Followers

:: Ayam Kampung vs Ayam Bandar ::

Thursday, October 29, 2009


Pulang dari menghantar adik lelaki bongsu saya ke SMU(A) Cabang Empat, saya singgah bersarapan pagi di sebuah gerai tepi jalan Kota Kubang Labu. Gerai ini pernah menjadi tempat ‘lepak’ ayah saya dulu. Waktu itu, tiap pagi ayah menghantar kuih pulut panggang.

Saya memesan Nasi Gulai Ayam Kampung juga secawan teh (awas, jika anda tidak suka manis,pastikan anda beritahu supaya susu pekat dikurangkan ). Orang Kelantan kini lebih suka memilih menu ini. Harganya agak mahal sedikit berbanding ayam ‘bandar’ tapi berbaloi dengan keenakannya dan zatnya.

Di kala menjamah hidangan, saya bermonolog sendirian, fikiran melayang dan saya membiarkannya terbang bebas


gambar hiasan


Ayam Kampung bersifat keras, isinya juga keras, perlu dimasak lebih lama untuk empuk sedangkan ayam ‘bandar’ isinya mudah empuk, gebu

Ayam Kampung hidup berkeluarga, sentiasa bersama manakala ayam Bandar hidup tanpa keluarga, dalam satu komuniti yang besar tanpa mengetahui siapa yang disebelahnya

Ayam Kampung ‘berjuang mendapat makanan jika di sana adanya kumpulan ayam kampung lain yang cuba mendekati kawasan mereka berlainan dengan yama Bandar yang hanya dihidang sahaja, tidak perlu adanya sifat juang, makanan tetap akan disua

Ayam Kampung sukar untuk ditangkap, perlu kerah tenaga seluruh ahli keluarga bahkan rakan-rakan turut sama ‘memeriahkan acara menagkap ayam kampung tetapi ayam Bandar tidak perlu gusar untuk menangkapnya; buka pintu ‘reban’ ambil sahaja, rakan mereka yang bergelimpangan di hadapan tidak diendah pun

Ayam Kampung punyai bulu berwarna warni, anak-anaknya juga punyai pelbagai variasi warna dan hidup bersama ( eh macam 1MALAYSIA pulak kan?) namun ayam Bandar hanya punyai bulu yang sama sahaja dalam kelompok mereka

Orang Kampung juga tahu mana satu ayam kampung mereka walau pun ayam kampung bergaul sesama mereka atau keluar ’berhijrah ‘ ke rumah sebelah

Apa pun, saya rasa ‘ayam kampung’ sekarang sudah semakin hilang jati diri. Mereka mula terpesona dengan indah dan nikmatnya hidup ayam bandar‘Ayam Bandar . Mereka mulai cari ‘tapak’, mula memerhati trend ayam Bandar lalu mereka sadur ke dalam minda mereka.

Ayam Bandar pula mula mengintai-intai komuniti ayam kampung . Mereka kini sedikit demi sedikit mulai mencedok sifat ‘ayam kampung’. Ramai yang sudah mulai mendiami kampung-kampung, tanah sawah dijadikan kawasan kediaman. Sifat dan tabiat mereka turun temurun kini mula dibuang

Barangkali Ayam Kampung sudah jemu dengan ‘tradisi mereka, sedangkan Ayam Bandar sudah mula mencari ciri asal mereka.

Tamat sudah monolog saya. Sedar tak sedar saya telah menghabiskan sepinggan Nasi Gulai Ayam Kampung !!!!!

p/s : Ini hanyalah monolog sahaja, tidak ada niat memperlekeh atau menghina sesiapa.Tafsiran juga persepsi anda mungkin berbeza terhadap posting ini. Penulis tidak bertangunggjawab terhadap tafsiran anda :d

1 comments:

Fennycia Lim said...

sabung ayam live streaming s128
taruhan adu ayam s128 - sv388 - cft2288 (kungfu chicken)
dapatkan bonus setiap minggu dibagikan hari selasa
info lebih lanjut hubungi cs kami :
WA: +628122222995