Followers

::Kerajaan vs Blogger::

Tuesday, April 10, 2007

(Sebahagian dari teks salah seorang blogger.)

"Kerajaan dibawah pimpinan PM Abdullah Ahmad ini adalah sebuah kerajaan demokrasi ; sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya.Kita mestilah berpegang teguh dengan amalan demokrasi dan mempertahankannya.Kerajaan yang telah dipilih bukanlah bereti ianya kebal daripada kritikan atau teguran rakyatnya. Begitulah amalan kebebasan bersuara yang ada dalam sesebuah negara yang demokrasi.

Inilah yang mesti diterima oleh kerajaan yang bukan mengamalkan pemerintahan kuku besi.Namun, ruang untuk bersuara oleh rakyat melalui mass-media perdana begitu sempit dan terhad . Apakah pilihan bagi rakyat saperti Akhirudin , Jeff Ooi , A Kadir Jasin, Raja Petra, Ruhanie Ahmad and Ahmad A Talib, untuk melahirkan pandangan dan pemikiran mereka?Semakin ramai yang melahirkan pandangan melalui internet . Antaranya ialah Marina Mahathir, Nuraina A.Samad , bekas editor politik NST dan beberapa nama besar yang melibatkan diri sebagai penulis blog atau dikenali sebagai Bloggers.Mereka semuanya bukanlah anti kerajaan bilamana mereka mendedahkan penyelewengan yang berlaku.Mereka mendedahkan amalan rasuah peringkat atasan.Segala macam skendal yang melibatkan pimpinan dibungkar.Mereka sepatutnya menerima pujian kerana menjalani tanggung jawab sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan kesejahteraan untuk semua.Tetapi berlaku sebaliknya.Kerajaan yang ada ,tidak suka ini semua.Mereka dianggap sebagai ‘anasir sabversif’.Berbagai tohmahan dan salah anggap dilemparkan kepada para bloggers.

Beberapa langkah cuba diambil untuk mengawal kebebasan bersuara melaui internet. Cadangan terbaru ialah untuk mendaftarkan bloggers yang menulis tentang isu semasa atau politik negara. Sebagai riaksi,bagi menghadapi salah tanggapan dan kerenah kerajaan, pihak bloggers telah bersatu dalam gabungan yang dikenali sebagai ‘Bloggers United’ Sekali lagi dinyatakan disini , bahawa bloggers bukan anasir anti kerajaan.Bloggers membantu kerajaan dalam pelaksanaan membenteras penyalahgunaan kuasa , korapsi dan segala macam kemungkaran. Melainkan , kerajaan telah merelakan kemungkaran ; maka bloggers adalah musuh bagi mereka.

::Bilakah Paradigma Akan Teranjak?::

Monday, April 9, 2007

Assalamualaikum warahmatullah...

Sekarang ini student kt mesr ni tgh sibuk dok wt rvsn nk exam dah ni.
Em aku je yang tenang dalam alamku..cam takde ape yang berlaku.
Masa ni le ramai sangat yang takkan tinggal kuliah. Maklum le , soklan dan beberapa taujih dari Dr kuliah. Aku masih biasa je

Malam tadi ade beberapa perkara yang aku rasa tertarik. Dialog Kepimpinan yang ditunggu² oleh kebanyakan mahasiswa kelate. banyak benda la juga sampai isu anak tangga kat logo persatuan pun dia nak condemn..ah lawaknye cam xder benda len ke yang nak komen..em maybe benda tu penting sangat bagi si peng'condemn' tu.

Isu keselamatan dan gamabr pimpinan HEWI juga hangat. Ramai nakkan pimipinan HEWI letakkan gambar mereka kat carta organisasi. Tambah lak lagi ade yang inginkan album kenangan digabungkan bersama akhwat. Maknanya kena letak gambar lagi yang boleh dilihat oleh ikhwah. Em..lucu kan? tahle aku diam je sepanjang sesi dialog tu sebab aku rsakan kebanyakan lebih kepada nak hentam dan nak luahkan kritikan tak membina je. Bagi aku pimpinan KPKM (Keluarga Pelajar Kelantan Mesir )yang ada sekarang dah banyak tolak ansur dan terbuka (walau aku masih baru dalam warga KPKM ni.

Satu lagi isu yang aku tersntak (kekolotan pemikiran si pelontar) ialah bila ade yang persoalkan status aku yang menjadi tutor para akhawat. Walau dia tak namakan siapa yang dimaksudkan tapi akau boleh agak, isu tu dtujukan untuk aku. Em katanya KPKM perlu perketatkan orang yang disyaki nak sebar fahaman wahhabi atau salafi dalam KPKM ni. Walau nampak je sebagai tutor kitab kuliah untuk akhawat tapi seusai kelas, mungkin orang tu akan sebarkan fahaman wahabinya..Haha. lawak antarabangsa ni. Em kalau aku ni dikatakan wahhabi kerana aku jarang ahdiri kelas tafaquh yang korang buat tu, korang yang bukan wahhabi tu le yang tolong akhawat. Ni tidak, bila ade je yang adakan kelas untuk akhwat, korang bising. Bila korang diminta buat, korang buat alasan, akhwat cerewet, takde masa. em sebenarnya korang takde kebolehan, takde kesedaran!!!!(mungkin kasar tapi tu le hakikat)

Malas le nak layan. satu lagi, hubungan dengan pelajar perubatan kat sini, alhamdulillah aku turut bantu mereka dalami agama, tapi korang jugak yang herdik, kata macam². Sedangkan dorang yang perlu bimbingan korang sbb korang orang lama di sini. Pelaja perubatan perempuan disni terbiar, dihentam. Apa semuanya ni?? camne Islam nak tersebar dan dihayati?camne korang nak daulatkan Islam kalau sesama yang menngaku Islam pun korang dah hukum mereka?korang jauhi?

Kasar ke bahsa aku ni?kesat ke kata² ni?Fikirkan sendiri!!!!

::maafkan::

Saturday, April 7, 2007

Pembuka bicara aku ingin memohon maaf dari sahabat semua kerana dulu pernah aku berjanji untuk memberi komitmen untuk mencoretkan sesuatui kat blog ni, amun desababkan kemalangan yang menimpa aku maka sedikit sebanyak terjejas konsentrasi. Aku terpeksa 'meringkuk' dalam bilik selama seminggu, dalam masa yang sama line internet juga mengalami gangguan (fikirku, dia turut sama terkena tempias kemalangan :)).

Pagi tadi teman sebilik membeli akhbar "ahram",sememangnya akhbar nimenjadi bahan bacaan bagi kebaanyakan pelajar Malaysia di Mesir. Seingat aku, seorang ahli rumah ade mengatakan tempoh hari ynag akhbar ni,paling 'sopan' klo nak bandaing dengan akhbar² lain kt Mesr ni. em boleh jadi jgk. Tapi bila aku tgok, sama saje jika nk banding dengan akhbar Malaysia.

ku terfokus pda satu tajuk "Suntikan Maut"..ade gambar seorang perempuan yang bertudung tapi dihitamkan matanya. Iman namanya. Meninggal kerana suntikan dos yang terlebih.

Kisahnya...Iman adalah seorang yng asalnya dari keluarga yang agak senang, ayahnya bekerja di eropah. Dia bersama ibu dan 2 orang kakak menetap di Mesr. Dia dijaga, diawasi,tidak dibenarkan berkeliaran. Tinggal aje di rumah. Mungkin pejuang hak wanita (kononnya le), akan mengatakan dia dikongkong). Setelah 10 thaun, ayahnya kembali dan tidak setuju dgn cara isterinya 'mengongkong' anak². Bertengkar kemudian bercerai. Isteri membwa diri.

Si ayah memberi kebebasan pada anak².. dihantar ke pusat pengajian. Iman mengalami kejutan budaya. Jika dulunya dia berjubah,bertudung labuh tapi kini mula melemparnya. Tiada lagi jubah, tudungnya sudah singkat sedikit, berfesyen lagi.

Dia mula berkawan. agak ramai,sukar dikenlai mana yang baik mana yang tidak. Semuanya kerana dia ingin bebas berkawan lelaki wanita. Bercampur gaul.Dia puas.gembira. Satu ketika dia di sua dengan 'benda baru' kata kwannya. Dia ikut. ambil aje.sekadar mencuba. Dari situ bermulalah episod duka.
Dia makin gian dengan heroin. Duit tidak pernha kering, kan ke ayahnya berikan apa sahja kemahunnya. Terkadang ditipu ayahnya. Katanya ingin membeli kelngkpan pengajian tapi sebenarnya untuk itu. Benda jahanam itu.
Dia makin kurus. makin cengkung. Perubahan itu dikesan. Lantas kakaknya selidik. WAh!!!
adiknya terjerumus ke alam binasa. alam khayalan yang menjahnamkan. Ayahnya dihabarkan.

Iman dihantar ke pusat pemulihna. Setelh berjanji dan makin pulih, dia dibawa ke rumah, namun masih diawasi kakak²nya. Dia dikurung. Namun beberapa minggu dia dikasihani..tiada lagi perintah berkurung. Satu hari..dia tidak kembali ke rumah..tengah malamnya,pintu diketuk..Iman lemah.. terkulai diriban kakaknya. Sang ayah dihubungi..bergegas. Namun sesampai di hospital, Iman tidak lagi bernafas..Doktor menyatakan, ia mengambil heroin..dosnya amat tinggi.

SEKUJUR TUBUH yang dahulunya terjaga, pergaulna terbatas,aurat terhijab.tapi dia pergi dalam keadaan yang amat AIB...!!!!

TUHANKU, JAGALAH KAMI DARI SEGALA KEAIBAN DUNIA DAN AKHIRAT!!!