Followers

:::Wanita Yang Ku Damba:::

Friday, May 11, 2007

" Wahai manusia!!Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menciptakan kamu dari satu jiwa, dan Dia menciptakan dari jiwa tersebut pasangannya, serta dia menebar rata dari keduanya golongan lelaki dan wanita.."

Ayat yang amat indah ini, ku petik dari surah Annisa'. satu surah yang banyak membicarakan tentang wanita. Penghormatan dan penghargaan bagi golongan hawa, yang kurasakan pejuang hak dan kebebasan wanita di dunia ini tidak pernah membacanya. Bahkan mereka yang terdiri dari golongan yang mengakui beragama Islam. (Islam hanya pada nama dan kad pengenalan sahaja) pun turut tidak pernah menyentuh kitab suci Al Quran ini, apatah lagi membacanya. Jauh sekali dari mengkaji dan meneliti setiap butira permata yang dihamburkan.

Seketika aku melihat wanita Islam di negara yang pernah satu ketika dulu menjadi pusat pengajian dan ilmuan Islam dalam pelbagai disiplin ilmu. Utamanya dalam bidang keagamaan.
Ahh!! kenapa sampai begitu sekali mereka hanyut?

Perempuan² di sini umumnya akan memakai tudung namun pakaiannya amat ketat (ku kira lebih ketat dan seksi dari wanita di negara kau sendiri). Aku sendiri pada mulanya agak tidak betah kerana pada fikiranku, tentu sekali wanita² di sini memperlihatkan identiti wanita Islam yang sebenar. Bukankah seperti yang aku katakan tadi, negara ini suatu ketika dulu menjadi pusat dan intipati agama Islam. Mempunyai satu institusi yang amat dibanggakan hingga kini "Al Azhar". satu nama yang gah. Namun, pelajar wanita di Al Azhar sendiri yang bukan dari fakulti agama, pakaiannya mengalahkan si gadis Yahudi. Seksi dan ketat!! Dimanakah ulama azhar? Dimanakah Mufti Besar Mesir?? atau sekurang-kurangnya, tenaga pengajarnya?

Entah, aku pun tidak tahu kenapa semua ini dibiarkan oleh mereka. Jika aku di Pakistan dulu, jarang terlihat wanita yang memakai seluar, apatah lagi hendak memakai pakaian ketat. Iya, memang ada yang memakai pakaian 'Punjabi' tetapi agak longgar. Pelik!!!Pelik!!
Dalam benakku, terlintas, memang dakyah Yahudi dalam menjayakan protokol mereka, mereka telah mencapainya. Juga benar sabda Nabi SAW :

" Kamu akan dapat melihat wanita-wanita yang berpakain tetapi sebenarnya mereka bertelanjang.."

Kenapa mereka dianggap bertelanjang? Ya, kerana mereka berpakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh. Tubuh mereka ditayangkan kepada umum secara "free". Mungkin mereka bangga dengan "free show" tersebut. Mungkin mereka ingin menyatakan yang mereka sudah tidak perlukan agama lagi, sudah tidak percaya dengan hari pembalasan atau memang terasa sudah tidak ada Tuhan!!!! Na'uzubillah.

Nabi SAW pernah menyatakan dalam sabdanya :

" Wasiatkan kepada wanita dengan kebaikan"

Juga baginda pernah bersabda :

" Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang yang bengkok, sekiranya kamu kerasi ia (untuk meluruskannya), nescaya ia akan patah, dan sekiranya kamu biarkan begitu, ia akan sentiasa bengkok".

Lantas apakah yang perlu kita lakukan terhadap wanita sekarang? Luruskan mereka ke jalan yang sepatutnya dilalui? atau biarkan saja mereka begitu, kerana itu hak mereka? Jika kita hendak luruskan mereka,bagaimanakah caranya? Mereka memang sensitif. penuh emosi. mudah tersentuh.

Sama² lah kita fikirkan...kerana mereka mungkin kakak kita, mungkin juga adik kita,saudara mara kita.

0 comments: