Followers

:: Kejumudanmu dan Keterbukaanku::

Tuesday, March 27, 2007

Seringkali kita memikirkan sesuatu dengan minda yang agak terbatas dan tertutup. lalu lahirlah apa yang dikatakan jumud dalam berfikir. Namun terkadang kita terlalu meagungkan akal dan pemikiran kita yang menyebabkan kita akan tergelincir dari landasan yang benar dan diakui oleh agama kita

Tertutup dan terbukanya minda kita adlah dicetuskan oleh sejauh mana kita mempergunakannya di arah yang betul dan benar. Terkadang kita mahukan seseorang itu terbuka pemikirannya. Kita mengarahkannya agar berpijak di bumi yang nyata. Berpaksi pada realiti. Berkembang selaras dengan zaman. Namun siapakah kita untuk meletakkan standard atau tahap yang boleh diguna pakai, yang menjadi ukuran bahawa seseorang itu dikatakan terbuka atau tertutup minda pemikiran. Bagaimanakah seseorang itu boleh dihukumkan jumud, kolot,ortodok dan pelbagai label atau istilah yang direka cipta bagi menggambarkan betapa jeleknya minda yang tertutup.

Terkadang kita mengatakan sseorang itu terbuka mindanya kerana pemakaian yang ke'barat'an.Bertali leher, berkot kemas.memakai kasut kulit, berstoking dan sebagainya.
Aneh bukan? Kita perlu memakai pakaian tersebut untuk kita dikatakan bahawa kita tidak jumud dan tidak ketinggalan. Bukanlah diri ini hendak menafikan keharusan memakai semua itu tapi yang penulis ingin nyatakan di sini ialah, mentaliti kita berada di tahap yang agak tidak kena. Kenapa standard pemakain yang digunakan untuk menilai minda seseorang?

Lalu apakah standard yang perlu kita jadikan ukuran dalam menetukan jumud atau "open minded" nya kita?Bagi penulis ade beberapa perkara yang perlu diperhatikan:

1. situasi

Secara mudah, jika kita di alam menuntut ilmu;ape saje ilmu- adakah di sana gah sekiranya kita mengenakan pelbagai fesyen pakaian yang tidak menggambarkan kita sebagai seorang penuntut. Atau jika di alam pekerjaan, adakah seorang doktor akan dikatakan jumud jika dia tetap mengenakan pakaian tradisi mereka semasa bekerja, atau bolehkah dikatakan jumud jika memakai kopiah?Atau dia ingin terus bersolat walau di mana dia berada. Dan adakah akan dikatakan 'open-minded' jika seorang ustaz akan suka mengenakan pakaian kot ala barat dalam setiap urusannya?

2. pola pemikiran atau budaya setempat

Maksud di sini ialah kebiasaaan sesuatu masyarakat atau kelompok dan kumpulan. Anjakan paradigma perlu dilakukan pada perkara yang lebih bersifat tidak membina sahaja dan tidak pada yang lain.Sebagai contoh, jika mana2 kumpulan yang sering membiasakan diri dengan sesuatu panggilan antara mereka seperti saya, awak, demo, kawe; lantas kita terjahkan mereka supaya menukar kebiasaan mereka itu kepada ana,enta, i, you; sudah pastinya kejanggalan berlaku. Nah, sekarang adakah mereka akan dituduh jumud kerana tidak melakukan 'anjakan paradigma' pada perkara tersebut??

3. ruang lingkup agama

Sebenarnya inilah asas yang paling penting dalam menetukan standard kejumudan atau keterbukaan minda seseorang. Maksud saya, jika agama menetapkan had dan kawasan aurat adalah itu dan ini,sepantasnya apa sahaja yang menepati standard yang telah digariskan itu, ia lulus. Jika sebaliknya dilakukan, ia telah tergelincir dari standard tersebut. Adakah kerana bertudung labuh, atau memakai baju kurung yang menepati standard, seseorang itu akan dihukumkan jumud pemikiran?atau adakah kerana yang berseluar jeans ketat dan bertudung belit macam ular sawa itu dikatakan open-minded, mentaliti yang tinggi,mempunyai anjakan paradigma dan bertamadun?

Apa yang pasti, kita semakin terikut dengan arus pemakaian moden (tetapi sebenarnya mundur, dan menampakkan mentaliti yang tandus). Atau gaya hidup terkini, dalam apa jua aspek sehinggakan tidak dapat dimengertikan lagi UNTUK APA INI SEMUA???

:: Apo KaBa OGhe Kapung:::

Siri Ke 2 Bahasa kelate

Arini kito nak oyak sikit lagi perkataan dale bahsa kelate

Terdapat beberapa perkataan yang menggambarkan penggunaan anggota badan, contohnya

a) perbuatan pukul menggunakan kaki :

Tenjah : perbuatan mengangkat kaki lalu hentak ke bawah
Tunja : perbuatan menggunakan kaki untuk menggerakkan sesuatu
Tendah : kurang sikit dari tendang tapi kuat sikit dari tunja
Tojok : menyepak sesuatu dengan semua jari kaki ke depan
Nnja : (telah ade sblm ni)

b) perbuatan menggunakan tangan

sigung : menyiku seseorang
sugung : hentam kepala seseorang ke tanah
ghanya: (kna sengau sikit masa sebut 'nya') menggerak2kan tangan dalam air/cecair
ghawo : meraba2 secara rawak
ghasa' : (sengau sikit masa sebut 'sa') menyentuh
gaga : meraba tanpa perhati
gaha : sental
gonyok : gosok dengan sedikit kuat
junga : ambil (biasanya digunakan pabaila kita mta tlong seseorg ambilkn sesuatu yg tangan kita tak sampai

Di sana terdapat juga perkataan yang digunakan untuk menggambarkan keadaan terdesak, contohnya :

to'ok :
ka'ak ; perkataan ni menggambarkan terdesak sangat

Perkataan yang menggambarkan marah

marah : (dh biasa dengar)
murih : (bukan moreh)
wa': rasa kurang enak dalam hati

secara umumnya perkataan yang paling rendah untuk menggambarkan marah ialah wa (permulaan/bibit kemarahan), kemudian murih, lepas tu tahapa paling tinggi MARAH

Sekarang kita tengok beberapa perkataan yang membawa erti berada di samping, contohnya:

depek : sentiasa berada di sisi
nneleh : (klo nk paham maknanya kena tgok cara kucing yang dok main2 kat kaki kita)
nyepa' : (sengau skit.) ni kira cam berada bersama tanpa dijemput
kindir-kindir : mcam sengeh2 sambil berulang alik ke sana ke mari

Di sini juga akan disertakan bahasa yang biasa digunakan oleh orang kelantan untuk bahasa kesat :-

tino garik : perempuan jahat
kkore : (asalnya alat yg digunakan untuk memarut kelapa)
sepey kederey : (asalnya antara bekas yng digunakan masa hantaran kahwin)
nate cih : (ni bahsa sumpah seranah nih)

p/s: walau bagaimanapun..perkataan ni dah jarang digunakan untuk sumpah..


untuk akhirnya, satu lagi perkataan yang membawa 3 makna iaitu "LEPAS" atau disebut 'lepah' dalam loghat kelantan

1. membawa makna tinggi
contoh : tubuh lepas(h) : tubuh tinggi lampai

2. cakap tak beralas/berlapik
contoh : mulut lepas(h)

3. yang dah berlalu (sebagaimana dalam b.melayu rasmi)


Ok, jumpa lagi nanti.................

::Hari Yang Bersejarah Berdarah::

Monday, March 26, 2007



Salam alaikum kepada semua pelayar blog ni.

Moga kalian sihat hendaknya.


Ingin aku citerkan peristiwa malang sikit semalam...ke"terbolah"an aku menyebabkan aku mengalami cedera yang agak serius la (setakat ni)
Semalam ade perjumpaan pelajar2 kelantan dengan rombongan dari Kerajaan Negeri Kelantan di Dewan Abdullah kamil, AlAzhar. Majlis tu mulaa jam 8:30pg tapi semua ahli bait aku (kecuali Ust Rahim) bertolak ke sana lewat sikit le.Biasala, melayu yg Islamnya amat tipis..huhu.

Bas yang dtunggu dah tiba,mulanya nak naik teksi je sebab dah lewat sangat.Em last2 naik bas le juga sbb kebetulan bas datang awal.


Aku masih lagi mengantuk kt dalam bas tapi alhamdulillah dapat tempat duduk...jadi mudahle nk mulakan balik 'operasi tidur' aku.sbb malam td memg lewat sangat tdo tapi alhamdulillah masih sempat solat subuh berjamaah.(bab ni kena jaga beb)

Layan je tdo dlu pastu dekat nak sampai destinasi, aku tersedar...masa tu bas penuh sesak, memang ramai btol la aritu,orang sedang bersesak2 nak pi kerja. Kawan2 sume dah turun tinggal aku je yang mamai ni nak turun. Bas plak xberhenti lalu aku mulakan le adegan stunt aku yang takde dalam skrip asal...


GEDEBUB!!!!!!..adeh,aku tergelecek masa landing kaki.tambah plak ter'landing' kat lopak.

aku terus je bangun berdiri macam xder ape2.Mujur le masa tu orang xdela ramai sangat tunggu bas kat situ.Aku buat bodo je..kawan2 pn datang,terkejut.Dorang cakap :" Wei, hampir2 kena pijak dek tayar bas!!!"Enta ok ke?

Aku senyum selamba :" Alhamdulillah xde pape (masa tu aku rasa lutut aku semacam je, terketar2)


Aku cuba nak berjalan tapi terketar2 juga.Nak angkat kaki rasa semacam.sakit bila dibengkokkan.Adeh cne nak jalan ni.Aku tercegat je.


"Enta boleh jalan ke?Biar kami papah"

"Em xpe2.ok je ni,cuma seluar je terkoyak". sambil aku belek2 seluar yang terkoyak.selak sikit..alamak!!berdarah le plak.


xpela..sikit je.


Aku masuk majlis tu dalam keadaan selamba dg seluar terkoyak..Bahagian protokol plak letak tempat duduk aku kat tepi sebelah kiri,..dekat dengan tempat duduk untuk ppuan.

Ni x sedap ati ni sebab kesan sluar yg koyak sebelah kiri...so nampak dek para akhawat (ppuan), malu le..mesti ade yang tertanya2. Lalu aku tukar tempat duduk dengan kawan sebelah..biar aku dok ke dalam sikit..xdela nampak sangat. Masa kertas keje dibentangkan,aku dok asyik urut lutut aku..xleh nak bengkok..alamak..sakit lagi..sedih sedih..


Makan tengahari,aku jumpa dengan sahabat yang boleh mengurut..tp xsempat nak habiskan sebab aku pakai seluar...kalau pakai kain tu..mudah le nk urut..adeh..

Masa solat punyalah susah aku nak sujud n tahiyyat..sbb xleh nak bengkokkan lutut.huhu..


Dipendekkan citer, malam aku mnta ust Nik hantar aku balik..alhamdulillah dia kabulkan. Nak naik tangga untuk sapai ke rumah sewa aku..punyalah tinggi..tingkat 4 beb. Solat maghrib atas kerusi je...

Malam tu aku hubungi semua mereka yang expert dalam bab mengurut ni..tapi semua mereka ade kerja dan perjumpaan dengan beberapa orang dan ahli rombongan...adeh..ujian2.


Alhamdulillah paginya,adela sorang ikhwah datang untuk mengurut. Sekang dah lega sikit wlo masih lagi terasa sakit bila nak bengkokkan lutut. JAZAKALLAH khairan kathiran...


dan masa aku dok menaip ni pn, aku masih lagi tyerasa sakit..dah boleh bengkokkan sikit2 lutut ni..


Ujian Mu Ya Allah..


p/s : Len kali buat le aksi stunt yang giler2 lagi (pesanan dari kawan aku)