Kala rakan-rakan resah gelisah nak menghadapi peperiksaan, saya kekalutan hendak menguruskan kemasukan saya sebagai pelajar master di American Open Univercity.
Pelik ke bunyi America?mungkin bagi sesetengah orang , bergetar jiwa , merah padam muka bila mendengar perkataan “Amerika”
Apa pun saya punyai alasan untuk mendaftarkan diri di situ
Buat sahabat dan juga adik-adik junior, harap sudah bersedia ke medan tempur :d
Beberapa minggu lepas, ada jawatankuasa di ARMA menjemput saya untuk memberi tip-tip menjawab peperiksaan . Walau pun pada awalnya saya setuju, namun program tersebt dibatalkan kerana memberi laluan kepada pegawai zakat Terengganu untuk mengadakan majlis pengagihan zakat kepada pelajar.
Oleh itu, di sini hajatnya ingin kongsikan bersama beberapa tip menjawab peperiksaan
1. Menghafaz segala yang berbentuk takrifan.Sekiranya ada pelbagai takrifan, sekurang-kurangnya 2 takrif wajib dihafaz
2. Kaedah-kaedah yang dinyatakan ( terutamanya dalam masalah feqah) wajib dihafaz secara tepat
3. Dalil-dalil wajib dihafaz. Termasuk juga dalam bab syair atau apa-apa ‘istisyhad’ Jika anda tidak mampu menghafaz teks dalil, sekurang-kurangya ‘part’ yang menjadi dalil, wajib dihafaz. Sebagai contoh:
Penyataan: “ Kaedah Pertama :’ Al umuur bi maqosidiha’ , ia berdasarkan dalil hadis
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى, فمن كانت هجرته إلى الله....
Jadi yang perlu diambil (jika tidak mampu hafaz panjang) hanyalah
إنما الأعمال بالنيات
4. Selain daripada yang dinyatakan di atas, segala bentuk isi penting yang lain hanyalah berbentuk kefahaman sahaja. Maksudnya, segala teks isi perbincangan, tidak perlu dihafaz, hanya olah mengikut kefahaman menggunakan ayat sendiri. Ya, pastinya jika menukilkan satu persatu perkataan yang ada dalam sesuatu topic/tajuk/bab, itu memberi markah lebih.
5. Jika berbentuk perbandingan (khususnya bagi pelajar Feqh Muqarin), sekurang-kurangnya kita bawakan dua pendapat bagi menzahirkan perbezaan pendapat tadi. Jika dapat hafaz semua, lagi baek :d
6. Menjawab dengan tenang. Tulisan hendaklah mudah dibaca, walau pun kita kurang mahir tentang khat. Besarkan tulisan anda, jangan macam cacing kepanasan atau macam tulisan tamil
7. Jawab yang mana dianggap mudah dahulu, namun pastikan anda tulis nombor jawapan anda bagi memudahkan Doktor/rah memeriksa kertas jawapan anda
8. Khabar dari beberapa orang sahabat, kata mereka sang Arab gemarkan hiasan, jadi jika ada masa, ‘conteng-conteng’ lah kertas jawapan anda mengikut kreativiti hihi. Tapi saya tidak galakkan kerana ini khabar semata-mata. Kalau nak cuba, saya tidak bertanggungjawab. Kalau di Pakistan saya boleh beri jaminan yang anda akan mendapat markah lebih jika ada hiasan. Wow seronok kan?
Ingat!! Doctor / rah bukannya ada tempat khusus seperti hotel atau taman untuk memeriksa kertas jawapan anda.Ini bukan Malaysia yang sediakan hotel untuk pemriksa kertas jawapan peperiksaan
Dan…yang paling penting..hubungan dengan Allah juga makhluk telah diberesi…..
SSELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
BITTAUFIQ WANNAJAH SUMMA ANNIKAH
1 comments:
thanks ustz pu...tips yg baik
Post a Comment