Episod 1
Peribahasa dan juga kata-kata hikmah sejak berzaman, menjadi sebati dengan kehidupan mana-mana masyarakat.
Jika dilihat pada ketamadunan dua bangsa yang bertentangan sejak dulu; bangsa Samiyyah (keturuan Sam bin Nuh as, meliputi kawasan Timur ) dan bangsa Aramiyyah (keturunan Aram bin Nuh as, meliputi penghuni sebelah Barat ), ciri perbezaan tabiat amat ketara.
Keturunan Samiyyah kaya dengan seni berpidato, sastera dan pelbagai bidang yang berkaitan seni, manakala keturunan Aramiyyah lebih kepada kemahiran pertahanan, zahiriyah dan peperangan.
Di kalangan bangsa Samiyyah, kita dapati bangsa Arab paling terkedepan dalam bidang seni kata-kata. Oleh itu tidak hairanlah kiranya Al-Quran turun dalam lisan Arab, yang terkandung nilai seni bahasa ( walaupun Al-Quran bukanlah kitab seni bahasa secara mutlak).
Awalan tadi dinyatakan bahawa seni bahasa adalah sebatian dalam mana-mana masyarakat, termasuklah alam Melayu.
tamat....
Episod 2
Kotak sms handset dan YM digegarkan dengan soalan seputar isu penggunaaan nama Allah
Saya tidak berminat untuk mengulas isu ini pada asalnya, memandangkan sudah ramai yang menyentuh tentangnya. Ada pro ada kontra
Persoalannya, mana yang betul?Boleh guna ke tidak?
Sang Pro mengutarakan hujah-hujah Al Quran, hadis, dalil aqli dan pelbagai logik akal lagi.
Teman seperjuangan di Pakistan yang pernah menjadi orang tersohor di Sungai Buloh (hingga kini pun) masih pertahankan sokongan kepada penggunaan nama Allah. Teman di Binjai, Kelantan terkesan (terkeliru?) dengan hujah orang Sungai Buloh.
Sang Kontra- terutama parti yang memperjuangkan Melayu, bangkang mati-matian.
Hebatnya demo yang dianjur.
tamat...
Episod 3
Penulis sendiri suka lontarkan sudut pandangan , begini:
a - Sang Pro
Pernahkah Sang Pro terfikir apakah kesan negatif jika disokong penggunaan kalimah ini oleh Orang bukan Islam?
Kenapakah isu penggunaan kalimah ini baru timbul sekarang?
Apakah relevan kalimah itu digunakan oleh orang bukan Islam dalam keadaan generasi muda sekarang tipis nilai agama, manakala bahan bacaan secara meluas dapat diperolehi?
Adakah hanya berdasarkan hujah dan dalil Al-Quran& Sunnah sahaja yang boleh digunakan untuk mengharuskan penggunaannya, atau kaedah uruf, masolih mursalah, istihsan, kaedah feqhiyyah contohnya "hindari kemudaratan lebih diutamakan berbanding memperolehi manfaat", turut sama boleh dipakai?
b. Sang Kontra
Adakah pernah terfikir di benak golongan kontra (khususnya yang kuat demo sekarang ni; dulu marah orang buat demo), kenapakah bukan Islam sekarang ini semakin kuat ingin menciplak apa sahaja istilah yang secara umumnya digunapakai umat Islam?
Apakah semua ini berpunca daripada sistem perundangan?
Rasanya gerakan Islam di Malaysia telah lama berjuang supaya Perundangan Islam dapat dimartabatkan.
Masalahnya, terkadang ahli gerakan itu sendiri yang menjadi 'selut dan lumpur' melambatkan langkah kaki. Terkadang pimpinan terpaksa menyibukkan diri membuang ' kemuncup-kemuncup' yang melekat pada pakaian berbanding dengan meneruskan hayunan kaki.
Bersopanlah kala berhujah, beradablah tika bertelagah, jangan terhantuk baru nak terngadah!!!
Followers
Bila Terhantuk Baru Nak Terngadah
Saturday, January 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment