Blog ini sepi buat beberapa waktu. Seperti biasa, saya menyandarkan alasan 'SIBUK' ( familiar ). Almaklumlah sekarang ini kelas tutorial buat adik-adik junior sedang rancak berjalan.
Kemaafan dipohon dari adik-adik Kuliyyah Bahasa Tahun 1 & 2 di Iskandariah, kerana tidak memenuhi undangan mereka. Maaf, bukan sibuk sangat pun, cuma 'rasa malas' menghantui seketika tatkala pihak entun menghubungi
Juga maaf dipinta dari adik-adik Kuliyah Dirasat ( Syariah ) Mansurah kerana tidak dapat turun padang bersama entun. Mungkin kita bertemu pada semester ( fasal ) depan Insha Allah
Begitu juga buat adik-adik Syariah Banat Kaherah Tahun 4 kerana agak lewat memulakan kelas
Tidak lupa buat adik-adik Kuliyah Bahasa Arab Tahun 2 Banat Kaherah di atas penangguhan kelas beberapa kali
Ikhwah Syariah Tahun 4 Kaherah, saya pohon kemaafan juga di atas penangguhan kelas untuk ke sekian kalinya
Pada semester kali ini saya hanya menumpukan kelas untuk adik-adik di Kaherah sahaja. Atas beberapa faktor yang tidak mampu saya atasi. Kesihatan juga tidak mengizinkan untuk saya berada di luar Kaherah ( bahkan luar Hayyu Sabie' sekalipun)
AlhamduliLLAH, minggu ini saya dapat susun jadual dengan baik. Beberapa kelas juga telah habis sukatan untuk subjek mereka, antaranya Kuliyah Usuludin Tahun 3 Hadith Banat Kaherah
MALAM | PETANG | PAGI | HARI |
| Lughah 2 | Syariah 2 | AHAD |
Syariah 4 (Banin ) | | Lughah 2 | ISNIN |
| Syariah 4 ( | | SELASA |
| Syariah 4 ( | Syariah 2 | RABU |
| | Syariah 2 | KHAMIS |
| Syariah 4 ( | | SABTU |
Saya meminta maaf kepada Kuliyah lain sebab terpaksa menolak permintaan mereka
Memang dari asasnya jadual tidaklah terlalu padat, tapi atas beberapa sebab diluar kemampuan diri untuk menanganinya.
3 comments:
Assalamu'alaikum, pada sesiapa nak menjemput mungkin boleh menyediakan nasi impit dan kuah kacang bagi memudahkan tutor melapangkan jadualnya (",)
p/s: Gurau jer... Pd pembaca, kalau nak percaya, percaya la. Kalau tak nak percaya pun tak pe :D
uiks...
( no komen..:p)
sibuk sungguh ustaz.... Alhamdulillah sibuk dengan ilmu ALLAH s.w.t..
Post a Comment