Setelah beberapa lama tertangguh hasrat hati, kini ku mulakan dengan hati agak kebimbangan..apa yang akan diperkatakan orang..mungkin ada yang pandang negative dan ada yang menyokong..
Sebenanrya ingin ditulis di sini catatan perjalanan ( atau kembara ) ke Tanah suci melalui jalan darat dari Bumi Mesir…
3 orang ahli bait Serambi Mekah akan berangkat ke Mekah (sesuai dengan nama rumah kami; kenalah p mekah)
Sebelum berangkat, kami adakan sedikit jamuan
Bertolak pada 30hb Ogos ke pelabuhan Nuwaiba..ke Aqabah (Jordan)
SubhanaLLAH punyala kat pelabuhan pelbagai dugaan timbul..
'Dikurung macam tawanan perang di kawasan menunggu, selama sehari semalam..
Kemudian barulah dilepaskan untuk menaiki feri..Ketika tu dah penat..dalam keadaan berpuasa..Hanya Allah yang tahu. Ujian perjalanan ke Mekah
Menaiki bas untuk ke pelabuhan Nuwaiba
Beratur panjang untuk masuk imigresen
y();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg3AMv3wITcirN5fgIWS5ZmUbAEzjl0pCsanB-XfjA4ZUzC_nY5r4wSsJlRoAbJ8uBy9i1U9O_XilLRNPT1WR5ZKEbOiovlIIvSOE1tQs9N1fMm0qnTLfoOPMu6uUjLpNeWPdNMpusiZ8c/s1600-h/DSCN4067.JPG">
Bawah mentari,panas menunggu untuk dilepas ke imigresen
Semasa atas Feri..AlhamduliLLAH dh dapat naik
Followers
Perjalanan Ke Tanah Suci I
Saturday, January 10, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
8:39 PM
0
comments
Thursday, January 8, 2009

Peristiwa malang ( maa'saat) umat Islam di palestin semakin meluas.
Hari demi hari, bilangan Syuhada makin meningkat.
Bantuan dari luar, tidak dapat disalurkan ke sana..bukan kerana sekatan dari pihak musuh Islam tapi dari Negara Umat Islam sendiri. Mesir masih enggan membuka sempadannya untuk bantuan kemanusiaan. (pemimpin secular, gitulah, kuda tunggangan Kafir )
Namun, masih ade umat Islam yang peka,terasa bila peha kanannya dicubit. Masing2 berarak, berqunut nazilah.
Setakat ini, ciri-ciri untuk mencapai kemenangan masih belum terasa. Apa yang terjadi?Walau pada zahirnya telah banyak doa dipanjatkan, dimana maqbulnya?
Umat Islam dan Penyebab
Dalam kehidupan, umat manusia digalakkan berusaha.menggunakan segala sebab-sebab yang membawa kepada terhasilnya sesuatu yang dilaksana dengan jaya. Namun bezanya antara kita umat Islam dengan kafir, ialah kita meletakkan segala usaha kita, akan ditentukan natijahnya oleh Allah. Walau dengan pelbagai usaha dan sebab juga langkah yang kita ambil, hasilnya di genggamanNYA. Inilah kekuatan kita
Golongan kafir, hanya meletakkan pergantungan mereka pada langkah dan sebab yang diambil. Jika kesudahan tidak seperti yang dicita, kecewa yang bertamu.
Kita ada iman, mereka tidak
Kita ada tawakkal, mereka tidak
Kita ada redha, mereka tidak
Persediaan dan Kelengkapan
" Dan persiapkan persediaan bagi menghadapi mereka sehabis kemampuan kamu, (dengan perlengkapkan) kekuatan, kuda-kuda yang terikat kemas yang boleh menggerunkan musuh Allah juga musuh kamu,serta musuh yang kamu tidak ketahuinya, sedang Allah amat mengetahuinya"
(Al-Anfaal 8:60)
Kelengkapan kekuatan yang dimaksudkan ialah:
a) kekuatan aqidah
b) kekuatan ukhuwwah
c) kekuatan peralatan
Walau bagaimanapun persiapan kita,kelengkapan yang kita ada, kita diajar konsep penyerahan, tidak mendabik dada terhadap kekuatan dan kelengkapan.Perhatikan ayat ini :
" Bukanlah kamu yang melempar (menembak,membedil dsb),tatkala kamu melempar, tetapi Allah yang melemparnya, yang demikian kerana Allah ingin menguji orang mukmin dengan ujian yang terbaik,sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
(Al-Anfaal 8:17)
"….dan pada hari peperangan Hunain, ketika kamu bangga dengan bilangan yang ramaisedangkan bilangan kamu tidak memberi erti apa-apa,juga kamu terasa sempitnya muka bumi bagi kamukemudian kamu lari bertempiaran. Setelah itu Allah turunkan ketenanngan kepada Rasul dan orang mukmin, dan Allah menurunkan tentera-tentera yang kamu tidak nampak lalu Dia mengazab orang kafir. Itulah balasan bagi golongan kafir "
(At-Taubah 9:25-26)
Penulis akhiri dengan sabda RasuluLLAH SAW :
عن أبي تميم الجيشاني قال سمعت عمر يقول:
سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول لو أنكم توكلتم على الله حق توكله لرزقكم كما يرزق الطير تغدو خماصا وتروح بطانا
" Jika kamu benar-benar bertawakkal kepada Allah, pasti kamu akan diberi rezeki sepertimana Dia kurniakan kepada sang burung, keluar dalam keadaan kosong, pulang dalam keadaan perut berisi kekenyangan "
( Hadith 4154 Riwayat Ibnu Majah bab Zuhud dan Yakin)
Persiapan dan keyakinan kita..dimana????
Garapan
salmanfasiri
at
8:35 PM
0
comments
Hijratain
Thursday, January 1, 2009

Assalamualaikum warahmatuLLAH..
AlhamduliLLAH....setelah lama menghilangkan diri..kini kembali semula.
Hampir 4 bulan ( 3 Bulan 25 hari) berada di Dua Tanah Suci..banyak pengalaman dan coretan untuk dikongsi bersama sahabat/biah..Insya Allah jika ada kesempatan dan ruang masa, akan dimuatkan di blog ini.
Sebelum ke posting lain..kepulangan penulis pada hari akhir tahun 1429H..melangkah ke tahun baru. Coretan akhir tahun 1429H di akhiri dengan perangai kebinatangan Yahudi ( orang kata,pulang dari haji kena jaga mulut, tapi kalau melibatkan agama, penulis punyai persepsi lain). Perangai yang mendarah daging, meresap di jiwa Yahudi, diteruskan kesinambungannya hingga ke hari ini. Jika dulu mereka berani mennentang Rasul dan Para Nabi, bahkan dengan tegar membunuh, mengalirkan darah suci Rasul-rasul, kini apalah nilai darah umat Islam bagi mereka.
" Dan sesungguhnya Kami telah kurniakan kepada Musa satu kitab (Taurat) dan kami rentetkan selepasnya beberapa Rasul, juga Kami kurniakan kepada Isa bin Maryam keterangan-keterangan dan kami sokonginya dengan perutusan Ruh Qudus (Jibril),(maka) apakah setiap kali datangnya Para Rasul yang tidak sesuai dengan nafsu kamu, lalu kamu bongkak (yang menyebabkan) sebahagian Rasul kamu dustai,sebahagian yang lain kamu bunuh mereka?"
(Al Baqarah 2:87)
Apa yang menyedihkan..umat Islam masih lagi tidak terasa apa-apa terhadap kezaliman dan kerja terror yang Yahudi lakukan. Masih leka dengan pelbagai sambutan..masih bersekongkol dengan Yahudi, masih 'memberi saham' kepada Yahudi..hatta penduduk Tanah Haram (atau mungkin Penguasa?)
Garapan
salmanfasiri
at
3:20 PM
0
comments
