Perjalanan yang panjang akan bermula dengan langkah pertama. Walaupun ia merupakan kata² yang dipetik dari pepatah orang Cina namun ia sebenarnya boleh digunapakai dalam kehidupan kita sebagai seorang Muslim.
Kehidupan kita sebagai seorang pelajar, sebagai seorang guru (pendidik),arkitek,karyawan dan apa sahaja kita dalam ruang lingkup di dunia ini.
Pepatah yang dinyatakan adalah sesuai dengan apa yang Allah S.W.T firmankan dalam kitab suci :
" …Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum, melainkan mereka (mulakan ) perubahan dalam diri mereka "
Lihatlah betapa Allah telah menggariskan kaedah umum iaitu perubahan akan terlaksana sekiranya manusia itu sendiri punyai keinginan untuk merealisasikan perubahan tersebut. Tinggala lagi, apakah yang perubahan sebenar yang dimaksudkan dalam ayat di atas? Memang secara umumnya, semua orang akan mentafsirkan mengikut situasi dan keberadaan mereka.
Jika kita lihat dalam skop sebagai seorang pelajar, tentunya kita akan katakana perubahan tersebut adalah mengubah persepsi, minat dan niat ketika menuntut ilmu. Seorang pelajar agama, tentunya memerlukan niat yang bersih murni, meletakkan matlamat untuk menyebarkan ilmu dan menegakkan yang hak. Barulah dikatakan ia mengguna ilmu yang ada ke jalan yang benar.
Bukankah dalam hadis Nabi S.AW ada menyatakan (yang mafhumnya):
"..kemudian didatangkan dihadapan Allah seorang yang alim agama, lalu ditanya apa yang dia perlakukan di muka bumi. Jawabnya : Aku telah menyebarkan ilmu dan beramal dengannya. Jawab Allah ; Bahkan kamu mempelajari dan mengajarnya supaya kamu dikatakan alim, dan kamu telah pun disebut alim.. kemudiannya diperintahkan kepada malaikat agar mengheretnya ke neraka."
Apa sahaja yang anda lakukan dan siapa jua diri anda , seharusnya ada perubahan yang perlu anda lakukan demi kebaikan anda didunia mahupun di akhirat.
Jiak anda sebagai seorang doctor, bukankah dengan ilmu dan kepakaran anda itu anda dapat gunakan untuk 'terus memberi harapan kepada pesakit. Dalam masa yang sama anda sebagai seorang Muslim sepatutnya tahu bagaimana etika doctor Islam. Sepatutnya mengetahui ibadat pesakit, membimbing mereka yang beragama Islam untuk beribadat di waktu sakit.
Anda sebagai seorang arkitek kepada bangunan, sepatutnya turut masukkan dalam pelan anda, ruang untuk solat.tempat berwudhu'.
Inilah perubahan yang sepatutnya anda lakukan demi kebaikan anda dan sebagai satu saham sumbangan anda untruk agama. Banyak lagi perubahan yang boleh anda lakukan. Perhatikan siapa anda. Lakukan sesuatu sebagai amal jariah anda di akhirat.
Ayuh. Realisasikan perubahan dalam diri anda!!!!!
Followers
::Anjakkan Persepsi Anda::
Wednesday, May 9, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
4:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment