Bismillahirrahmanirrahim
Setelah hampir sebulan meninggalkan wad Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Cameron Highland atau lebih famous dengan nama 'Hospital Kelantan' kerana hampir keseluruhan kakitangan hospital adalah orang Kelantan, saya banyak ditanya bagaimana saya boleh ditempatkan diwad tersebut.
Sebenarnya saya pun tidak pasti, namun saya punyai beberapa ibrah yang ingin dikongsikan bersama. Sepanjang tiga hari berada di wad ( saya pernah motivate sang isteri, dengan menggambarkan wad itu umpama taman permainan :d).
LAYANAN 'BIDADARI& BIDADARA'
Sesedarnya saya dari 'tidur', saya dapati diri berada pada satu tempat yang dipenuhi dengan katil-katil. Di hadapan saya ada tiga buah katil, dua daripadanya dihuni oleh warga tua, kedua-duanya bangsa Cina.
Mereka berdua berpakaian 'seragam hijau'. Nampak pakcik yang seorang itu, tiada siapa yang menemaninya. Alhamdulillah bila saya alihkan pandangan ke sebelah sisi, saya bersyukur sebab sang isteri berada di sisi . Dia memberikan senyuman. Hati saya berbunga
Pandangan seterusnya difokuskan ke sebelah kiri saya. Ada beberapa wanita muda yang berpakaian seragam putih. Oh, ada seorang daripada mereka seakan-akan menuju ke arah saya. Ya, benar-benar datang ke katil saya.
"Maaf ye, saya nak test glukos dalam darah encik" dia bersuara . Loghatnya seakan sama dengan loghat asal saya :d
"Silakan", saya menjawab dengan menggunakan bahasa standard.
"ouch", saya terasa sedikit kesakitan.
"Ops, maaf ye, tak sakit sangat kan?"
Saya hanya tersenyum. Bukan sebab pujukan sang seragam putih, tapi sebab loghatnya itu.
Setiap sejam, glukos dalam darah saya di test. Dan dua kali sehari, darah saya diamnil untuk diuji di makmal.
Saya amat selesa dengan seorang jururrawat bernama Aiman. Adik ipar saya juga bernama Aiman. Aiman si jururawat ini berasal dari Bachok, Kelantan. Saya selesa dengannya sebab dia amat teliti ketika mengambil darah. Tidak terasa sakit sangat. Boleh bagi anugerah untuknya :d.
Tentang makanan. Best. Makanan dihantar, tepat pada masanya. Ohya, sang isteri turut mendapat makanan. Lebihan agaknya, ada pesakit yang dah balik, jadi dapatlah rezeki.
IBADAH PESAKIT
Allah mengurniakan kepada kita nikmat kesihatan dan kita sering terlepas pandang terhadap nilai dan harga sebuah kesihatan sehinggalah kita diuji dengan kesakitan. Saya bersyukur kerana Allah sering mengingatkan saya tentang nikmat-Nya.
Kita (saya) hanya banyak belajar tentang teori. Kita boleh mengajar kepada khalayak tentang itu dan ini, namun jika kita sendiri tidak mengalami keadaan dan situasi yang tertulis dalam kitab-kitab, kita tidak dapat memahaminya dengan baik. Sebagai contoh, kita mempelajari (atau mengajar) tentang ibadah haji/umrah, kita tidak mampu untuk menghayatinya atau menghuraikannya dengan baik sehinggalah kita menjejakkan kami ke Tanah Haram.
Begitu juga dalam bab perkahwinan. Saya sebagai pelajar agama yang banyak mendalami berkenaan hukum fekah, sebelum saya bergelar suami, terasa janggal untuk membacakan bab Nikah kahwin kepada umum. Maklumlah yang ada di hadapan, bukannya mereka yang belum kahwin sahaja, bahkan kebanyakan yang bersila di hadapan saya adalah mereka yang sudah bergelar datuk.
Di kala saya menghuraikan tentang alam rumahtangga, kehidupan suami isteri, perhubungan dan keharmonian rumahtangga, pakcik makcik semuanya tersenyum dan berpandangan sesama sendiri. Mungkin dalam hati mereka
"Ustaz tu belum kahwin lagi tapi dalam duk hurai pasal perkahwinan, kalah kita"
"Alah, teori aje tu..:p "
Para agamawan banyak menguraikan teori pelaksanaan ibadah semasa sakit namun terkadang, ada yang terlampau ekstrim (syadid). Bagi mereka, apa yang termaktub dalam kitab adalah berbentuk permanent, tidak boleh diubah.
Seorang pesakit yang tidak mampu untuk bergerak, berjalan ke bilik air, akan dipasang salur urin (air kecil). Ini bermakna, air kumuhannya akan sentiasa keluar terus ke beg urin. Sentiasa berada dalam keadaan bernajis. Lantas untuk melaksanakan ibadah, tidak sah menurut sesetengah ustaz kerana sentiasa berhubung dengan benda najis. Namun kaedah-kaedah lain dalam agama contohnya "sesuatu perkara akan menjadi luas jika dalam keadaan sempit(terdesak)",seolah-olah diabaikan.
Biasanya jika suami yang terlantar, sang isteri akan menemaninya. Dalam keadaan ini, bila sang suami ingin menunaikan solat, siapakah yang akan mewudhukan si suami? Ingin meminta bantuan jururawat yang kadangkala semuanya perempuan? Pastinya isteri yang paling rapat. Jadi jika kita sentiasa menggunapakai pandangan yang menyatakan sentuhan isteri juga membatalkan wudhu suami, jawabnya tak solat-solat la si suami. Mungkin ada yang rasa, kenapa tak guna sarung tangan, bawalah sarung tangan siap-siap, atau minta sarung tangan getah dari jururawat, atau apa-apa aja yang boleh dijadikan alas supaya tak bersentuhan. Tapi seharusnya kita fahami bahawa pesakit berada di hospital, bukannya kawasan rumah atau kedai aksesori.
SUAMI ISTERI
Sebelum saya 'bermalam' di hospital, sang isteri pernah bertanya
"Abang, kenapa suami isteri tiada batasan aurat?"
"Emm, supaya tidak susah dalam perhubungan dan alam rumahtangga mereka".
Jika anda membaca 'statement' saya itu, apa yang berlegar dalam pemikiran anda? Apa yang anda faham tentang maksud alam rumahtangga? Mungkin menjurus kepada 'hubungan intim' saje kan? Isk isk..otak tu kena brain wash sikit tu, ada sedikit kulapuk :d.
Cuba bayangkan jika seorang suami yang terlantar, tidak kira di rumah atau di hospital, tak kanla akan dibiarkan begitu sahaja, dengan tidak terurus, tidak bermandi, dibiarkan apabila membuang air besar. Siapa yang akan menukar lampin dan membersihkan suami?Mengharapkan anak?Jika anak mereka tiada anak atau masih kecil?atau kesemua anak ke sekolah? Tentunya sang isteri yang bertanggungjawab untuk semua itu.
Pada masa tersebut, tentunya susah jika ada batasan aurat. Ye memang kita boleh mengatakan itu keadaan terdesak, jadi dibolehkan melihat aurat. Persoalannya, bukan terdesak atau tidak tapi mentaliti kita dalam menerima pendapat yang bertentangan dengan apa yang kita doktrinkan selama ini.
Saya juga terharu bila sang isteri sentiasa bersama di tepi katil. Saat saya terjaga di waktu malam, sang isteri sedang nyenyak tidur, lena dalam keletihan. Tika inilah memahami erti kasih sayang dan cinta. Kita boleh kenal kawan tatkala kita dalam kesusahan, tetapi kita akan menghayati makna cinta saat kita dihargai.
Terima kasih pada-Mu Ya Allah. Terima kasih pada semua yang mendoakan. Pada ayah+mak,ma+abah,abang faizal+kak enon dan semua sahabat.
Followers
Ibrah Dan Ilmu
Thursday, November 4, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
"Saya juga terharu bila sang isteri sentiasa bersama di tepi katil. Saat saya terjaga di waktu malam, sang isteri sedang nyenyak tidur, lena dalam keletihan. Tika inilah memahami erti kasih sayang dan cinta. Kita boleh kenal kawan tatkala kita dalam kesusahan, tetapi kita akan menghayati makna cinta saat kita dihargai."...
Isk..Isk... (lap air mata)
Salam ustaz. Saya merupakan silent reader blog zaujah ustaz dan saya selalu baca blog ustaz.
Alhamdulillah.rasa terharu bila baca ayat ustaz "Alhamdulillah bila saya alihkan pandangan ke sebelah sisi, saya bersyukur sebab sang isteri berada di sisi . Dia memberikan senyuman. Hati saya berbunga"
susah untuk mendapat suami yang menghargai pengorbanan dari isteri sedangkan isteri sentiasa memberi pengorbanan demi pengorbanan buat suami, jarang ada suami yang sedar. moga ustaz dapat emnghrgai anugerah tersebut, dapat zaujah yang solehah.
ada pula yang selalu tak menghargai suami. ble suami sakit atau terlantar, maka mereka mencari hiburan di tempat lain. biarkan suami di hosp dngn alasan "Dah ada nurse ramai yg jaga"
moga ALLAH anugerahkan ustaz dan zaujah dengan zuriat yang soleh dan solehah. amin!
saya sangat meminati tulisan zaujah ustaz dan saya dapat rasakan ustaz bertuah kerana didampingi "bidadari" didunia sebelum diakhirat :)
saya doakan ustaz dan zaujah cepat sembuh.
indah rsa hati bila terbaca blog ustaz dan zaujah ... ada kata indah untuk membawa kebaikan... terima kasih atas perkongsian ilmu..
Post a Comment