Followers

Tauhid 3 vs Sifat 20

Friday, January 22, 2010

Seusai membaca tentang Qadhaya Muasirah yang diberikan oleh ahli bait, saya termenung dan mengucap panjang. Apa tidaknya, dalam tajuk qadhaya untuk tahun 1 pelajar tajaan Amanah Raya Berhad terdapat tajuk “ Bangkangan Terhadap Tauhid yang 3”

Tauhid 3 ialah asas pemahaman tauhid yang agak popular sekarang ini. Ia merangkumi :

1. Tauhid Rububiyah : iaitu mengakui hanya Allah yang mencipta dan menguruskan semua alam

2. Tauhid Uluhiyah : iaitu mengakui keEsaan Allah dan melakukan segala ibadah untukNya sahaja

3. Tauhid Asma dan Sifat : mengakui dan meyakini segala nama dan sifat Allah tidak sama dengan makhluk sedikit pun

Turut saya kesali apabila diberitahu bahwa fellow MANHAL juga membantah pembahagian Tauhid kepada 3 bahagian ini.( Harapnya itu hanya khabar semata-mata, dan bukan pendirian beliau)

Di Bawah ini, dinyatakan tentang hujah mereka yang menolak pembahagian 3 tauhid :-

Hujah Pertama

Tidak ada di kalangan ulama salaf ( bahkan di zaman Nabi SAW pun ) yang membahagikan tauhid kepada 3 bahagian ini .

Jawapan :

Benarkah begitu? Jika apa yang dimaksudkan salaf ialah selain dari Nabi SAW,para sahabat dan juga tabiien, ia boleh diterima. Memang mereka tidak pernah bahagikan tauhid secara jelasnya kepada 3 pembahagian ini.

Namun, adakah sifat 20 juga pernah dibuat oleh mereka?

Jika mereka beranggapan, maksud ungkapan salaf ialah orang yang hidup dalam kurun ketiga (3 ) hijrah ke bawah, selain daripada Nabi SAW, sahabat dan tabien, ia juga tidak tepat, kerana ada beberapa ulama yang hidup dalam lingkungan zaman 3 Hijrah menyatakan tentang 3 tauhid ini.

Sebagai contoh , Al Hafidh Abu Jaafar Muhammad bin Jarir Atthabariy rahimahullah, lahir pada 224 H wafat pada 310 H.

Beliau nyatakan dalam kitab tafsir beliau pada:

1. Ayat 83 surah Ali Imran (surah ke3) tentang adanya Rububiyah dan Uluhiyyah

2. surah Annisa (surah ke 4) ayat 36

3. Surah Al Kahf ayat 110

4. Surah Sood ayat 65

5. Surah Ankabut ayat 61

Ulama (tafsir) mutaakhirin juga ada menyebut tentang tauhid ini seperti Imam Ibnu Kathir ra (ulama kurun ke 7-), ada menyatakan dalam tafsir beliau ‘ Tafsir alQuran Al-Adzim’ tentang tauhid Uluhiyyah dan Rububiyah. Sebagai contoh:

1. Surah Ankabut ayat 61

2. Surah Atthuur ayat 35

Dalam Syarah Ibnu Abi Al Izz (Ali bin Ali bin Muhammad bin Abil Izz ad-Dimasyqi, wafat 792 H) terhadap matan (teks) Aqidah Tohawiyyah, beliau turut menyebut tentang tauhid Rububiyah dan Uluhiyyah ini

(فعُلم أن التوحيد المطلوب هو توحيد الألوهية الذي يتضمن توحيد الربوبية)

Maksudnya : Maka diketahui (dari sini) bahawa, yang dikehendaki di sini ialah Tauhid Uluhiyyah yang (juga) mengandungi Tauhid Rububiyyah

Hujah Kedua

Perkataan Rabb dan Ilaah, membawa maksud yang sama. Ayat Al Quran ada menyebut tentangnya, contohnya:

1. surah Yusuf Ayat 39

2. surah yusuf Ayat 40

3. surah ali imran ayat 80

4. surah al Maidah ayat 116

Jawapan

Tidak ada secara terang dan jelas yang menunjukkan bahawa Ilaah dan Rabb membawa makna yang sama, kerana kesemua ayat yang dinyatakan di atas terarah bukan kepada satu golongan sahaja.

Bagi golongan yang beranggapan bahawa ada tuhan lain yang mencipta alam, maka Allah menggunakan perkataan Robb , bagi yang mengakui Keesaan Allah, namun ibadah mereka menyimpang, maka Allah menggunakan perkataan Ilaah.

Apatah lagi dalam surah AnNaas, Allah menggunakan kedua-dua perkataan (robb dan ilaah) dalam satu surah

))قل أعوذ برب الناس. ملك الناس. إله الناس ))

Dari segi penggunaan bahasa Arab, tidak perlu diulang perkara (perkataan) yang sama dalam satu masa, kerana dengan pengulangan kata yang sama tanpa membawa maksud atau keperluan lain, ia adalah sesuatu yang sia-sia. Disamping itu juga, ia mencacatkan kefasihan ayat itu sendiri

Abu A’la Al-Maududi juga telah menjelaskan dalam kitab beliau ‘ AlMustalahat al-Arbaah Fil Quran’ tentang wujudnya perbezaan antara perkataan Ilaah dan Robb.

Banyak lagi hujah yang diutarakan yang bagi saya yang cetek ilmu ini, merasakan ianya agak kurang sesuai, tapi cukuplah sekadar saya nyatakan dua hujah utama dari pegarang asal.

Kesimpulan

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan berkenaan siapa salah dan siapa benarnya. Semua ulama telah berusaha untuk memudahkan pemahaman agama dengan pelbagai cara. Janganlah hanya kerana pembahagian ini, menyebabkan kita semua berpecah dan mencari kesalahan orang, sebaiknya, tumpukan kepada perkara yang lebih utama lagi.

Yang penting bukan penamaan dan pembahagian, tapi sejauh mana kita memahami tugas kita sebagai hamba,tidak menyamakan Allah dengan makhluk, mengabdikan diri hanya untukNYA. Malaikat tidak akan tanya,: “kamu percaya sifat 20 ke 3 tauhid?”

Umat Islam yang tersebar di serata dunia, sepatutnya tumpukan kepada mempertahankan diri dari serangan musuh, dalam apa jua bidang. Musuh sekarang bukannya berperang secara berdepan, namun lebih kepada serangan pemikiran.


Sedikit paparan video, penjelasan Dr Wahbah Zuhaili tentang Tauhid 3 ini


Wallahu’alam

22 comments:

Hazwani said...

Janganlah hanya kerana pembahagian ini, menyebabkan kita semua berpecah dan mencari kesalahan orang, sebaiknya, tumpukan kepada perkara yang lebih utama lagi.

benar, sangat benar apa yg dinukilkan. kerana itu perlu untuk kita mencari titik persamaan agar persamaan itu nnti yg akan menggerakkan kita melawan musuh yg xpernah putus asa menghancurkan ummah.

Anonymous said...

secara dasar saya setuju dgn kupasan ust tp saya rasa x eloklah ust tulis benda yang x pasti dan samar2.4 example Fellow Manhal x sokong tauhid 3.siapa yg ust tuju?adakah benar spt 2?kl x confirm jgn la tulis dlm blog ust.saya kira itu 1 fitnah..yg kedua,kenapa ust letakkan nama syeikh nuruddin(walaupun tulis x abis tp org lain sume dpt agak) dlm jawapan kpd soalan itu?walaupun ust x ltk pun x de mslh.apa niat sebenar ust?lps tue tulis taksub lak.apa yg ust nk sebenarnya?bg saya ust nk perlekehkan org2 yg x sama pendapat dgn ust.x baik tue ust..mcm nielah,lain kl kalu nk menulis tulislah dgn ikhlas dan benar.jgn nk perlekehkan sapa2.x elok.sampai sifat 20 pun ust perlekeh.sama mcm puak wa.... la kot.insyaallah same2 perbaiki diri..

Anonymous said...

secara dasar saya setuju dgn kupasan ust tp saya rasa x eloklah ust tulis benda yang x pasti dan samar2.4 example Fellow Manhal x sokong tauhid 3.siapa yg ust tuju?adakah benar spt 2?kl x confirm jgn la tulis dlm blog ust.saya kira itu 1 fitnah..yg kedua,kenapa ust letakkan nama syeikh nuruddin(walaupun tulis x abis tp org lain sume dpt agak) dlm jawapan kpd soalan itu?walaupun ust x ltk pun x de mslh.apa niat sebenar ust?lps tue tulis taksub lak.apa yg ust nk sebenarnya?bg saya ust nk perlekehkan org2 yg x sama pendapat dgn ust.x baik tue ust..mcm nielah,lain kl kalu nk menulis tulislah dgn ikhlas dan benar.jgn nk perlekehkan sapa2.x elok.sampai sifat 20 pun ust perlekeh.sama mcm puak wa.... la kot.insyaallah same2 perbaiki diri..

Anonymous said...

penjelasan yg jelas sahabat2 blh baca di sini..DrAsmadinet.blogspot.com

salmanfasiri said...

2anonymous..
terima kasih atas komen.
dalam artikel saya, saya suka buka minda, bukan tertumpu pada satu syeikh sahaja. apatah lagi syeikh2 yg saya nyatakan itu smua dalam mazhab syafie.

terpulang la kpd mana2 individu utk lontarkan pndgn negtfnya terhadap artikel saya,apa yg saya inginkan hanyalah mencari titik persamaan antara muslim. banyak lagi yag perlu kita tumpukan berbandig bahas perkara yg telah dibahaskan ulama terdahulu.

tentg nama syeikh atau individu, saya tidak nyatakan sorohah(jelas). mugkin ada yg faham, ada yg tak. tiada niat memperlekeh. adakah sy perlekeh Syeikh N, bila sy sebut Dr Ali Jumaah?harap tiada yg prasagka . jernihkan minda,bukalah jiwa

Anonymous said...

nasihat saya,berhati2lah semasa menulis.tulislah perkara2 yang jelas dan tinggalkan perkara2 yang ragu.berhati2lah dgn tajuk yg kita tulis.hanya ust je tau maksud tersirat di sebalik tajuk 2(taksub).what the meaning of that?its refer to syeikh nuruddin or what?only u and Allah tau.apaepun niat kene jaga..as i said,adakah btl Fellow Manhal x setuju dgn tauhid 3?can u give to 2 us bukti?kl x jelas x yah la tulis..apapeun teruska menulis.

salmanfasiri said...

2 anonymous.
terima kasih atas nasht,ttg tajuk taksub, tiada mksd tersirat, saya tidak masukkan semua dialog antara saya dg pemanggil tu, kalo masukkan, tentu akan nampak ketaksuban pemanggil..

ttg fellow pula, kalo saudara baca dalam apa yg saya tulis dalam kurungn selepas saya tulis fellow manhal, pasti tidak timbul kata2 saudara itu.

tambahan pula, ada rakaman tentang kuliah beliau pasal kritikan tauhid 3..juga ada saksi..namun saya tidak mahu perbesarkan lagi..jadi janganlah hendak perbesarkan pasal benda ni,atau hendak lagakan antara kami..

bacalah kesimpulan saya pada artikel ini.terima kasih atas nasihat

Anonymous said...

setahu saya dan saya yakin yg beliau bukan x setuju dgn tauhid 3 tp x setuju dgn takrifan yg di bt oleh ibnu taimiah.kl ulama2 lain x de mslh.2 je.bknnya beliau menolak 100 peratus..

kurungan ke bkn kurungan ke,2 bkn mslhnye tp ust tulis perkara yg x jelas kebenarannya dan ia menjadi fitnah.berdosa ust..

mcmnielah ust kl nk menulis pun tulislah secara ilmiah dan btl2 ikhlas.x yah lah nk kutuk dan hentam sape2.lagi2 bende yg x jelas kebenarannya.

bkn saya nk lagakan ust tp ust sendiri yg cari pasal dgn fellow manhal.kl x refer kt sape2 pun x jd mslh.tp kenapa nk highlightkan fellow manhal?just tulis pihak ke individu ke ape2 ke.

kl kita btl2 ikhlas dlm menuntut ilmu yang SAHIH insyaallah Allah akn agkt martabat org tersebut.x perlu nk perlekehkan sape2 lbh2 lg ulama2..

salmanfasiri said...
This comment has been removed by the author.
salmanfasiri said...

2anonymous
terima kasih bagi nasihat..
mugkin saudara dengr yg dia tak tolak, tapi yg saya dengar dia tolak.

saudara dengar di tempat lain, saya dgr di tempat lain.

kenapa saudara macam melenting?
jika saudara jernihkan minda, tenangkan jiwa,pasti saudara tidakpandang negatif pada artikel ini.

ayat saya pun bukan bernada mengutuk, tapi menyatakan rasa terkilan, dalam masa yg sama. harap itu bukan pendiriannya..ada beza antara kutuk (hentam) dg nyatakan perasaan.

saya pun tak faham, kenapa saudara asyik nak katakan saya perlekeh ulama?saya serah pada Allah terhadap kata2 saudara ini.

satulagi, saya tidak pernah perlekeh sifat 20..
dari mana saudara dengar saya perlekeh sifat 20?

moga kita semua boleh bersefahaman

apepun terima kasih atas nasht

Anonymous said...

walaupun saya di Malaysia saya tau cerita ust di Mesir.apepun saya hrp ust dapat berubah dan x lagi bt cerita2 yang x elok dan x benar.i hope that..

salmanfasiri said...

2anonnymous
trima kasih ikuti pkmbgn saya..spttya cerita ttg sy,saudara tya sy terus, bukan dengar dr orang..mane tau, kot2 fitnah (sbgmana saranan saudara kpd saya spy jgn fitnah)
pepun jazakaLLAH :)

Anonymous said...

saya percaya dan yakin org yg bgtau saya x tipu saya.lagipun saya sempat dgn ust masa kt mesir dan tau 'style' ust yg ala2...semoga ust dan saya di rahmati Allah.berhati2lah dalam menulis dan menyampaikan ilmu.di bimbangi terpesong dari akidah yang sebenar..

salmanfasiri said...

ala2 ape? tok Guru Nik Aziz pun dah pernah dikritik pasal ala2 tu, apatah saya..saya bersyukur kerana satu aliran dengan Tok Guru :) alhamduliLLAH

Anonymous said...

alhamdulillah akhirnya ust mengaku ust nie ala2...selama nie ust menafikannya tp akhirnya ust mengaku gak.thats great!jgn salahkan sesiapa kl ust di label sbg ala2..

adoiii tok guru nik aziz dgn ust sgt2 jauh bezanya.jgnlah ust samekan dgn beliau..jauh langit dgn bumi!.walaupun beliau mcm 2 dl tp beliau tau yg mane perkara yg perlu di utamakan.beliau x permainkan isu2 khilafiah,x kritik ulama2 yg bt maulid,tahlil dan lain2.beza dgn..so jgnlah samekan ust dgn dia.

tp saya akan doakan ust jd mcm tok guru nik aziz yg zuhud..

salmanfasiri said...

mengaku?em saya hanya mengaku satu aliran dg Tok Guru tentg dikritik ala2...tiada yg lainnya..nampaknya saudara sudah jauh sgt mentafsir kata2 seseorang.
saya sealiran dg Tok Guru dari segi deobandi, dari sistem deobandi, sambug ke Mesir..kemudian dikritik ala2..itu mksud saya.
nampaknya saudara tidak akn serik sehgga orang lain mengikut apa yg dkehndaki saudara.

cukup setakat ini ..saya tidak akan layan lagi karenah saudara.
rahimani wa iyyakaLLAH

Anonymous said...

x usahlah ust bermain dgn kata2.walaupun ust menafikannya tp perbuatan dan percakapan ust ala2..

setahu saya,ust ala2... masa di sini(malaysia) lagi sbb ust anak didik 'ust pasir pekan'.ust 2 mmg..sbb tahlil slps solat pun di katakan haram.saya ade bukti dan ianya bukan fitnah..


saya bimbang ust gunakan hujah yg ust 'sama' dgn tok guru nik aziz sbb ianya akan menimbulkan masalah kelak.so kl blh la x yah la nk gune tok guru backup ust..

setelah mendengar pengakuan ust 2,alangkah baiknye ust berubah ikut aliran yg sebenar.saya pun pelik cmner ust bljr di al azhar sdgkan al azhar bkn aliran spt ust.rs mcm ust nie menipu diri sendiri.yela bljr aliran yg x same dgn pemikiran ust.

insyaallah berkat ulama-ulama al azhar ust akan berubah dan blk ke sini nati perbetulkan 'ust pasir pekan' pujaan ust 2.

barakallah fik..

Anonymous said...

assalamualaikum...
utz saiful,smoga Allah memberikan kekuatan kpd utz dlm menegakkan yg hak...tak kisahla org nk gelar kita apa,yg penting,moga kita tidak keluar dari Al-Quran & sunnah rasul...(geggamlah bara api itu dgn kuat)...

Anonymous said...

alhamdulillah mmg ust saiful x keluar dari al quran dan sunnah..cume ade 'masalah' ckit je.insyaallah doa2lah supaya ust saiful dpt berubah dan beramal dgn ilmu yg sahih dan sebenar..

Anonymous said...

ya,semoga kamu & sy juga tidak keluar drpd al-quran & sunnah,dan menjauhi segala syirik & bid'ah..aminn

sanggupa said...

assalamualikum ustaz...sy tertarik dgn artikel ust ni...
tentang tauhid 3 ni xdop sapo tolak..
apa yg saya tahu...dalam uluhiyyah itu adanya rububiyyah...kerana tdk boleh jd uluhiyyah kalu tnpa rububiyyah...
kalu tuhan itu tdk bersifat "rububiyyah" tuhan tdk layak jd "uluhiyyah" itu yg sy faham dr ajaran ust sy...atau ust blh fhm dgn ayt lbh seng(ssh mau bt ayat)
apa2 pun jgn berpecah...sifat 20 pun x salah...tok guru pun tdk melampau wlpun pd zaman mudanya agk keras dgn fhmn beliau.
selagi bertauhid Allah itu tdk sama dgn makhluk maka ayuhlah kita bersatu...pasal bidaah2 tu ketepikan...x pyh nk sesat2kan org mcm yg brlaku pd segelintir org...
saya tdk pndai tp tdk mahu memandai...
tq..;>

Anonymous said...

semoga Allah Merahmati