Pembuka bicara aku ingin memohon maaf dari sahabat semua kerana dulu pernah aku berjanji untuk memberi komitmen untuk mencoretkan sesuatui kat blog ni, amun desababkan kemalangan yang menimpa aku maka sedikit sebanyak terjejas konsentrasi. Aku terpeksa 'meringkuk' dalam bilik selama seminggu, dalam masa yang sama line internet juga mengalami gangguan (fikirku, dia turut sama terkena tempias kemalangan :)).
Pagi tadi teman sebilik membeli akhbar "ahram",sememangnya akhbar nimenjadi bahan bacaan bagi kebaanyakan pelajar Malaysia di Mesir. Seingat aku, seorang ahli rumah ade mengatakan tempoh hari ynag akhbar ni,paling 'sopan' klo nak bandaing dengan akhbar² lain kt Mesr ni. em boleh jadi jgk. Tapi bila aku tgok, sama saje jika nk banding dengan akhbar Malaysia.
ku terfokus pda satu tajuk "Suntikan Maut"..ade gambar seorang perempuan yang bertudung tapi dihitamkan matanya. Iman namanya. Meninggal kerana suntikan dos yang terlebih.
Kisahnya...Iman adalah seorang yng asalnya dari keluarga yang agak senang, ayahnya bekerja di eropah. Dia bersama ibu dan 2 orang kakak menetap di Mesr. Dia dijaga, diawasi,tidak dibenarkan berkeliaran. Tinggal aje di rumah. Mungkin pejuang hak wanita (kononnya le), akan mengatakan dia dikongkong). Setelah 10 thaun, ayahnya kembali dan tidak setuju dgn cara isterinya 'mengongkong' anak². Bertengkar kemudian bercerai. Isteri membwa diri.
Si ayah memberi kebebasan pada anak².. dihantar ke pusat pengajian. Iman mengalami kejutan budaya. Jika dulunya dia berjubah,bertudung labuh tapi kini mula melemparnya. Tiada lagi jubah, tudungnya sudah singkat sedikit, berfesyen lagi.
Dia mula berkawan. agak ramai,sukar dikenlai mana yang baik mana yang tidak. Semuanya kerana dia ingin bebas berkawan lelaki wanita. Bercampur gaul.Dia puas.gembira. Satu ketika dia di sua dengan 'benda baru' kata kwannya. Dia ikut. ambil aje.sekadar mencuba. Dari situ bermulalah episod duka.
Dia makin gian dengan heroin. Duit tidak pernha kering, kan ke ayahnya berikan apa sahja kemahunnya. Terkadang ditipu ayahnya. Katanya ingin membeli kelngkpan pengajian tapi sebenarnya untuk itu. Benda jahanam itu.
Dia makin kurus. makin cengkung. Perubahan itu dikesan. Lantas kakaknya selidik. WAh!!!
adiknya terjerumus ke alam binasa. alam khayalan yang menjahnamkan. Ayahnya dihabarkan.
Iman dihantar ke pusat pemulihna. Setelh berjanji dan makin pulih, dia dibawa ke rumah, namun masih diawasi kakak²nya. Dia dikurung. Namun beberapa minggu dia dikasihani..tiada lagi perintah berkurung. Satu hari..dia tidak kembali ke rumah..tengah malamnya,pintu diketuk..Iman lemah.. terkulai diriban kakaknya. Sang ayah dihubungi..bergegas. Namun sesampai di hospital, Iman tidak lagi bernafas..Doktor menyatakan, ia mengambil heroin..dosnya amat tinggi.
SEKUJUR TUBUH yang dahulunya terjaga, pergaulna terbatas,aurat terhijab.tapi dia pergi dalam keadaan yang amat AIB...!!!!
TUHANKU, JAGALAH KAMI DARI SEGALA KEAIBAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!
Followers
::maafkan::
Saturday, April 7, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
10:14 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment