Followers

:: AdiLKah::

Sunday, April 22, 2007

Hari makin hari aku rasa makin kurang sihat. Tambah lak internet kat umah aku dh lama down.Adoii, pak Arab ni memang susah nak berurusan. Berkali² kol untuk baiki talian internet tapi dia buat derk je. Masa nak kutip sewa laju je.

Oleh sebab tu aku dah makin kurnag terdedah denga dunia maya.
Semalam aku turun ke cc nak jenguk le luar jendela dunia. Jelajah web. Aku klik tranungkite dan kat situ aku terpandang satu artikel berbunyi " Imam Syafi'e Bukan Salafi?". Menarik jugak ni. Penulisnya adalah kawan aku jugak. Pernah bersama semasa menuntut di Karachi dulu cuma dia haya sempat habiskan tahun 2 je den selepas tu amik mua'dalah untuk ke Mesir.

Sepanjang perbahasan yang diutarakn nampaknya teman saya ini tidak menganggap Imam Syafi'e rahimahu Allah sebagai salafi. Pelik juga bunyinya. Aku tengok rujukan temanku adalah berdasarkan buku bahasa Melayu (aku belum baca, mungkin karangan orang Melayu).

Apa yang aku terkilan ialah bilamana seolah² sahabatku itu tidak memahami istilah Salafi.
Aku nak sebut secara ringkas di sini, "salafi" secara umumnya dinisbahkan kepada golongan yang hidup antara kurun pertama hingga kurun ketiga Hijriyyah. Banyak hadith² yang menerangkan kelebihan mereka yang hidup antara kurun ini,contohnya :

" Kurun yang terbaik adalah kurunku, kemudian kurun yang datang selepas mereka,(dan) kemudiannya kurun selepas mereka.. " ( Riwayat Bukhari)

Dalam hadith ini Nabi S.A.W menyatakan bahawa tiga kurun yang mempunyai kelebihan di sisi Allah secara umumnya. Boleh dikatakan juga kurun² yang dinyatakan oleh Baginda di anggap terbaik kerana penghayatan Islam dan dekatnya jarak masa dengan Nabi S.AW. Terbaik di sini boleh juga difahami adanya pendokong² Islam yang unggul. Ini dibuktikan oleh sejarah. Tambahan pula semua Imam mazhab 4, pengarang sunan sittah, kesemuanya lahir dalam lingkungan 3 kurun awal hijriyyah

Ulama juga sepakat mengatakan bahawa 3 kurun ini disebut golongan SALAF.
Persoalan yang aku nak bangkitkan ialah, Imam Syafi'e lahir antara kurun ini, lantas beliau termasuk dan dinisbahkan kepada salaf. Jadi apa tujuan sahabatku itu untuk menafikan kedudukan Imam Syafi'e dalam kumpulan salaf?

Apa yang aku fikirkan ialah sahabatku itu mungkin hendak 'menghentam' mereka yang menggabungkan diri mereka dalam pegangan salaf (tetapi dari segi amali,tidak salafi),lantas dia turut menafikan kenyataan!!!!!

AstaghfiruLLAH, moga sahabatku sedar apa yang dia nyatakan (mungkin niatnya baik). Janganlah kerana kebencian kita terhadap sesuatu golongan,menyebabkan kita bersikap tidak adil.

" Dan janganlah kerana kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan kamu tidak berlaku adil, berlakulah adil kerana ia lebih hampir ke arah ketaqwaan"

UkhuWWAh

Wednesday, April 18, 2007

Sepanjang dua tiga hari aku memperuntukkan masa bagi menziarahi sahabat dan teman² lama aku. Dah lama gak ingin aku lakukan tapi masing² cam sibuk dan menyibukkan diri dengan pelbagai perkara. Alhamdulillah dua hari sebelumnya aku bersama seorang sahabat diizinkan Allah untuk menziarahi sahabat².

Perjalanan ke Tanta memakan masa selama 2 jam jika melalui tranco (van). Jam 7:30 pagi aku dan sorang sahabat mulakan langkah turun dari rumah.Aku mulanya pusing² kat Ramsis nak cari mane tranco yg nak pi ke Tanta. Fuhh hampir setengah jam baru jumpa..maklumle van 'tak bertauliah'. Dalam perjalanan tersebut aku beberapa kali tertidur. malam tu aku tidur lewat sikit, bukan nak berkemas ape (sbb aku bukan jenis suka bawa pakaian banyak²).

Memang perjalanan yang jauh, klo kita tdo je, rasa dekat sikit..kan? Tapi rasa rugi le plak sebab tak amik peluang untuk tengook keindahan alam ciptaan Allah ( walau kat Mesr ni, pemandangannya bukanle membanggakan sangat tapi ia juga makhluk).

Sampai kat stesen tranco (mahattah gumlah), aku rehat jap, isis perut.. Masa tu dah kul 11 lebih. Waktu Zohr dah hampir masuk.Tak lama selepas tu kawan datang amik..uish cepatnya.erm..umah sewanya kat belakang tu je..patutle:d
Mulanya tak buat ape pun..hanya borak² jela petang tu. Lepas makan n solat..terus mulakan ekspedisi (faham² jela)

Malam tu cadangnya nak pi tangkap udang kat sungai tapi kerna ade misi yang perlu diselesaikan. Tapi sayangnya malam tu aku kurang sihat. tersilap makan le kot..memang aku ni jenis alahan sikit. Apa yang orang hidang, aku bedal je..walau dulu doc suh aku pantang sikit. Degilnya aku.

Pagi 17 April ribut pasir kat Mesr, aktivit down. so aku dan sahabat hanya duk terjelepok kat umah. tmbahan lak aku kurang sihat.(kalau ummi tau pasti dia sound kt aku..sorry ummi).
Petang tu ok sikit so kami ke rumah seorang yang amat² di cari selama ini, Ust Wan Zamri. Alhamdulillah dapat jumpa, borak² den minta diri untuk pulang.

Selepas solat asar aku dan sorang sahabt bertolak ke damanhur untuk bertemu dengan teman lama. Dia muda dari aku tapi aku jenis yang suka berkawan, tak kisah le. Sejam perjalanan. Kawasan kiri kana amat menarik. Ladang dan sawah terbentang.Hijau dan mendamaikan. Ade himar. Sesekali keretapi merentasi. Dah hampir maghrib baru samapai di damanhur. Solat maghrib den kami bertolak ke iskandariah, untuk pusing². Sebenarnya kami nak raikan hari ulangtahun kelahiran sahabat kami, so bawa ke tempat yang menarik da menikmati hidangan yang disediakan. Wah, bunyi ke'barat'an ke?.

Em setelah jamu selera, kami bertolak pulang. Dua orang sahabat dah terjelepok at belakang tranco, aku masih terkebil². Adehh lambat betul tranco ni. Masa datang tadi, kami naik yang laju..yang ni plak..ermmm. Alhamdlillah perjalanan selamat. Kami tiba pada jam 12 malam. Sampai umah aku siap² nak tido.maklum le subuh jam 4 pagi..karang terlepas jemaah plak.
Alhamdulillah bangun tepat. sahabat dua orag tu tak tdo rupanya.huhu.

Jam 8 setengah pagi aku dah siap untuk pulang semula ke Kaherah. Nak naik keretapi la plak. Jam 9 tiba kat stesen, amik tiket. setengah jam kemudian keretapi sampai. Perjalanan dengan keretapi dari Damanhur ke Kaherah memakan masa 3 jam. Sampai je Kaherah dah masuk Zuhr, solat kat surau di stesen pastu bertolak ke Hayyu Sabi'.

Aku bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan aku dengan beberapa orang sahabat yang dah lama tak jumpa. Aku harap ni bukan pertemuan kali terakhir.
Moga tautan ukhuwwah akan dapat memberi sumbangan untuk Islam. Aaamiiiin

::: Kesatuan Aku dan Kamu::

Saturday, April 14, 2007

Satu masa aku berdiri di suatu sudut memandang ke luar tingkap. ak dapati suasan di Kaherah pada waktu pagi amat mendamaikan. Em seketika ade juga endraan yangb llalu lalang kt depan rumah sewa aku. Semalam aku kurang tido sebab nak abiskan study .

Pada malam itu juga ahli bait baru pulang dari mrawat seorang pesakit yang dirasuk. Em aku pasti yang dirasuk mesti orang perempuan lagi. Memang dah biasa kat sii bila nak time exam mesti ada akhawat yang kena rasuk. Mungkin dah jadi trend. Pelik jugak kan?Kenapa hanya time exam je. Em mungkin kerana tekanan yang amat sangat, memudahkan syaitan menusup masuk k dalam badan anak Adam. Aku rasa amat bertuah bile dapat berbual dengan ust Rahim tentang pengalaman beliau merwat peakit semasa kat malaysia lagi. Wah! Allah tel;ah sembuhkan ramaipesakit melalui beliau. Alhamdulillah aku tinggal serumah dengannya,dapat le kami saling berkongsi pengalamn dengan alam jin yang mata manusia terhijab darinya.

Entah le, bagiku kalau le manusia dibuka tabir yang mendindinginya dari melihat makhluk yang ditaklifkan sebagaimana mereka, nescaya urusan harian akan terbantut. em mungkin le. Namun ade juga di kalangan orang yang aku kenali ingin sangat nak tengok jin. Hehe pelik btol budak ni :D. Nampak gayanya dia kena jumpa puteri Nilam kat kawasan Dewan Sadam Husn di Nilam Puri. Biar dia jumpa dan bertanya khabar dengan tuan puteri tu. Tapi biasanya tuan Puteri akan menampakkan diri kepada orang yang terjga akhlaknya. Jadi, kena terjaga akhlak kamu, baru ade peluang untuk jumpa. Aku tak galakkan.

Umat Islam amat terdedah kepada serangan luar dan dalam. Manusia dan Jin. Oleh itu perlunya benteng kukuh dari segi rohani dan jasmani. Kekuatan yang penting untuk semua ini ialah :

a) Kekuatan aqidah :
Kekuatan yang paling penting dan menjadi tunjang

b) Kekuatan Ukhuwwah
ikatan persaudaraan amat diperlukan dalam ketika umat Islam telah makin longgar ikatan mereka, utamanya yang dibandar. Yang ada hanyalah ikatan awek-pakwe, abang angkat (laki)-adik angkat(wanita) atau sebaliknya. Semuanya ini bukanlah berlandaskan syariat.

c)kekuatan Persenjataan :
Apa yang aku maksudkan ialah ;
i. senjata dalam (rohani dan spiritual)
ii. senjata luaran yang merangkumi pelbagai jenis senjata moden, darat, laut dan udara Elemen yang agak penting dalkam menghadapi serangan zahir.

Inilah apa yang dapat aku ringkaskan . Moga Islam akan kembali bersinar. Marilah kita usahakan untuk semua ini.!!!