Followers

Bila Pope Tidak Berimuniti

Tuesday, April 6, 2010


Akhbar Utusan Malaysia melaporkan bahawa peguam-peguam Britain membayangkan kekebalan pope boleh dicabar .

Dunia semakin melihat kejelekan paderi-paderi yang berlaku di balik tabir gereja. Dunia Kristian pernah digemparkan dengan skandal seks paderi tidak lama dahulu. Namun tiada peruntukan yang membolehkan perbuatan pope dibicarakan mahkamah dunia . Hasilnya, kekejian yang berlaku terpaksa dipekakkan telinga . Paderi tetap bebas melakukan apa yang tidak boleh bagi oreng biasa .

Pada zaman sebelum berlakunya renaissance , pihak gereja dengan sewenangnya menjual surat pengampunan dosa (indulgance - betul ke eja ni ). Paderi dianggap suci hingga tuntas memperguna akidah Umat Kristian untuk kepentingan peribadi .

Kejelekan pihak gereja yang berkepentingan peribadi bukan berlaku sekarang sahaja bahkan ia adalah rentetan sejak berzaman . Pastinya kita pernah susuli sirah Salman Al Farisi yang merantau jauh untuk mencari hakikat hidup beragama .

Satu ketika beliau pernah berdampingan dengan paderi yang memungut derma, sumbangan dan zakat yang kemudiannya disimpan oleh paderi untuk kegunaan peribadi . Sekalian penganut Kristian tempatan beranggapan hasil sumbangan diguna untuk tujuan kebaikan, namun sebaliknya berlaku diluar pengetahuan mereka. Sikap dan perbuatan paderi itu terbongkar setelah kematian paderi dan posisi itu diambil alih oleh seorang paderi yang amat mentaati ajaran Kristian yang benar. Bermula dari situ, segala agihan dapat disalurkan dengan sempurna ( harapnya wang ehsan untuk rakyat Kelantan diagih-agih saksama dan bukannya dipilih-pilih orangnya ).

Itu dahulu, sekarang ini manusia moden sudah boleh berfikir . Syukurnya umat Kristian mula sedar tentang prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Islam tidak pernah membataskan tindakan kepada individu tertentu . Tidak ada konsep kekebalan dari hukuman ( immuniti) dalam Islam. Semua yang bersalah akan tetap dikenakan tindakan . Manakala apabila didapati bersalah, tidak ada konsep pengampunan oleh ketua pimpinan agama.

Lihatlah ketegasan Nabi SAW :

" Demi Zat yang mana diri Muhammad berada di genggaman-NYA, jika sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti akan ku potong tangannya ".

Itulah keadilan Islam . Bukan menjaga kepentingan individu tertentu, bahkan semua mempunyai hak yang sama .

Indahnya Islam ...

Berakhirnya Kursus Pra Perkahwinan

Monday, April 5, 2010

AlhamduliLLAh, segala pujian hanya untuk Yang Haq..

Setelah minda berhempas pulas selama sehari setengah di Masjid Negara, mengikuti kursus Pra Perkahwinan, akhirnya pada jam 7pm 4 April 2010 , kursus tersebut tamat.

Walaupun saya sudah mempunyai ijazah pertama (BA) dalam bidang Syariah Islam, dek kerana undang-undang keluarga Islam bagi negeri luar Kelantan yang mewajibkan semua bakal ( jangan fikir hanya yang nak kahwin sahaja yang ikuti, bahkan juga terbuka kepada yang ingin menyertainya sekalipun tiada keinginan kahwin. Sijil ini laku selama-lamanya ).

Majlis Agama Islam Kelantan ( MAIK) hanya mewajibkan kepada pasangan yang tiada sijil agama sahaja. Bagi yang mempunyai paling minima Sijil Menengah Ugama ( SMU- sijil peperiksaan bagi tingkatan empat sekolah menengah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan ) , boleh membuat permohonan pengecualian kursus . Ini bermakna, di Kelantan, saya sebagai pemegang BA amat boleh dipertimbangkan untuk mendapat sijil pelepasan kursus - dan saya dah dapat!! ( Diulangi lagi, tidak semestinya yang ikuti kursus tu, mereka akan kahwin)

Sejujurnya, saya agak 'bosan' semasa berada di bilik kuliah kursus . Tika itulah terbayang di fikiran, bagaimana boringnya Adi Putra bila berada dalam kelas yang tidak 'setaraf' dengan kebolehan yang ada padanya , dan dia juga pernah suarakan kebosanannya itu . Bukan saya ego tapi itulah yang saya rasa.

Namun, slot terakhir amat menarik perhatian saya . Tajuk yang dibentangkan ialah " Pengurusan Stres " dan " Kesihatan" oleh pensyarah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) . Tambahan pula dia orang Kelantan hehe, mudah faham agaknya. Bukan taksub ni .



Teringat kata-kata beliau :

" iklan makin rosak, contohnya Coca-cola, sepatutnya bila lepas minum kita sebut "alhamduliLLAH" tapi apa yang keluar ialah BRRRRR!!!!. Budaya yang akan menghakis jati diri generasi umat Islam ".

Katanya lagi :

Secara teorinya, dengan pembukaan kilang Coca-cola di Malaysia, harga gula akan melambung naik. Mengapa? Ini kerana kerajaan ingin 'mendidik' rakyat supaya mengurangkan penggunaan gula . Air minuman dalam tin punyai paras gula yang tinggi iaitu antara 7-9 sudu . Badan manusia hanya memerlukan kira-kira 7-8 sudu gula sehari !!

Itu sebahagian dari yang disebut . Saya amat setuju; iklan lain adalah REXONA, yang digambarkan seorang perempuan malu-malu untuk ambil barang yang hendak dibeli kerana takut ketiaknya dilihat . Bukankah itu pendedahan aurat!!? Jika perempuan menutup aurat, adakah dia malu mengangkat tangan untuk capai barang yang berada di atas?

Begitu juga iklan VEET yang digambarkan seorang wanita tersangkut pada pagar yang akhirnya kain itu dikoyak bagi menampakkan kemulusan betisnya!!!!

Sememangnya wanita dipergunakan Umat Islam dilekakan..

First Day on First April

Thursday, April 1, 2010

AlhamduliLLAH selepas menghadiri temuduga di Impact Learning Resources pada 29 Mac 2010, saya diberi tawaran kerja di sana.

Awalnya saya ditanya tentang apakah jawatan yang menjadi fokus saya . Sebetulnya, sesuai dengan bidang pengajian yang saya tekuni selama ini, tenaga pengajar menjadi tumpuan .

Namun dek kerana Impact Learning Resources adalah syarikat konsultan, maka saya teruja untuk bersama team mereka. Saya perlu bermula dari bawah. Kebanyakan syarikat konsultan, dalam modul mereka, menekankan aspek spiritual dengan itu saya punyai persepsi bahawa, perlunya para pendakwah mengkaji dan meneliti manhaj baru dalam konteks penyampaian ilmu .

Sebelum ini saya mengisi borang KPLI secara online dan pernah dipanggil untuk Mtest namun atas kesilapan teknikal saya terlepas untuk duduki ujian tersebut. Mungkin ada hikmah.

Hari pertama pada 1 April, saya diberi penerangan ringkas berkenaan bidang tugas saya di sini. Saya diletakkan di bahagian Pembangunan Pendidikan . Nama pun dahsyat kan? Tapi bagi saya biasa sahaja sebab secara mudahnya saya adalah guru tuisyen ( hehe nama je hebat) . Atas kapasiti ini, saya diminta mnyediakan modul untuk subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi pelajar tingkatan 3, 4, 5 juga untuk pelajar sekolah rendah. Fuhh!!

Apa pun saya juga diminta membantu dalam bidang konsultan, sebagai sampingan sahaja , pengisi slot solat dan qiyamullail. AlhamduliLLAH, satu pengalaman .

Rasanya saya perlu PA juga kot untuk merancang bersama-sama modul untuk kursus... Ada yang sudi? Ada seorang kenalan dalam MAP, tak nak bantu saya ke?