Kebangkitan kesedaran islam di Malaysia, saya kira bermula sekitar 80-an dengan jemaah al-Arqam sebagai pelopor utama tika itu. Segala jenis rangkaian sebaran am dan media massa 'dikuasai' mereka. Seni suara, majalah, komik, bidang perniagaan hampir semua diwarnai jemaah mereka.
Tidak ketinggalan, NGO yang lain turut memberi sumbangan kepada kesedaran masyarakat Islam Malaysia tentang penghayatan agama dalam kehidupan
Peningkatan kesedaran ini juga mencapai kemuncak pabila Jemaah Islam mengambil alih tampuk pemerintahan di sebuah negeri Pantai Timur Semenanjung.
Krisis dalaman kerajaan kita pada 1998,merancakkan lagi sirna kesedaran pabila ramai yang menyatakan simpati kepada gerakan Islam, ini terbukti dengan kalangan professional yang mula beralih perhatian mereka.mula meninjau isi pati apa yang dibawa pihak yang mendakwa.
Bukan itu persoalan yang hendak dinyatakan di sini tetapi tentang gejala ketagihan mengambil anak angkat di kalangan mereka ( khasnya wanita) yang punyai kesedaran Islam.
AlhamduliLLAH ia satu petanda yang baik.
Namun dalam kerancakan gejala mengambil anak angkat,seringkali mereka kurang tahu tanggungjawab sebagai keluarga angkat.
Anak angkat dalam Islam
Islam mengakui adat pemgambilan anak angkat . Sirah membuktikan Arab Jahiliyyah antara yang 'kuat' system pengambilan anak angkat. Arab Jahiliyyah pabila mempunyai anak angkat, mereka akan terus mengubah nasab anak angkat dengan dibinkan kepadanya , bahkan Nabi SAW sendiri mempunyai anak angkat iaitu Zaid yang pada awalnya juga dibinkan kepada baginda.
Namun setelah ditegur oleh Allah SWT supaya nasab anak angkat tidak diubah, lantas Nabi SAW mengembalikan nasab Zaid kepada asal dan dipanggil Zaid bin Harithah.
Ini dibuktikan denga turnnya ayat Al-Quran surah al-Ahzab ayat 5:
" Panggillah mereka (anak angkat) dengan (dibinkan)kepada ayah mereka, itulah yang lebih adil di sisi Allah…"
Pengambilan anak angkat bukan semata-mata hanya mendapat tittle ayah atau ibu angkat sahaja, bahkan ia lebih kepada menjadi 'timbalan' ibu bapa asal mereka. Dalam Islam, ia bolehla diistilahkan kepada wali (penjaga).
Peranan wali amat besar dalam Islam, antaranya :
1. Mengurus harta anak kecil yang kematian ibu bapa
2. menjaga kebajikan mereka samada dari segi fizikal mahu pun mental
3. menyerahkan harta untuk mereka urus sendiri apabila teruji kecerdikan mereka dan layak mengurus
4. mencari pasangan untuk mereka sekalipun dikahwinkan oleh wali hakim kelak
Pendek kata, segala tugas dan peranan ibu bapa akan dipikul oleh mereka saaat ketiadaan kedua-duanya
Namun dewasa ini, kita lihat ramai yang mengaku mak angkat, dan semahunya dipanggil ummi, mama dan pelbagai panggilan mesra lain, tidak betah untuk melakukan tugasan ibu angkat (atau keluarga angkat).
Kita lihat terkadang ada yang 'berbangga' mempunyai ramai anak angkat. Lagaknya tika berbual,terpacul di mulutnya rasa 'hebat' mempunyai anak angkat di kalangan pelajar di seluruh pusat pengajian luar negara..di Ireland,UK, Australia,.Mesir tak terkecuali. (bahkan anak angkat mereka kebanykan dari pelajar agama) Kita juga bangga ada 'ummi', ada 'mama' ada 'aunty'.
Mungkin kita tidak mengharapkan lebih-lebih, tetapi kita harus sedarkan mereka tentang tanggungjawab dan amanah besar menanti jika mereka tegar menjadi ibu angkat. Kalau benar ingin mengambil anak angkat,pilihlah di kalangan mereka yang benar-benar memerlukan. Yang maju pelajarannya, atau setidak-tidaknya yang menunjukkan rasa minat untuk menimba ilmu agama.Janganlah sekadar bermegah dengan tittle ummi atau apa-apa yang lunak bunyinya. Pelajar yang mempunyai senarai panjang keluarga angkat, cuba-cubalah bantu rakan-rakan anda yang masih terkial-kial menghambat mencari setitis cuma bantuan untuk teruskan perjuangan menggali permata
Adakah kita hanya dijadikan umpama pemanis minuman? Yang hanya dijadikan 'bahan' rencah rasa tika bercakap oleh mereka. Hanya untuk memenuhi senarai panjang anak angkat mereka di kalangan pelajar agama? Mungkin tidak enak rasanya kita menerobos ke dalam hati mereka, membedah siasat qasad mereka,namun fenomena yang naik mendadak ini harus juga kita letak dalam kantung pemikiran kita atau setidak-tidaknya dalam senarai KIV kita
Fikir-fikirkanlah
Followers
::: Ummi Oh Ummi :::
Thursday, May 21, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
4:01 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
assalamualaikum ustaz..
this is my 1st comment in ur lovely blog..=p
saya sgt tertarik dg isu anak angkat yg cuba ustaz bangkitkan..
di malaysia, mungkin isu ini kurang mendapat tempat di kalangan masyarakat..i mean from the islamic jurisdiction perspective..
since ustaz mmg dh establish in this islamic course, how about sharing ur opinion in this matter..the detail one..
ttg hukum hakam anak angkat dlm islam..from islamic jurisdiction of fiqh studies..
i'll waiting ur new article in this matter soon..=)
keep up a good work!!
-ur silent reader-
Post a Comment