Followers

Bermazhab Atau Taksub ?

Saturday, January 16, 2010


Tika saya dalam perjalanan bersama teman ke Musallas, ada panggilan telefon dari seorang pelajar.

Pelajar (P) : Assalamualaikum
Saya (S) : Wa'alaikumussalam
P : Ana nak tanya ustaz
S : Ye silakan
P : Apa hukum perempuan yang datang bulan, nak baca Quran sebab nak ulang hafalan
S : Secara ringkasnya boleh
P : oo terima kasih ustaz

Saya bersama dengan ustaz Faisal, Nurul Amin dan Hariz tika itu dalm perjalanan untuk menikmati bakso di Musallas yang dikatakan terkenal.. hehe . Bukan sebab menonton Ketika Cinta Bertasbih 2 lalu kami ingin menikmati bakso cinta, tapi perancangan dah lama cuma masa belum mengizinkan.

Apatah lagi, Ustaz Faizal mempunyai sepupu orang Indonesia.
Saya rasakan, bakso ini umpama mee celup. Kami di Kelantan, biasa menikmati mee celup sebagai menu waktu petang. Kedai-kedai yang menyediakan mee celup,pastinya menjadi tumpuan belia remaja Kelantan di waktu petang.

Saya sendiri terkadang memacakkan diri bersama remaja di kampung saya, sambil menikmati juadah mee celup . Kebersamaan saya dan mereka, membuatkan saya mengimbau kembali zaman remaja di samping menerobos persoalan remaja . Keadaan kami berbeza. Zaman berubah. Tentunya memerlukan kita cuba memahami zaman mereka.

Pulang dari menikmati bakso, saya dihubungi sekali lagi pelajar terbabit. Dia nampaknya kurang berpuas hati dengan jawapan saya

P : Assalamualaikum
S : Wa'alaikumussalam
P : Ustaz, betul ke boleh baca? Syeikh Nu***** cakap tidak boleh
S : Beginilah, dalam masalah ini, mazhab 4 semua ittifaq (sepakat) mengatakan orang haidh tak boleh sentuh Alquran, cuma mereka berbeza pendapat dalam membolehkan orang haidh membaca Al-Quran . Mazhab Syafie kalau ulama terdahulu memang tetap mengatakan haram, cuma ulama terkini di kalangan Syafieyyah , ada yang mengharuskan sebagai contoh Mufti Ali Jumaah (Mufti Mesir ). Alasan Syeikh Mufti ialah nak dekatkan masyarakat dengan Al-Quran.

Masyarakat Islam terdahulu, mereka dekat dengan Al-Quran, walau tidak mengulangnya, ingatan mereka tetap kuat. Masyarakat kita sekarang ini, dalam keadaan suci pun memang dah jarang nak baca Al-Quran, apatah lagi kalau datang bulan . Jika difatwakan haram, akan menjauhkan lagi mereka dengan al-Quran bahkan akan terdedah kepada lupa yang semestinya merupakan satu dosa (menurut satu pandangan)

P : Ooo. Jadi tidak salah jika mengambil pendapat Syeikh Mufti?
S : Ye , bukan hanya Syeikh Nu***** sahaja ulama Syafie. Cuma kalau masih mahu ambil jalan waspada, atau mahu tunggu waktu suci, silakan. Saya bukan mahu menghalang anda, bukan juga mahu memaksa anda menerima pendapat Syeikh Mufti

p/s : Sila rujuk Fatawa Asriyyah oleh Syeikh Ali Jumaah jilid 1 muka surat 7-8 terbitan Darus Salam cetakan kedua (2006)

9 comments:

Insyirah said...

Assalamu'alaikum.
Dialog di atas ni boleh suh kawan baca sendiri, beberapa hari lepas pun de orang yang tanya soalan yang sama. Toche! Toche :)

Bakso Cinta? Aduhai... Penangan Ketika Cinta Bertasbih 2 sampai ada bakso bernama bakso cinta. Penah juga dulu maid ngajar buat bakso tapi tak pandai2 :P yang agak boleh buat bergedil, tapi tak sama ngan bakso. Rasa2nya nak buat mudah je cuma rumit - tu la agknya tak pandai2 sebab tak berapa nak rajin. Hohoho... :D

salmanfasiri said...

wa'alaikumussalam..
em memag ramai yg tya, tp kadag tya nk test aliran pemikiran kita je..huhu

ketika cinta bertasbih?em dh tgok ke?
pasni rajin2la buat bakso..hoho

Insyirah said...

Yup!
Setuju... Sometimes 'sengaja' nak uji pemikiran je. Tapi, kalau kita nak menilai seorang sahabat janganlah dengan ilmunya takut bila dia tak mampu nak jawab, kita akan menjauhinya sedangkan pada dirinya mungkin ada banyak ilmu-ilmu lain yang kita boleh ambil manfaat darinya. Wallahua'lam.

p/s: Tadi makan scone di Bharat Tea. :D

Insyirah said...

Nope, tak tengok movie KCB pun tapi both novel dah habis, rasanya lagi suka baca novel berbanding movie (wpun belum tengok) sebab novel ada monolog, huhu. (orang sastera la katakan) :P

salmanfasiri said...

a'a ye, mugkin kita xsuka pada satu aspek, tp aspek lain ada yg mnybbkn kita bahagia ( gembira ) bersama rakan itu.

p/s : scone? em alahai..(telan air liur je la )

Melayu Mudah lupa said...

Assalamualaikum..
Maaf,blh x sy nk ust terangkn psl lupa yg ust ckp ''....bahkan akan trdedah kpd lupa yg smestiny merupakan satu dosa(menurut satu pndangan)''
Sy krg jelas,n btl2 nk tau.ye la,kdg hafal quran kejap je ingt pstu lupa blk.
Pstu nk tau tu pndgn sape..thanks ust.

salmanfasiri said...

wa'alaikumussalam..
" lupa al quran merupakan satu dosa", maaf saya tidak dapat pastikan nama ulama yang yang berpendapat sebgini, sebab syeikh yang mengajar sunan tirmizi hanya sebut begitu sahaja ( mugkin syeikh ada sebut yang saya tidak perasan)

namun dalam hadist yang nyatakan " tiada dosa lebih besar berbanding seorang yang hafaz quran kemudia dia lupa", salah seorang perawinya adalah mungkar (namanya yazid b Abi Ziyad), yang menjadikan hadith tersebut tidak boleh dijadikan hujah.
wallahu'alam

Anonymous said...

salamalaika, ana nak mintak no.hp anta semula dan no.hp ust fadhli coz h.p ana hilang minggu lepas, kesemua nama2 member lama dan baharu hilang. syukran dari ilias

salmanfasiri said...

wsalm..ni no ana +2011 6301687.
no fdhli 0199070868