Followers

:: Ulama Muqarrar ::

Wednesday, July 8, 2009


Seusai memberikan kuliah maghrib, menggunakan matan Aqidah Tohawiyah, saya bersembang bual dengan penghuni asrama pelajar matrik al Azhar. Rumah agak besar, namun penghuninya masih sunyi, banyak bilik belum dipenuhi. Penghuni sekarang berjumlah 24 orang.15 ikhwah dan selebihnya akhawat Dengar khabarnya, akan dipenuhi oleh pelajar akan datang selepas raya nanti, mungkin seramai 34 (kalau tidak silap dengar)


Saya rasakan, mereka semua ini pelajar yang cintakan ilmu, rajin belajar talaqqi di masjid al Azhar. Terkadang malu dan rasa tak layak untuk menjadi tenaga pengkuliah mereka, namun atas dasar berkongsi ilmu dan bermunaqasyah, saya gagahkan juga


Saya berpendapat, semacam ada jurang antara mereka dengan pelajar yang datang dengan STAM, muadalah dan seumpamanya. Mungkin persepsi terhadap mereka yang datang dengan MoU ini dipandang enteng dan tetapi mereka tidak harus dituding jari lantaran projek matrik ini biarpun orang kenamaan dikatakan berada di belakang projek ini.


Keinginan junior untuk meneroka ilmu di bumi mesir tidak harus dinafikan, mungkin cara yang mereka susuri kurang disenangi banyak pihak,namun, apa salahnya jika kita menerima mereka. Bukan kita sahaja yang ingin menyedut setitis ilmu di sini. Adakalanya mereka lebih baik dari kita yang telah lama pasakkan kaki, mendakwa sebagai pelajar al-Azhar.


Bahkan bagi saya, kebanyakan kita hanya akan menjadi ulama muqarrar dek kerana hanya membaca dan sibuk mencari muqarrar tatkala musim imtihan. Kita terkadang terikut-ikut dengan trend beberapa pelaja arab yang kurang sesuai untuk kita. Trend pemakaian, cara belajar, sikap dan beberapa lagi(saya tidak menafikan sebilangan pelajar al-Azhar yang istiqamah bertalaqqi menggali permata ilmu ).Apa yang mendukacitakan , pada imtihan yang lepas, kertas usul feqah diulang periksa disebabkan protes pelajar yang menyatakan soalan di luar muqarrar. Apakah semua ini??


Tidak mustahil suatu hari nanti, kualiti pelajar al-Azhar, yang suatu ketika dulu, amat dipandang tinggi, sekarang ini bagaikan dedaun kering yang berterbangan, tuntas mengikut rentak angin, tanpa arah tuju


Fikir-fikirkanlah. Senyum aja

:: Senyum Aja ::

Saturday, July 4, 2009




Kebelakangan ini, ramai sahabat yang melangsungkan perkahwinan. AlhamduliLLAh, gembira di hati ,elihat sahabat menyemputnakan sebahagian dari tuntutan agama.


Beberapa malam lepas, di Dewan Tok Kenali, ketika membacakan kitab Jawahir AlBukhari, satu tajuk amat menarik perhatian saya. Tajuk " Berpuasa bagi mereka yang bimbang status bujangnya "



عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ



Maksudnya: Daripada Abdullah bin Mas'ud ra katanya : Rasulullah SAW bersabda: Wahai pemuda, sesiapa yang mampu untuk berkahwin dikalangan kamu maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih trjaga maruah. Sesiapa ynag tidak mampu, hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah umpama kekangan baginya (dari nafsu)

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Nampaknya saya perlu usaha untuk berpuasa sebab tidak mampu membina masjid. Sekarang agak sukar melakukan ibadah sunat itu. Kenapa? Senyum aja.



Saya juga sudah mengurangkan aktiviti 'terjelepuk ' depan computer dalam seminggu dua ini . Kenapa? Senyum aja






Saya juga disarankan agar mengambil tender untuk Bazaria Ikhwah KPKM 09 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Saya kurang berminat walaupun ramai sahabat menyarankan agar saya menjadi penggerai kerana mereka ingin menikmati masakan Nasi Afghan atau Beriyani.Kenapa? Senyum aja.






Keceriaan yang terpancar dari hati saya, beberapa hari lalu, dipadam serta merta oleh satu sms, sama seperti tahun lepas yang kemudian membawa saya menyusuri jalan ke Mekah. Mungkinkah Allah memanggil saya lagi untuk menziarahi rumahNYA, atau Nabi SAW juga meminta saya menziarahi pusara Baginda, demi melenyapkan kelam di hati? Kenapa? Senyum aja



TAHNIAH PADA SAHABAT YANG BERKAHWIN



بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير



p/s: Terkadang fikiran sentiasa terbayang pada dia yang bergembira dengan ujian, cemburu dengan belaian rahmat Allah, yang menganugerahkan sakit kepadanya.(ohya, hati unta untuknya, belum dapat dikirim)

:: Ziarah Sahabat ::

Thursday, June 25, 2009

Semalam berkunjung ke rumah seorang sahabat rapat. Telah lama tidak bersua dengannya sejak kami kembali dari mekah tempoh hari.

Seingat saya, tika di mekah kami mengakrabi kebersamaan kami di sana. Sentiasa bersama, makan, minum bahkan demam pun ..huhu..Tika bekerja di bangunan yang disewa Tabung Haji, pengalaman 'ditangkap' pihak muassasah kerana disalah anggap menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di dalam bangunan. Cengeng sungguh, semua tu angkara mamat-mamat Bangla di situ.Sabar jela.

AlhamduliLLAH..
Walau beliau tidak mahu bergambar di malam ziarah itu, saya jadikan Fatimah Azzahra sebagai model iklan kali ini..haha. Pelik la juga si cilik ini, dulu tika masih kecil susah sangat nak duk atas riba, tapi ni dia merengek nak dukung lak..adehhh..ponat den dukung, pujuk-pujuk baru le nk turun..
Inilah fatimah Azzahra



Fatimah ni suka bergambar, memang patut pun sebab Abuya nya suka bergambar, kira bapa borek anak rintik laa


Moga kami sentiasa dipayungi rahmat Allah dan moga ukhuwwah ini terbina atas nama Allah.

Ya Allah, moga kami disenaraikan di kalangan mereka yang berada di bawah naungan teduhanMU di akhirat sana..Aameen