Followers

Dia Aisyah Ku 1

Wednesday, January 27, 2010


Saufi menghela nafas panjang. Sukar baginya untuk menarik nafas . Bukan kerna dia sakit,tapi kerna pertemuan malam tadi bersama seorang sahabat di restoran di Greenwood
, amat memberatkan kepalanya.

"Assalamualaikum akh, ana hajat untuk bertemu akh buat seketika"

Sms itu dibacanya. Dia amat kenali nombor yang tertera pada sms itu. Sahabat karibnya Fauzan.
seingatnya, kali terakhir mereka bertemu, tika menghadiri jamuan korban di rumah sepupu Saufi di Sungai Chincin. Itupun hanya sekadar bersapa, Saufi perlu pulang segera memandangkan dia ada urusan berkaitan kuliah di UIA . Masing-masing sibuk.

Saufi di Jabatan Fiqh Dan Usul Manakala Fauzan di Jabatan Quran Sunnah. Apatah lagi mereka berada di lain-lain mahallah. Saufi di Mahallah Zubair, Fauzan di Mahallah Bilal. Amat jarang untuk mereka bersua, namun ukhuwwah tetap terjalin kukuh.


Pertemuan tadi adalah yang 'terhangat' antara beliau dan sahabat karibnya itu.Mungkin juga terlama.

Ana minta maaf amik masa enta.
Ana makin tak keruan.

Akh cuba relak kejap. Kita pesan makanan dulu
.
Ana tak de selera .
Em ok, ana pesan untuk akh


Sup daging dipesan. Juga ayam goreng berempah beserta telur dadar. Itulah menu yang biasa mereka berdua tempah jika makan di restoren.

Makanan yang terhidang, belum lagi disentuh Fauzan. Saufi faham, tentu apa yang terbuku di hati sahabatnya itu agak kusut.

" Sebenarnya akh Saufi, ana ada hajat besar, ana tak tahu nak mulakan dari mane tapi ia amat terasa ni."
Citer la akh, mungkin ana dapat membantu, atau sekurang-sekurangnya akh dapat 'hambur'kan bebanan itu pada ana
.
Begini, akh kenal kan dengan Syura?Tentu akh lebih lama kenal dia dari ana sendiri kenal dia.
Ya, kenapa?


Ana sejak mula kenal dia lagi, sudah simpan perasaan untuk menjadikan dia bidadari dalam hidup ana.
Akh rasa la, jika seorang perempuan, banyak bercerita dan berkongsi masalah peribadi dengan seorang lelaki, itu tandanya perempuan tadi ada perasaan pada lelaki itu kan?..

Persoalan yang dibangkitkan oleh Fauzan itu, diiyakan oleh Saufi. Dia tahu akan kebenaran itu.
Namun dia hanya mematikan diri, untuk meneroka alam emosi sahabatnya.

Namun sejak akhir-akhir ni, ana jadi bingung. akhir tahun lepas,selepas raya Puasa, dia bagitahu, ada orang taqdim dia. Gelap dunia ana kala dengarinya.

Ana sebenarnya dah bagitahu keluarga ana untuk bertemu dengan keluarga Syura selepas raya Puasa. tapi ana terkilan sebab bapa ana meninggal dalam kemalangan jalanraya
.
Dia ada mesej ana, nyatakan rasa terkilannya sebab ana tak ke rumahnya raya tahun ni. Dia mengadu,terasa amat sedih kerana mengharapkan ana yang taqdim dia, bukan orang lain. . Ini rantaian mesej dia akh.

Saufi meneliti mesej-mesej yang ditunjukkan Fauzan. Memang benar, ternyata Syurah yang menghantar mesej tersebut. Dibacanya satu persatu. Tampak Syurah amat memendam rasa.

Mesej 1
..saya rasa amat sedih sekarang, down sangat2..hati lemah, iman lemah, dan tentunya emosi lemah..

Mesej 2
..kenapa awak tak datang ke rumah? hmmm..

Hanya dua mesej sahaja yang dibacanya, Saufi tidak berminat untuk tahu yang lainnya.
Suasana bingit, sahut menyahut berselang seli antara bualan mereka . Saufi juga mencari ayat untuk meneruskan bicara. Fauzan masih belum menjamah makanan.

Akh, makan dulu, nanti sejuk, tak sedap pula .
Ana takda selera sekarang ni .
Akh, jangan ikut emosi sangat.


Ana faham akh, tapi jangan terlalu ikut emosi, kita seorang lelaki, jangan dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu perlu, tapi kawalan juga harus jitu.


Akh Saufi, ana nak minta tolong enta untuk cuba selidik .

Pasal ape?

Dia cakap dia dah bertunang!! Ana sedih sangat-sangat. Ana harap sangat agar kata-katanya itu satu sebab untuk dia elak diri dari ana dan tidak benar.
Kenapa akh cakap begitu?
Yela berdasarkan mesej-mesej dia, dia amat mengharapkan ana. .tapi sekarang dia menjauhi diri dari ana .
Ana dah pikir macam-macam sekarang ni..

Jangan pergi terlalu jauh akh.. Jangan terlalu layan perasaan tu.


Saufi tahu, sahabatnya amat tertekan. Saufi juga pernah alami perkara sama tahun lepas. Jalan berumahtangga yang dirintisnya terputus sekerat jalan ekoran 'badai fitnah' yang melanda. Bukan sekali dua bahkan berkali-kali. Dalam hitungannya, sudah 4 orang muslimah yang pernah dia taqdim. Namun ia bukan penghalang untuknya mencari jalan baru. Inspirasi Khairul Azam dalam filem Ketika Cinta Bertasbih 2, yang tidak putus asa dalam mencari jodoh, bagaikan terpahat kukuh dalam jiwanya. Mungkinkah sekujur Anna Altafunnisa yang akan mengisi hatinya?

Ana harap akh Saufi tolong ana. Tolong selidik tentang status dia.
Macamana? Kenapa akh tak hubungi keluarga dia? .
Ana dah hubungi ayah dia tapi macam tak ade respon.
Elok juga akh berhubungi melalui email, sebab mungkin ayah dia sibuk untuk terus balas sms akh.
Emmmhhh...akh Saufi, ana harap sangat enta tolong selidik.
Insya Allah akh, ana cuba setakat mampu. Akh tenangkan dulu fikiran . Doa, mengadu pada Allah dalam tahajud. Apa-apa nanti, ana bagitahu akh.
Terima kasih akh Saufi, cuma kadang-kadang, terdetik di hati ana, orang yang taqdim Syurah adalah akh Saufi??!!

Fauzan memandang tepat ke mata Saufi. Terkejut dengan telahan Fauzan, Saufi cuba tenangkan keadaan.

Akh ceritakan tadi, banyak berhubung dengan keluarganya. Ana baru kenal keluarga dia sekalipun ana sudah lama kenal Syura.
Iya ana memang tahu, dan ana harap orang yang taqdim itu, bukan akh Saufi..kan?


Saufi kembali diam. Kelu. Hatinya bersuara sayu :" Ya "

Teringat dia akan dialog nasihat Khairul Azzam kepada sahabat serumahnya .

"La iithaar fi qurubaat"- tidak ada keutamaan dalam perkara ibadah

Dia faham,perkahwinan adalah ibadah dan dalam perkara membabitkan ibadah serta mengamalkan kebajikan, perlu berlumba-lumba, berebut mendapat pahala, tidak perlu biarkan orang lain memperolehi pahala ibadah, tapi bagaimana dengan hubungan ukhuwwah antara mereka?...
Saufi tidak tahu, yang Syura sebelum ini ada hubungan rapat dengan sahabat karibnya Fauzan. Fauzan juga tidak pernah cerita tentang ini.

Salahkah Saufi? Zalimkah dia terhadap sahabatnya? Perampas?

Malam berlalu. Moga esok, ada sinar lain untuk kemelut ini..

Bersambung...

5 comments:

Anonymous said...

Ada hikmahnya dari Allah untuk Fauzan, mungkin ada yang lebih baik (pasti, insya Allah) untuk Fauzan di sisi Allah.

Syura juga mungkin sebagai seorang manusia lemah, terlupa seketika... hajatnya itu perlu disandarkan kepada Allah, bukan kepada Fauzan. Mungkin, setelah sedar atau disedarkan Allah, maka Syura mengambil langkah haluannya sendiri. Mungkin Fauzan melakukan sesuatu yang membuatkan Syura berubah hati, mencari cinta Allah dan mengharapkan cinta yang Allah redhai. Syura juga manusia biasa, yang pernah melakukan kesilapan dan bangkit dari kesilapannya.

Saufi pula tidak salah (suka hati cakap bagi pihak, hihi) sebab dia tak tahu kan. Lagipun bukannya Fauzan dah bertunang dengan Syura bahkan keluarga Syura juga menerima Saufi (kan? ke salah faham) dan... Fauzan perlu berdepan kenyataan hidup. Wanita yang sudah bertunang HARAM dipinang sehingga lelaki tersebut melepaskan pinangannya.

^_^

Cinta tiga segi...
Sian Saufi tersepit, Fauzan pula menyepit, Syura pula terkepit.

Betul la orang cakap, alam pertunangan tu banyak cabaran.

salmanfasiri said...

Insya Allah..semua yang ditakdirkan, ada hikmah tersembunyi, di luar pemikiran manusia.
sebagai hamba, keredhaan terhadap takdir adalah yag terbaik.

rasanya Saufi perlu pertahankan 'hak' .
Fauzan pula mugkin pertama kali berhadapan situasi ini, itu akan mematangkannya kelak insya Allah

Anonymous said...

pandai ustaz salman mengarang,blh tulis novel nih:)
rumit sgguh mslh kawan ustaz..saya xdpt byngkn jika saya berada dlm kelompok tiga org tu.jd fauzan merana,syura trsiksa saufi hilang kata2..
slh seorg prlu mengalah,natijahnya hanya Allah yg tau(nnt ada yg bnuh diri x?) :-)
saufi pn knp la xselidik dlu.xtanya syura smada dia ada teman istemewa.lgpn fauzan tgh brsedih sbb kmatian bapanya..sanggup ke dia tgk fauzan menderita 2kali ganda..
fauzan2..takdir xmnyebelahinya kot,sesudah musibah mnimpa,tambah lg musibah..mdh2an dia kuat

bg saya smua smua brgntung dtgn saufi,dtelan mati mak dluah mati bapa..syg nk lepaskn org yg dh dipinang tp dia dh bnyk kali kecewa,sanggupkah dia lihat kwan baik seakidahnya mnanggung beban yg mungkin xtrtggung.lgpn ustz salman ckp saufi dh bny kali kecewa,klau kecewa lg skali xde mslh kot,ckup lima kali blh lawan azzam KCB.mna la tau kot2 brjumpa ana autufunnisa,hehehe..xkesian ke kt fauzan,dh la bapa xde.lgpn dia mmg syg gile n serius nk jadikan syura teman hdup dia.

hrp2 fauzan pun kna tabah..jodoh maut dtangan tuhn,jgn bt keja gila sdh:-(

saufi tu bru knl syura ke?perasan dia kt syura mcmna?tenangkah dia jd perampas?

mgkn blh lg dbawa brbincang utk kemaslahatan brsama,diorg blm kawin lg kn..hrp2 kwn ustaz dpt selesaikn mslh ni dgn penuh hikmah..

Anonymous said...

Anonymous (yang atas ni bukan saya)

Saya adalah anonymous yang 1st... (hik hik) :P Biar Ustaz Salman pening ada banyak anonymous :D

Betul, ketiga-tiganya adalah rumit. Kalau anonymous (yang atas ni) suh Saufi lepaskan Syura, agaknya memang Syura akan terima Fauzan buat kali ke-2 ke? Atau adakah Syura sebenarnya ada sesuatu yang dipendam berkenaan hal Fauzan sehingga dia 'mampu' untuk menerima Saufi sebagai imamnya kelak?

Kita tak boleh salahkan Saufi, Saufi tak tahu. Mungkin pada awalnya Saufi sudah bertanya kepada keluarga Syura, tapi tak tahu tentang Fauzan. Fauzan pun tak pernah bercerita...

Secara kesimpulannya, tak perlu pening sangat kot sebab ada continue kisah ni kan? Aih... Macam novel lak. Sila teruskan :D

Kejamnya anonymous (atas ni) suruh Saufi kecewa kali ke-5, isk isk isk... Sebenarnya bila diperhalusi, tiada siapa yang salah kerana setiap perkara yang berlaku terselit berjuta hikmah dan ujian adalah tarbiyah dari Allah.

Semoga
[1] Fauzan : meneruskan hidup sebagai hamba Allah yang meletakkan cinta Allah melebihi segala-galanya.

[2] Saufi : ukhuwah dengan fauzan masih dipelihara dan insya Allah hubungan dengan Allah semakin diperhebatkan.

[3] Syura : Mampu mendidik hatinya untuk melebihkan cinta Allah dan sentiasa bergantung harap pada Allah, BUKANNYA kepada manusia.

p/s: Kalau ianya kisah benar. Moga Allah merungkaikan kemelut. Kalau ianya 'novel bersiri', moga bisa menyadur nasihat hikmah dalam menghadapi mehnah Tuhan. :)

Fi AmaniLLAH.

(ustaz tahu siapa ana) :)

Insyirah said...
This comment has been removed by the author.