Sebahagian barang yang hendak diangkut (bilik kayu us bomoh )
Dalam kehangatan bola sepak piala Euro '08, kami penghuni bait serambi mekah turut disinari dan dipancari kehangatan mentari, berjalan sana sini bagi mendapatkan rumah sewa yang baru. Maklumla, rumah sewa lama kami di samy Photo akan tinggal kenangan buat kami.
Biasalah, tuan rumah bagi alasan anaknya mahukan rumah tersebut. Setelah berhempas pulas menghadapi minggu-minggu peperiksaan fasal II, kami berhempas pulas pula untuk pusing-pusing sekitar Hayyu Sabi'3 ( 7), Hayyu 10, juga sekitar Abbasiyah bagi mendapatkan rumah baru.
Ni antara barang ustaz Master
Kami ahli bait sepakat untuk tidak berpisah kerana kami sudah 'sehati sejiwa' (agaknya boleh kot guna istilah ni huhu.)
Pencarian kami bermula sebelum imtihan,namun diperlahankan tika musim imtihan (30.04 - 14.06 ) dan kembali aktif setelah ahli bait dalam pengajian BA tamat imtihan. Ahli bait yang dalam peringkat Master mulakan imtihan pada 22.06. Baru kami tahu betapa sukarnya melalui detik-detik di 'barroh'
penat mengemas, layan pc jap (ngah tepon kuarga nak khabarkan
berita pemindahan,bukan penulis tu..huhu)
Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah dan kemudiannya sahabat-sahabat kami menemukan sebuah rumah di akhir mahattah,mempunyai 3 bilik tidur,satu bilik air dan ruang tamu merangkap ruang makan. Sempit kalau nak dibandingkan dengan rumah asal kami, 4 bilik tidur, 2 bilik air dan ruang tamu yang selesa (walau takde kusyen/sofa), dan sewanya hampir sama sekitar EGP800 .Pepun kami bersyukur atas apa yang ada,AlhamduliLLAH.
Kami berterima kasih di atas bantuan sahabat yang sudi menjadi sukarela untuk sama-sama memindahkan barang-barang kami ke rumah baru. (Tinggi woo..tingkat 4, tanpa lif,boleh la untuk senaman kaki d waktu pagi dan petang.heh).
Ni sape..duk intai ape tu?!!!!!(ruang tamu)
Juga terima kasih buat 'jiran atas' kami yang sinis mengucapkan 'Alhamdulillah' kerana kami pindah.Kata mereka " pasni dah takder lagi 'suara-suara sumbang yang menegur kami".Aku tersenyum. (Aku tahu mereka sedih sebenarnya tu,ahhaha, maklumlah, biasa kami hulurkan juga kuih 'butil nako' untuk mereka di malam-malam peperiksaan, buat alas perut berjaga malam :p)
p/s: bagaimana agaknya kalau Tuan Bumi ini ingin halau kita dari bumi atau dari segala tempat yang diciptaNYA????
Followers
BERPINDAH RANDAH
Monday, June 30, 2008
Garapan
salmanfasiri
at
9:03 PM
0
comments
WASPADA DAN BERINGAT
Kejadian yang menimpa ikhwah yang juga exco Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) beberapa hari lalu, mengingatkan saya kejadian sama yang menimpa diri bersama seorang ahli bait. Kami juga tika itu pulang dari mengiringi beberapa akhawat untuk ke Rumah Johor di Hayyu Tsamin.
Kejadian yang berlaku juga di kawasan yang sama iaitu sekitar Hadiqoh Dauli .
Saya akui dan menyokong kata-kata Ustaz Jamal, kerja musyrif sememangnya memerlukan kesabaran, keihklasan dan 'keberanian'. Ikhwah yang secara sukarela jadi musyrif, terkadang ada yang panas telinga dek kerana rungutan akhawat di bawah 'isyraf'nya
"Ustazah, kita jalan cepat sikit boleh?
" Ala ustaz, slow2 la jalan..kami penat"
"Ustaz, kita singgah kedai jap..nak beli barang"
Ustaz, pasni kita lalu depan ******* sebab ada hal kat situ"
Itu antara dialog yang kedengaran tika kita jadi musyrif (maaf tak semua )
Bukan ini yang hendak penulis bicarakan tapi setakat mana cakna kita terhadap sesuatu kejadian. Seingat saya, tika kejadian ragut/samun/rompak/ugut dan sebagainya, ada diminta oleh persatuan untuk kita (ikhwah) membawa tongkat atau kayu yang boleh digunakan sebagai 'senjata'. Juga digalakkan ikhwah berjalan secara berkumpulan (tidak secara solo). Hasilnya, ramai yang kita lihat para ikhwah bertongkat ke mana sahaja mereka pergi di waktu malam.
Akhawat pula tidak 'digalakkan' untuk keluar malam sekalipun ditemani musyrif kecuali atas dasar terdesak yang amat, dan kalau ditemani pun, sebolehnya musyrif juga perlu berteman.Suasana ini amat 'hidup' di kala itu Alhamdulillah
Abaikan di kalangan akhawat negara luar mahupun negara kita (Malaysia) yang dengan beraninya keluar sendirian. Tak kurang juga yang bertemankan seorang 'musyrif'. Biarkan mereka kerana mereka 'berani' dan 'senior'.Tak perlu gusar,mereka 'sudah masak' dengan 'suasana' di sini.Biarkan
Namun, penting juga saya ingatkan pada teman, bukan semua yang kita lihat zahirnya mereka (akhawat) sendirian di 'bus stop' pada waktu malam adalah di kalangan mereka yang 'berani'. Tidak, tidak semestinya begitu. Mungkin mereka juga 'rimas', gusar jika bersendirian. 'Hulur'kan bantuan,tanyalah mereka. Ini bukan omongan kosong penulis. Tidak. Penulis sendiri pernah terserempak dengan seorang akhawat yang sendirian di stesen bas. Penulis beranikan diri bertanya setelah penulis lihat riak wajanhya tampak gusar . Rupanya, akhawat tadi mahu pulang namun rasa takut untuk pulang sendirian,juga tiada sesiapa yang boleh dihubungi dek kerana semua kawannya adalah akhawat. Penulis tawarkan diri untuk menghantarnya (tika itu penulis bersama ahli bait yang sama tika disamun tempoh hari).
Menyedihkan sekali, tatkala redanya kejadian samun/ragut/curi/ugut dan sebagainya, di kala itu jugalah kewaspadaan kita tentangnya mula menurun. Bukanlah tujuan saya untuk mengata dan tidak menunjukkan rasa simpati pada yang 'kena' kerana saya juga pernah alami kejadian ini. Yang penting di sini ialah, kita mudah lalai dan lupa tentang garis panduan itu. Seoalah-olah, kita ambil mudah. Perlu kita ingat, dalam kealpaan lah, kita mudah 'diserang',dalam kelalaian lah kita mudah 'tewas'
Melayu mudah lupa.
Mungkin kita beralasan bahawa, kejadian ragut sudah lama berlaku dan makin reda,lantas kita juga menurunkan tahap kewaspadaan kita . Atau beranggapan bahawa situasi sudah tidak sebagaimana yang lepas atau atau....
Kita tidak ingin, taat kita kepada 'arahan' persatuan hanya bermusim,hanya sekadar melepas batuk di tangga. Pimpinan kita sentiasa mahukan yang terbaik untuk kita..lantas di manakah kita dalam menghargai keprihatinan mereka?
Tahniah kepada Ustaz Jamal kerana berjaya loloskan diri. Syukur padaMU ya ALLAH kerana menjaga sahabatku http://ustazrockez.blogspot.com/2008/06/terima-kasih-tuhan.html
Garapan
salmanfasiri
at
8:18 PM
0
comments
:: Mata Ini::
Saturday, June 28, 2008
Dapat email dari seorang rakan..berbicara tentang mata..juga di selitkan puisi
Aku nukilkan untuk tatapan sahabat yang bertandang ke sini :
::MATA INI::
Mata ini……
indahnya ciptaan ilahi
sesuai dgn empunya diri
yang mana tiada tukar ganti
lirikan mata runtutan hati
utk pria dan wanita sekali
yg cantik dipuji yg jelek usah dikeji
adakah mata turun kehati
nafsu itu terbit dihati
melihat jamuan dunia tak terperi
fitrah nye mata memang sukar ditafsir hati
mata ini…..
gunaan mata tidak terbatas
yang baik kurang yg jahat terlintas
adakah itu tuntutan teratas
nafsu menguasai iman tercantas
adakah kita bijak menangkas
mata ini…..
anugerah diberi dari yg esa
adakah itu fitrah manusia
tidak bersyukur nikmat yg ada
wahai sahabat yg bermata
kata ini utk mu dan aku yg bermata
renungi nikmat allah tak terkira
adakah mata di guna sempurna
rabun diberi keluhan menanti
sebenarnya peringatan dari ilahi
antara sedar ditarik nikmat yg pasti
utk hamba berfikir dan merasai dari hati
mata ini…..
tongkat sibuta menjadi mata
mata hati seterang si bermata
lebih bersyukur dari yg bermata
mencari rezeki di alam semesta
andai kita di tempat mereka
adakah kita mampu merasa
naluri tak pernah fikiran takut menjelma
sememangnya kita takut tak bermata
tapi tak bersyukur apa yang ada
mata ini…….
ayat AL-Quran penawar segala
adakah mata selalu membaca
atau sekadar waktu derita
air mata mengalir entahkan kenapa
bukan kerana banyaknya dosa
tapi mungkin kerana di tinggal kekasih jiwa
jahil sungguh manusia ini
air mata bukan menginsafi diri
tapi peluah masalah dihati
mata ini…..
gelaran di beri untuk si mata
untuk mengambar si empunya mata
jiwa hati bersinarlah mata
bersyukur tak terkira kerana mata
yang mempunyai kuasa
aku tergoda terkecewa
dari kerana mata lagu tercipta
Garapan
salmanfasiri
at
2:52 PM
0
comments
