Selamat Hari Guru
(saya sebenarnya bermasalah jika mengupdate blog,perlu masa paling kurang 5jam hanya untuk satu posting)
Sambutan yang dirai tiap tahun bagi memberi penghormatan terhadap guru
Seusai kelas cepat ana dengan Us Wan Hafiz ( kami kenalinya dengan nama us Hafiz TokWan), ana dihidangkan mee goreng bandung. Sedap masakan us hafiz :p
Di kala santapan kami yang turut dsertai Us Mad System dan Us Adnan, terpancul dari mulut ana pertanyaan..: " tok bui ucape ko cikgu-cikgu ko?"
Salah seorang ahli 'dewan' bertanya :" bakpo?"
" la, arini hari guru"
"owh dih…" masing-masing mengangguk
"mace-mace hari ado loni, Hari Ibu, hari Bapa, hari Pekerja. Demo nih, kalu ado hari goni buleh cuti..kito pelaja ni, ado sokmo dale seminggu hari kito, tapi hari kito kena g skoloh, gi kuliah"
Kami ketawa..selorohnya bersahaja
Memang semua maklum, tambah lagi jika Muslim, pasti ada dalam ajaran agama, kewajipan menghormati mereka yang berjasa besar dalam kehidupan kita.
1. Jasa Allah : yang mewujudkan manusia dan memberi segala nikmat dan keperluan manusia, dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki, nikmat tidak terhitung
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan kamu untuk tidak menyembah melainkan kepadanya…"
(Al-Israa 17: 23 )
" Dan sekiranya kamu menghitung nikmat Allah pasti tidak akan terkira satu persatu, sesungguhnya Allah amat Pengampun lagi Amat Mengasihani.."
( Al-Nahl 16 : 18 )
2.Jasa Ibu : melalui perantaraan ibu, kita lahir ke alam dunia. Pahit maungnya mengandungkan kita,mengadapi ambang kematian di kala melahirkan kita ( ohya sekarang ni di mesir musim imtihan = musim bersalin ). Banyak juga jasa bonda
"Daripada Abu Hurairah rakatanya: telah datang seorang lelaki menemui RasuluLLAH SAW seraya bertanya:" Wahai RasuluLLAH, siapakah yang paling berhak untuk aku berbuat baik?Nabi bersabda : Ibumu, dia bertanya: kemudian siapa? Nabi menjawab : Ibumu, dia bertanya lagi, kemudian siapa? Nabi menjawab : Ibumu, dia kemudian bertanya lagi : kemudian siapa?, Nabi menjawab : Ayahmu."
(Riwayat Al-Bukhari Bab Orang yang berhak berbuat baik)
3.Jasa Bapa : melalui bapa, rezeki kita disalurkan (secara fitrahnya bapa yang kena kerja cari rezeki ), walau kadang ada ibu yang turut bekerja tapi masa bersalin takkan nak kerja,kena berehat kat rumah la kan
4. Jasa Guru : Ilmu disalurkan kepada manusia menerusi mereka. Guru perempuan adalah yang terbaik untuk pendidikan awal manusia..mana tidaknya, naluri mereka dan emosi secara fitrah diilhamkan kepada mereka untuk tahan sabar dengan karenah budak-budak. (Ana pernah handle pelajar tahun 1 dan 2 ni..ya Allah, tangan rasa ringan je..kadang ada yang merengek minta dukung..aduhaiii)..
Imam Syafie pernah mengungkapkan:
" Jika seseorang mengajar anakku membaca Basmalah (BismiLLAHi arRahmaani arRahiim), maka aku wajib memberinya seribu dinar "
Seingat ana, kebanyakan guru kelas ana adalah perempuan, bermula dari tadika (masa tu nak pergi sekolah PASTI jauh, takde sapa nak hantar), hinggalah tamat Tingkatan Enam Atas di Maahad Muhammadi Lelaki,guruku adalah wanita kecuali semasa tingkatan peralihan, tingkatan 2 dan tingkatan 3,guru kelas ana adalah Ustaz.
Diri ana ni semasa kecil agak nakal,begitu juga semasa sekolah rendah.Ponteng kelas tu biasa la juga . Kalau dalam periksa, ana ni dapat nombor 36 daripada 37 orang murid..waaa sikit lagi nak dapat last. Tapi tah macamane tercabar sikit dengan ejekan kawan-kawan, ditambah lagi guru masa tu dia punya ayat power , ana cakap :.."eleh tahun depan aku dapat no 1 punya laa"
Sebenarnya perkataan tu tak disengajakan,keluar gitu je, konon nak cover la
Namun kuasa Allah siapa tahu, semasa keputusan peperiksaan penggal pertama nak diumumkan, ana demam,seminggu tak hadir sekolah. Kawan-kawan sekampung yang sekelas dengan ana, datang ziarah,mereka ucap tahniah..Isk apa kena dengan dorang ni, ana sakit,sempat lagi ucap tahniah.
Mereka bagitahu, tadi keputusan periksa dah diumum, ana ni dapat no 1..memulanya sengeh macam kambing je lagaknya.Apa taknya, kita ngah demam la, memain la plak dorang cakap dapat no1 dalam kelas, lusanya ana datang sekolah,dapat buku rekod, macam tak percaya tapi itulah kuasa Allah,yang memberi segala dan bermula saat itu,lembaran baru dalam hidup ana dibuka,tidak pernah tercicir dari kategori 3 teratas di sekolah. Sykur padaMU ya Allah yang mengurniakan akal yang sihat dan ilmu yang bermanfaat.
Terima kasih guru yang mendidikku, samada Muslim atau Non-Muslim (guru bahasa Inggeris ana di sekolah rendah adalah Non Muslim, namanya Chan Booi Lian,juga wanita, moga diberi hidayah)
Terima kasih kepada semua guruku dari dahulu hingga sekarang:
Guru di Sekolah Kebangsaan Wakaf Bharu
Guru di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Pasir Pekan
Guru di Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu
Guru Di Madrasah Tahfizul Quran Qadir Masjid
Guru di Jamiah Darussalam
Guru di Jamiah Islamiah Cliffton
Guru di Jamiah Al Azhar
Guru di Mudhayyafah
Guru di Jami' al Azhar
Rakan-rakan seperjuangan di Mesir yang juga Guruku
Semoga Allah mengampuni aku dan kalian
5. Jasa sesiapa sahaja kepada kita (makhluk selain jin dan manusia juga ada jasa pada kita..)
p/s: Lambat nak masukkan entry ni
Followers
:: Guru::
Saturday, May 16, 2009
Garapan
salmanfasiri
at
10:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment