Adakah anda tahu dalam seminggu anda dibebani dengan pelbagai tekanan? Tekanan akan menjadikan kehidupan kita lebih mencabar.
Perubahan gen kita mengambil masa satu juta tahun. Secara psikologinya, manusia zaman sekarang sama dengan manusia 300 tahun dulu, tetapi manusia pada zaman sekarang berubah dalam masa yang singkat. Pada zaman ini, banyak kemudahan disediakan yang dapat memudahkan kerja seperti membasuh dan mengeringkan pakaian, kemudahan pengangkutan, penyediaan makanan dan kemudahan bekalan elektrik.
Bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang boleh mendatangkan tekanan kepada kita seperti bil telefon, kesesakan, penambahan populasi, makanan tiruan, televisyen dan kesibukan jadual harian. Statistik mengesahkan lebih banyak keputusan dibuat dalam masa sehari berbanding keputusan yang dibuat dalam masa setahun. Tidak hairanlah kita sering mengalami tekanan.Apa yang anda boleh lakukan apabila berada pada puncak tekanan supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada kesihatan, kegembiraan, dan kehidupan anda?
· Bersenam
Anda perlu bersenam untuk kebaikan hormon. Darah akan cepat mengalir jika anda berjalan dengan cepat dan ia dapat membantu kesihatan yang lebih baik.
Pemakanan
· Amalkan pemakanan yang betul Makanan segera yang mengandungi banyak gula tidak baik untuk kecerdasan otak dan tubuh badan. Amalan pemakanan yang betul dapat membantu minda untuk bertindak terhadap pelbagai benda, selain meningkatkan imunisasi supaya anda dapat berfikir dengan baik.
Kenal Pasti
· Sentiasa beringat Jangan biarkan tekanan menguasai diri anda. Kenal pasti situasi yang mendatangkan tekanan kepada anda. Anda akan dapat menangani tekanan itu bila anda sentiasa peka terhadapnya.
Luahan
· Meluahkan perasaan Sentiasa berkongsi dengan rakan mengenai tekanan yang dialami oleh anda. Anda tidak akan dibebani oleh tekanan bila anda sentiasa berkongsi dengan orang lain.
Jenaka
· Kekalkan sikap yang suka berjenaka.Sikap ini akan dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.
Bersyukur
· Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.Sikap ini akan membantu anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik.
Gembira
· Lakukan sesuatu yang menggembirakan Kesibukan menghalang untuk kita berseronok. Jika ada perkara yang menggembirakan, kita harus ambil peluang tersebut.
Tenang
· Sentiasa dalam keadaan tenang Bila anda mengalami tekanan, lari daripadanya selama beberapa jam untuk anda menenangkan diri seperti berjalan, bertafakur dan mencari tempat yang damai serta sunyi.
· Memudahkan urusan
Ringkaskan apa saja yang anda lakukan, jangan bebankan fikiran dengan perkara yang bukan-bukan.
· Mematikan televisyen
Elakkan daripada mendengar berita buruk yang boleh mendatangkan tekanan kepada anda.
· Tidur
Tidur yang mencukupi dapat membantu anda untuk menyelesaikan tekanan dengan lebih baik. Bila anda dapat menguasainya, tekanan yang dialami akan hilang.
· Minum air
Sistem dalam badan akan menjadi lebih stabil bila kandungan air dalam badan mencukupi.
Sebenarnya semua cara yang dinyatakan di atas ni adalah cara yang disyorkan oleh para pakar kesihatan Eropah. Bagi kita orang Islam ni, Allah dah ajar melalaui firmannya dalam Al Quran :
" Ingatlah!! dengan mengingati Allah akan menenangkan jiwa?"
JADI..BERZIKIR, BERTASBIH BERTAHMID, BERTAHLIL DALAM SETIAP PERKARA AKAN MEMBERI KETENANGAN HAKIKI BUAT KITA..YAKINLAH!!!
Followers
:::KAwal TeKanan:::
Thursday, June 28, 2007
Garapan
salmanfasiri
at
11:23 AM
0
comments
Apa yang sudah pergi, biarkanlah ia pergi...
Saturday, June 23, 2007
Bismillahhirohmanirrahim...
Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan yang kurang wajar. Lebih dari itu, ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan.
Hidup sambil mengungkit-ngungkit masa lalu bermakna mensia-siakan masa sekarang, mengoyak-ngoyakkan perjuangan, dan memporak-perandakan masa kini. Allah s.w.t. sudah menceritakan tentang umat-umat lampau dan apa yang sudah mereka lakukan. "Yang demikian itu adalah satu umat yang sudah berlalu". Segalanya sesuatu sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama sahaja dengan memutar semula perjalanan sejarah.
Sesungguhnya orang yang kembali ke masa lalu sama dengan orang yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama . Terdapat ungkapan lama terhadap mereka yang suka meratapi masa lalu "Hei,jangan keluarkan mayat-mayat itu dari kubur mereka."
Malangnya kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini,sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita mensia-siakan istana-istana kita yang megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan reruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus-lumus untuk mengembalikan masa lalu, nescaya mereka tidak akan berjaya, sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.
Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling ke belakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala ke depan, air mengalir menuju ke depan, kafilah berjalan pun ke arah depan. Justeru, janganlah
"Terimalah apa yang Aku kurniakan kepadamu, dan jadikanlah dirimu dari orang-orang yang bersyukur." (Surah Al-A'raf: 144)
p/s: Ruj dr buku La'Tahzan karangan 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Garapan
salmanfasiri
at
7:12 PM
0
comments
Selagi Ada Cahaya
Thursday, June 21, 2007
Kucari kebahagiaan,
Dalam meniti hari,
Penuh kekosongan…
Di mana lagi harus ku mencari,
Membawa sekeping hati,
Yang sarat kerinduan,
Rindu yang tiada haluan...
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan?
Aku masih tak bisa mengerti...
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar....
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan...
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari Sinar Cahaya Iman....
Garapan
salmanfasiri
at
11:37 PM
0
comments
Kisah Yang Mungkin Nyata
Wednesday, June 20, 2007
Bismillahhirrohmanirrahim
( Suka saya nak kongsi satu cerita dgn antum semua.. mudah2an kita boleh ambil iktibar dari kisah ini )
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat. Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat. Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.
Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku. Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu. Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas. Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa. Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.
Keluar air mataku menahan rasa sakitnya…
Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku.. Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi. Sakit rasanya, amat teramat sakit.. Seolah tak mampu aku menahan benda tadi… Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti. Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku. Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.
Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya. Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku.. Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi. Badannya dingin kulitnya membiru. Siapa dia??? Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi… Siapa dia??? Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan. Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???
Aku
Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka. Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka. Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya. Aku mati dalam keadaan belum solat. Oh Tuhan, JIKA kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih berkesempatan membaca kisah ini sungguh aku amat sangat bahagia. Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.
p/s: Kematian itu satu kemestian buat kita. Setiap yang hidup pasti akan merasai kematian..Dunia hanyalah pinjaman utk menguji keimanan kita kepada Allah.. Akhirat nanti yang menentukan balasan syurga ataupun neraka.
Surah:.(Al-'Ankabut : 29)“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”
Jadi,selagi diri kita masih bernafas, marilah kita sama-sama berlumba dalam kebaikan dan tidak mensia-siakan kesempatan yang ada untuk saling nasihat menasihati serta membuat amalan soleh. Sesungguhnya Allah tidak dapat mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah diri mereka…
Garapan
salmanfasiri
at
2:22 PM
1 comments
::Sedarkah??::
Tuesday, June 5, 2007
Kamus Arab al-Munjid agenda Kristian, Yahudi kelirukan ummah??
TAHUKAH anda, kamus Arab tersohor sedunia al-Munjid disusun oleh dua orang pendeta (rahib) Katolik? Kamus itu dianggap paling lengkap dan komperensif, yang dihiasi gambar, yang dijadikan kamus utama di pelbagai kampus Islam dan pondok seluruh dunia. Kebanyakan umat Islam menggunakan kamus al-Munjid ini tanpa disedari mereka.
Penyusun kamus ini terdiri daripada dua orang pendeta Katolik bernama Fr Louis Ma'luf al-Yassu'i dan Fr Bernard Tottel al-Yassu'i. Kamus berkenaan dicetak, diterbit dan diedarkan oleh sebuah percetakan Katolik sejak tahun 1908. Penggunaan Kamus al-Munjid yang sudah sekian lama dan masih digunakan sampai sekarang bukanlah tanpa penentangan dan cabaran.
Sebahagian ulama menganggap kamus itu adalah sebahagian daripada gerakan orientalis yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap dunia Islam.Sekurang-kurangnya ada dua kitab yang ditulis ulama Islam yang menentang terhadap isi dan kandungan yang terdapat dalam Kamus al-Munjid, iaitu: Athrat al-Munjid fi al-adab wal ulum wa a'lam (Prof Ibrahim al-Qhattan, 664 halaman, terbit 1392 hijrah), ini adalah kitab paling utama dalam mengkritik Kamus al-Munjid. Kemudian An-Naz'ah an--Nasraniyah fi Qamus al-Munjid (Dr Ibrahim Awwad, 50 halaman, terbit 1411 hijrah).
Kamus al-Munjid mempunyai beberapa kekurangan sebagai yang disengajakan, iaitu:
- Ketika menyebut kalimah ‘Al-Quran’ tidak pernah menyambungkannya dengan istilah ‘al-Karim’ dan sebagainya, namun ketika menyebut kalimah kitab suci Kristian dan Yahudi, maka kamus ini menambahkan istilah ‘al-Muqaddas’.
- Ketika menyebut atau memuat kalimah ‘Nabi Muhammad’ tidak pernah menyertakan perkataan ‘salallahu Allaihi Wassalam’ dan demikian juga kalimah sahabat tidak pernah ditambahkan dengan ‘Radiyallahu Anhu’.
- Demikian juga tidak ada kalimah ‘Basmallah’ yang sesungguhnya milik umat Islam, sebaliknya dalam keterangannya tertulis ‘Bismil ab-wal ibn wa Ruhil Quds’ yang ertinya ‘Dengan menyebut tuhan bapa, tuhan anak, dan ruh kudus’. Setelah itu baru disebut kalimah ‘Bismillahirahmannirahim’.
- Kamus ini juga tidak membahas akidah Islam, namun banyak membahas hal bersifat penyelewengan akidah.
- Nama tokoh Islam yang utama seperti sahabat, tabiin dan para ulama terkemuka juga tidak dimuatkan, sebaliknya nama tokoh barat Kristian banyak dimuatkan.
- Kamus ini tidak pernah merujuk pada sumber Islam yang sebenar, tetapi sebaliknya merujuk pada sumber Barat dan ini sangat jelas kelihatan dalam menyebut kalimah ‘ibadat’ dan sebutan nama nabi dan rasul yang menggunakan istilah Kristian.
- Banyak terdapat kesalahan penulisan nama tokoh dan kaitannya dengan sejarah, demikian juga mengatakan bahawa daging babi itu sangat lazat.
- Dimasukkannya gambar dan aneka lukisan yang berasal dari Barat, yang sama sekali tidak berdasarkan kebenaran, seperti gambar nabi Isa dan nabi lainnya. Bahkan, ada sebuah gambar sepasang manusia dewasa yang telanjang sedang menangis, gambar itu dikatakan sebagai gambar Adam dan Hawa.
- Nabi Nuh, Lut dan Sulaiman dikatakan bukan sebagai nabi, tetapi Lukman disebut sebagai nabi.Nuh dikatakan hanya sebagai ‘keluarga Ibrahim’ dan Sulaiman dikatakan sebagai ‘Raja’ bukan nabi.l
- Nabi Daud disebut sebagai pembunuh banyak lelaki untuk memperisterikan jandanya, baginda dikatakan mempunyai isteri sebanyak 100 orang.
Masih ada banyak catatan mengenai penyelewengan kamus produk orientalis ini, yang sampai sekarang diguna pakai di lembaga pendidikan Islam, universiti, pondok, madrasah dan lain-lainnya.Sudah tiba waktunya, umat Islam menyedari hakikat ini dan berhenti menggunakan kamus al-Munjid ini, kerana ia adalah sebagai propaganda Kristian dan Yahudi untuk mengelirukan dan menjahanamkan umat Islam sejagat. Kepada majlis ulama Islam sedunia, sudah sewajarnya mengambil tindakan dan melarang peredaran kamus ini ke seluruh dunia Islam. Semoga Allah perkenankannya, Amin
Garapan
salmanfasiri
at
9:11 PM
0
comments