Sebahagian barang yang hendak diangkut (bilik kayu us bomoh )
Dalam kehangatan bola sepak piala Euro '08, kami penghuni bait serambi mekah turut disinari dan dipancari kehangatan mentari, berjalan sana sini bagi mendapatkan rumah sewa yang baru. Maklumla, rumah sewa lama kami di samy Photo akan tinggal kenangan buat kami.
Biasalah, tuan rumah bagi alasan anaknya mahukan rumah tersebut. Setelah berhempas pulas menghadapi minggu-minggu peperiksaan fasal II, kami berhempas pulas pula untuk pusing-pusing sekitar Hayyu Sabi'3 ( 7), Hayyu 10, juga sekitar Abbasiyah bagi mendapatkan rumah baru.
Ni antara barang ustaz Master
Kami ahli bait sepakat untuk tidak berpisah kerana kami sudah 'sehati sejiwa' (agaknya boleh kot guna istilah ni huhu.)
Pencarian kami bermula sebelum imtihan,namun diperlahankan tika musim imtihan (30.04 - 14.06 ) dan kembali aktif setelah ahli bait dalam pengajian BA tamat imtihan. Ahli bait yang dalam peringkat Master mulakan imtihan pada 22.06. Baru kami tahu betapa sukarnya melalui detik-detik di 'barroh'
penat mengemas, layan pc jap (ngah tepon kuarga nak khabarkan
berita pemindahan,bukan penulis tu..huhu)
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan kemudiannya sahabat-sahabat kami menemukan sebuah rumah di akhir mahattah,mempunyai 3 bilik tidur,satu bilik air dan ruang tamu merangkap ruang makan. Sempit kalau nak dibandingkan dengan rumah asal kami, 4 bilik tidur, 2 bilik air dan ruang tamu yang selesa (walau takde kusyen/sofa), dan sewanya hampir sama sekitar EGP800 .Pepun kami bersyukur atas apa yang ada,AlhamduliLLAH.
Kami berterima kasih di atas bantuan sahabat yang sudi menjadi sukarela untuk sama-sama memindahkan barang-barang kami ke rumah baru. (Tinggi woo..tingkat 4, tanpa lif,boleh la untuk senaman kaki d waktu pagi dan petang.heh). Ni sape..duk intai ape tu?!!!!!(ruang tamu)
Juga terima kasih buat 'jiran atas' kami yang sinis mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana kami pindah.Kata mereka " pasni dah takder lagi 'suara-suara sumbang yang menegur kami".Aku tersenyum. (Aku tahu mereka sedih sebenarnya tu,ahhaha, maklumlah, biasa kami hulurkan juga kuih 'butil nako' untuk mereka di malam-malam peperiksaan, buat alas perut berjaga malam :p)
p/s: bagaimana agaknya kalau Tuan Bumi ini ingin halau kita dari bumi atau dari segala tempat yang diciptaNYA????
Followers
BERPINDAH RANDAH
Monday, June 30, 2008
Garapan
salmanfasiri
at
9:03 PM
0
comments
WASPADA DAN BERINGAT
Kejadian yang menimpa ikhwah yang juga exco Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) beberapa hari lalu, mengingatkan saya kejadian sama yang menimpa diri bersama seorang ahli bait. Kami juga tika itu pulang dari mengiringi beberapa akhawat untuk ke Rumah Johor di Hayyu Tsamin.
Kejadian yang berlaku juga di kawasan yang sama iaitu sekitar Hadiqoh Dauli .
Saya akui dan menyokong kata-kata Ustaz Jamal, kerja musyrif sememangnya memerlukan kesabaran, keihklasan dan 'keberanian'. Ikhwah yang secara sukarela jadi musyrif, terkadang ada yang panas telinga dek kerana rungutan akhawat di bawah 'isyraf'nya
"Ustazah, kita jalan cepat sikit boleh?
" Ala ustaz, slow2 la jalan..kami penat"
"Ustaz, kita singgah kedai jap..nak beli barang"
Ustaz, pasni kita lalu depan ******* sebab ada hal kat situ"
Itu antara dialog yang kedengaran tika kita jadi musyrif (maaf tak semua )
Bukan ini yang hendak penulis bicarakan tapi setakat mana cakna kita terhadap sesuatu kejadian. Seingat saya, tika kejadian ragut/samun/rompak/ugut dan sebagainya, ada diminta oleh persatuan untuk kita (ikhwah) membawa tongkat atau kayu yang boleh digunakan sebagai 'senjata'. Juga digalakkan ikhwah berjalan secara berkumpulan (tidak secara solo). Hasilnya, ramai yang kita lihat para ikhwah bertongkat ke mana sahaja mereka pergi di waktu malam.
Akhawat pula tidak 'digalakkan' untuk keluar malam sekalipun ditemani musyrif kecuali atas dasar terdesak yang amat, dan kalau ditemani pun, sebolehnya musyrif juga perlu berteman.Suasana ini amat 'hidup' di kala itu Alhamdulillah
Abaikan di kalangan akhawat negara luar mahupun negara kita (Malaysia) yang dengan beraninya keluar sendirian. Tak kurang juga yang bertemankan seorang 'musyrif'. Biarkan mereka kerana mereka 'berani' dan 'senior'.Tak perlu gusar,mereka 'sudah masak' dengan 'suasana' di sini.Biarkan
Namun, penting juga saya ingatkan pada teman, bukan semua yang kita lihat zahirnya mereka (akhawat) sendirian di 'bus stop' pada waktu malam adalah di kalangan mereka yang 'berani'. Tidak, tidak semestinya begitu. Mungkin mereka juga 'rimas', gusar jika bersendirian. 'Hulur'kan bantuan,tanyalah mereka. Ini bukan omongan kosong penulis. Tidak. Penulis sendiri pernah terserempak dengan seorang akhawat yang sendirian di stesen bas. Penulis beranikan diri bertanya setelah penulis lihat riak wajanhya tampak gusar . Rupanya, akhawat tadi mahu pulang namun rasa takut untuk pulang sendirian,juga tiada sesiapa yang boleh dihubungi dek kerana semua kawannya adalah akhawat. Penulis tawarkan diri untuk menghantarnya (tika itu penulis bersama ahli bait yang sama tika disamun tempoh hari).
Menyedihkan sekali, tatkala redanya kejadian samun/ragut/curi/ugut dan sebagainya, di kala itu jugalah kewaspadaan kita tentangnya mula menurun. Bukanlah tujuan saya untuk mengata dan tidak menunjukkan rasa simpati pada yang 'kena' kerana saya juga pernah alami kejadian ini. Yang penting di sini ialah, kita mudah lalai dan lupa tentang garis panduan itu. Seoalah-olah, kita ambil mudah. Perlu kita ingat, dalam kealpaan lah, kita mudah 'diserang',dalam kelalaian lah kita mudah 'tewas'
Melayu mudah lupa.
Mungkin kita beralasan bahawa, kejadian ragut sudah lama berlaku dan makin reda,lantas kita juga menurunkan tahap kewaspadaan kita . Atau beranggapan bahawa situasi sudah tidak sebagaimana yang lepas atau atau....
Kita tidak ingin, taat kita kepada 'arahan' persatuan hanya bermusim,hanya sekadar melepas batuk di tangga. Pimpinan kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita..lantas di manakah kita dalam menghargai keprihatinan mereka?
Tahniah kepada Ustaz Jamal kerana berjaya loloskan diri. Syukur padaMU ya ALLAH kerana menjaga sahabatku http://ustazrockez.blogspot.com/2008/06/terima-kasih-tuhan.html
Garapan
salmanfasiri
at
8:18 PM
0
comments
:: Mata Ini::
Saturday, June 28, 2008
Dapat email dari seorang rakan..berbicara tentang mata..juga di selitkan puisi
Aku nukilkan untuk tatapan sahabat yang bertandang ke sini :
::MATA INI::
Mata ini……
indahnya ciptaan ilahi
sesuai dgn empunya diri
yang mana tiada tukar ganti
lirikan mata runtutan hati
utk pria dan wanita sekali
yg cantik dipuji yg jelek usah dikeji
adakah mata turun kehati
nafsu itu terbit dihati
melihat jamuan dunia tak terperi
fitrah nye mata memang sukar ditafsir hati
mata ini…..
gunaan mata tidak terbatas
yang baik kurang yg jahat terlintas
adakah itu tuntutan teratas
nafsu menguasai iman tercantas
adakah kita bijak menangkas
mata ini…..
anugerah diberi dari yg esa
adakah itu fitrah manusia
tidak bersyukur nikmat yg ada
wahai sahabat yg bermata
kata ini utk mu dan aku yg bermata
renungi nikmat allah tak terkira
adakah mata di guna sempurna
rabun diberi keluhan menanti
sebenarnya peringatan dari ilahi
antara sedar ditarik nikmat yg pasti
utk hamba berfikir dan merasai dari hati
mata ini…..
tongkat sibuta menjadi mata
mata hati seterang si bermata
lebih bersyukur dari yg bermata
mencari rezeki di alam semesta
andai kita di tempat mereka
adakah kita mampu merasa
naluri tak pernah fikiran takut menjelma
sememangnya kita takut tak bermata
tapi tak bersyukur apa yang ada
mata ini…….
ayat AL-Quran penawar segala
adakah mata selalu membaca
atau sekadar waktu derita
air mata mengalir entahkan kenapa
bukan kerana banyaknya dosa
tapi mungkin kerana di tinggal kekasih jiwa
jahil sungguh manusia ini
air mata bukan menginsafi diri
tapi peluah masalah dihati
mata ini…..
gelaran di beri untuk si mata
untuk mengambar si empunya mata
jiwa hati bersinarlah mata
bersyukur tak terkira kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata lagu tercipta
Garapan
salmanfasiri
at
2:52 PM
0
comments
HARUSKAH MENGAMBIL UBATAN BERALKOHOL
Wednesday, June 25, 2008
Sebelum kita membicarakannya, elok rasanya kita teliti beberapa kumpulan bahan makanan yang dimasukkan alcohol semasa proses pembuatannya
Pertama : Perahan pelbagai jenis buah-buahan, susu pekat, zabadi, ragi (yis) dan lain-lain yang mengandungi kuantiti kecil alcohol, tidak lebih daripada 5% kecuali perahan anggur yang kadang-kadang tidak sampai 10%, bahan-bahn ini tidak dinamakan sebagai bahan yang memabukkan dan berdasarkan pengkategorian makanan, ia tidak termsuk dalam kumpulan minuman beralkohol atau memabukkan.
Bahan makanan yang termasuk dalam kumpulan makanan ini, pada pndangan syara' dianggap sebagai haalal lagi baik. Walaupun mengandungi kuantiti kecil alcohol, yang terhasil daripada tindak balas cepat sesetengah bahan gula dan kanji yang ada padanya. Ini kerana ia telah larut dalam cecair yang banyak, sehingga tidak ada lagi kesan rasa,warna mahupun bau. Hal ini jelas dalam teori hancur zat (al Istihlak) iaitu bahan yang yang diharamkan ddan najis apabila larut diidalam cecair yang suci lagi banyak dengan tidak meninggalkan kesan terhadap rasa, bau dan warna , perubahan ini sebnarnya 'menghilangkan sifat najis dan haram ' dari segi syara'.
Bahan makanan seumpama ini tidak termasuk dalam kaedah yang dinyatakan dalam hadith :
" Benda yang banyak yang boleh memabukkan, maka pengambilannya yang sedikit adalah juga haram"
(riwayat Abu Daud)
Meminum sedikit minuman yang meabukkan membawa kepada minum banyak kerana minum banyak pada kebiasaannya di dalam waktu tertentu, tidak membawa kepada mabuk sama sekali. Hal seperti ini tidak ubah seperti meminum perahan anggur ketika awal perahannya (nabiz) yang tidak memabukkan iaitu sebelum ia menjadi 'kuat' dan hamper kepada arak. Meminum minuman ini ( nabiz) menurut pandangan ulama adalah aharus walau terdapat kuantiti alcohol yang sedikit unytuk beberapa hari. Imam Nawawi menyatakan:
"..bahagian kedua perahan anggur belum kuat dan belum menjadi arak. Peringkat ini tidak ubah seperti air yang ditaruh biji tamar, zabib, misymisy atau madu kemudian menjadi manisan. Bahagian ini adalah suci berdasasrkan ijma'. Harus meminum, menjual dan melakukan urusan lain. Hadis-hadis yang yterdapat didalma assahihain (Bukhari dan Muslim )banyak seklai menjelaskan kesuciannya dana keharusan meminumnya asal saja belum menjadi bahan yang memabukkan walaupun sudah melepasi tiga hari"
Kedua: Bahan-bahan awet yang dimasukkan ke dalamnya kuantiti alcohol yang kecil yang digunakan untuk melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut di dalam air seperti pewarna , pengawet, perasa dan lain-lain. Sebagai contoh minuman Coca colas dan pepsi mengandungi bahan untuk membuat minyak wangi, yang bberbeza antara satu sama lain yang dikira sebagai rahsia perindustrian. Ia dilarutkan didalam alcohol. Kuantiti alcohol yang terdapat di dalmnya tidak lebih dari 2 hingga 3%. Begitu juga dengan mirinda yang mengandungi pewarna ( Vena Carotin) minyak limau semulajadi. Kedua-duanyadigunakan selepas dilarutkan didalam alcohol, sebagaiman dijelaskan sebelum ini.
Didalam kategori ini, terdapat bahan-bahan makanan pada pandangan syara', dikira sebagai benda halal yang baik berdasarkan kepada teori 'Istihlak'. Memandangkan alcohol telah larut di dalam cecair yang bercampur dengannya, yang suci di mana tidak terdapat lagi sebarang rasa, warna dan bau.
Menururt resolusi Nadwah Fiqh Perubatan kali ke 8 kelolaan Pertubuhan Ilmu-ilmu Perubatan Islam di Kuwait (Mei 1995), telah memutuskan:
" Bahan makanan yang ditaruh kuantiti kecil alcohol dalam pemprosesannya bagi melarutkan sesetengah bahan yang tidak larut dalam air seperti pewarna, pengawet dan lain-lain, harus mengambilnya kerana berdasarkan knsep "umumul balwa" dan kerana kebanyakan alcohol telahpun hilang semasa pemprosesan makanan itu dilakukan"
Ketiga: Bahan-bahan makanan yang ditaruh bahan beralkohol yang memabukkan ke dalamnya seperti Rawm, Brandi, Koniak, dan lain-lain bagi menimbulkan citarasa tertentu yang digemari oleh sesetengah pengguna. Antaranya sesetengah gelatin, aiskrim, kuih muih, sesetengah chokolat, buahan yang memabukkan dan air gas.
Bahan makanan yang termasuk dalam kategori ini, kesemuanya HARAM diambil kerana mengandungi arak. Para ulama sepakat mengatakan, arak yang ditaruh ke dalam makanan yang berbentuk cecair atau beku, kemudian tidak larut di dalamnya bahkan zahir dengan nyata kesannya seperti warna , rasa atau bau, oleh itu rosaklah seluruh makanan itudan HARAM mengambilnya serta tidsak harus sama sekali menggunakannya..
Bertolak dari sini, resolusi Nadwah Fiqh kali ke 8 pada Mei 1995 di Kuwait, Pertubuhan Perubatan Islam telah memutuskan:
" Tidak harus menggunakan makanan yang mengandungi kuantiti tertentu arak walaupun kecil, lebih-lebih lagi yang dijual di Negara Barat seperti sesetengah makanan sejuk seperti aiskrim,gelatin dan buza-minuman yang diperbuat daripada sekoi- dan beberapa minuman bergas sebagai mengambil kira kaedah yang menjelaskan benda yang banyak pengambilannya yang menyebabkan mabuk, maka sedikitnya juga dikira mabuk. Tidak ada aspek kelonggaran dalam masalah ini.
Garapan
salmanfasiri
at
12:17 AM
0
comments
AKTIFKAN POS KAWALAN ANDA
Monday, June 23, 2008
Masyarakat Islam pastinya perlu kepada pos kawalan sama ada dalam mahupun luaran sebagaimana sebuah kampung, daerah, jajahan, negeri dan negara perlukan pos kawalan supaya terhindar dari segala serangan dan dapat menghalang dari sebarang ancaman. Apakah yang dimaksudkan dengan pos kawalan ini? Bagaimana hendak diaktifkan pos kawalan ini????
POS KAWALAN LUARAN
Masyarakat Islam yang ideal akan menyediakan satu pos kawalan luaran dalam bentuk pelaksanaan konsep amar makruf nahi mungkar, bagi memantau aktiviti kehidupan setiap anggotanya. Masyarakat Islam bertanggungjawab utuk menghidupkan pos kawalan ini kerana ia mnejadi simbol keimanan dan juga lambang kecemerlangan Umat Islam. Firman Allah yang bermaksud:
" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah" ( Ali Imran :110)
Dalam ayat lain Allah swt berfirman:
" Dan orang yang beriman di kalangan lelaki dan wanita, sebahagian dari mereka menjadi penolong kepada yang lain. Mereka menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara yang mungkar. ( Attaubah: 71)
RasuluLLah SAW juga ada bersabda dengan maksudnya:
" Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka ia hendaklah mengubah dengan tangannya (kuasanya), sekiranya ia tidak mampu mak hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), jika sekiranya ia tidak mapu maka hendaklah ia ubah dengan hatinya, itulah selemah-lemah iman" (Riwayat Muslim)
Apa yang malang ialah, kita lihat pada hari ini, pos kawalan luaran ini seolah-olah tidak berfungsi ( bahkan sememangnya tidak berfungsi), kerana ia dirobohkan oleh sistem sosial moden yang mempertuhankan kebebasan peribadi (privacy) sehingga tiadanya amalan tegur-menegur nasihat-menasihati. Kebanyakan pihak tidak mahu mengambil risiko sekiranya tegurannya itu akan bisa membahayakan diri atau tangan digari, hilangya mata pencarian. Nasib ada seorang Mufti yang beramal dengan ilmunya dan tidak gentar dengan kata-kata atau ugutan dari mana-mana penguasa.
Generasi umat Islam membesar dalam keadaan yang amat bebas dan terbuka serta liar . Jika mereka ingin memakai pakaian yang mendedah aurat (bahkan menjolok mata) maka itu adalah kebeabsan dan hak mereka , bebas bercanda, bercengkerama dan entah apa-apa lagi, mereka bebas melakukannya.kerana apa?? Itu hak mereka.
Menari, terloncat-loncat seperti haiwan,pesta yang entah apa-apa, konsert, kelab malaam..semua ini dah tidak boleh ditegur sebab mereka punya privacy.
BIARKAN BIARKAN BIARKAN!!!!!
Kenapa mereka begitu berani? Kenapa mereka tergamak untuk semua ini? Memangle..sebab dah tidak ada orang yang akan tegur mereka, undang-undang sosial memberi mereka kebebasan. Akhirnya mereka hilang jatidiri, hilang bersama budaya amar makruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi pos kawalan utama mereka. Umat Islam patut sedar, dengan meninggalkan aktiviti amar makruf nahi mungkar ini, mereka kan menjadi munafiq bahkan dilaknat sebagaiman kaum Yahudi dilaknat keran meninggalkan amr makruf nahi mungkar.
Firman Allah SWt.:
"Telah dilaknati mereka yang kufur di kalangan Bani Israel melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibn Maryam kerana mereka melakukan maksiat dan melampaui batas. Mereka tidak saling melarang sesama sendiri terhadap perbuatan mungkar yang mereka lakukan, amatlah buruk perbuatan mereka itu" (AlMaidah:78-79)
POS KAWALAN DALAMAN
Sementara pos kawalan luaran diaktifkan oleh anggota masyarakat, sememangnya kita perlu aktifkan pos kawalan dalamn kita. Apa yang dimaksudkan dengan pos kawalan ini ialah menimbulkan kesedaran hakikat diri, keimanan , serta kematian dan Hari Pembalasan.
Firman Allah SWT:
" Setiap yang bernyawa pasti akan mati, dan sesungguhnya pada Hari Qiamat sahajalah akan disempurnakan balasan terhadapmu. Sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka ia telah berjaya., tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang mempedayakan"
Setiap muslim mesti ketahui bahwa setiapo perbuatan mereka akan dirakam dan dibalasi.Firman Allah SWT:
" Apakah mereka mengira bahwa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Sebenarnya kami mendengar dan utusan kami ( para malaikat) yang bersama mereka sedia mencatit." (Az Zukhruf 80)
Segala amalan ini, yang telah dicatit, akan dipersaksikan pula oleh anggota badan mereka. Firman Allah SWT:
" Pada hari itu, lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi ke atas mereka terhadap apa yang mereka lakukan" ( An Nur :24)
Demikianlah begitu hebatnya persaksian yang akan berlaku kepada manusia pada Hari Pembalasan, dimulai dengan tulisan Malaikat terhadapa apa yang manusia kerjakan, kitab amalan seterusnya penyaksian dari anggota badan. Maka apakah masih ada ruang untuk muslim menutup pekung di dadanya. Sesungguhnya pos kawalan dalaman ini sekiranya terbina di atas keyakinan terhadap[ saat kematian, Qiamat dan Pembalasan, nescaya ia mampu meneguhkan diri muslim walau di mana mereka berada.
Namun apa yang menjadi persoalan kini ialah mengapa 'pos kawalan ini tidak berfungsi? Adakah kerana kurang berkesannya pendidikan? Atau kurangnya ilmu? Atau kurangnya ceramah? Atau kurangkah pusat pendidikan, Universiti?
Iman tetap iman, aqidah tetap aqidah, cabaran sentiasa mendatang!!!!
Garapan
salmanfasiri
at
10:33 PM
0
comments
AkHIr Zaman
Sunday, June 22, 2008
PERISTIWA MUTAKHIR YANG MENGEJUTKAN!!!
GWADAR
Mantan Perdana Menteri Israel Yizhak Rabin sevcara sembunyi telah pergio ke Oman, negeri yang kecil tetapi strategik . Tawaran untuk membenarkan pemerintah Oman mendirikan 'istana' di Gwadar ( di wilayah utara Pakistan). Ia merupakan bandar pelabuhan yang penting yang terletak sempadan Iran-Pakistan. Kerajaan Pakistan telah memberikan kebenaran untuk mereka mendirikan 'istana tersebut. Gwadar sekarang telah digelar " Bandar Greek" kerana rekaan bangunan yang didirikan mirip kepada bandar Greek lampau. Bekas Mneteri Dalam Pakistan M.K. Chaudry berkata:" Tidak berlaku". tetapi menurut maklumat tentera, pakar2 tentera barat menadapati Gwadar adalah pengganti pelabuhan Iran yang mana orang Barat telah kehilangan kuasa setelah berlakunya Revolusi Iran.
KARACHI
Bandar pelabuhan penting kepada negara ketenteraan Islam seperti Pakistan dan menjadi target utama bagi tentera Anti-Islam. Pihak musuh bercadang untuk mencapai matlamat strategik mereka iaitu mendapatkan negara Islam yang muncul di Asia Tengah dengan menidakstabilkan politik Pakistan dan mewujudkan semangat perkauman yang tinggi serta memusnahkan kesatuan Islam di sana dan mereka berjaya
KASHMIR
Sebagai pilihan ketiga , yang tidak bersatu dengan India atau Pakistan, kashmir telah dimajukan dengan cepat oleh kuasa barat agar "Kerajaan Israel" boleh ditubuhkan satu kontinen kecil untuk mempengaruhi India-Pakistan dan menjadikannnya sebagai kawasan strategik untuk mengintai China. Pakar2 percaya masalah di Kashmir akan meletuskan perang nuklear di rantau Asia Tengah
INGATLAH!!!!!!
- tidak pernah sebelum ini Zionis menduduki Jarussalam dan menjadikan negara Yahudi kepada satu kuasa utama dunia yang mempunyai peralatan nuklear canggih
- tidak pernah sebelum ini Syria mempunyai senjata nuklear. Russia telah membekalkan sebanyak 21 peluru berpandu yang sebahagiannya adalah senjata nuklear
- tidak pernah sebelum ini hanya beberapa orang yang membuat keputusan tentang segala masalah dunia, mereka mempunyai 'kuasa' untuk memusnahkan orang ramai
- tidak pernah terjadi sebelum ini Timur Tengah menjadi alat dalam konflk politik dan ekonomi antara kuasa barat
- tidak pernah terjadi sebelum ini Rusia nyaris2 menguasai satu pelabuhan di teluk dan seterusnya memperkukuhakan penguasaannya di Teluk
Garapan
salmanfasiri
at
3:50 PM
0
comments
::TERROR::
Saturday, June 21, 2008
BERSEDIA DAN PERSEDIAAN ( KE"TERRORIST"AN )
Umat Islam bagai buih dilautan. Umat Islam serata dunia ditindas. Umat Islam semakin terhina. Umat Islam serata dunia dipersendakan. Umat Islam dipermainkan. Umat Islam dibutakan.
Kita ubah perspektif, Umat Islam semakin melemahkan semangat mereka sendiri. Umat Islam semakin menyediakan jalan untuk mereka dihina. Kebanyakan pemimpin Umat Islam membisukan diri ketika agama mereka dipersendakan bahkan mereka turut bersorak. Umat Islam sentiasa leka jika mereka dipermainkan bahkan mereka pula tersengih gembira. Umat Islam sentiasa membutakan mata dengan peristiwa yang berlaku bahkan memekakkan telinga.
Kita lihat di negara umat Islam sendiri, berapa keratkah yang setuju dengan cara hidup Islam. Berapa keratkah yang 'sudi' beramal dengan cara hidup Islam? Berapa keratkah yang memandang tinggi mereka yang sentiasa patuh pada cara hidup Islam? Berapa keratkah yang akan 'tegar' dengan pandangan sinis orang yang jahil itu? Berapa keratkah akan tahan dengan kata-kata jelek orang yang 'buta' itu? Berapa keratkah rela mengharungi lautan tohmahan mereka yang mati hati itu?
Juga pemimpin manakah yang akan mempertahankan "terorist" Islam? Pemimpin manakah akan membiarkan 'terrorist' itu memberi kesedaran kepada saudara mereka yang lain? Pemimpin manakah yang akan membebaskan'terrorist' itu hidup di luar bersama dengan anak isteri dan keluarga mereka? Pemimpin manakah yang akan menyokong 'terrorist' itu melindungi saudara-saudara seagama mereka? Pemimpin manakah akan melindungi 'terrorist' itu dari diratah dan dibaham rakus oleh golongan yang terang-terangan tidak menyembah ALLAH?
Terrorist kah kita dengan melindungi saudara-saudara seagama kita? Terrorist kah kita apabila mempertahankan negara Islam dari dijajah oleh kuasa kuffar? Terroristkah kita bila kita lengkapkan diri kita dengan ilmu peperangan? Terroristkah kita jika kita hanya membalasi mereka yang lempari bom kearah kita, dengan anak batu? Terroristkah kita pabila kita menyatakan bahwa kita harus bangkit menentang mereka yang telah menzalimi kita?
TERRORIST KAH KITA!!!
Garapan
salmanfasiri
at
10:43 PM
1 comments
tentang cinTa
TENTANG CINTA
Cinta pd ALLAH SWT
Kamu derhaka kpd ALLAHswt dan dalam masa yang sama menaruh cinta kepada-Nya. Ia adalah satu yang mustahil. Pabila kamu benar2 mencintai-Nya, pasti kamu taati segala perintah-Nya keran mereka yang cinta pada seseorang akan menuruti kemahuan orang yang dicintainya. Dia kirinmkan kepadamu nikmatnya setiap detik namun tiada rasa syukur terbit di hatimu. Berapa kalikah kamu ucap "AlhamduliLLAH" selain dari zikirmu slps solat, atau ketika kamu bersin??? atau adakah kamu mengikut ajaran Nabi bg membuktikan cintamu pada ALLAH ???
" Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu kasihkan (cintakan) Allah turutilah (ajaran)ku nescaya Allah akan kasihkan kamu dan DIA mengampunkan dosa kamu, dan ALLAH itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani "
Cinta Nabi SAW
Bagaimana kamu cintakan Nabi kamu? dengan membakar bendera negara yang menghina Baginda? demonstrasi? memorandum? selar?..Rasanya umpama orang tua yang melatah bila kain buruknya diusik.. Cuba kamu zahirkan kecintaan kamu dengan menghidupkan sunnah Baginda, cuba kamu ikut cara hidup agama yang Baginda bawa..bukankah dgn mengikut sepenuhnya ajaran Baginda..musuh kamu tak akan berani angkat muka..kan ke ini janji Allah??
Sabda Nabi SAW:
“ Tiga perkara,jika ia ada pada seseorang, pasti ia akn merasai kemanisan iman (iaitu), Allah dan Rasul terlebih kasih berbanding yang lain daripada keduanya, mengasihi seseorang hanya semata-mata kerana Allah,dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaiman ia tidak suka untuk dicampak ke neraka.”
" Allah telah janji pada mereka yang beriman di kalangan kamu dan yang beramal soleh, bahawa DIA akan memberi kekuasaan di muka bumi sebagaimana mereka yang terdahulu.."
Cintakan Orang Soleh
Imam Syafie rh pernah ungkapkan syair :
Aku mencintai orang soleh dan bukanlah daku dikalangan mereka,
kuharap agar daku peroleh syafaat mereka
daku benci mereka yang derhaka namun
mungkin aku di kalangan mereka
Cintakan Teman
Pabila kamu cintakan seseorang teman maka war-warkan padanya kerana itu adalah sunnah..tp JANGAN jd homoseks or lesbian!!!!HARAM
Seorang sahabat datang bertemu Rasulullah SAW lalu berkata :” Wahai Nabi, aku mengasihi seorang saudaraku” Nabi menjawab:” Adakah kamu telah memberitahunya?” Jawab beliau :”Tidak”. Rasulullah SAW bersabda :” Pergi dan beritahu kepadanya bahawa kamu mengasihinya (sayang) kerana Allah”- Hadith Dhoif-
Cintakan Seseorang Wanita/Lelaki
Semua orang mencintai WANITA (LELAKI) dan mereka berkata :" Cintakan wanita adalah awal sesuatu penderitaan ". Tapi bagi diriku BUKAN wanita yang membuatkan diri derita tetapi menyintai WANITA (LELAKI) YANG SALAH adalah kunci pada PENDERITAAN. Janganlah mencintai wanita yang TIDAK mencintaimu kerana dialah yang akan 'mencipta' derita buatmu.
Garapan
salmanfasiri
at
5:27 AM
0
comments
Universiti : Membentuk atau Merosak?
(Kisah ini berlaku sewaktu aku pulang ke malaysia dulu..inginku kongsi di sini)
Suatu pagi, di sebuah kedai makan aku bertemu dengan seorang yang separuh umur..raut wajahnya tidak menggambarkan apa-apa, namun aku mendekatinya. Salam yang kuberi bersahut jawab. Aku duduk berhadapan dengannya di satu meja. Senyumannya menarik minatku untuk bersembang. Wah, setelah aku mulakan perbualan, ku dapati pakcik ni boleh tahan juga tutur kata beliau.........
Rupanya beliau punyai anak yang belajar di IPT; sorang di UM, dua di UKM dan sorang akan daftar di UiTM....
Wah bertuah betul pakcik ni ade anak yang dah melangkah ke menara gading... betul-betul bangga agaknya pakcik ni..lalu dengan loghat kelantannya yang pekat, terhambur beberapa persoalan yang mungkin tidak kita sedari
" Dulu kita bangga, terutamanya orang kampung supo ambo, bila anak kita Udapat surat tawaran dari mana-mana 'U' . Kita buat majlis kesyukuran..kita smaye hajat , kita jemput orang kampung datang ke rumah..
Semua ni nak tunjuk kesyukuran kita, yang anak kita dah dapat tawaran masuk U. Kita rela bergadai nak pastikan anak kita dapat belanja untuk belajar di U. Kita rela sakit belikat, rela tak cukup makan...
Kita dulu amat bangga bahkan seluruh isi kampung gembira hanya kerana anak kita, anak jati kampung kita yang dapat masuk U. Kita bangga kerana kita yakin anak itu akan ceriakan kita suatu hari nanti. aNAK INI AKAN DAPAT TARAF KEHIDUPAN SELESA SETELAH SEGULUNG IJAZAH DIPEGANG, DAPAT KERJA BAGUS.....BANGGA...BANGGA..BANGGA.
Dulu, kita puas hati, kita tenang, kita amat harapkan kejayaan dan perubahan hidup kita bila anak telah melangkah ke menara gading.
Namun kini kita amat runsing, kita amat bimbang kerana U bukanlah tempat yang janjikan apa2 lagi. Kita bimbang U ssekarang adalah 'pusat keruntuhan'!!!!!. U dah jadi tempat perubahan mendadak anak kita.
U merubah anak kita yang bertudung, menjadi 'free-hair' ( istilah pakcik yg dh aku tukar )..anak perempuan kita yang berbaju kurung, menjadi pemakai seluar jeans+baju lengan pendek..anak perempuan kita yang dulunya x kenal ape itu kapel, kini dah mula berpelukan..anak laki kita yang dulunya selalu ke surau, sekarang liat tuk bangun subuh, anak laki kita yang dulunya lebih selesa di rumah, sekarang berpeleseran....
U yang dulunya sebagai antibodi, antibiotik bahkan vaksin, patogen, tapi kini ianya lebih teruk dari virus HIV, lebih bahaya dari JE, lebih menggerunkan dari Tsunami, lebih cepat menular dari selsema burung!!!!!"
Aku tersenyum dalam duka..mahukah aku bantah kata-kata pakcik itu? atau ku biarkan beliau hujani persoalan ini padaku.. biarkan aje pakcik ini dengan luahannya..kitakan di negara demokrasi..semua bebas sebebasnya.. bebas buat ape yang disukai nafsu.. ade ke'privacy'an ..kamu tidak diganggu!!!!!!
Agama sudah di'tiada'kan nilai................................................................
Garapan
salmanfasiri
at
6:20 AM
0
comments
TERAPI PENYAKIT MABUK ASMARA
Thursday, June 19, 2008
Walaupun effect yang ditimbulkan penyakit al-'isyq sangat hebat dan sulit melepaskan diri dari jeratannya namun bukanlah suatu hal yang mustahil. Apabila penderitanya boleh sembuh dan selamat dari penyakit ini. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: "Sesungguhnya ubat itu mujarab bagi orang yang menerimanya. Adapun orang yang yang mencampuradukkannya nescaya ubat itu tidak berguna baginya. " Maka orang yang benar-benar ingin sembuh, dia harus berubat. Namun jika tidak, nescaya penyakit akan tetap kekal bertapak bahkan bisa jadi bertambah parah.
Berikut ini beberapa terapi yang dapat menyembuhkan dari mabuk Asmara.
- Ikhlas kepada Allah. Jika seseorang yang terkena penyakit al-'isyq (mabuk cinta asmara) benar-benar ikhlas dan menghadapkan wajahnya kepada Allah dengan tulus, nescaya Allah akan menolongnya dengan cara yang tiada pernah terlintas di hatinya. Dia akan menyingkirkan segala penghalang menuju jalan taubat.
- Berdo'a. Merendahkan diri kepada Allah, secara tulus menyerahkan diri kepada-Nya, ikhlas, dan memohon kepada-Nya dengan segala kerendahan agar disembuhkan dari penyakit.
- Menahan pandangan. Ketika seorang hamba menahan pandangannya maka hati turut menahan syahwat dan keinginannya.
- Banyak berfikir dan berzikir. Hendaklah setiap orang senantiasa ingat bahwa seluruh perbuatannya akan dipertanggungjawabkan. Seharusnya ia berfikir bahwa perbincangan dengan kekasihnya akan ditanyakan nanti di hari kiamat. Hendaklah dia berfikir betapa malu dirinya kelak ketika Allah mencela perbuatannya.
- Menjauh dari orang yang dicintainya, sebab memisahkan diri dan menjauh akan mengusir bayangan orang yang dicintai dalam hatinya. Hendaklah ia bersabar menanggung perpisahan beberapa saat walaupun sulit pada awalnya. Seiring dengan waktu, seluruh masalah akan menjadi mudah
- Menyibukkan diri dengan hal-hal yang bermanfaat. Sebab, mabuk cinta adalah kerana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya akan memudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.
- Menikah, sebab pernikahan itu mencukupi segalanya, penuh berkah dan menjadi penyelesai. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sulit menikahinya hendaklah memohon kepada Allah untuk memudahkannya. Jika ia tak bisa menikahinya karena sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah agar diberi jalan keluar.
- Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berfikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya
- Senantiasa menghadiri majelis ilmu, duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang soleh
- Meninggalkan angan-angan kosong dengan membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan kuat untuk menundukkan hawa nafsu.
- Selalu konsisten menjaga solat dengan sempurna, menjaga kewajiban-kewajiban solat, baik berupa kekhusyukan dan kesempurnaannya secara lahir dan batin.
- Menjaga karisma agar tidak jatuh kepada kedudukan yang hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk yang dapat menghalang keutamaan. Orang-orang yang memiliki harga diri tidak pernah ingin terikat menjadi budak suruhan (hamba) sesuatu. Lihat saja, betapa hawa nafsu menyebabkan orang-orang mulia menjadi hina.
- Menjaga kemuliaan diri, kesucian dan menjaga kehormatannya. Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya
- Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya. Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:
"Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karena cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zhalim. Itu akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita. "
- Memikirkan akan ditinggal pergi orang yang dicintainya, baik ditinggal mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal kerana sudah bosan.
- Memikirkan akibat perbuatannya. Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataukah kesengsaraan.
- Hendaknya orang yang ditimpa ujian seperti ini mengetahui bahwa ujian hidup merupakan sebab munculnya nilai keutamaan seseorang. Jika dia
bersabar maka akan tampaklah keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan darjatnya akan meningkat kepada tingkatan (tahap) yang lebih tinggi.
- Memikirkan betapa banyak hal-hal yang bermanfaat menjadi luput disebabkan menyibukkan diri dengan cinta seperti ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya, walaupun tabiatnya berusaha menggiringnya kepada syahwat jasmani.
Demikanlah di antaranya ubat-ubat yang dapat menangkis dan menyembuhkan penyakit mabuk asmara. Seperti yang telah disebutkan di atas, semua ubat ini tidak akan berkesan bila yang melakukannya tidak berusaha dengan sungguh-sungguh ingin sembuh dari penyakitnya. Kita bermohon kepada Allah agar menjauhkan kita dari jalan-jalan kehancuran dan membimbing kita kepada kebaikan dunia dan akhirat.
Garapan
salmanfasiri
at
6:06 AM
0
comments
PENGALAMAN
Wednesday, June 18, 2008
:::TENTANG BULAN:::
Mungkin anda semua dah tonton filem ni. Kisahkan 5 sahabat yang bersaksikan bulan, berikrar akan tetap bersahabat tak kira apa yang berlaku.( Ni aku baca paper je ni) Imbasan ttg zaman kanak2 memang mengasyikkan kita. Kita ade zaman kanak2. Kita ade kemeriahan zaman kanak2. Asyik!!!
Em tentang sahabat ni..tahle, aku dah kehilangan sahabat yang paling rapat. Baru je. Aku pn tak tau nape la dia berubah gitu skali? Hurmm.. Nape sebab orang len, aku pun turut kena? Orang len yang buat salah den aku pun turut kena serang oleh sahabatku. AD, aku bersahabat bukan nak amik kesempatan laa, aku bukan macam tuh.
Ok la,tinggalkan kisah itu, ade perkara penting sebenarnya yang mahu aku kisahkan
.. " TENTANG BULAN"
Satu masa, tahun 2006, ketika dalam perjalanan balik dari Johor, di tempat duduk dalam bas, ditakdirkan ade sorang Kristian, seingat aku,nama pendeknya Peter, yang panjang tak ingat la. Dia heran tengok pemakaian kite cam gini, nampak berbeza dengan orang lain, lantas berlaku sikit dialog:-
Peter (P): Ape khabar?
Aku (A) : Baik
P : Nak kemana?
A: Kelantan
P: Nama awak?
A : ******, Awk?
P: Peter. Awak Muslim?
A : Ya tentu. Awak tentu kristian
P : Ya, tapi saya banyak mengembara ke Negara orang Islam
A : Untuk Ape?
P : nak tengok ape yang orang Islam buat.
( so berlaku le dialog , dari mula syahadah dan beberapa perkara, di sini aku hanya singkatkan aje.)
A : Jadi ape yg awak dapat?
P : macam2. em yang saya pelik, kenapa orang Islam yang dengar katanya suka perdamaian tapi mereka bom tempat kami berkumpul? Kenapa jahat?
A :
P : saya akan guna kekerasan
A : ya kami pun!!!
P: ok yang akhir, kenapa kamu gunakan calendar ikut bulan?
A : Kami punyai Allah dan saya percaya kamu juga percaya pada Allah secara amnya. Kami berpegang dengan kitab Al Quran yang Dia kirimkan melalui Rasul-Nya yang terakhir, Muhammad dan saya yakin anda juga percaya sebenarnya tentang itu. Dalam Al Quran, Allah jelaskan, bulan itu digunakan untuk tujuan pengiraan hari,tarikh dan sebagainya, juga penentuan ibadah. Dengan bulan kita tahu malam. Bukankah bulan akan dilihat berubah bentuk ? tidak seperti matahari? Oleh itu lebih mudah lagi kita menntukan bilangan hari dengan bulan berbanding matahari. Bermula dengan bentuk sabit, yang kemudiannya akan beransur penuh sehinggalah pada hari ke 15, dan lepas itu akan kembali berubah bentuk kepada sabit,tapi berbeza dari bentuk awal.
P : Ya benar . ape lagi?
A : Allah tahu tentang hikmah penciptaan sesuatu. Anda sambut krismas pada setiap 25 Disember
P : Ya
A: Secara amnya , anda akan menyambut krismas dalam keadaan bersalji
P: Ya benar
A : tapi bagaimana dengan tempat yang pada setiap 25 disember adalah musim yang tidak bersalji di tempat mereka? Tentunya tidak merasai salji seperti mana sambutan kamu
P : Ya, mungkin beberapa tempat
A : Ok, kiraan matahari adalah skima saja, maksud saya, tetap dan tidak berubah, jika bulan Disember ditempat kamu salji, maka ia akan bersalji pada setiap disember, klo musim bunga pada bulan April contohnya maka setiap April kamu akan alami musim bunga., begitu juga musim panas. Ia tetap. Bandingkan dengan pengiraan calendar berdasarkan hitungan bulan, pasti anda akan merasai pengalaman pada semua musim. Dalam Islam ada ibadah puasa, haji. Kami boleh merasai puasa di musim sejuk yang singkat siangnya, kami boleh merasai puasa di musim panas yang lebih panjang siangnya, musim bunga, luruh, semua kami boleh rasai. Bukankah indah sebegitu?
P : Ya, benar. Baru saya temui apa yang saya tidak temui sebelum ini.
Hampir 5 jam perjalanan, bas berhenti,perlu solat, Peter ingin masuk juga ke masjid, tapi em,
Ya , anda boleh masuk dengan mengucap kalimah . Ape kalimah itu?
"Asy hadu An La ilaha illa Allah, Wa Asy hadu anna Muhammadan RasuluLLAH"
Lalu diucapnya kalimah itu. Alhamdulillah!!!!!
p/s : pengalaman ini aku kongsikan dengan sahabat..semoga anda juga mengambil peranan anda
Garapan
salmanfasiri
at
6:57 AM
2
comments