Followers

Uzlah

Sunday, January 3, 2010

Kala ini, ramai yang beruzlah,
Jika dahulu, bilik rakan-rakan akan mula gelap bila jam menunjukkan pukul 10 malam, tapi kini bilik masih lagi cerah walaupun jam sudah menunjukkan jam 2 pagi.

Jika sebelum ini, kelibat rakan-rakan berjalan-jalan di sekitar Hayyu Sabi' namun sekarang sudahjarang kelihatan.

Sebelum ini jika kita dapat melihat para rakan taulan saling ziarah menziarahi, mungkin sekarang agak kurang aktiviti itu.

Bahana apakah yang menular?

Adakah kerana musim sejuk, lantas rakan taulan tidak keluar bilik, berhibernate sepanjang masa?

Atau mungkin kerana ada masalah, maka mereka menyisih dari kumpulan ramai?
Juga mungkin kekurangan sumber kewangan, lalu aktiviti 'merayau' dikawal?

namun tidak kurang juga, kelihatan beberapa rakan sahabat yang mengadakan jaulah ke muhafazah, gembira ceria tanpa duka.

Apa yang pasti, transformasi sifat atau tabiat jelas melanda para pelajar al-Azhar kala ini.

Terkadang gelihati dengan gelagat, terkadang bermonolog sendirian. Alangkah indahnya suasana ini berterusan sepanjang alam keberadaan kita di Mesir
Tapi, kata sesetengah taulan, keadaan inilah yang menjadikan pelajar Malaysia di Mesir amat 'unik'.
Kurang mengerti apa yang dimaksudkan unik oleh taulan itu. Biarkanlah. Mungkin lebih baik biarkan Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Apa pun saya disarankan oleh seorang sahabat untuk membaca dua buah buku bahasa malaysia. Buku yang ditulis oleh Dr Hasan Ali dan juga Nor Hasamudin. Mungkin para sahabat lain boleh dapatkan juga buku tersebut bila selesai peperiksaan nanti.






p/s : JazakaLLAH kepada ustaz Hanafi Mahmood, sebab bagi pinjam buku ;p

2 comments:

Insyirah said...

Buku Jangan Bersedih tu sama dengan buku La Tahzan karangan Dr 'Aidh ke?

salmanfasiri said...

em hampir sama tapi lbh spesifik..versi malaysia