di sebalik arahan dan larangan Allah.

4. Yahudi akan sentiasa mencari jalan untuk menimbulkan keraguan terhadap akidah umat Islam.