Followers

2 TANGISAN

Sunday, August 10, 2008


Suasana Pelajar Malaysia Mesir saat ini kuperhatikan pelbagai corak.

Ada dua tangisan berbeza. Tangisan kegembiraan dan tangisan kesedihan.

Masih ku ingat, sewaktu pengajianku di Pakistan beberapa ketika dulu, maulana ( ustaz ) yang mengajarku kitab Al Hidayah karangan Al Murghinani, kitab feqah mazhab Abu Hanifah yang muktamad di samping perbahasan muqaranah mazahib (perbandingan mazhab²), beliau pernah menegaskan, airmata yang tumpah ada dua kategori

1. Tangisan gembira : ia boleh dikesan jika airmata tersebut sejuk atau tidak suam

2. Tangisan sedih : ia boleh dikesan jika airmata tersebut panas (suam)

Semua ini diulas beliau tika membahaskan bab redha (kerelaan) wanita ketika kahwin.

Apa yang ingin ku tegaskan ialah, dewasa ini, ku lihat scenario tangisan di bumi Mesir ini, seusai mahasiswa al Azhar mendapat natijah imtihan mereka. Sempat juga aku menjamah jamuan yang diadakan sebilangan pelajar bagi mensyukuri nikmat kejayaan indah. TAHNIAH..MABRUK

Hanya dua airmata ini? Ya.Benar hanya dua airmata tumpah impak dari imtihan.

Tidak selain itu? Ya ,aku kira tidak selain itu.

PROSMA II dan MAP

Dua perkara yang baru saja bermula.

Peka atau tidak kita dengan kedua²nya?

Matlamat yang sama, cara yang berbeza. UNTUKMU PALESTIN


Sumbangan Amal untuk Palestin. Caknakah kita? Berbuih mulut pemimpin kita, penceramah, ilmuwan dan sesiapa saja bercakap soal saudara kita di Palestin.



Aku pernah bertanya seorang sahabat di sini,: Enta boleh berada di hadapan tv untuk tonton bola selama 2 jam tapi ana tidak pernah tengok enta berada selama 10 minit di sejadah,berdoa khas untuk Palestin “.

Ujarnya,:” Tak kan ana nak tunjuk kat orang yang ana berdoa untuk Palestin!!”

Aku tersenyum. :“ Ya benar, tapi bukankah elok jika enta ajak semua teman enta yang tonton bola tu,berdoa secara berjemaah? Jika 40 orang yang hadiri solat mana-mana jenazah,maka pasti Allah memakbulkan? Lantas, apalah kiranya jika enta kumpulkan geng bola enta untuk berdoa?”

Diam.

Aku bukanlah seorang yang layak untuk berkata-kata. Siapalah aku, tapi cintaku pada Palestin takkan pudar biarpun semua manusia mengherdik aku dengan kata-kata sinis.

ALHAMDULILLAH

Wednesday, August 6, 2008

Bas yang ditunggu belum tiba. Memang kalau hari biasa, jadual bas 24G agak lembab. Setengah jam aku menuggu, jam menunjukkan tepat jam 11 pagi. Aku mengubah fikiran,menggunakan khidmat bas 926 untuk ke Al-Azhar. Degup jantung makin kencang namun kubelai hati dengan zikir

" (Ingatlah) bukankah dengan sebab ingat Allah akan menenangkan hati" (Al Raa'du ayat 28)

Aku sematkan Firman Tuhan ini.

Di hadapan halaman bangunan kuliah Qanun wa AsSyariah (Undang-undang dan Syariah) Al Azhar,kulihat ramai pelajar tahun 3 Syariah Islam mengerumuni papan kenyataan. Gendang jantung makin rancak. Tenanglah hati, jangan ingkari hukum Tuhan.

"ArRosibun"
Senarainya kuperhati. Roqam julus aku tidak disenaraikan di sini. Rentak jantung diperlahankan.AlhamduliLLAH

"Al Manquluun bi madah wa maddatain"
Ya Allah..kenapa alunan lagu hati di tinggikan balik?
Dah nampak nama Saif.....
AlhamduliLLAH. Nombor bangku yang tertera 13387 yang kulihat hampir sama dengan nomborku
Yang pasti,namaku bukan di sini.

"Annajihuun bi taqdir Jayyid"
Hanya beberapa helai kertas sahaja yang dipaparkan untuk senarai jayyid.
Waduhh.Duhai jantung,kau ingkari lagi pesananku.
Ingat!!sekali lagi kau ingkari..akan ada hukuman menanti.Tunggu
Lama juga kuteliti, berharap agar biarlah namaku tertulis di sini. Jantung ini sudah berontak.
Sabar dulu.
Alamak..namaku juga tidak dijumpai di sini. Aku mula resah.Kali ini, kuizinkan jantung menari.
Biarpun rentaknya sumbang,tidak sesuai dengan melodi.

Mataku dihalakan ke paparan seterusnya

"AnNajihuun bi taqdiri Jayyid Jiddan "
Sebenarnya aku ingin sahaja beredar ke senarai manquluun,mungkin tadi terlepas pandang kerana pada agakanku, namaku tidak layak disenaraikan di laaihah jayyid jiddan.
Acuh tak acuh aku cari roqam julus ku.
Eh.betul ke?Aku fokus lagi. Mata ku 'genyeh' berulang kali.
13378, ha betul la ..Roqam julus aku la tu.Tertera MD Saiful Azuran.
Airmata bergenang,hati hamburkan kesyukuran,lidah turut sertai majlis zikir ini.
ALHAMDULILLAH..Segala pujian hanya untukMU. Taqsirnya aku dari menghargai kurniaanMU.

Terima kasih Allah
Terima kasih ibu ayah
Terima kasih semua

Ku doakan kalian juga najah.Aaameeen ya ROBB

Saturday, August 2, 2008

 Kemenangan adalah cita – cita setiap orang walau apa jua bidang yang diceburinya. Tentu sahaja tiada siapa yang normal keadaannya berasa selesa apabila mengalami kekalahan. Sukan sebagai contoh , apapun kategori pertandingannya termasuk perlawanan persahabatan pasti sahaja kemenangan menjadi buruan. Namun kemenangan tersebut hanya menjadi impian yang tidak kesampaian jika ianya tidak melalui satu proses kerja keras , latihan gigih dan pengorbanan yang tinggi .

Demikianlah perjuangan ini . Kesucian matlamat dan ketinggian hasratnya sangat memerlukan kemenangan sebagai sebuah pengiktirafan , tetapi kekecewaan pasti diwarisi malah matlamat dan hasrat yang ingin dicapai hancur lebur tanpa pengorbanan dan daya juang yang kental. Pastinya hukum untuk meraih kemenangan ialah berjuang dan berkorban .


Bagi perjuangan Islam , kemenangan adalah untuk mendaulatkan syariat Ilahi dan sekurang – kurangnya berjaya mengekang pertumbuhan maksiat dan mungkar .

Justeru itu , setiap individu muslim wajib berjuang ke arah mencapai matlamat tersebut. Sikap berpeluk tubuh , lemah tahap kepeduliannya serta gagal menempatkan diri ke tengah medan juang mengundang hampa buat perjuangan suci ini .

Mana mungkin kemenangan dapat ditempa tanpa pejuang yang gigih berjuang dan sanggup berkorban .

Kalau ditanya kepada semua orang khasnya anggota jamaah , saya percaya bahawa semua mengimpikan kemenangan. Cuma apa yang menyedihkan ialah mereka bagai di awangan , bercakap tanpa sedar dan mengimpi tanpa memahami reality. Mereka sebenarnya masih berfantasi dengan kemenangan yang diimpi.

Sementara jamaah masih lompang di sana – sini menagih penyertaan anggotanya . Banyak tugas terabai lantaran kekurangan petugas yang sanggup melangsaikannya . Lambakan amanah tidak terurus kerana kelemahan dan kekurangan yang tidak tertampung . Lucunya dalam situasi begini , semua orang bercakap soal kemenangan termasuk anggota yang lesu dan naïf.

Nampaknya fenomena ini terus berkekalan hingga ke hari ini . Sementelah pula PAKATAN RAKYAT mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya umum baru – baru ini. Sedikit sebanyak tugas asas jamaah telah berpindah menjadi tugas rasmi kerajaan yang dimenangi.

Saya tidak bersikap prejudis terhadap kemenangan tersebut malah saya sangat memahami factor kemenangan dan ruang atau peluang yang boleh kita manafaatkan dari kemenangan itu, tetapi saya perlu menegaskan bahawa kemenangan ini masih belum menjadi milik penuh jamaah .

Masih terlalu jauh perjalanan kita untuk mencapai kemenangan dalam erti nilai yang sebenar , iaitu kejayaan dan keupayaan kita mendaulatkan syariat Ilahi . Pun begitu sangat diakui bahawa kemenangan PAKATAN hari ini menjadi pemecah kepada segala kebuntuan politik untuk memulakan gerakan merintis jalan besar ke gerbang Putrajaya .

Apa yang saya timbulkan ini ialah untuk memastikan kita tidak cepat berpuas hati dengan apa yang kita miliki hari ini dan meletakkan kita begitu teruja dengan pencapaian sedang kita masih terlalu jauh dari target yang ingin kita capai melewati perjuangan Islam yang suci ini .

Perjuangan mesti terus digiatkan dengan kesungguhan yang tiada tara dan pengorbanan yang tiada banding kalau kita mahu mencapai kemenangan yang benar buat perjuangan ini.

Aktiviti teras dan dasar sifatnya bagi sebuah gerakan Islam mesti diaktif dan digerakkan tanpa henti walau apa jua musim yang direntas. Sebelum atau selepas pilihanraya , kalah atau menang dan sendirian atau dalam pakatan , aktiviti – aktiviti yang bersifat dasar dan teras seperti tarbiyyah mingguan melalui usrah atau pembinaan fikrah dan pengkaderan jati diri pejuang seperti liqa’ fikri , mukhayyam , tamrin dan apa jua bentuk program yang membawa maksud serupa .

Sangat dikesali jika perjuangan sukar ini diurus dengan angan – angan dan ramalan politik yang jauh terhindar dari manhaj perlaksanaan amal Islami .

Saya mengharapkan semua anggota jamaah mengambil iktibar dari kegigihan pemimpin terdahulu yang telah mewaqafkan diri mereka untuk perjuangan . Berjuang tanpa penat menggalas beban amanah dan tanggungjawab kepimpinan serta berjuang tanpa gentar menghadapi ancaman , cabaran dan rintangan di sepanjang jalan dakwah , jauh kependalaman daerah perjuangan ini.

Nyata mereka lasak malah tabah mendepani segala tahaddiyat . Tidak tergugat dengan tawaran duniawi yang melekakan dan tidak pula menggadaikan prinsip perjuangan semata – mata ingin memenuhi cita – cita politik murahan malah tidak bermoral .

Kemenangan yang ingin dicapai ialah kemenangan tulen . Kemenangan yang ingin diraih ialah kemenangan hakiki . Kemenangan yang diburu ialah kemenangan sohih . Kemenangan ini tidak mungkin diperolehi dengan lampu ajaib aladin , tidak juga dengan percaturan politik cantas , tidak juga dengan berpeluk tubuh dan jauh sekali dengan tindakan yang menderhakai Allah Tuhan Rabbul Jalil .

Tegasnya , nak menang mesti berjuang , nak menang mesti berkorban , nak menang mesti berprinsip, nak menang mesti bermaruah , nak menang mesti tabah , nak menang mesti Istiqamah . nak menang mesti bijak dan nak menang mesti bertaqwa . Demikianlah syarat untuk menang .

Perjuangan tidak syarat Menang .

Perjuangan ini suci kerana dasar dan matlamatnya. Selama mana dasar dan matlamat ini dipertahankan maka selama itu perjuangan ini kekal kesuciannya. Kesucian perjuangan tidak dinilai melalui menang atau kalahnya di medan .

Mempertahan serta memperjuangkan Islam bahkan seluruh nilainya adalah suatu kewajipan dan tangunggjawab asas sebagai hamba. Justeru itu , tugas kita sebagai anggota jamaah yang juga merupakan seorang hamba ialah memastikan Islam diperjuang dan dipertahankan dalam apa jua keadaan berasaskan pedoman qurani dan manhaj an-nabawi.

Sebarang penyelewengan atau penyimpangan dari pedoman qurani dan manhaj nabawi , biarpun menghasilkan kemenangan besar adalah suatu kebathilan malah sifatnya sementara , palsu lagi dusta.

Tiada erti kita menang derhaka . Derhaka kepada Allah maksud saya , justeru berlaku perlecehan dan penyimpangan . Kemenangan adalah anugerah Ilahi kepada pejuang yang memelihara kesucian perjuangan , sementara kemenangan menjadi istidraj kepada pejuang yang hanya memburu kemenangan tanpa menghirau ketulenannya bahkan tidak juga mempedulikan keabsahan pedoman dan manhaj perjuangannya.

Ada pihak sanggup buat apa sahaja asal menang sedang perjuangan tidak syarat menang. Ini bermakna perjuangannya berasaskan kepentingan dan kepuasan individu. Asal tercapai cita – cita politik dan terlaksana agenda peribadinya , dia tergamak mengambil jalan salah dan melakukan tindakan terlarang menurut perspektif amal Islami .

Saya suka menegaskan di sini bahawa system nilai kita terhadap pencapaian dan kejayaan ialah merujuk kepada benar dan tepatnya pedoman yang diambil iaitu pedoman al qurani dan jelas serta sohihnya manhaj yang diikuti iaitu manhaj an nabawi .

Kita tidak merujuk kepada menang kalah di medan . Menang tidak bermakna benar dan kalah tidak bermaksud salah. Menang boleh jadi salah dan kalah boleh jadi benar . Menang kalah bukan system nilai yang baik dan tepat. Nilai tepat untuk mengetahui betul duduk kita bersama perjuangan ini samada benar atau salah ialah melalui system yang tetap dan kekal iaitu petunjuk wahyu Ilahi dan bimbingan sunnah Rasul saw.

Kesimpulannya.

Berjuang dan berkorbanlah bagi mencapai kemenangan , justeru kemenangan tersebut menjadi tapak kukuh bagi mendirikan daulah Islamiyyah . Namun kemenangan yang diburu tidak boleh dibiarkan menjadi asbab perlanggaran atau penyelewengan manhaj.