Followers

:: Ahlan Ya Ramadhan::

Tuesday, August 25, 2009

dalam flight egyptair, bersama us ariffudin (housemate)



عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏
‏عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال ‏ ‏من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه ومن صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له
ما تقدم من ذنبه


Maksudnya: " Daripada Abu Hurairah ra katanya: Daripada Nabi SAW baginda bersabda,sesiapa yang bangun mendirikan iabahadah mencari Lailatul Qadr
dalam keadaan penuh keimanandan mengharapkan balasan dari Allah, pasti diampun dosanya yang lepas, sesiapa yang berpuasa Ramadhan dalam keadaan penuh keimanan dan mengharapkan balsan dari Allah akan diampunkan dosanya yang lepas"






Salam Ramadhan buat semua

Kedatangan Ramadhan kali ini amat dinantikan oleh mereka yag rindukan kekasih bernama 'Ramadhan' ini

Cuma kegembiraan itu mungkin berbeza persepsi

Ada yang gembira kerana merasakan Ramadhan datang dengan membawa roh iman, tarbiyah, perhambaan kepada Kholiq

Ada yang gembira kerana Ramadhan menambahkan sumber rezeki

Ada yang gembira kerana Ramadhan tempat untuk memahirkan kembali ilmu Alquran, hafazan dan sebagainya


Ada yang gembira kerana Ramadhan menjanjikan bantuan kewangan, r
uang untuk si berharta turut serta dalam Amanah Saham Akhirat
Ada yang gembira kerana Ramadhan akan memberi peratus yang tinggi untuk melangsingkan badan
Ada yang gembira kerana Ramadhan adalah tapak untuknya berehat


namun bagi saya, Ramadhan kali ini hadir dengan dua kegembiraan utama:


1. kerana saya menerima berita yang saya lulus tahun akhir BA Al Azhar
2. kerana saya diberi peluang membersihkan rohani 3hari sebelum datangnya ramadhan, dengan kemalangan kereta



result imtihan, nama saya no 6 dari bawah, mendapat jayyid






Apapun, saya tetap menerima jemputan mengimamkan solat terawih di surau (masjid) As Sidiqqin di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor.


ruang solat

Alhamdulillah, rupanya pada hari ketiga puasa, tetamu undangan untuk tazkirah ramadhan selepas solat terawih ialah mantan Presiden PMRAM '08/09 iaitu Ustaz Khairul Anuar Ismail.
Kami tinggal bersama dua hari di bilik surau dan berbual panjang tentang pelbagai perkara

Semoga saya dan sahabat semua dapat merebut sebanyaknya peluang pahala yang terbuka luas..AAAMEEEN

:: Dialog Bersama Tetamu :::

Thursday, August 13, 2009


Malam tadi, bertempat di Rumah Kelantan Baru, berlangsung majlis ramah mesra bersama beberapa ( 4 orang ) tetamu dari Kerajaan Negeri Kelantan

Antara tetamu yang hadir ialah YB Dato' Takiyuddin Hassan, YB Saifudin Nasution, wakil Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Pengarah YAKIN ( maaf jika tersalah menyebut tetamu yang hadir sebab saya sampai agak lewat)

Majlis bermula 8.30 malam, lebih awal dari yang dijangkakan, iaitu jam 9.00 malam

YB Dato Taki sempat berucap hampir sejam, manakala yang lain tidak berucap, tetapi hanya mengambil bahagian dalam sesi soal jawabb sahaja, mungkin kesemua tetamu agak kepenatan dek program yang padat sebelum ini.

Saya sebenarnya diminta oleh ustaz saya di malaysia untuk sampaikan sesuatu kepada YB Dato' Taki, di samping membawa bakal Imam Terawih Majlis Perbandaran Kota Bharu yang berkeinginan untuk bertemu dengan YB Dato' Taki. AlhamduliLLAH, YB Dato' meluangkan masa untuk bertemu sekejap, juga saya sempat berbisik kepada YB Dato' berkenaan pesanan ustaz saya. JazakaLLAH khairan kathiran. YB juga sempat memberitahu bahawa beliau akan ke Iskandariah pada pagi 13hb Ogos. Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat.

:: Malaysia Tanah Airku :::


Agak lama blog ini sepi dari sebarang khabar. Kebelakangan ini rutin menjadi seolah-olah seperti seorang menteri yang sentiasa ada progam sana sini( korea a.ka koya).Tapi bak kata seorang motivator, kita kena letak impian di tempat yang tinggi supaya, kita leh usaha untuk gapai impian tu.Walau tidak tergapai, yang pasti, kita telah usaha ke arah itu dan mungkin tahap peratusan pencapaian kita juga lebih. Bagi saya, ini mungkin untuk impian yang lain dari jawatan.


Tarikh keberangkatan pulang ke tanah air makin hampir, banyak lagi benda yang belum settle, barang kirman kawan-kawan masih belum terbeli, kitab- kitab masih belum dikotakkan.


Sudah seminggu pusing-pusing sekitar Husin untuk mencari kain linen yang dipesan..Saya kurang mahir bab kain. Handset sentiasa memicit nombor kontek, sahabat-sahabat, teman tidak ketinggalan para ustazah, untuk bertanya tentang kain linen. Hampir kesemua memberi jawapan yang sama :" maaflah, ana pun tak tahu"





Kadang-kadang tergelak sendirian, memikirkan alangkah kurangnya ilmu dalam diri ini tentang sesuatu yang 'seremeh' itu. SubhanaLLAH, alangkah luasnya ilmu-Mu




AlhamduliLLAH, setelah berusaha, akhirnya kain linen ditemui. Entah sama ada ustaz yang memesan kain itu suka atau tidak . Moga ada kebaikan nanti






Moga perjalanan pulang nanti, tiada kesulitan..doa teman-teman amat diharapkan

::: Khatam Kitab ::::

Thursday, August 6, 2009



Pada 3 hb Ogos yang lepas, saya anjurkan majlis khatam kitab "Jawahir AlBukhari" susunan Dr Mustafa Ammarah.



memulakan bacaan hadith terakhir


Setelah hampir 5 bulan pengajian kitab ini, dapat juga saya khatamkan bacaannya bersama sahabat dan sahabiah semua



antara ikhwah yang hadir



Kami mulakan bacaan kitab itu pada 20 Safar 1430H (16hb Februari) dan dapat habiskan pada 12 Syaaban 1430H (3hb Ogos). Segala pujian hanya milik-Mu Ya Allah


Majlis malam itu bermula agak lewat kerana saya perlu menandatangani sanad riwayat hadith untuk diijazahkan kepada sahabat sahabiah semua, namun AlhamduliLLAH segalanya masih dibawah kawalan.



ketika menjadi 'hos' kuiz ( pihak akhawat tidak kelihatan atas sebab keselamatn)


Malam itu juga kami serikan dengan mengadakan kuiz antara ikhwah lawan akhawat. Soalan merangkumi hafazan matan arbaien, terjemahan dan ulum hadith

Juga diserikan dengan kuiz untuk hadirin hadirat. AlhamduliLLAH matlamat untuk galakkan sahabat sahabiah menghafaz hadith, menguasai asas ulum hadith tercapai.

Majlis malam itu diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sedikit jamuan



sekadar hiasan



:: Amanah itu adalah Penyesalan::

Sunday, August 2, 2009

Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir ( KPKM) akan mengadakan Muktamar Sanawi pada 17-18 hb Ogos ini. Tahun ini, akan ada pertandingan merebut kerusi Ahli Jawatan Kuasa sesi 2009/2010.

Semoga mereka yang memenangi kerusi itu nanti akan memberi khidmat terbaik demi kemajuan persatuan dan kebajikan ahli yang bernaung di bawanhya




Kepada ahli, buatlah pilihan terbaik, tunaikan hak anda. Juga janganlah ada di kalangan mereka yang hendak menjatuhkan antara satu sama lain. Beradablah , jangan wujudkan blok pemisah, sempadan yang menjarakkan hubungan harmoni. Janganlah ada pihak yang menghasut, membina 'team'. Kita semua bersaing untuk melakukan kebaikan, bukan hendak meruntuhkan



"خير الناس أنفعهم للناس"