Mesir diserang pondan?
Pemandangan yang agak kurang selesa dewasa ini di Mesir apabila wujudnya sekumpulan pondan di kalangan pelajar agama Mesir.
Bukanlah bertujuan untuk merendahkan martabat golongan ini. Jika benar mereka diciptakan begitu, tiada lafaz yang perlu dihambur, mengkritik..namun yang menjadi kurang enak pabila sifat kewanitaan dipuja, diasuh sehingga terkadang jelik untuk dilihat. Lebih perempuan dari perempuan!!!!!! Loya aku
Imam Abu Ja'far at Tabari pernah menyatakan:
" Tidak boleh menyerupai wanita dari segi pakaian dan hiasan yang dikhususkan untuk kaum wanita, begitu juga dari segi percakapan dan cara berjalan"
Tambahan dari Ibnu Hajar al Asqalaani:
" dari segi cara berpakaian, ia berbeza di setiap tempat, mungkin pakaian lelaki dan wanita hampir sama tetapi wanita wajib memakai hijab, wajib terlindung"
Cercaan Agama kepada Pondan
Dalam riwayat Al Bukhari, dalam perbicaraan tentang pemakaian (Kitab alLibas)
عن ابن عباس قال
لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال والمترجلات من النساء
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas ra, katanya: Nabi SAW melaknati lelaki yang menyerupai wanita (pondan) dan wanita ynag menyerupai lelaki (tomboy)
( Al Bukhari hadith no 5436)
Begitu juga dalam riwayat Ahmad hadith 1878, riwayat Tirmizi hadith 2079, AdDarimi 2535 dan Bukhari 6331
Wujudkah Pondan di zaman Nabi? Apa yang baginda lakukan terhadap mereka?
Kita teliti riwayat di bawah (tanpa disertakan teks asal /matan)
1. Daripada Aisyah r.a, beliau pernah berkata kepada seorang pondan yang ada di Madinah, namanya Anna :" Bolehkah awak beritahu kita tentang wanita yang dipinang Abdul Rahman bin Abu Bakar? Anna menjawab :"Pasti". Lalu dia menggambarkan wanita itu jika menuju kearah kita, umpama ada empat, jika meninggalkan kita ada lapan (perumpamaan kepada mereka yang badan agak gebu)
2. Riwayat daripada Ibnu Ishaq:Ketika Nabi memerangi penduduk Taif, turut serta bersama baginda ialah hamba kepada ibu saudara baginda ( Fatimah binti Amru bin 'Aiz), hamba tersebut bernama Mati', duduk berbual bersama isteri-isteri Nabi SAW. Pada tanggapan Rasulullah,pondan itu tidak terkesan dengan wanita sebagaimana lelaki lain, tiba-tiba Nabi terdengar perbualannya (Mati') dengan Khalid bin Al Walid : Jika kamu berjaya menawan Taif, jangan biarkan Badiah binti Ghailan terlepas, kerana dia berjalan ke hadapan umpama ada empat, jika berjalan pergi,umpama ada lapan". Lalu Nabi berkata kepada para Isteri baginda :"Aku tidak sangka si keji ini tahu apa yang dia cakapkan, jangan biarkan dia masuk dan duduk bersama kamu". Bermula dari saaat itu, Mati dilarang dari memasuki rumah baginda.
3. Riwayat Abu daud daripada Abu Hurairah ra, bahawa satu ketika,seorang pondan dibawa berjumpa Nabi SAW dalam keadaan tangan dan kakinya berinai,lalu ada yang berkata :" Waahai RasuluLLAH SAW, orang ini menyerupai wanita,lantas Nabi menyuruhnya pergi berpindah ke Naqi'. Ada di kalangan sahabat lain bertanya:" Bolehkah kita membunuhnya?". Nabi menjawab: " Aku dilarang membunuh mereka yang mendirikan solat".
4. Hadith tentang peminangan Sa'd bin Abi Waqqas,satu ketika beliau meminang seorang wanita Mekah. Beliau berkata:" Siapakah yang boleh gambarkan kepadaku tentang wanita tersebut?". Salah seorang pondan bernama Hit, menjawab:" Aku boleh ceritakan tentang gambaran bentuk badannya"
Sekali lagi ditegaskan, tulisan ini bukanlah hendak menghina golongan pondan yang dah tersedia ciptaan Yang Esa, tapi lebih kepada mereka (lelaki) yang 'membela' dan 'membelai' sifat kewanitaan. Mereka yang telah tercipta pondan juga perlu cuba untuk 'sejatikan' kelelakian mereka.jika betul-betul tidak mampu, Islam adalah agama yang tidak 'rigid'
WaLLAHu 'Alam
Followers
:: Mesir Diserang Pondan? ::
Monday, May 11, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
4:13 PM
0
comments
..aLAMAK..dIA DaTaNG....
Friday, May 8, 2009
Salam Imtihan buat semua warga al-Azhar..
Jadual peperiksaan untuk tahun 4 Kuliah Syariah Islamiyah dah lama keluar. Tika itu ana dalam siri menjelajah muhafazah di samping tugas-tugas di kaherah. Banyak lagi yang masih belum dapat diselesaikan. Nusus tahun 1 banat Kaherah, beberapa madah untuk tahun 3 syariah banat Kaherah juga belum dapat dihabiskan. Dalam masa yang sama, satu madah tahun 4syariah banat yang sebelum ni ana tolak atas dasar bimbang tak sempat habiskan muqarrar mereka. Aku pohon berbanyak kemaafan dari sahabat- sahabat rakan sekuliah di tahun 4 banin Kaherah, kerana belum sempat untuk ana join study group kita. Maaf
Ahli bait, ustaz Rahim agak sibuk fasal ini sekalipun dia tidak akan duduki imtihan. Lebih 14 madah yang dia handle untuk tusyen. Wah banyaknya!!!!..memang Allah bagi dia kekuatan untuk itu. Diri ana tidak sepertinya,tiada kudrat setara.
Jadual yang paling padat bagi ana ialah turun ke Mansurah pada 22.4 dan perlu berada di sana selama dua hari. Selesai sahaja dari kelas petang Jumaat (23.4), ana bergegas ke Iskandariah seusai solat maghrb. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 3jam, tersasar ke 5jam Ana sampai di Iskandariah jam 2pagi. Ana bernasib baik kerana ditemani 2 sahabat. Kebetulan sorang sahabat ni juga akan handle kelas di sana,kalau tidak, terkapai juga ana sebab tak pernah ke Iskandaria dari Mansurah.
Pada jam 8.30 pagi ana perlu handle kelas Nusus tahun1. Berkampung tiga hari di sana sehingga 26.4, mereka minta tambahan sedikit masa namun ana 'merayu' untuk balik Kaherah…rindunya Kaherah,bukan apa, sebab keesokan hari ana kena handle kelas. Maaf berbanyak ye adik-adik junior. Kalian juga perlu berusaha sendiri, jalan dah ana buka,silalah lalu biarpun tanpa tangan kalian dipimpin (wah bersastera).
Ana amat berterima kasih pada akh Nor Rahman sebab selalu tolong ana walau ana tidak menghadiri kuliah,enta amat banyak membantu sahabat enta yang pemalas ini..aduhai pemalas ke?
Untuk imtihan semester dua ini, ana agak terasa bebanannya,maklumlah, sehingga artikel ini ditulis,belum sentuh satu kitab kuliah pun lagi.. Apa nak jadi dengan abang ngah ni!!!!????..Ana mengharapkan doa dari kalian semua yang mengenali diri ana. Ada sedikit tekanan saat ini,terasa seolah-olah akan diikat lama di sini.. nun di Malaysia, ibunda sedang merancang sesuatu
Lupa nak bagitau tentang jadual imtihan
18.05.2009 AL QURAN
21.5.2009 FEQAH SYAFI'E
25.05.2009 USUL FEQAH
28.05.2009 HADITH AHKAM
01.06.2009 FEQAH MUQARIN
04.06.2009 BAHAS QADHAYA
08.06.2009 QADHAYA MUASIRAH
BITTAUFIQ WANNAJAH BUAT SEMUA….DOAKAN ANA JUGA
KUSHISY KARNA, MEHNAT KARNA, INSYA AllAH KAMYAB HOJAE!!!!!!!!
Garapan
salmanfasiri
at
9:09 PM
0
comments
::: Aku Sayang Aisyah :::
Seingat ana, tika di Sekolah Menengah Maahad Muhammadi Lelaki (MML), guru pendidikan syariah ana menceritakan tentang berita fitnah yang dilemparkan kepada Ummul Mukminin Aisyah ra. Kala itu, telinga ini hanya mendengar sahaja cerita itu. Tiada respon selain hanya memenuhi sukatan pelajaran untuk peperiksaan SPM sahaja.
Setelah ana melangkah ke dunia luar Malaysia, kaki terpasak di bumi Pakistan, ana mendapat dimensi baru hasil dari kisah tragis Aisyah ra. Syeikh Maulana Habibullah Assindi adalah guru dan sanad ana bagi kitab Sohih Bukhari . Beliau amat "ta'asub" dengan Aisyah r.a . Segala hadith atau apa saja hukum yang bercanggah dengan pendirian dan fatwa Aisyah, pasti beliau akan tolak dan menggunapakai pendapat Ummul Mukminin itu Tika menyampaikan pengajian kitab sohih Bukhari, dalam bab manaqib Aisyah, dibawah tajuk hadith ifki ( berita fitnah),beliau menangis,
Di sini ana khulasahkan apa yang beliau sampaikan dari kisah tersebut
1. Kecekalan dan ketabahan hati seorang wanita
Aisyah r.a adalah isteri yang sentiasa bersama dengan Nabi SAW samada di Madinah atau Rasul SAW bermusafir. Ketika memuncaknya fitnah ini, Nabi hanya bertanyakan keadaan Aisyah kepada ibubapanya,tidak secara langsung kepadanya. Ini menyebabkan Aisyah berduka. Namun beliau hanya sematkan dihati,dan meminta ayahanda serta ibundanya menjawab pertanyaan Rasul, serta mengharap agar kedua ayahanda dan bondanya membela kesucian maruahnya
"تشهدت فحمدت الله عز وجل وأثنيت عليه بما هو أهله ثم قلت أما بعد فوالله لئن قلت لكم إني لم أفعل والله جل جلاله يشهد إني لصادقة ما ذاك بنافعي عندكم لقد تكلمتم به وأشربته قلوبكم ولئن قلت لكم إني قد فعلت والله عز وجل يعلم أني لم أفعل لتقولن قد باءت به على نفسها فإني والله ما أجد لي ولكم مثلا إلا أبا يوسف وما أحفظ اسمه فصبر جميل والله المستعان على ما تصفون "
Maksudnya : aku (Aisyah) mengucap syahadah,memuji Allah dengan pujian yang selayaknya,lalu aku berkata: Demi Allah jika aku katakana kepada kamu bahwa aku tidak melakukan (perbuatan yang difitnah),dan Allah menjadi saksi bahawa aku benar, namun itu tidak memberi manfaat pada kamu kerana kamu telah memperkatakan tentangnya (fitnah),hatimu juga sudah sebati dengannya. Jika aku katakan yang aku (mengaku melakukannya) sedang Allah tau bahawa aku tidak melakukannya, maka di kala itupasti kamu semua berkata: Dia (aisyah) telah mengaku. Sesungguhnya demi Allah, aku tidak mampu ungkapkan apa-apa kecuali aku ingin katakana sebagaimana ungkapan ayah (nabi) Yusuf (aku kurang ingat namanya di kala itu) : Maka (pendirianku) hanyalah bersabar yang indah)
(riwayat Ahmad hadith no 23181)
2. sokongan keluarga terutama ibu bapa tika berdepan dengan fitnah
Ketika berlakunya fitnah, Aisyah meminta Nabi menghantar beliau ke rumah ibu bapanya, tatkala itulah, ibunya Ummu Ruman memujuk dan memberi semangat dan rangsangan dengan katanya :
" فقالت خفضي عليك الشأن فإنه والله لقلما كانت امرأة جميلة تكون عند رجل يحبها ولها ضرائر إلا حسدنها وقلن فيها..."
" Katanya (Ummu Ruman): Jangan dikisah sangat tentang perkara itu..Demi Allah, jika ada sedikit sahaja wanita yang cantik,berada disisi lelaki yang amat menyintainya, di samping madu-madu lain, pasti dia akan dicemburui dan akan mengada-adakan cerita…"
(Muslim hadith no 4974)
3. kejujuran mereka yang ada disekeliling tika memberi pandangan kepada suami dalam fitnah yang terjadi.
Nabi SAW tika berlakunya fitnah, meminta pandangan Ali bin Abi Talib r.a dan juga Usamah bin Zaid r.a :
قالت ودعا رسول الله صلى الله عليه وسلم علي بن أبي طالب وأسامة بن زيد حين استلبث الوحي يسألهما ويستشيرهما في فراق أهله قالت فأما أسامة فأشار على رسول الله صلى الله عليه وسلم بالذي يعلم من براءة أهله وبالذي يعلم لهم في نفسه فقال أسامة أهلك ولا نعلم إلا خيرا وأما علي فقال يا رسول الله لم يضيق الله عليك والنساء سواها كثير وسل الجارية تصدقك
Katanya (Aisyah r.a) :..Dan RasuluLLAH SAW memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid apabila wahyu tergendala,baginda meina pandangan kedua-duanya samada berpisah (dengan Aisyah ra atau tidak). Katanya lagi : Manakala Usamah memberi pandangan kepada Rasulullah mengikut apa yang dia tahu tentang sucinya isteri baginda, juga apa yang ada dalam diri baginda tentang mereka yang memfitnah,kata Usamah : Isterimu (wahai Nabi), tidak kami ketahui melainkan perkara baik sahaja. Manakala Ali pula berkata: Wahai RasuluLLAH, Allah tidak pernah sempitkan terhadapmu(untuk buat pilihan), wanita selainnya ramai, tanyalah hamba itu ( Barirah) pasti dia akan khabarkan yang benar"
Riwayat Bukhari, hadith no 3826)
4. pejuang dan pendakwah kebenaran tidak akan terlepas dari fitnah yang akan ditaburi oleh mereka yang dengki dan kita kena selalu berfikiran positif dalam menghadapi fitnah
" Sesungguhnya mereka yang dating membawa berita fitnah di kalangan kamu, janganlah kamu menyangka ia adalah buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu, bagi setiap mereka (akan ada balasan terhadap) apa yang mereka lakukan dari dosa.."
(Annur 23:11)
Garapan
salmanfasiri
at
12:12 PM
0
comments
