Followers

:: SMS, Siapa Untung?::

Monday, August 6, 2007

11.7 bilion SMS dihantar sepanjang Januari-Mac


Pengguna telefon bimbit di negara ini menghantar lebih 11.7 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) sepanjang Januari hingga Mac lalu, meningkat 4.3 bilion berbanding 7.4 bilion yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), dalam laporan Fakta dan Angka Terpilih bagi suku pertama 2007 berkata, angka itu hampir separuh daripada keseluruhan 33.2 bilion SMS yang dihantar pemilik telefon bimbit di negara ini tahun lalu.

Berdasarkan angka pemilik telefon bimbit yang kini berjumlah lebih 20.8 juta, purata setiap pengguna menghantar 563 SMS sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, meningkat 201 berbanding purata pada tempoh sama 2006.Purata SMS yang dihantar setiap pengguna pada suku pertama 2007 itu meningkat 50 jika dibandingkan dengan 513 pada suku terakhir 2006, 380 (suku ketiga 2006) dan 353 (suku kedua 2006).

Jumlah SMS yang dihantar pengguna telefon mudah alih di negara ini pada suku pertama tahun lalu ialah 7.4 bilion dan ia meningkat kepada 7.6 bilion (suku kedua), 8.31 bilion (suku ketiga) dan 9.97 bilion (suku keempat).
SKMM berkata, berdasarkan perangkaan 2005, Malaysia adalah negara yang mempunyai jumlah pengguna telefon mudah alih kedua tertinggi di Asean, iaitu 74.1 bagi setiap 100 penduduk, mengatasi Brunei (56.3), Filipina (39.5), Thailand (26.1), Indonesia (21.1), Laos (10.8), Vietnam (10.7), Kemboja (7.6) dan Myanmar (0.3).Singapura mempunyai jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di Asean bagi setiap 100 penduduk iaitu 101.4. Ini bermakna hampir semua rakyatnya mempunyai alat telekomunikasi itu dan ada yang memiliki lebih daripada satu.Kadar pemilikan telefon bimbit di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat (AS) yang masing-masing hanya mencatat 74 dan 67.6 bagi setiap 100 penduduk.Hong Kong mencatat jumlah pemilikan telefon bimbit tertinggi bagi setiap 100 penduduk iaitu 122.6, diikuti United Kingdom (102.2), Taiwan (97), Australia (91.4), Korea Selatan (71.4) manakala China (29.9).

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna (Fomca), Yusof Abdul Rahman, berkata ketika ramai rakyat mengeluh mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup, mereka masih mampu berbelanja besar untuk membeli telefon bimbit dan membayar caj SMS.“Secara purata, seorang pengguna telefon bimbit menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, lebih 80 juta SMS dihantar sehari dan angka itu sangat besar serta menguntungkan syarikat (telekomunikasi).

(Sumber : Berita Harian)

Kata aku : Golongan yang paling banyak hantar SMS adalah remaja dan mereka yang belum kahwin. Kenapa aku cakap macam ni? Senang aje. Remaja le yang banyak duk kapel sana sini. Loving itu ini. So bile dah in love tu, segalanya indah..x tya khabar sehari macam setahun. Syariat sudah tidak ada dalam kotak fikiran mereka..sehinggakan pelajar agama sendiri!!!

0 comments: