Followers

::: Perihal TAG ::

Wednesday, April 1, 2009

Tak semena2 kena tag la pulak..
kalau orang len tag, rasanya nak biarkan je aje, tapi TAG dr 'anak babah' ni, len sikit..jadi kena amik masa la jugak

1. Apakah pendapat anda tentang isu boikot yang menjadi isu hangat perbincangan ketika ini. Adakah ia patut, perlu, buang masa, wajib atau..?

Boikot memang wajib sekarang ni.Cuma kita laksanakan secara mengikut kemampuan. Maksudnya kalau nak boikot secara sekaligus semua sekali barang keluaran Yahudi dan sekutunya, mungkin 'nampak' susah tapi tindakan juga perlu diambil..mungkin orang perlekeh la bab boikot ni sebab macamane nak boikot, semua barang keperluan kita 'dikelilingi barang yahudi..huhu..kadang lawak la jugak kata-kata ni..tapi kalau tak boikot,nak buat ape?guna semuanya?em tak logik la..bak kata kaedah usul " apa yang tak termampu dilakukan semua, janganlah ditinggalkan semua..
jadi..boikot la sekadar mampu


2. Jika umat Islam ingin bersatu dan kuat, apakah tindakan atau langkah yang pertama dan paling utama sekali yang anda rasakan perlu dilakukan?

Tindakan? Kekuatan umat Islam dahulu dan kini bergantung kepada 3 kekuatan utama iaitu:
a) Kekuatan Iman
b) Kekuatan Ukhuwwah
c) Kekuatan Persenjataan

Namun ketiga-tiga kekuatan ini berpaksikan kekuatan Aqidah (Iman) jadi saya amat setuju dengan ukh Insyirah dalam masalah ni (yela takkan nak jawab lain pulak..dah jawapan sama..bukan tiru ni )


3. Jika anda adalah pemimpin, apakah yang anda akan lakukan untuk membantu rakyat-rakyat Palestin ketika mereka semua menghadapi serangan daripada pihak Israel? Berikan 3 isi utama pelan tindakan anda itu.

Saya sebagai pemimpin? Pemimpin ape ni? OIC ke? Pemimpin Liga Arab? Berat juga ni..nanti kena soal di akhirat. Tapi oleh kerana soalan adalah berbentuk 'imaginasi', kita jawab je ikut 'imaginasi'. Memang dah lama nak jadi pemimpin ni, jadi bila dah diberi peluang ni..kena ada tindakan (isk nape jadi cam terfikir sama je pelan tindakan dengan 'anak babah' ni..):

<1> Membuka dan menyediakan penempatan khas rakyat Palestin di negara (jajahan) takluk saya..yela pasti bila kena serang ni..kena ada tempat berlindung..dah mereka kena usir,jadi nak duk tang mana?dahla negara jiran (Mesir) pun turut sama 'usir' rakyat Palestin. Bekalan makanan ubatan dan lain-lain pun boleh disalurkan

<2> Menyekat segala kemasukan barang yang ada hubungan langsung dengan dengan Yahudi.Kalau setakat individu je nak boikot tapi barangan tetap masuk ke negara..tak efektif la boikot tu kan?

<3> Yang ni tindakan kasar la pulak..menghantar sebilangan pasukan sniper.ni penting ni dari duk perang berdepan gitu. Lagi elok wat latihan,kursus dan tanam 'iman' pada mat-mat rempit ni, kemudian hantar la dorang pi Plaestin sana..dorang ni memang tak takut mati ape...aset berguna ni..pejuang berani mati..huhu..daripada mati katak kat malaysia (kalau saya jd pemimpin malaysia la)..lebih baik mati dorang semua ni syahid kat Palestin..syurga Insya Allah)

Em AlhamduliLLAH..dah terjawab TAG ni, cuma kenapa ye nak dikumpulkan TAG ni? Mungkinkah?????emmmmm (tengah fikir gak ni...)

Saya tak nak TAG sape2 sebab masih berfikir lagi ni..hehe..sori ek

0 comments: