Followers

Hidup Ini Indah.. Life is Great..!!

Tuesday, June 17, 2008

Hidup itu indah jika Allah selalu di hati,
Kerana Allah..
Membaguskan yang buruk ,Menyembuhkan yang sakit,
Melapangkan yang sempit, Mengayakan yang miskin,
Meringankan yang berat,
Hingga hidup menjadi indah,
Seindah ciptaanNya..

Hidup itu perjuangan jika Allah selalu di hati,
Kerana Allah...
Maha Menatap, Maha Mendengar, Maha Tahu,
Hingga aku tak mampu lari drNya
dengan menuruti hasratku..

Hidup itu tenang jika Allah selalu di hati,
Kerana Allah adalah Penenang Sejati,
Hingga risau, dan juga gelisah lenyap
Saat aku ingat cintaNya...

Hidupku adalah izinNya
Sudah seharusnya aku berbakti padaNya,
Aneh kiranya cinta untukNya terbagi dgn yg lain,
Sedangkan nikmatNya dan cintaNya untukku,

Tiada pernah terbagi..
Aneh juga kiranya jika hati menjadi risau dan gelisah
Sedangkan petolonganNya begitu dekat..

Aku harus gagah,
Aku juga harus tegas,
Hingga Rasul bangga melihatku,
Berjalan dimuka bumi dengan gagah dan tegas ku..


Namun semuanya itu tidak bererti tanpa sebuah kesabaran,
Kerana Allah senantiasa bersama orang2 yang sabar,
Sabar menghadapi segalanya..
Kerana Allah selalu dihati,
Hingga yakin Allah Yang Maha Pengasih akan membantuku..

Andai Allah sudah dihati,
Tiada masalah yang tidak dapat teratasi..
Allah Maha Berkuasa,
Dia memungkinkan yang tidak
Dan tidak memungkinkan yang mungkin..


Semua kejadian kerana izinNya, kasih dan cintaNya,
Allah Maha Baik dan Dia selalu memberi yg terbaik untukku,
Allah Maha Indah dan Dia selalu memberi yg terindah untukku,
Cukup serahkan segala urusan padaNya,
Kerana Dia Penentu Sejati,

Hingga aku tak mengenal risau, resah, apalagi gelisah...

Hidup ini indah dengan mengenaliMu ya Allah..

Syukur Alhamdulillah..

0 comments: