Assalamualaikum...
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?
Pada suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghazali bertanya. Pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab "orang tua, guru, kawan, dan sahabatnya". Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar.Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)
Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang-bintang". Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu adalah benar.Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?" Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar daripada yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179).Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini. Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah, Manusia selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
~renungkanlah...
Wallahua'lam..
Followers
Sekadar Renungan....
Sunday, July 1, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
1:12 AM
0
comments
:::KAwal TeKanan:::
Thursday, June 28, 2007
Adakah anda tahu dalam seminggu anda dibebani dengan pelbagai tekanan? Tekanan akan menjadikan kehidupan kita lebih mencabar.
Perubahan gen kita mengambil masa satu juta tahun. Secara psikologinya, manusia zaman sekarang sama dengan manusia 300 tahun dulu, tetapi manusia pada zaman sekarang berubah dalam masa yang singkat. Pada zaman ini, banyak kemudahan disediakan yang dapat memudahkan kerja seperti membasuh dan mengeringkan pakaian, kemudahan pengangkutan, penyediaan makanan dan kemudahan bekalan elektrik.
Bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang boleh mendatangkan tekanan kepada kita seperti bil telefon, kesesakan, penambahan populasi, makanan tiruan, televisyen dan kesibukan jadual harian. Statistik mengesahkan lebih banyak keputusan dibuat dalam masa sehari berbanding keputusan yang dibuat dalam masa setahun. Tidak hairanlah kita sering mengalami tekanan.Apa yang anda boleh lakukan apabila berada pada puncak tekanan supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada kesihatan, kegembiraan, dan kehidupan anda?
· Bersenam
Anda perlu bersenam untuk kebaikan hormon. Darah akan cepat mengalir jika anda berjalan dengan cepat dan ia dapat membantu kesihatan yang lebih baik.
Pemakanan
· Amalkan pemakanan yang betul Makanan segera yang mengandungi banyak gula tidak baik untuk kecerdasan otak dan tubuh badan. Amalan pemakanan yang betul dapat membantu minda untuk bertindak terhadap pelbagai benda, selain meningkatkan imunisasi supaya anda dapat berfikir dengan baik.
Kenal Pasti
· Sentiasa beringat Jangan biarkan tekanan menguasai diri anda. Kenal pasti situasi yang mendatangkan tekanan kepada anda. Anda akan dapat menangani tekanan itu bila anda sentiasa peka terhadapnya.
Luahan
· Meluahkan perasaan Sentiasa berkongsi dengan rakan mengenai tekanan yang dialami oleh anda. Anda tidak akan dibebani oleh tekanan bila anda sentiasa berkongsi dengan orang lain.
Jenaka
· Kekalkan sikap yang suka berjenaka.Sikap ini akan dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.
Bersyukur
· Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.Sikap ini akan membantu anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik.
Gembira
· Lakukan sesuatu yang menggembirakan Kesibukan menghalang untuk kita berseronok. Jika ada perkara yang menggembirakan, kita harus ambil peluang tersebut.
Tenang
· Sentiasa dalam keadaan tenang Bila anda mengalami tekanan, lari daripadanya selama beberapa jam untuk anda menenangkan diri seperti berjalan, bertafakur dan mencari tempat yang damai serta sunyi.
· Memudahkan urusan
Ringkaskan apa saja yang anda lakukan, jangan bebankan fikiran dengan perkara yang bukan-bukan.
· Mematikan televisyen
Elakkan daripada mendengar berita buruk yang boleh mendatangkan tekanan kepada anda.
· Tidur
Tidur yang mencukupi dapat membantu anda untuk menyelesaikan tekanan dengan lebih baik. Bila anda dapat menguasainya, tekanan yang dialami akan hilang.
· Minum air
Sistem dalam badan akan menjadi lebih stabil bila kandungan air dalam badan mencukupi.
Sebenarnya semua cara yang dinyatakan di atas ni adalah cara yang disyorkan oleh para pakar kesihatan Eropah. Bagi kita orang Islam ni, Allah dah ajar melalaui firmannya dalam Al Quran :
" Ingatlah!! dengan mengingati Allah akan menenangkan jiwa?"
JADI..BERZIKIR, BERTASBIH BERTAHMID, BERTAHLIL DALAM SETIAP PERKARA AKAN MEMBERI KETENANGAN HAKIKI BUAT KITA..YAKINLAH!!!
Garapan
salmanfasiri
at
11:23 AM
0
comments
Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi...
Saturday, June 23, 2007
Bismillahhirohmanirrahim...
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang kurang wajar. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Hidup sambil mengungkit-ngungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyakkan perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu". Segalanya sesuatu sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Sesungguhnya orang yang kembali ke masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama . Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu "Hei,jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka."
Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini,sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, janganlah
"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." (Surah Al-A'raf: 144)
p/s: Ruj dr buku La'Tahzan karangan 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Garapan
salmanfasiri
at
7:12 PM
0
comments
