
Yahudi mengumumkan gencatan senjata, bertujuan memberi ruang kepada anggota penyelamat untuk membantu mangsa perang di kalangan orang awam.Benarkah?
Atau hanya sekadar ingin menutup keaiban setelah kekuatan militer belum mampu menyahsepi nama HAMAS aka Muslim mukmin sejati?
Di satu pihak PLO Yasir Abdu Rabbih mengkritik penghentian serangan Israel ke Gaza. Menurutnya tindakan tersebut kesalahan besar. sebenarnya keberadaban Hamas dalam pemerintahan saat ini, menyulitkan kita semua, sejumlah pimpinan Palestin di Ramallah telah mengambil keputusan untuk melakukan tindakan-tindakan sangat keras untuk menumbangkan pemerintahan Hamas dengan membuat revolusi di Tebing Barat. Mereka menegaskan tidak ada tempat bagi Hamas di Tebing Barat. Mereka tidak akan mengizinkan Tebing Barat dijadikan Negara Islam yang lain.
Kenyataan celupar dari pemimpin secular ini patut dinilai kita semua. Namun siapalah kita untuk menghukum mereka, jika pimpinan kita sdiri hanya mengangguk kepala, bersidang dan seterusnya mengeluar resolusi mengutuk keras ..( stereotaip macam drama melayu/filem hindustan)
Lantas apakah yang patut kita lakukan?
Ada mulut diam
Ada mata lihat
Ada telinga dengar
Ada kepala angguk
Disuruh duduk, kita duduk
Disuruh bangun kita bangun
Followers
:: Gencatan Senjata; Kekalahan atau Sebaliknya :::
Tuesday, January 27, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
5:39 PM
0
comments
Fatrah Khatrah
Wednesday, January 14, 2009

Assalamualaikum warahmatuLLAH..
Dalam Fatrah exam, semua keje jadi lembab..
nak tumpu exam, tp dalam masa yang sama, keperitan saudara seagama di Palestin perlu diambil cakna..
Kita hanya 'berperang' dengan tekanan perasaan, tapi mereka berperang menggadai nyawa
Entah...
Jadual imtihan fasal 1
15.01.09 Tafsir Ayat Ahkam
19.01.09 Lughah Arabiyah
22.01.09 Lughah Ajnabiyah (B.I)
26.01.09 Qaah Bahas Qawaidh Fiqhiyyah
29.01.09 Qawaidh Fiqhiyyah
Em nampaknya paling lewat tamat imtihan..ahli bet sume tamat awal
Tahun 1 tamat ari Selasa 27.01,
Tahun 3 tamat Rabu 28.01,
Waa..jeles la..entum tamat awal...
Moga semua dapat menjawab dengan tenang..doakan kejayaan bersama
p/s: Ade misi penting lepas imtihan..;)
Garapan
salmanfasiri
at
4:10 PM
0
comments
Perjalanan Ke Tanah Suci I
Saturday, January 10, 2009
Setelah beberapa lama tertangguh hasrat hati, kini ku mulakan dengan hati agak kebimbangan..apa yang akan diperkatakan orang..mungkin ada yang pandang negative dan ada yang menyokong..
Sebenanrya ingin ditulis di sini catatan perjalanan ( atau kembara ) ke Tanah suci melalui jalan darat dari Bumi Mesir…
3 orang ahli bait Serambi Mekah akan berangkat ke Mekah (sesuai dengan nama rumah kami; kenalah p mekah)
Sebelum berangkat, kami adakan sedikit jamuan
Bertolak pada 30hb Ogos ke pelabuhan Nuwaiba..ke Aqabah (Jordan)
SubhanaLLAH punyala kat pelabuhan pelbagai dugaan timbul..
'Dikurung macam tawanan perang di kawasan menunggu, selama sehari semalam..
Kemudian barulah dilepaskan untuk menaiki feri..Ketika tu dah penat..dalam keadaan berpuasa..Hanya Allah yang tahu. Ujian perjalanan ke Mekah
Menaiki bas untuk ke pelabuhan Nuwaiba
Beratur panjang untuk masuk imigresen
y();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3AMv3wITcirN5fgIWS5ZmUbAEzjl0pCsanB-XfjA4ZUzC_nY5r4wSsJlRoAbJ8uBy9i1U9O_XilLRNPT1WR5ZKEbOiovlIIvSOE1tQs9N1fMm0qnTLfoOPMu6uUjLpNeWPdNMpusiZ8c/s1600-h/DSCN4067.JPG">
Bawah mentari,panas menunggu untuk dilepas ke imigresen
Semasa atas Feri..AlhamduliLLAH dh dapat naik
Garapan
salmanfasiri
at
8:39 PM
0
comments
