
AlhamduliLLAH, malam tadi berlangsungnya satu forum anjuran Lajnah Pengetahuan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir di bawah tajuk " Pengenalan Manhaj Pengajian Hadis, Usul dan Dakwah.
Progam siri pertama ini membariskan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Abdul Azib b Husin ( Master Syariah Al-Azhar ), Ustaz Mohd Zulkifli Abdul Ghani(Master Dakwah Al-Azhar) dan penulis . Moderator ialah Ustaz Mohd Arifuddin Wan Abdul Razak ( Master Usuluddin Al-Azhar).
Forum dibahagikan kepada 3 slot, iaitu 2 slot untuk ahli panel dan 1 slot soal jawab.
Antara isi penting untuk slot 1 dan 2 ialah:
Ustaz Abdul Aziz
Slot 1
- pengertian manhaj : pandangan umum tentang sesuatu perkara yang mempunyai matlamat, tujuan dan garis panduan
- ilmu usul ialah ilmu yang membahaskan bagaimana mencari kefahaman dan membuat kesimpulan hukum dari dalil-dalil Al Quran , Sunnah, Ijmak dan Qiyas.
- seseorang yang mendalami kesemua cara memahami sumber dalil, akan mencapai taraf mufti yang boleh mengeluarkan fatwa
Slot 2 : Apikasi usul
- apabila sesuatu persoalan semasa diajukan oleh penanya, ulama akan meneliti sumber hukum yang ada kaitan dengan persoalan yang dikemukan, seterusnya mempastikan sumber dan dalil yang diguna adalah bertepatan dengan persoalan dan seterusnya mengkaji pendapat-pendapat ulama terdahulu lalu membuat kesimpulan hasil dari pengkajian beliau.
- Sebagai contoh dalam bab pinjaman dengan faedah, ulama akan meneliti semua dalil yang membicarakan tentang pinjaman, seterusnya melihat kata-kata ulama terdahulu, mengkaji syarat-syarat pinjaman dalam Islam dan seterusnya membuat kesimpulan tentang persoalan tadi. (contoh ini adalah dari penulis, sebab tidak jelas tentang contoh yang diberi ahli panel)
Slot 1: Pengenalan Manhaj Hadith
- pengertian hadis adalah berbeza mengikut kefahaman bidang. dalam feqah, hanya melihat hadis dalam skop hukum , bidang sirah mengkaji hadis dari aspek sejarah, namun ahli hadis melihat hadis dalam semua aspek gerakan dan diam Nabi SAW.
- perbahasan dalam ilmu hadis : merangkumi penukilan hadis dari generasi ke generasi, pengkajian sifat perawi hadis, nilai dan taraf hadis samada boleh diterima atau tidak
- peringkat pengajian : perlu melengkapkan diri dengan ilmu asas seperti ilmu bahasa arab, sastera arab, mantik, usul feqah, usul tafsir dan juga usul hadis.
- ini penting kerana pemahaman hadis merangkumi kesemua bidang tersebut
- menambah keyakinan terhadap hukum dan amalan yang dilakukan , semuana bersandarkan dalil
- bersangka baik terhadap ulama yang menyatakan hukum secara ringkas
- dapat mempastikan segala berita yang diterima bertapis .
- cabaran yang dihadapi ialah, akan adanya tohmahan dari orang yang tidak memahami. Tohmahan seperti ahli hadis tidak mahir feqah, keluar dari Ahli Sunnah wal Jamaah. Memporak peranda masyarakat dan sebagainya.
Ustaz Zulkifli
Slot : Manhaj Dakwah Dan al-Azhar
- perbezaan metod dakwah Nabi antara period di Mekah dan Madinah yang mana di Mekah metod dakwah hanyalah tertumpu kepada kaum kerabat dan pemasakan aqidah sahaja manakala Madinah lebih kepada dakwah semesta dan pengukuhan hukum dan hubungan sesama
- perbezaan metod zaman Umayah, Abasiyah
- kemasukan unsur-unsur luar contohnya Yunani dan Greek
- Metod Al-Azhar ialah wasatiyah ( sederhana), tidak kesampingkan ilmu dunia, amar makruf nahi munkar dan terbuka dalam semua bidang ilmu
- berlakunya kepelbagaian manhaj yang akan membawa kepada percanggahan satu sama lain yang ingin menegakkan manhaj masing-masing
- peranan al-Azhar dalam menyatukan kesemua manhaj
- Isu pembinaan tembok Mesir yang menyekat penduduk Palestin
- Isu Kalimah Allah
- Persoalan sekitar menyatukan semua manhaj contohnya manhaj aqidah salaf khalaf
- Manhaj Nasiruddin Al-Albani yang ada mengkritik Sohih Bukhari
- Manhaj Aqidah ahli Hadith
- Siapakah yang menjadi keutamaan dalam dakwah, adakah pemerintah atau rakyat
- Solat Hifzi: antara hadis, bagimana tarafnya di sisi ahli hadith
Hingga bertemu lagi pada siri ke 2
