Followers

::: Jan jiN Jun:::

Friday, March 23, 2007

Alhamdulillah akhirnya aku kembali lagi ke alam maya ni untuk letak sesuatu buat teman semua. Dah lama dah kamu minta aku, desak aku..macam2 le kamu buat. Sebenanrnya aku bukan malas nak posting someting kt blog tapi sebab aku ade hal yang belum beres. Tambahlak dengan pelbagai hambatan yang terpaksa aku harungi, tahan. (Weh, aku dah makin kurus laaa..seluar yang aku pakai sebelum aku ke Mesir ni, sume dah longgar..siap kena beli belt lagi..pastu aku jerut seluar)

Em sebelum tu nak cakap, malam tadi aku dok bersembang dengan sornag sahabta tentang alam jin. Em memang sahabat aku ni tererl (orang jer xtau) dalam rawatan rasukan ni.Panjang lebar le dia citer. Banyak gak benda yang aku dapat. Em lalu aku belajar le sikit tentang benteng pertahanan diri. Terasa lak ade jin kt sebelah aku. meremang bulu roma masa dia cakap, sekeliling kiita ni ana dapat rasa banyak jin berkumpul..ape??!!banyak..huhu

Alam jin memang berbeza dengan orang.dah asal kejadian pun dah lain. em
Ade sorang sahabt dia kt Kuala Lipis berkahwin dengan jin perempuan.dah ade anak pun. Laki tersebut tinggal kat belakang hospital Kuala Lipis.em boleh la sape2 nak p tengok. Dia keje kat warung bantu mak ayah dia.
Katanya dia hanya leh nampak anak dia,isteri dia, mertua dan adik2 isterinya (jin le). tak percaya?pi le tgok.

Kalau menurut Ibnu Taimiyyah, dan Ibnu Qayym, adalah satu benda yang tidak dapat diterima akal jika seseorang tu berkahwin dengan jin. Ini kerana alam yang berbeza. Tambah plak klo kita tengok dari segi saintifik sperma jin dan sperma manusia amat berbeza sekali. Akan rosak sperma manusia jika bertembung dengan sperma jin.
Namun dalam masalah ni lain sikit, kawan kita tadi memang nak sangkal ape yang berlaku ke atasnya amat payah sebab klo bulan pose, klo kita bangun sahur memang akan ade tersedia makanan sahur,panas2 lagi..masa tuh hanya dia je yg kita nampak.Em hanya Allah je tau.

Apa yang aku nak ceritakan,kt mesr ni yang kerap kali kena rasukan jin adalah ppuan malaysia. yang terbaru aku dengar semalam. Em, jadi yang penting ialah kita jaga kebersihan lahiriah dan batiniah supaya jin xder la nak dekati kita. Orang ppuan ni masa period tuh (maaf nak sebut), memang betul2 kena jaga kebersihan.
Jangan hanya nak cari perawat je.Benteng sebenar bermula dari diri kita sendiri.

0 comments: