Followers
::Hari Yang Bersejarah Berdarah::
Monday, March 26, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
5:31 PM
1 comments
sendal gusi
Friday, March 23, 2007
Kepada semua sahabat yang mengenali diri............hehe
PROUD 2 B KELANTANESE!!!
(MAGHI BLAJA KECEK KLATE)
BOKBONG = spesis musang TTUYUP = pepatung
POK KOR = spesis mengkarung(sesumpah) IKE KKHONGE = ikancencaru GELENYAR,GLETAH = mengenyam, gedik SAKSOBA = Absorber SUPIK GELENYAR/SUPIK RHOKRHAK = plastik bag (yang nipis tu.) BUAH TOPOH = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal) MOKTE = rambutan KUK/KOK = sekeh NJJA = tendang SAMAH = 50 sen NYAKNYO = kesian BBALOH = kelahi GADUH = nak cepat DDEBE = berani gilerr
BEKWOH = kenduri (mungkin berasal dari big work) TOHOK = buang RHUKAH = panjat GHOHOK = susah, payah HUNGGA = lari (bkn hungga2 ek) CUWOH = curah GETEK/ETEK = juga TEPOH = langgar TUBIk = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry,be happy!!! IDAK KO = cuma WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan) DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun JJUGHUH = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
KELAGHING = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough) BELENGAS = melekit KLIKPAH KLIKPAH =terpinga-pinga LIPOTEY = x tetap duduk NNETING=melantun
YAT KELIH BOKTEY= eh ape ni?
KELANTAN + ENGLISH?? = "KELANTALISH"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate), S
UWIH (switch),
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
RHOBA (rubber)pemadam
**KATA PENGUAT DLM BAHASA KLATE PUN BLH TAHAN MENARIK
(SESANGAT)
Contohnya:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER/LEMBA
putih SSUEH/LLEPOK
hite LLEGE /LEGIT
biru KKETU
kuning LEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut APAH
cerhoh/cerah JHERILOH
jatuh CELABOK
kuca WOKYOH/HANYA (suara mengidung sedikit)
**ADA BEBERAPA "BUNGA BAHASA" DALAM LOGHAT KELANTAN YANG UNIK..ANTARANYA:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? =(dlm eng dsebut then/so
"GAK"HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bukan?", "betul tak?" atau "isn't it?"
LAMO KE = nanti kan
**SEPERKARA LAGI, ADA DIANTARA PERKATAAN DALAM PENGGUNAAN BIASA LOGHAT KELANTAN DI ANGGAP TABOO DALAM LOGHAT YANG LAIN, ATAU SEKURANG-KURANGNYA TAK MANIS DIDENGARPENGERTIANNYA DI DALAM LOGHAT TEMPAT LAIN...
YANG POPULAR DIGUNAKAN ANTARANYA:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k" (istinja’).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'.
Mencarut bagi mereka...
JEBO : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org tua-tua masih guna perkataan ni..) Kalau silap dengar, lain maksudnya.
NYOR KOTE : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair"(ingat slogan CAWAT KOTE) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' tapi bila sebut BETINA, ramai yangmarah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK..)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antara kawan...cuba direct translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL, ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!! sprt gak perkataan bujang(buje)membawa erti janda kalu di kelantan.
SIA (BACAAN - SIYA)= sembuh
**BIASANYA PERKATAAN YANG BERAKHIR DENGAN`AN','AM','ANG' DIGANTI DENGAN`E'.
CTH :
Jangan = jange
Lengan = lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male
#BUT NEVER, NEVER & NEVER apply this formula on words like pelam (mangga) & pelan.(nanti jd lain lak. Hehe..)#
**AKHIR SEKALI, PERANAN "SABDU" DALAM LOGHAT KELANTAN. BEGITU BESAR DAN BOLEH MEMBEZAKAN LANGIT DENGAN BUMI.
Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless).
Atau keliru diantara KECEK('ngenen') dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :
MAKE KKEDA (makan di kedai),
SMAYE SSEJID (sembahyang di masjid)...
em so selamat mendalami bhhsa kelantan yang amat kaya dengan campuran bahsanya...
Garapan
salmanfasiri
at
3:13 PM
1 comments
::: Jan jiN Jun:::
Alhamdulillah akhirnya aku kembali lagi ke alam maya ni untuk letak sesuatu buat teman semua. Dah lama dah kamu minta aku, desak aku..macam2 le kamu buat. Sebenanrnya aku bukan malas nak posting someting kt blog tapi sebab aku ade hal yang belum beres. Tambahlak dengan pelbagai hambatan yang terpaksa aku harungi, tahan. (Weh, aku dah makin kurus laaa..seluar yang aku pakai sebelum aku ke Mesir ni, sume dah longgar..siap kena beli belt lagi..pastu aku jerut seluar)
Em sebelum tu nak cakap, malam tadi aku dok bersembang dengan sornag sahabta tentang alam jin. Em memang sahabat aku ni tererl (orang jer xtau) dalam rawatan rasukan ni.Panjang lebar le dia citer. Banyak gak benda yang aku dapat. Em lalu aku belajar le sikit tentang benteng pertahanan diri. Terasa lak ade jin kt sebelah aku. meremang bulu roma masa dia cakap, sekeliling kiita ni ana dapat rasa banyak jin berkumpul..ape??!!banyak..huhu
Alam jin memang berbeza dengan orang.dah asal kejadian pun dah lain. em
Ade sorang sahabt dia kt Kuala Lipis berkahwin dengan jin perempuan.dah ade anak pun. Laki tersebut tinggal kat belakang hospital Kuala Lipis.em boleh la sape2 nak p tengok. Dia keje kat warung bantu mak ayah dia.
Katanya dia hanya leh nampak anak dia,isteri dia, mertua dan adik2 isterinya (jin le). tak percaya?pi le tgok.
Kalau menurut Ibnu Taimiyyah, dan Ibnu Qayym, adalah satu benda yang tidak dapat diterima akal jika seseorang tu berkahwin dengan jin. Ini kerana alam yang berbeza. Tambah plak klo kita tengok dari segi saintifik sperma jin dan sperma manusia amat berbeza sekali. Akan rosak sperma manusia jika bertembung dengan sperma jin.
Namun dalam masalah ni lain sikit, kawan kita tadi memang nak sangkal ape yang berlaku ke atasnya amat payah sebab klo bulan pose, klo kita bangun sahur memang akan ade tersedia makanan sahur,panas2 lagi..masa tuh hanya dia je yg kita nampak.Em hanya Allah je tau.
Apa yang aku nak ceritakan,kt mesr ni yang kerap kali kena rasukan jin adalah ppuan malaysia. yang terbaru aku dengar semalam. Em, jadi yang penting ialah kita jaga kebersihan lahiriah dan batiniah supaya jin xder la nak dekati kita. Orang ppuan ni masa period tuh (maaf nak sebut), memang betul2 kena jaga kebersihan.
Jangan hanya nak cari perawat je.Benteng sebenar bermula dari diri kita sendiri.
Garapan
salmanfasiri
at
1:56 PM
0
comments
