Followers

:: AdiLKah::

Sunday, April 22, 2007

Hari makin hari aku rasa makin kurang sihat. Tambah lak internet kat umah aku dh lama down.Adoii, pak Arab ni memang susah nak berurusan. Berkali² kol untuk baiki talian internet tapi dia buat derk je. Masa nak kutip sewa laju je.

Oleh sebab tu aku dah makin kurnag terdedah denga dunia maya.
Semalam aku turun ke cc nak jenguk le luar jendela dunia. Jelajah web. Aku klik tranungkite dan kat situ aku terpandang satu artikel berbunyi " Imam Syafi'e Bukan Salafi?". Menarik jugak ni. Penulisnya adalah kawan aku jugak. Pernah bersama semasa menuntut di Karachi dulu cuma dia haya sempat habiskan tahun 2 je den selepas tu amik mua'dalah untuk ke Mesir.

Sepanjang perbahasan yang diutarakn nampaknya teman saya ini tidak menganggap Imam Syafi'e rahimahu Allah sebagai salafi. Pelik juga bunyinya. Aku tengok rujukan temanku adalah berdasarkan buku bahasa Melayu (aku belum baca, mungkin karangan orang Melayu).

Apa yang aku terkilan ialah bilamana seolah² sahabatku itu tidak memahami istilah Salafi.
Aku nak sebut secara ringkas di sini, "salafi" secara umumnya dinisbahkan kepada golongan yang hidup antara kurun pertama hingga kurun ketiga Hijriyyah. Banyak hadith² yang menerangkan kelebihan mereka yang hidup antara kurun ini,contohnya :

" Kurun yang terbaik adalah kurunku, kemudian kurun yang datang selepas mereka,(dan) kemudiannya kurun selepas mereka.. " ( Riwayat Bukhari)

Dalam hadith ini Nabi S.A.W menyatakan bahawa tiga kurun yang mempunyai kelebihan di sisi Allah secara umumnya. Boleh dikatakan juga kurun² yang dinyatakan oleh Baginda di anggap terbaik kerana penghayatan Islam dan dekatnya jarak masa dengan Nabi S.AW. Terbaik di sini boleh juga difahami adanya pendokong² Islam yang unggul. Ini dibuktikan oleh sejarah. Tambahan pula semua Imam mazhab 4, pengarang sunan sittah, kesemuanya lahir dalam lingkungan 3 kurun awal hijriyyah

Ulama juga sepakat mengatakan bahawa 3 kurun ini disebut golongan SALAF.
Persoalan yang aku nak bangkitkan ialah, Imam Syafi'e lahir antara kurun ini, lantas beliau termasuk dan dinisbahkan kepada salaf. Jadi apa tujuan sahabatku itu untuk menafikan kedudukan Imam Syafi'e dalam kumpulan salaf?

Apa yang aku fikirkan ialah sahabatku itu mungkin hendak 'menghentam' mereka yang menggabungkan diri mereka dalam pegangan salaf (tetapi dari segi amali,tidak salafi),lantas dia turut menafikan kenyataan!!!!!

AstaghfiruLLAH, moga sahabatku sedar apa yang dia nyatakan (mungkin niatnya baik). Janganlah kerana kebencian kita terhadap sesuatu golongan,menyebabkan kita bersikap tidak adil.

" Dan janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlakulah adil kerana ia lebih hampir ke arah ketaqwaan"

0 comments: