Aku adalah manusia yang menjadi hamba kepada Allah.Aku teringin untuk dihimpunkan bersama dengan kumpulan solehin walau aku bukanlah di kalangan mereka
Blog ini sepi buat beberapa waktu. Seperti biasa, saya menyandarkan alasan 'SIBUK' ( familiar ). Almaklumlah sekarang ini kelas tutorial buat adik-adik junior sedang rancak berjalan.
Kemaafan dipohon dari adik-adik Kuliyyah Bahasa Tahun 1 & 2 di Iskandariah, kerana tidak memenuhi undangan mereka. Maaf, bukan sibuk sangat pun, cuma 'rasa malas' menghantui seketika tatkala pihak entun menghubungi
Juga maaf dipinta dari adik-adik Kuliyah Dirasat ( Syariah ) Mansurah kerana tidak dapat turun padang bersama entun. Mungkin kita bertemu pada semester ( fasal ) depan Insha Allah
Begitu juga buat adik-adik Syariah Banat Kaherah Tahun 4 kerana agak lewat memulakan kelas
Tidak lupa buat adik-adik Kuliyah Bahasa Arab Tahun 2 Banat Kaherah di atas penangguhan kelas beberapa kali
Ikhwah Syariah Tahun 4 Kaherah, saya pohon kemaafan juga di atas penangguhan kelas untuk ke sekian kalinya
Pada semester kali ini saya hanya menumpukan kelas untuk adik-adik di Kaherah sahaja. Atas beberapa faktor yang tidak mampu saya atasi. Kesihatan juga tidak mengizinkan untuk saya berada di luar Kaherah ( bahkan luar Hayyu Sabie' sekalipun)
AlhamduliLLAH, minggu ini saya dapat susun jadual dengan baik. Beberapa kelas juga telah habis sukatan untuk subjek mereka, antaranya Kuliyah Usuludin Tahun 3 Hadith Banat Kaherah
MALAM
PETANG
PAGI
HARI
Lughah 2
Syariah 2
AHAD
Syariah 4 (Banin )
Lughah 2
ISNIN
Syariah 4 (Banat)
SELASA
Syariah 4 (Banat)
Syariah 2
RABU
Syariah 2
KHAMIS
Syariah 4 (Banat)
SABTU
Saya meminta maaf kepada Kuliyah lain sebab terpaksa menolak permintaan mereka
Memang dari asasnya jadual tidaklah terlalu padat, tapi atas beberapa sebab diluar kemampuan diri untuk menanganinya.
Hari ini 6 Disember merupakan hari ulang tahun peristiwa pencerobohan Masjid Babri
Di bawah adalah kronologi peristiwa
Kronologi Ayodhya
1528 : Sebuah masjid telah dibina di atas tapak Ayodhya. Walaubagaimanapun sesetengah penganut agama Hindu percaya bahawa ia adalah tapak tempat kelahiran tokoh agamawan mereka, Lord Rama.
1853 : Keganasan beragama pertama dicatatkan di Ayodhya. Enam tahun kemudian, pegawai British telah memagari kawasan dalam masjid untuk kegunaan orang-orang Islam, manakala petak luar dibenarkan untuk kegunaan orang-orang Hindu.
1949 : Pergaduhan berterusan menggesa Kerajaan India menutup tapak tersebut dan mengisytiharkannya sebagai kawasan pertikaian.
1984 : Orang-orang Hindu membentuk pergerakan untuk “membebaskan” apa yang mereka katakan sebagai tempat kelahiran Lord Rama, diketuai oleh persatuan Vishwa Hindu Parishad (VHP).
1986 : VHP meletakkan batu asas di atas tapak berkenaan sebagai cadangan untuk pembinaan kuil baru.
1986 – 89 : Timbul konflik tentang masa depan tempat tersebut. Orang-orang Islam menubuhkan Babri Most Action Committee (Majlis Tindakan Masjid Babri). Perundingan di peringkat atasan gagal menyelesaikan isu tersebut.
1992 : Masjid telah dirobohkan oleh penyokong-penyokong VHP, iaitu persatuan Shiv Sena dan persatuan BJP, di mana ianya sangat berpengaruh di kawasan Uttar Pradesh setahun lebih awal. Lebih dari 2,000 orang terbunuh dalam pergolakan agama di seluruh Negara.
1994 : Seluruh kawasan tersebut telah diambil alih oleh kerajaan India.
2001 : Ketegangan terus meningkat terutama pada hari ulang tahun memperingati kemusnahan masjid Babri. VHP sekali lagi berjanji untuk membina kuil Hindu di atas tapak tersebut.
Feb 2002 : VHP memutuskan tarikh 15 Mac untuk memulakan pembinaan. Beratus-ratus sukarelawan berkumpul di tapak tersebut. Orang-orang Islam menyerang, membunuh 55 orang aktivis Hindu sekembalinya mereka daripada Ayodhya. Sebagai balasan, orang-orang Hindu telah mengganas di Ahmedabad, membunuh orang-orang Islam juga memusnahkan rumah-rumah dan perniagaan-perniagaan mereka. Lebih dari 2,000 orang meninggal, dan tentera-tentera telah dihantar untuk mengawal pergolakan tersebut.
April 2002 : Akhbar UK melaporkan bahawa rusuhan itu sebahagiannya diatur untuk pengahapusan etnik oleh Negara tersebut.
AlhamduliLLAH..Eid Adha untuk tahun ini telah berakhir. Jemaah haji juga telahpun selesai melakukan ibadah haji mereka pada semalam. Mungkin mereka akan menjalani ibadah umrah, iktikaf atau menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah atau mungkin juga melawat Taif dan Jeddah.
Imbauan kenangan di Tanah Harampada tahun lepas (2008) amat indah buat diri ini.
Tahun ini ( setelah istikharah ), saya menangguhkan hasrat ( walaupun berat ) untuk ke sana dan AlhamduliLLAh, rupanya penangguhan itu adalah rahmat untuk saya . Terima Kasih Ya Allah
Bulan Disember ini, saya lalui dalam suasana yang agak suram.
Ada sahabat bertanya :
" Ana tengok enta ceria semacam je malam ni, kenapa? Ada berita gembira dari 'sana'?. Alahai, kenapa nak berahsia plak ni?
Saya hanya tersenyum . AlhamduliLLAH riak muka saya tidak menggambarkan kesuraman hati. Ya, bungkam di hati tidak membanjirkan airmata ke pipi.
Satu SMS diterima ;
" Ana nak jemput enta ke majlis walimah ana minggu depan. Datang ye. Solat Hajat untuk ana"
'Sahabat' saya akan bersanding di bulan ini. Tapi bukan itu ( yang amat ) mendukakan saya . Saya akan sentiasa doakan untuknya
Beberapa hari lepas, barulah saya dapat menghubungi keluarga saya di kampung. Mama menangis. Saya tidak mampu tertahan airmata ini jika dalam kondisi sebegini.
Jika seorang ibu menangis, pasti ada sesuatu yang tidak tertahan olehnya.Tidak mampu terungkai dengan kata-kata.
Saya gagahkan diri untuk menenangkan mama, juga mencungkil apa yang berlaku di sebalik tangisan mama. Dulu pada 2007 mama pernah menangis bila saya memeluknya sepulang saya dari Selangor setelah sebulan menjadi imam terawih. Kini sekali lagi mama menangis
" Ada M***t bagitau apa-apa?" mama bersuara
" tidak"
" Dia syak dia kena sihir, lepas tu dia dibawa kawannya untuk berubat. Bomoh tu cakap, mama yang sihir"
AstaghfiruLLAH.!!! Sungguh lancang mulut si bomoh!!!!!
Dengan tiada rasa apa-apa, seorang ibu dituduh sanggup menyihir anaknya sendiri
Atas alasan apa?? Saya kenal ibu saya. Saya fahami adik saya. Memang adik saya kurang ilmu agama, tapi sewenangnya dia ditipu bomoh. Dahsyat!!!!
عائشة رضي الله عنها قالت سأل رسول الله صلى الله عليه وسلم ناس عن الكهان فقال ليس بشيءفقالوا يا رسول الله إنهم يحدثونا أحيانا بشيء فيكون حقا فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم تلك الكلمة من الحق يخطفها من الجني فيقرها في أذنوليه فيخلطون معهامائة كذبة
Daripada Aisyah ra katanya : Beberapa orang bertanya RasuluLLAH SAW tentang bomoh lalu Baginda menjawab : Dia tidak (memberi) apa-apa (kesan ) Mereka berkata: Wahai RasuluLLAH, kadang-kadang mereka menceritakan sesuatu yang benar-benar berlaku. RasuluLLAH saw menjawab : Kata-kata itu (memang) antara kebenaran yang mana jin mencurinya (curi dengar dari langit) lalu dibisikkan ke telinga sekutunya ( bomoh) lalu mereka campurkan dengan seratus pembohongan
( Riwayat Bukhari)
Lantas saya hubungi adik saya, dan saya jelaskan pandangan Islam tentang amalan menemui dukun, bomoh dan sebagainya
عن أنس ابن مالك رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أتى كاهنا فصدقه بما يقول ؛ فقد برىء مما أنزل على محمد صلي الله عليهوسلم ، ومن أتاه غير مصدق له ؛ لم يقبل له صلاة أربعين ليلة
Maksudnya : Sesiapa yang datang bertemu bomoh (dukun ) lalu mengiyakan apa yang dikatakan olehnya, maka dia telah terkeluar (terlepas) dari (ajaran) yang diturunkan kepada Muhammad SAW, sesiapa yang datang bertemunya (bomoh atau dukun) tanpa mengiyakan kata-katanya, tidak akan diterima solatnya selama 40 malam
( Riwayat AtTabrani)
Syaitan memang sengaja ingin mewujudkan permusuhan sesama manusia, pemecah belah. Menjadikan suami isteri bercerai berai. Syaitan tidak mahu melihat manusia bersatu
"Dan sesungguhnya syaitan hanyalah bermaksud untuk menimbulkan permusuhan dan kebencian di kalangan kamu dan menghalangi kamu dari jalan Allah dan solat, maka tidakkah kamu mahu berhenti?"
(surah Al maidah ayat 91 )
Saya mengharapkan agar Allah memberi hidayat kepada bomoh tersebut