Followers

Terbakarkah Maruah Kita????

Thursday, August 21, 2008




TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.



Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

(artikel dari laman http://www.pmi-daily.blogspot.com

Persoalannya ADAKAH KITA HANYA JADIKAN TARIKH INI HANYA SEBAGAI HARI UNTUK DIINGATI SAHAJA???SAMA SEPERTI KITA MENGENANG SEJARAH SILAM??
MANA USAHA KITA?

Ada yang kata :" Kita sebenarnya tidak perlu boikot barangan, sebab ia melibatkan pembawaan masuk barang tersebut melalui izin kerajaan, jadi kerajaan yang patut memboikot supaya ada impak

Kata aku:

1. Teringat kisah tatkala Nabi Ibrahim a.s dicampak ke dalam api oleh raja zalim, seekor burung melalui kawasan itu lalu pergi mencari air dan membawa air dengan paruhnya. Ditanya :" wahai burung,untuk apa kamu lakukan perkara itu sedangkan pasti tidak dapat memadamkan api. Jawab si burung :" Ya aku tahu ia tidak akan memadamkan api namun aku hanya ingin memberi sumbangan sekadar mampu untuk menolong Nabi Allah.

Begitu juga dalam isu boikot ini.Fikirkanlah!!!!! Anda seorang muslim yang diberi akal oleh Allah berbanding burung yang pastinya akal tidak seberapa

2. Firman Allah :" Dan katakanlah (wahai Muhammad), lakukanlah sesuatu kebaikan ( amal) maka Allah akan melihat amalan kamu,begitu juga Rasul dan orang-orang mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada yang Maha Mengetahui perkara ghaib dan yang nyata (di kala itu) Dia akan menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu lakukan "
(Attaubah 105)

Mafhumnya di sini, kita hanyalah mengusahakan sesuatu sahaja dan bukannya dipertanggungjawabkan supaya usaha kita berjaya,walaupun kejayaan itu amat diharapkan

3. Memang kemasukan barang adalah dengan izin kerajaan namun jika kita semua sekata, memboikot barang tersebut,sudah pasti ia tidak laku yang seterusnya;dalam jangka masa tertentu, akan menyebabkan pengimport barang tersebut tidak lagi mengimportnya. Mungkin kita anggap mustahil ini terjadi namun paling tidak, kita akan diberi ganjaran hasil dari usaha kita,biarpun sedikit.

0 comments: